Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 18 Januari 2014

JANGAN NIKAHI AKU (Pengenalan)



“Hud tak nak lah umi.” Urat lehernya terasa mengeras. Tegang dihambat rasa amarah yang tiba-tiba sahaja mencanak naik.
           
“Umi tak kira Hud. Umi dah berkenan sangat dekat budak Janna tu.” Mak Som turut tidak mahu beralah. Dulu beria-ia usung budak tu bawak balik rumah. Kononnya cinta hati..Cinta mati..Dah orang nak aturkan bagi cinta tersimpul mati, tak nak lah pulak. Haish..Saja nak bagi dia panas hati!
           
“Dia tu janda umi..” Terasa agenda yang diatur sudah memakan diri. Boleh pulak uminya over bekenan dekat minah senget tu. Huii…memang tak lah kalau nak buat bini!

            “Umi pun janda jugak masa kawin dengan abah kamu. Bahagia jugak hidup.” Mak Som sedikit mencebik. Pantang betul dia kalau isu yang satu itu diungkit. Apa kalau jadi janda kena duduk berkabung dalam rumah sampai tunggu mati ke? Kalau dah ada bahagia dekat depan mata..tunggu apa lagi, sambar sajalah!

            “Umi lain.” Suaranya sedikit mengendur. Entah bagaimanalah dia mahu membuatkan wanita itu faham. Sudah seribu satu macam pembohongan dia atur untuk mengauta uminya, tetapi wanita itu selamba sahaja menepis setiap hujahnya tanpa ada sebarang halangan. Ingatkan bila dia timbulkan isu sensetif tu matilah hasrat uminya. Rupanya tidak. Semakin berkobar pulak semangat orang tua itu. Hadoii..masalah…masalah…

            “Apa yang lainnya? Umi perempuan, dia pun perempuan…Ke kamu tak nak dekat dia sebab kamu tu key..ge.” Mak Som mengkumit-kumitkan bibir. Cuba mengingati ayat yang betul.

            “Eh apa sampai ke situ pulak umi ni.” Terbeliak matanya.Ada ke patut dia macam ni punya ‘lurus’ dikatakan gay! Umi kalau cakap memang main hentam saja. Ikut suka hati je apa nak kata.

            “Jadi kamu ni lurus lah ye?” Mak Som sudah terkekek ketawa bila nak jantannya itu tayang wajah mengharap penampar.

            “Luruslah umi!”

            “Kalau lurus baguslah. Esok umi masuk pinangkan budak Janna tu untuk kamu.”

Surat Cinta Untuk Di sana : Sorry dah lm x mngapdate…kebizian melanda beberapa minggu ni.. nanti dah lapang blog akan kembali hidup sprti biasa… oh ni pngenalan novel baru..Jangan Nikahi Aku…yg mana ikut group sy mesti dah bca.. ok..papii..muahah

Rabu, 8 Januari 2014

Rumpai Oh Rumpai!




Cerita ni tak ada kena mengena dengan novel. Tapi mungkin suatu hari nanti ‘kebendulan’ itu akan saya masukkan dalam novel saya…kahkah..

Korang pernah makan rumapai laut tak? Maksud saya rumpai laut yang dah masak. Bukan yang mentah berlumut tu..  Yuckk! itu bau ikan…

Al-kisahnya awal tahun lepas kan femes dengan rumpai laut..so saya pun terpengaruhlah dengan keberkesanan testimony yang deabak lagi menawan kalbu… Rasa macam nak juga cantik mulus lagi berseri macam gambar-gambar yang terpampang dekat fb tu…

Kebetulan tahun lepas saya jejalan dengan kawan2 dekat sabah. So dengan rakusnya menyambar dua bungkus rumpai berat sekilo dengan jayanya. (dalam hati : Lepas ni kompom aku gebuss like org sabahan yang memanglah ori cantiknya) ngee…

 Murah saja kot! dekat itenet melampau2 mahal..padahal dekat sana setengah kilo yg keler ungu baru sepuluh hengget. yang putih lapan hengget. Yang hijau sy tak tanyalah pulak berapa kupang sbb hijau tak berapa malatop dekat fb. (tapi sy boleh faham lah kalau kat itenet mahal..Nk pergi sabah bukannya murah..tiket kapal lagi…tempat tidur lagi..Lainlah kalau boleh kayuh beca terus sampai sabah..Kalau guna org tngah, tak kan si tengah tu tak nak ambil untung.. nak juga dia dapat lebih..jadi memang tak boleh nak pertikai kalau dekat fb mahal)

Ok berbalik pada cerita…Bila balik ke rumahku syurgaku saya pun dengan lahapnya mewhatapp my sis yg selama ni jadi tukang promote ke’badangan’ rumpai laut dekat saya. Dia pun dengan semangat tulis lah ingredients2 sekelian alam untuk adik dia yang sengal ni..
         
 Mula2 kena rendam rumpai laut semalaman…Ok done… Sebab benda murah jadi saya hentam banyak2…hasilnya benda tak bersalah itu kembang penuh sebesen..

          Lepas itu basuh dulu sebelum masak…siap…!

         Masukkan air dua botol..Bereh!

        kalau tak lalu yang segar dari ladang boleh tambah sirap & daun pandan…Segera jugak kubelari mendapatkan benda alah itu….

            Kacau sampai ‘mereput.’…saya pun dengan penuh perasaan kacau x berenti… (my sis cakap nanti boleh dapat setepawe besar….(hoyeee! nanti daku boleh lumur seluruh badan bagi menghilangkan kedakian..dan makan mengunakan senduk bagi mendapatkan keputihan)
           
Bila dah masak kena tapis….Okey disinilah segala kesengalan dan kepandaian melampau saya terserlah!

