“Tak pernah mintak umi masakkan
bubur nasi, tiba-tiba mintak kenapa?” Hairan Puan Juwita. Anaknya tiada angin
tiada ribut pagi-pagi buta sudah terjengul di hadapan rumahnya. Hairan juga.
Suaminya yang membaca surat khabar di meja makan di pandang. Lelaki itu hanya
mengangkat bahu tanda tidak tahu. No
idea.
“Kawan masuk hospital Umi. Yuyu nak
pergi melawat. Dah masak tadi. Tapi pelik sangat rasa dia. Karang keracunan
pulak kawan Yuyu.” Buah apple di potong kecil. Yougurt di dalam peti di
keluarkan. Beberapa sudu di masukkan ke dalam bekas apple dan digaul rata.
“Sakit apa kawan Yuyu tu?” Puan
Juwita Mendekat bila semua bahan sudah di masukkan. Cuma hendak tunggu masak
sahaja. Kerusi sebelah Yuyu di tarik.
“Terjatuh umi.” Nak mati berterus
terang! Mahu sampai ke pagi dia akan di leteri.
“Jatuh sampai masuk hospital?” Pak
Kadir bertanya. Surat khabar terus di lipat. Berapa tingkat bangunanlah
terjatuhnya? Kalau sampai masuk hospital, pasti teruk.
“Hak
ar. Tapi cedera ringan saja.” Yuyu tak senang duduk. Abahnya kalau sudah
mula bertanya akan di cungkil sampai ke akar umbi. Lagaknya mengalahkan Sarjan
Senin.
“Hospital mana? Nanti umi dengan abah
boleh pergi melawat.” Pak Kadir bertanya. Kebetulan pulak hari ini dia tidak
bekerja.
“Eh tak usah, kejap lagi dia dah
boleh keluar.” Menyesal pulak dia bercerita pasal ‘rakannya’ itu. Bukan ke senang
kalau dia mengaku bubur itu dia yang teringin nak makan. Tentu tak kena bersoal
jawab. Tetapi tak kan sampai nak tapau? Tak logik pulak nanti.
“Pulak.” Pak kadir merenung Yuyu
dengan pandangan penuh curiga. Entah mengapa dirasakan anak gadisnya
merahsiakan sesuatu. Dia dengan Yuyu rapat. Tingkah anak gadis kesayangannya
itu sudah boleh di hafal.Yuyu yang pandai membodek dan mengambil hati,
membuatkan hubungan mereka menjadi erat.
“Yuyu rasa bubur tu dah masaklah
umi.” Dia terus bangun. Senduk di capai. Dengan penuh tekun dia mengacau. Janganlah
tanya, janganlah tanya. Dia bukan boleh berbohong kepada abah. Lelaki itu cekap
membaca gerak-gerinya.
“Nanti Yuyu masak special untuk umi dengan abah sebab
tolong Yuyu buat bubur nasi ni.” Setelah lama umi dan abah berdiam diri,
barulah Yuyu berani bersuara.
Pak Kadir menelan liur. Otaknya
sibuk merencana ayat bagi menolak tawaran itu. Sumpah, dia tak tipu, masakan
Yuyu antara rasa yang terburuk pernah di makan. Membayangkan sahaja sudah cukup
mengerunkan.
“Tak usah susah-susah. Abah sekarang
ni tak berapa nak lalu makan. Biasalah perut orang tua. Yuyu jangan masaklah.
Nanti tangan kena minyak, berparut abah tak tahu.” Serentak ayat itu meluncur
dari bibir Pak Kadir dan Yuyu.
“Dah hafal ayat abah. Alah takut
keracunanlah tu.” Yuyu tergelak kuat bila abah dan umi tersengih. Tahu benar.
Dulu pernah dia masakkan untuk mereka sekeluarga. Dek kerana kepakarannya itu satu
keluarga masuk hospital akibat keracunan. Sejak hari itu dia dan dapur bagaikan
adik beradik tiri. Baru sahaja kakinya ingin mencecah dapur akan ada umi yang
menghalang.
Termos untuk mengisi bubur nasi di
capai. Beberapa senduk bubur di masukkan ke dalam bekas. Aroma yang semerbak
membuatkan perutnya turut berkeroncong membuatkan dia memasukkan lebih banyak
ke dalam bekas. Hendak makan sekarang, rasanya sudah tidak sempat. Lebih baik
dia bersarapan bersama lelaki itu sahaja di hospital.
“Nak abah hantar ke?” Pak Kadir
bertanya. Wajah anak kesayangannya di renung penuh kasih.
