Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 25 Julai 2014

Jajans Bab 14 Isteri Milik Aku






            “Bakal isteri aku. Rhea Melati.”

            Bakal isteri? Tersenyum sinis Xander mendengar kata-kata itu. In your dream man... In your dream!

            Ditoleh sekilas ke arah Farhan, mimik muka lelaki itu lagi teruk dari apa yang dia pamirkan.

            Rhea terkedu. Ditoleh ke arah Izzat. Sekejap sahaja sebelum dia memandang wajah Xander. Kenapa takdirnya sekarang hanya berpusar sekeliling lelaki itu? Semakin dia berdoa supaya dijauhkan dari Xander, semakin dekat pulak dia kepada lelaki itu.

            Kata Izzat tadi pula bagaikan tali yang diserahkan kepada dia untuk dijerut pada leher sendiri. Dia rasa tertangkap walaupun dia tak sempat nak berbuat dosa. Mahu berterusan memandang wajah Xander, dia rasa tidak mampu. Sudahnya kepala ditunduk rapat.

            Saat yang sama juga, matanya tertacap pada permandangan indah di hadapan mata. Lebih indah dari musim bunga yang menjadi kegemarannya. Rasa teruja itu kembali menjengah. Puas dihalang diri supaya jangan tertarik dengan apa yang dilihat, tetapi hatinya tetap juga mahu derhaka kepada tuan. 

            “Bila majlis korang?” Farhan tergelak. Ditilik wajah ‘bakal isteri Izzat’ itu atas bawah. Selama ini dipandang wajah itu dari jauh sahaja. Hari ini barulah dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas.

            Damn gorgeous! Patutlah Xander terlekat dengan wanita itu dahulu. Sayangnya, perangai pulak tak secantik tuan!

            “Jaga mata kau tu Farhan.” Bahu Farhan dipaut. Pedih mata Izzat melihat aksi Farhan yang bagaikan tidak pernah melihat perempuan.

            “Benda cantik  depan mata bro. Bodoh lah kalau aku tak nak tengok. Betul tak Puan Rhea?” Farhan sindir tajam.

            “Cik. Puan tu lepas dia kahwin dengan aku baru korang guna.” Izzat tergelak.

            “Duduk lah.” Rhea cuba alih cerita. Tak tahan bila dia menjadi bahan untuk diperbualkan. Dalam pada masa yang sama, dia berharap pelawaannya itu tidak diterima. Terperanjat tadi bila Izzat tiba-tiba sahaja menegurnya, tambah mengharukan bila kelibat Xander turut kelihatan.

            “Tak kacau Rhea ke?” Diletakkan beberapa bekas berisi coffee ke atas meja sebelum dia kembali memandang wajah Rhea.

            “Tak lah.” Serba-salah dia menjawab. Ikutkan hati nak sahaja dia menghalau Izzat dan kawan-kawannya itu supaya pergi menjauh.
        
    Argh! Menyesal pulak dia ambil keputusan melepak di Starbucks. Kalau tahu nak terserempak dengan Xander, dia balik terus saja ke rumah tadi.

            “Korang tak kisahkan?” Kali ini dipandang pula wajah Xander dan Farhan.

            “Nope.” Ringkas jawapan Farhan. Tidak perlu disuruh, cekap sahaja dia menarik kerusi dan melabuhkan tubuh. Dijongketkan kening sedikit kepada Xander bila lelaki itu masih tegak bagaikan patung. Lambat sahaja dia melihat tingkah Xander.
           
“Hai Baby.” Izzat cuba beramah. Dilambai tangan kepada anak Xander yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Tersenyum dia bila tangan kecil itu turut membalas lambaiannya.

            Rhea ketap bibir. Sekali lagi wajah itu menjadi sasaran matanya. Tanpa sedar, tangannya naik meraba wajah sendiri.

            “Kalau anak perempuan, abang nak wajah dia ikut macam muka Rhea.” Rhea tahan nafas. Bergema bicara itu dalam fikirannya.

            Kata-kata Xander itu, pernah buatkan hatinya kembang setaman. Buatkan dia tidak sabar untuk melahirkan zuriat buat lelaki itu. Dan hadiah yang dia dapat disebabkan pengorbanannya itu langsung tak pernah tercapai dek akal fikirannya.

Surat Cinta Untuk Disana : Dikesempatan ini, saya CEMPAKA REMBULAN…gerhana (turunkan nada anda..hehe) ingin mengucapkan…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..kot ada tersalah bicara, terkasar bahas, terover mengada…..Kalau ada yang x dipuas hatikan, jangan malu2 pm saya di fb…. Jangan risau…saya makan nasi sahaja…belum capai tahap lapar sampai nak baham orang… ahaks! Bagi yang nak balik kampung….pandulah dengan cermat….ingat orang tersayang…. Papaii…muahhhh

Oh ya... ini grp Fb sy :  https://www.facebook.com/groups/621308791235302/

Rabu, 16 Julai 2014

Jajans Bab 12 Isteri Milik Aku





The incy wincy spider, went up the water spout
Down came the rain and washed the spider out
Out came the sun and dried up all the rain
And the incey wincy spider, went up the spout again.
           
Sayup sahaja suara itu menyapa pendengarannya. Mata yang mahu terbuka, kembali dipejamkan bila terasa ada jemari halus yang membelai lembut rambutnya.

