XANDER
tersenyum lebar. Ditepuk perlahan bahu anak guamannya yang sudah memeluk
tubuhnya erat.
“Aku
tahu aku tak silap pilih orang Xander.” Datuk Helmi tersenyum puas. Lega bila
dia dilepaskan dari dijatuhi hukuman. Bukan kecil hukuman yang menantinya kalau
dia disabitkan bersalah. Silap percaturan dia boleh ke tali gantung!
“Macam
saya cakap Datuk, kalau ada duit semua benda boleh settle.” Xander ukir senyuman herot. Sesekali pandangan matanya
jatuh pada wajah keluarga ‘mangsa’ Datuk Helmi. Jelas kedukaan terpeta pada
wajah itu bila keputusan tidak memihak kepada mereka. Tetapi sekelumit perasaan
kesal langsung tidak menjengah hati.
Bukan
salahnya kalau pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti kukuh untuk menyabitkan
hukuman kepada anak guamannya. Itu sudah lumrah. Tiada bukti, tiada hukuman!
Hari
ini satu lagi rekod tercipta dalam kariernya. Pasti esok bakal terpampang
keputusan itu dimuka depan surat khabar, apatah lagi Datuk Helmi bukan
calang-calang orang. Lelaki itu merupakan antara ahli perniagaan yang paling
berjaya di Malaysia.
Entah
berapa banyak harta lelaki itu pun dia tidak tahu. Bayaran yang diterima
olehnya sudah berkali ganda dari bayaran yang pernah dia dapat sebelum ini. Tak
perlu meminta, Cekap sahaja tangan itu melakar nombor di atas chek dan
diserahkan kepadanya. Bagaikan apa yang diberi lelaki itu kepadanya hanyalah
helaian daun kering. Dan dia pula bukanlah manusia bodoh yang tahu menolak
rezeki yang terhidang dihadapan mata.
“Jom
Datuk.” Setelah selesai mengemas barang-barangnya Xander mula menapak. Melangkah
beriringan dengan Datuk Helmi. Keluar sahaja dari muka pintu, bertalu-talu
pancaran kamera terarah kepada mereka berdua. Secepat mungkin dia meloloskan
diri. Tugasnya sudah selesai. Berhadapan dengan wartawan bukan lagi
tanggungjawabnya. Pandai-pandailah Datuk Helmi uruskan sendiri.
“Kau
bela pembunuh tu… Hidup kau tak kan bahagia.” Tersentak Xander bila tiba-tiba
sahaja dia disergah. Terpancul wajah sepasang suami isteri dihadapannya. Sama
seperti tadi, dia masih beraksi selamba. Tidak terkesan mendengar bicara itu.
“Dekat
dunia kau orang mungkin terlepas.”
“Kalau mak cik dengan pak cik tak puas hati,
pergi buat rayuan.” Ringkas dia berkata sebelum terus berlalu. Ada banyak lagi
perkara yang perlu dia lakukan dari melayan kerenah pasangan suami isteri itu.
Kalau
betul pasangan itu mengambil berat tentang anak perempuan mereka, pasti sudah dikawal
seketat mungkin pergerakan gadis itu. Ini diusia baru mencecah sembilan belas
tahun sudah dibiarkan menjadi perempuan simpanan. Kalau mati dibunuh sekalipun
perempuan seperti itu, dia tidak akan pernah rasa ralat.
Kalau
diikutkan apa yang dia perolehi, dia yakin yang kekasih muda Datuk Helmi itu
memang mati dibunuh. Tetapi datuk itu lebih licik. Semua bukti yang menjurus ke
arah lelaki itu tiada..Bersih! Tiada apa yang dapat mengaitkan lelaki itu dalam
pembunuhan Sharmila melainkan hubungan ‘sumbang’ antara mereka berdua.
Dia
tidak tahu apa perasaan keluarga Sharmila dan Datuk Helmi bila perhubungan itu
‘ditelanjangi’ di hadapan mata umum. Habis segala apa yang berlaku didedahkan. Adakalanya
dia sendiri jijik mahu menyebut apa yang terjadi dalam perhubungan itu. Tetapi
memikirkan habuan yang bakal diterima, ditelan juga rasa itu.
Lebih
parah bila dia melihat isteri Datuk Helmi, Datin Halina sentiasa ada disisi
lelaki itu untuk memberikan sokongan. Dia sendiri tidak pasti sama ada datin
itu bodoh atau apa. Tetapi bila difikirkan balik, mungkin juga kerana mak datin
itu sendiri sudah kelabu mata ditabur dengan wang ringgit. Apa suami buat, itu
belakang kira!