“Eh, tak usah. Yuyu dah call teksi
tadi. Kejap lagi sampailah. Abah rehat jelah dekat rumah.” Termos di masukkan
ke dalam sebuah beg plastik. Setelah berpuas hati Yuyu kembali melabuhkan tubuh
di sebelah uminya. Bahu wanita itu di peluk erat.
“Kejap lagi lepas balik tengok kawan
Yuyu, kalau boleh balik terus ke sini ye? Dah lama kita tak bergosip.”
“Boleh. Tapi Yuyu kena balik rumah
dululah. Nak ambil April. Nanti takut lapar pulak ‘budak’ tu.”
“Perosak bahasa betul.” Pak Kadir
merengus perlahan. Ada ke patut, kucing di panggil budak? Bahasa Yuyu kadang
kala sukar di tangkap oleh otak tuannya. Berbelit-belit.
“Bukan perosak, tapi pembaharuan lah abah.” Yuyu tersenyum bila abah
menayang wajah tidak berpuas hati.
“Jadi tau balik.” Puan Juwita
menyampuk. Bibit-bibit perdebatan bakal bermula. kalau di biarkan sampai ke
malam pun belum tentu habis. Suaminya dengan Yuyu sama perangai. dua-dua tak
nak kalah.
“Don’t
worry lah. Balik punya. Tapi umi kena mintak orang jemput Yuyu. Encik
darling masuk hospital.” Encik Darling, panggilannya kepada skuter kesayangan.
“Nanti abah jemput. Kalau tak boleh
abah mintak tolong Carina.” Laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya.
Puan Juwita menepuk dahi. Suaminya
memang tidak boleh menyimpan rahsia. Sudah berkali-kali Carina mengingatkan
mereka berdua merahsiakan kepulangannya ke Malaysia bagi memberi kejutan kepada
Yuyu.
“Kak Ina balik ke? mana? Kenapa tak
bagi tahu?” Pantas Yuyu bangun. Niat hatinya ingin mendapatkan Carina di dalam
bilik gadis itu. Teruja perasaan hati. Sudah hampir enam bulan dia tidak
bertemu dengan kakak kesayangannya itu.
“Dia pergi rumah kawan dia di
Tanjung Malim. Ada majlis perkahwinan. Kejap lagi baru balik.” Tenang Puan
Juwita berkata. Senang hati dia melihat keterujaan pada wajah itu. Anak-anaknya
memang rapat antara satu sama lain. Bergaduh memang selalu, tetapi itulah yang
membuatkan hubungan mereka menjadi erat.
“Sampai hati dia balik tak bagi
tahu.” Selalu mereka berhubung tetapi Carina tidak pernah memberitahu akan
pulang ke Malaysia.
“Dia nak buat surprise. Tapi
abah Yuyu ni dah rosakkan” Jelingan manja di hadiahkan buat suaminya yang
sedang menayangkan wajah tidak bersalah.
“Terbabas cakap. Nak buat macam
mana?” Pak Kadir mempertahankan diri.
“Dah tahu dah.”
“Aleh,
nanti Yuyu berlakonlah sikit depan Carina. Buat macam tak tahu apa-apa.” Pak
Kadir mengajar Yuyu. Mulut dia memang agak ‘laju’ sedikit. Tidak sempat untuk
‘membreak’ sudah terbabas.
“Mengajar anak yang bukan-bukan.”
Sedikit tidak puas hati Puan Juwita berkata. Bagus punya ajaran!
“Yuyu dah nak cepat. Rasanya teksi
dah sampai. Ada dengar bunyi tadi.” Laju Yuyu bangun. Tangan umi dan abahnya di
cium. Baik dia selamatkan diri. Umi dan abah kalau berdebat sampai besok pun belum tentu habis.
Masing-masing nak menang.
“Ha. Bebaik jalan tu. Kalau ada apa-apa talifon abah.” Sempat Pak Kadir
melaung. Tergeleng kepalanya memandang Yuyu yang laju melangkah.
......................
Surat khabar yang sedang di baca di
tutup kasar. Rasa macam mahu menjerit sahaja dia bagi meluahkan perasaan bosan
yang merantai hati. Naik kematu badannya asyik tidur sahaja. Bayang mama belum
nampak. Perutnya sudah mula berkeroncong. Makanan yang di letakkan di atas meja
di pandang.
“Apa punya makanan lah diorang
bagi.” Mulutnya mengomel perlahan. Mual memandang hidangan yang entah apa-apa.