Ambil penapis mak yang paling besar gabak..Nak tapis tapi kompius..jadi whatapp balik my sisi… Dia cakap ‘betullah tu…tapis…lepas tu simpan dalam bekas..’

okey…saya dengan penuh semangat waja letak bekas dan penapis di atasnya…Dengan penuh perhatian mata tak berkedip walaupun sedetik untuk sekalarecter (tipu..baik korang jgn percaya..Budak cempaka ni membohong) hahah… saya pun mulalah operasi menapis..

LEPAS ITU…..bekas yang berisi ‘air’ rumpai dengan penuh keyakinan plus keazaman yang jitu korang tahu saya buat apa??

saya BUANG dalam sinki..diulang sekali lagi adik kakak pak cik mak cik…saya BUANG! Sebabnya saya sangka kena tapis ambil yang ada melekat dekat penapis je.. kahkahkah… (aiiippp…jangan pernah terlintas dihati utk mngatakan saya setupit!)

Lepas dah buang saya ngendap rumpai yang ada dalam penapis…Erkkk kata boleh dapat setepawe besar…ini jgn kata setepawe besar…sesudu camca pun x lepas!  Greeee…Marah! my sis menipuku… so whatapp lg marah2…

Me : ‘oitt awat dapat sikit ja pun?’…
My Sis : Sikit pasai pa pulak..
Me : ada secoet ja dalam penapis…
My sis : Lah yang lain p mana?
Me : Buanglah!
My Sis : &*^$&$^$&
Me : Oh yaka? yang air kena simpan yg dlm penapis kena buang? (tapi apa dah daku laquqan? Daku simpan yg hampas…yg isinya udah ku sedekahkan kepada uncle sinki…kacaklah sinki ku lepas ini) kahkahkah…

Moral of the story : Jangan biarkan diri anda diselubungi…kestupidan! (saya teringat balik kisah ni sebab semalam my bro mintak tolong masakkan dia si rumpai..dia nak makan n sapu lutut…itu yg teringin nak berkongsi cerita dengan kawan2 ku disini)

Surat Cinta Untuk Di sana : Ini rahsia kita saja tau…jgn cerita dekat orang lain…syuhhhh…hahah

Sabtu, 4 Januari 2014

KSB : Luth El-Wazien VS Adra



“Argh…” Diusap lengannya yang terasa perit. Terkebil-kebil mata memandang ke arah mamanya yang sudah beraksi bagaikan singa lapar.

“Anak dara mana pulak kali ini? along jangan macam-macam....” Adra bengang. Gambar yang berada ditangannya diangkat tinggi. Masuk kali ini entah sudah berapa belas kali dia terjumpa gambar gadis-gadis comel di dalam beg sekolah anaknya. Yang tak boleh blah siap tulis ayat cinta lagi dekat belakang gambar…I love you Wazien…Hello my sweet-sweet segala bala…Aiii…!

“Mama..” Wazien tersengih nakal.

“Apa?” Kali ini dia sudah bercekak pinggang. Nampak kecil besar sahaja anaknya sekarang. Dalam banyak-banyak perangai dalam dunia ni, kenapalah ‘player’ tu jugak anaknya nak sandang? Wajah suaminya dijeling tajam. Ini semua salah suaminya! Perturun sangat gen tak bagus tu dekat anak-anak!  

“Ha…nak cakap apa tadi?” Semakin tajam pandangannya bila anaknya itu masih mendiamkan diri.

“Budak dalam gambar tu…..bakal menantu mama.” Dia sudah melambakkan tawa. Seronok dapat mempermainkan mamanya. Isyarat ‘Give me five’ dihantar kepada papanya yang turut ketawa mendengar kata-katanya.

“Aii budak ni…Sekolah pun tak habis lagi..Sini..Sini…jangan nak lari.” Sedikit menempik suaranya bila anaknya sudah bangun dari kerusi.

“Along bukan nak lari. Along nak ambilkan mama air, bagi sejuk sikit.” Semakin hari dirasakan mamanya semakin berbakat…Bakat berleter!

“Along sindir mama ke?” Matanya yang sudah sedia besar semakin membulat mendengar kata-kata itu.

“Mana ada..Mama tak tengok betul-betul ke sapa budak dalam gambar tu?”

“Nak tengok buat apa?” Dalam membangkang dia tetap membawa gambar yang masih berada dalam peganggannya ke hadapan mata. Kecil besar matanya cuba mengesan makhluk comel bersebelahan dengan anaknya. Humpp…

“Kenapa tak cakap awal-awal.” Nadanya masih tinggi. Cuba membuang rasa malu kerana ‘menyerang’ tanpa usul periksa.

“Budak tu nak cakap macam mana…Tak dan apa-apa lagi Adra dah serang dia.”

“Ha elok lah tu…Menangkan sangat anak-anak. Itu yang kecil-kecil dah pandai main mata dengan anak dara orang.” Air yang dihulurkan oleh anaknya disambar dan diteguk dengan berhati-hati. Risau tercekik air!

“Mama jangan lupa tau cakap dekat Mummy Love yang Cinta tu along tander.” Buku yang bertaburan diatas meja pantas dikaut sebelum dia melarikan diri. Naik kejung pipinya kerana terlalu banyak ketawa. Hailah mama….Kalutnya dari dulu tak berubah.

“Luth El-Waziennnnnnn.”

Surat Cinta Untuk Di sana : Tolong doakan sy x ‘kontang’ idea last2 peperangan nk siapakn KSB ni…hahah…. Papai muahhhh