Pintu
Alfa romeonya dibuka. Dilolos tubuh sasanya ke tempat pemandu. Dokumen yang
digunakan semasa perbicaraan tadi di baling pada kerusi sebelah. Sempat dia
menekan satu butang kecil. Sesaat kemudian, bergema keretanya dengan music
keras yang sedikit berdetum. Keluhan kecil terhembus dari bibirnya bila melihat
waktu yang terpampang pada permukaan dashboard.
“Damn!”
Kalut dia menghidupkan enjin kereta. Seketika kemudian kereta mula meluncur
laju. Membelah jalan yang sedikit sesak. Diselit keretanya dicelah-celah ruang
yang ada. Sesekali dia menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang.
Dua
puluh minit selepas itu berkeriut bunyi tayar bergesel di atas tar. Dari dalam
kereta di sudah dapat melihat wajah masam buah hatinya. Memandang sahaja wajah
itu, terus dia terasa beban yang memberat di dalam fikirannya diangkat pergi. Pintu
dibuka sebelum kalut dia melangkah ke arah taska.
“Sorry
Lina. Saya ada hal tadi.” Xander berkata serba salah. Minggu ini sahaja sudah
tiga kali dia terlewat menjemput Zandrea. Serba salah dia kerana terpaksa
menyusahkan gadis itu menunggu kedatangannya.
“Tak
apa Xander. Saya faham.” Lina berkata segan. Naik membahang wajahnya bila
pandangan matanya bersabung pandang dengan mata lelaki itu. Sejak pertemuan pertama,
dia sudah tertarik hati kepada Xander. Lelaki itu ada persona tersendiri walaupun
nampak sedikit sombong.
Baginya,
kelewatan lelaki itu memberikan peluang untuknya mendekati Zandrea. Untung-untung
dapatlah dia menawan hati anak kecil itu. Kemudian senang sedikit kerjanya mahu
menghimpit Xander. Hatinya semakin galak.
“Baby.”
Xander menegur. Bag yang berada ditangan anak kesayangannya dicapai. Diusap
rambut itu penuh kasih.
“You’re late again.”
“Sorry
Baby. Papa banyak kerja tadi.” Xander sudah membongkok. Dicuit pipi itu lembut.
Semakin masam wajah anaknya kelihatan.
“Kita
pergi KFC nak?” Xander cuba membeli hati anak kesayangannya. Segaris senyuman
tergaris pada bibirnya bila melihat wajah itu kembali bersinar.
“KFC?...
Bye-bye teacher.” Tangan kecilnya
digoyang laju melambai sebelum tangan kasar papanya ditarik. Teruja mendengar
janji yang ditabur oleh Xander.
“Saya
balik dulu Lina. And again.. Thanks.”
Xander angkat tangan sebelum berlalu mengikut tarikan tangan Zandrea. Sepanjang
langkah riuh mulut itu berceloteh. Itu ini mahu dicerita.
“Papa.
Baby nak coslow yang paling besar.” Tangan didepangkan. Teranguk-anguk
kepalanya.
“Yang
kecil sudah. Tak habis nanti.”
“Please..”
Jari telunjuk didekatkan ke hidung. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah papanya
mengharapkan persetujuan.
“Okey.
Tapi kena habiskan. Kalau tidak lepas ni papa dah tak nak beli.” Xander
mengalah. Tak tahan memandang wajah penuh rayuan anaknya.
“I promise. Love you
papa.” Zandrea tergelak kecil. Seronok kerana permintaannya mahu dipenuhi.
“Baby
belajar apa tadi?” Seat belt ditarik
dan dipasang pada badan anaknya. Dia bukan apa, Budak kecil itu mananya tahu
duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya kalau tidak ‘ditambat.’
“Teacher
ajar menyanyi Five Little Ducks. Best tau papa.” Lima jarinya diangkat. membulat
mata itu bercerita.
“Cuba
menyanyi tengok. Papa nak dengar.” Xander kulum senyuman. Entah apa yang mahu
direpekkan oleh anaknya lagi. Bulan lepas, musnah terus lagu Bangau Oh Bangau dek
penangan anak gadisnya. Suka hati sahaja dipadankan jawapan dengan apa yang
disukainya.
“Baby
tak tahu.” Ditayang baris giginya yang cantik tersusun.
“Lah.