Tiga hari di hospital rasanya bagaikan tiga bulan. Rasa tidak sabar mahu pulang
segera ke rumah.
Bunyi pintu yang di ketuk perlahan
membuatkan bibirnya menguntum senyuman. Berharap mamanya yang datang.
“Masuklah mama. Macam tak biasa
pulak.” Hasif melaung. Hairan pulak. Selalunya mama main masuk sahaja. tak
pernah ketuk pintu segala.
“Selamat pagi encik boss.” Yuyu
tersenyum. Wajah Hasif nampak berserabai seperti orang baru bangun tidur dan
jelas di matanya lelaki itu terperanjat melihat kedatangannya.
“Kau.” Kuat Hasif menempik. Kalau
tak di sebabkan drip yang melekat di tangan sudah dinganyangnya gadis itu. Di
sebabkan puyu itulah dia terlantar di hospital. Benar-benar menyusahkan.
“Sayalah ni. Tak kan tak kenal?”
Yuyu menahan gelak. Tengok wajah pun tahu, marah lah tu!
“Kau buat apa datang?” Garang Hasif
bertanya. Pagi yang dingin sudah terasa bahangnya. Menyampah pulak rasa hati
memandang gadis yang bersahaja merenungnya bagaikan langsung tidak ‘berhutang’
apa-apa kepadanya.
“Melawat encik bosslah. Saya ada
bawa bubur nasi, nak makan tak?” Plastik berisi termos di angkat. Di tayang di
hadapan lelaki itu.
“Huh, tak ingin aku.” Hasif memeluk
tubuh. Apa ingat dia kebulur sangat ke? Perut yang tiba-tiba kuat berbunyi
membuatkan dia malu sendiri.
“Ha, tu perut dah bunyi. Lapar ke?”
Kening diangkat-angkat. Tak ingin konon. tengoklah kejap lagi.
“Aku dah makan.”
“Saya tak makan lagi. Jom lah join.”
Kerusi di sisi lelaki itu di tarik dan tubuh kurusnya terus berlabuh di situ.
Termos berisi bubur nasi di buka. semerbak baunya memenuhi ruang bilik.
“Aku cakap tak nak, tak nak lah.”
Tak faham bahasa betul, sudahlah datang menyemak di dalam wad, banyak songeh pulak.
“Tak nak sudah.” Malas melayan
gelagat Hasif yang berlagak, Yuyu menuang bubur nasi ke dalam mangkuk plastik
yang di bawa bersama.
Hasif menelan liur memandang Yuyu
yang sedang enak menjamu selera tanpa memandang kiri dan kanan. Aroma yang harum dan menyelerakan, terasa memenuhi
setiap ruang bilik yang di dudukinya. Kalau tidak memikirkan penolakkannya
tadi, mahu sahaja bekas bubur di sambarnya. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan
perasaan ‘mengoda’ yang mula bangkit.
“Sedapnya. Betul tak nak? Kalau
betul saya nak habiskan.” sekali lagi Yuyu bertanya. Wajahnya di angkat untuk
memandang Hasif. Mata bertentang mata. Denyutan jantung Yuyu menjadi tidak
sekata. Pantas pandangan matanya di larikan. Dah kenapa pulak hati ni? dia
tertanya sendiri. Ini kali ke dua rasa yang sama menerjah ruang hatinya. Kuch-Kuch
Ho Ta Hei!
Hasif pura-pura tidak mendengar. Surat
khabar di capai kembali. Penuh tekun dia mencuba untuk menumpukan perhatian
dalam pembacaan bagi melupakan sejenak rasa lapar yang mengangu. Sesaat sahaja
dia mampu bertahan.
Yuyu hampir melambakkan tawa. Dari
ekor mata, jelas pada pandangannya yang Hasif sedang mengintai bubur nasi di
dalam termos. Itulah, jual mahal lagi. Kalau ikutkan rasa geram nak sahaja dia
habiskan semuanya. Baru padan muka.
Lagu i’m in love yang kuat berbunyi
membuatkan mereka berdua tersentak. Talifon di keluarkan dari poket seluar. Melihat
nama ‘My Umi’ di skrin menerbitkan perasaan gembira di hati Yuyu. Pantas dia
berlalu keluar. Tidak mahu perbualannya mengangu Hasif.
Hasif tidak senang duduk. Di jeling
sudah, di jengah juga sudah. Akhirnya dia mengalah. Rakus mangkuk di capai.
Semua isi termos di tuang ke dalam mangkuk. Di hidu mangkuk yang penuh berisi.
Emm.. sedapnya bau. Time to eat!
Yuyu melangkah senang hati. Tak
sabar mahu bertemu dengan Carina. Kakaknya itu sudah sampai di rumah. Hari ini
hari keluarga. Masa untuk mereka bersama. Bukan senang mereka dapat berkumpul.
Peluang yang ada akan di gunakan sebaiknya bagi mengongsi setiap perkara yang
terjadi dalam ke hidupan mereka.
Bekas kosong di letakkan kembali di
atas meja. Tersandar dia kekenyangan. Sedap betul bubur nasi si puyu buat.
Kalau macam ini, hari-hari datang menyemak pun dia tidak kisah. Pintu bilik
yang kembali di buka membuatkan dia kalut. Ingatkan dah balik terus, apasal
datang balik pulak? kantoilah!
“Eh, dah habis?” Mangkuk dia kosong
tidak bersisa. Termos di jengah. Licin berkilat.
“Kata tak nak.” Yuyu memasukkan
kembali bekas ke dalam plastik. sabar sajalah dengan perangai Hasif. Jual mahal
konon. Dalam tak mahu di makan juga. Sudah tu, sekali bubur nasi dalam mangkuk
yang di gunakannya turut ‘di baham’ sekali. Lapar benar kalau macam itu
gayanya.
“Aku tak suka membazir.” Jawapan tak
nak kalah di berikan.
“Alasan. Sedap tak?”
“Sedap apanya macam tu.”
“Sedap apanya macam tu” Ayat Hasif
diulang kembali. Dasar lelaki ego.
“Bawa balik semua bekas engkau.
Menyemak saja nanti.”
“Tak cakap pun memang nak bawak
balik.” Geram pulak Yuyu dengan lagak Hasif. Tak padan dengan sakit, mulut
tetap ‘berpuaka.’
“Saya balik dululah encik boss.”
Kalau tidak memikirkan jawatan Hasif nak sahaja dia beraku engkau.
“Lagi cepat, lagi bagus.”
Nasib baik tak ada air panas. Kalau
tidak sudah di simbahnya kepada lelaki itu. Menyakitkan hati betul. Laju
kakinya melangkah. Tombol pintu di pulas kasar. Teringatkan sesuatu membuatkan
dia kembali menapak mengadap Hasif.
“Encik boss saya nak minta maaf
sebab...” Mulutnya di muncungkan ke arah kepala Hasif yang elok berbungkus.
Nasib baik semuanya selamat. Kalau tidak jenuh dia nak menjawab.
“Tengoklah kalau aku rajin nak
maafkan kau.” Tidak beriak Hasif berkata. Ewah, ingat dengan ‘rasuah’ bubur
nasi tu dia senang-senang nak maafkan? Bermimpi di siang hari la.
“Bukannya teruk sangat pun. Kita ni,
sesama Islam kenalah saling memaafi.” Ayat membeli hati di keluarkan.
“Banyaklah kau tak teruk!” Ini yang
bikin panas. Dia siap kena operation
di katakan tak teruk? memang dah lama hidup puyu seekor ni!
“Hidup lagi, boleh makan sampai
habis sebekas kira tak teruk lah tu.” Betul apa dia cakap. Tengoklah tu, muka
belagak gila. Tak nampak macam orang sakit pun.
“Sibuklah kau. Blah la, tunggu apa
lagi.” Geram betul lah. Menjawab saja kerjanya.
“Ni kiranya tak nak maafkanlah?”
Garang Yuyu bertanya. Tak puas hati sungguhla dengan orang macam ini.
“Tak.” Pantas dia berbaring dan
membungkus seluruh tubuh dengan kain selimut. Malas untuk terus melayan Yuyu.
“Tak nak maaf sudahlah.” Dengan
hentakkan kaki Yuyu pantas melangkah pergi. Manusia hati batu, belagak, dan
segala macam lagi ayat di keluarkan bagi menzahirkan kemarahannya dek sikap Hasif yang membuatkan dia
terasa mahu muntah.
Surat Cinta Untuk Disana : Halooo....sekarang bermulalah semua masalah.... Masa untuk kita beromantika versi Yuyu dan Hasif akan bermula....muahhhh
Thermos ke termos??
BalasPadambest n cepatkan ckit tangan 2 menaip utk yg seterusnya k huhuhuhu,klu x ade idea caling2 me k heheheh
BalasPadamkelakar betul si yuyu dan hasif ni....
BalasPadam