Kata belajar.” Sekilas dipandang wajah itu sebelum dia tenang meneruskan
pemanduan.
“Lagu
tu panjang sangat lah papa. Nanti baby suruh teacher ajar yang pendek sikit.” Beria
dia memberikan jawapan. Sesekali jemari telunjuknya diketuk pada dagu bagaikan
berfikir.
“Mother duck said quekk..quekk…quekk…
Itu je baby tahu.” Tangan dikepak menayang gaya itik mengepit tubuh.
Tergelak
Xander mendengar nyanyian sesaat anaknya. Hailah anak... Ada sahajalah nak
dibuatnya.
“Baby
nak apa?”
“Baby
nak dinner plate dua set. Coke untuk papa. Baby nak air yang colour merah tu.” Cekap
dia membuat pesanan. Kakinya dijongket sedikit bagi menyentuh permukaan
kaunter.
“Snack plate sudah. Banyak-banyak tak habis
nanti.” Xander menegur. Selang sehari mereka ‘bertapak’ di KFC sampaikan
anaknya itu sudah boleh menghafal setiap set KFC yang ada. Sabar jelah!
“Tapi
papa janji nak beli yang besar.”
“Beli
yang besar bukan beli yang banyak sayang. Ayam banyak-banyak tak habis nanti. Kalau
tak cukup papa beli tambah. Tadi Baby cakap nak coslow bekas besar kan?” Xander
menyoal kembali. Sudah dia agak, lain yang dikata lain pulak yang dibuat. Tak
adanya janji ditepati!
“Hak
arr. Baby nak itu sama.” Tanganya dibawa menunjuk ke arah gambar crushers.
“Itu
dah tak adalah Baby.” Xander berkata ringkas. Diberitahu semula apa yang mahu
dipesan kepada pekerja KFC. Kalau diikut selera anaknya, mahu terlebih makan
pula dia nanti.
Selesai
sahaja dia menggambil pesanan Xander menatang dulang bergerak menuju ke meja
yang berada di penjuru yang paling hujung. Tidak mahu kebisingan menganggu perbualan
antaranya dengan Zandrea. Apatah lagi sekarang dia begitu sibuk sampaikan masa
yang diperuntukkan untuk anaknya menjadi terhad.
“Kenapa
papa tak makan?” Mulut yang sudah kembung disumbat roti semakin muncung bila
dia cuba untuk bercakap.
“Berapa
kali papa pesan kalau ada makanan dalam mulut jangan cakap?” Zander menegur
lembut. Air ditolak mendekati anaknya.
Mendengar kata-kata papanya, dia hanya ketawa
kecil. Bekas berisi coslow dicapai. Sesudu didekatkan ke bibir papanya.
“Biar
Baby suap papa.”
“Ada
apa-apa ke ni?” Xander turut tergelak. Rasanya dia sudah boleh meneka apa yang
dirancang oleh anaknya bila sesudu demi sesudu coslow disumbat masuk ke dalam
mulutnya.
“Papa
dah kenyang. Baby makanlah.” Xander peluk tubuh. Tawa yang ditahan hampir
terhembur melihat wajah masam anaknya. Sudah dia agak, tak adanya dapat
habiskan.
Bibir
yang comot dikesat dengan tisu. Sesekali dia mengintai wajah papanya. Tersandar
tubuh kecilnya pada kerusi.
“Kata
nak habiskan.” Xander menegur. Bukan dia tidak nampak yang anaknya sudah
seperti dugong terdampar. Tersandar kekenyangan.
“Baby
mengantuk.” Mulut dibuka sebelum dipekup dengan tangan.
“Itulah
papa dah cakap. Ambil yang kecil.” Tergeleng Xander melihat tingkah anaknya. Bukannya
dia tidak tahu, taktik kering itu sudah selalu sangat anaknya tayang untuk
melepaskan diri.
“Lain
kali baby ambil yang kecil.” Dia menabur janji. Tangan diangkat tanda berikrar.
“Yeah..i know.”
Melebar senyuman diwajah Xander. Kalau boleh dirakam, pasti sudah berguni janji
yang ditabur oleh anaknya. Tapi satu pun tak boleh pakai. Bukti tak lengkap!
Surat
cinta untuk Disana : X sempat nak mengedit…ejaan atau bahasa
x betul abaikan..nanti ada masa saya ‘pebaik..’ utk yg x bc lg synopsis cerita
ni boleh masuk group fb sy.. https://www.facebook.com/groups/621308791235302/ …papai…muahhh…