            “Sini Baby.” Ditepuk perlahan kepala sebelah kirinya. Sesuatu yang melekit kemudiannya terasa melekat dijemari. Dibawa tangan ke arah wajahnya. Sedaya upaya digagahkan mata supaya terbuka kembali.

            Berkerut dahinya cuba mengesan apa yang disentuh. Jemarinya cuba didekatkan antara satu sama lain. Bingkas dia bangun bila sudah dapat mengesan apa yang sedang disentuh.

            “Ya Allah. Baby buat apa ni?” Sedikit meninggi suaranya. Pantas dia berlari ke arah cermin bila pandangan matanya cekap menangkap sekotak  chewing gum dari jenama wrigley's yang sudah tersadai di atas lantai. Pembalutnya juga bersepah merata.

            Di pusing kepalanya kiri dan kanan. Berserabut benda bergetah itu, memenuhi segenap ruang helaian rambutnya. Saat itu jugak dia rasa nak haramkan terus lagu Incy Wincy Spider dari terus wujud di atas muka bumi!

            Kali ini dia melangkah ke arah Baby yang sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya. Tanpa sedar, tangannya sudah dibawa mencekak pinggang. Belum sempat dia menghemburkan amarah, sudah berderai air mata diwajah itu. Sekejap sahaja ruangan yang tadinya sunyi, dipenuhi tangisan anaknya.  
  
            Xander mengeluh kecil. Dilabuhkan tubuh disebelah anaknya tanpa berniat mahu memujuk. Bukannya dia tidak kasihan, tetapi sesekali dia perlu jugak bertegas. Mungkin selama ini anaknya terlalu diberi muka, itu yang dibuat apa sahaja sesuka hati.

            “Berapa kali papa cakap, jangan main chewing gum?” Xander bertanya tegas. Kalau diikutkan silapnya jugak. Letak benda alah itu merata-rata. Bukan tak pernah anaknya itu tunjuk bakat kreatif mengunakan chewing gum sebelum ini, sudah selalu…tetapi tempat ditunjukkan kreativiti itu bukanlah di atas kepalanya!

            Tiada jawapan yang diterima melainkan tangisan yang semakin meninggi. Aduhai..Sudahnya ditarik juga tubuh anaknya ke dalam pelukan. Diusap belakang tubuh itu lembut.

            “I’m so sorry.”

            “Lain kali jangan buat dah. Berdosa tak buat macam ni dekat papa?” Tangan yang mahu menunjuk kepala sendiri, dijatuhkan semula ke sisi. Tak tergamak membayangkan apa yang ada di atas kepalanya.

            “Berdosa.”

            “Dah tahu berdosa, kenapa buat jugak?” Sedaya upaya dilembutkan suaranya seboleh yang mungkin.

            “Sorry.” Tercebik bibirnya ketika menuturkan kata itu.

            Bila kali kedua telingan Xander disapa kata yang sama, hati yang panas kembali menyejuk. Dikesat air mata yang sudah melimpah diwajah itu dengan tangannya.

            “Buka mulut. Papa nak tengok.” Ditekan sedikit kedua belah pipi anaknya. Cuba mengesan jika ada chewing gum yang ada di dalam mulut itu. Keluhan kelegaan terhembus bila tiada satu apa pun yang dapat dikesan.

Surat Cinta Untuk Disana : x beredit lagi…. nanti ada masa baru sy edit balik bab yang awal2… :)

Isnin, 14 Julai 2014

Isteri Milik Aku Bab 11






“Siapa datang tu?” Datin Mawar  mengecilkan mata. Cuba diintai tetamu yang galak membunyikan loceng.

“Kejap. Rhea pergi tengok.” Terus dia bangun dan menuju ke arah pintu pagar rumah. Kelibat seorang remaja lelaki, cekap menyapa pandangan matanya.

“Puan Rhea Melati?”

Puan? Rhea sudah berkerut dahi. Kemudian barulah perlahan-lahan kepalanya diangguk. Diintai jambangan rose yang ada dalam pegangan remaja itu.

“Ada kiriman bunga untuk puan.”

Cekap diturunkan tandatangannya pada permukaan kertas yang diserahkan kepadanya. Setelah itu, disambut jambangan bunga yang dihulurkan. Sempat ucapan terima kasih diberi, sebelum pemuda berbangsa cina itu berlalu.

“Siapa bagi bunga tu?” Datuk Rahim sudah berkerut dahi.

“Tak tahu ayah.” Ditayang sengihan lebar. Sejambak besar bunga ros yang ada ditangan, dibawa mendekat ke arah hidung. Dihidu aroma wangi yang terbit, dari bunga kegemarannya itu.

“Itu kad ada. Tengok lah.” Datin Mawar menyampuk. Tidak senang hatinya melihat bunga ditangan anaknya itu. Risau jika Rhea terlupa dengan status yang masih disandang sekarang.

Mendengar kata uminya, pantas Rhea menarik sikit jambakan bunga bagi mencari kad seperti yang dikata.

Membulat matanya membaca perkataan yang terukir pada bahagian dalam permukaan kad. Xander Arjuna! hanya itu sahaja perkataannya. Tiada yang lain....

Kaki sudah mula terasa kebas. Perut juga seperti mahu naik kejung. Ya Allah...Entah apa lagilah yang Xander nak buat.

Dibuang pandang ke arah ayah dan uminya yang masih menanti jawapan. Entah apa motif xander menghantar jambangan bunga itu ke rumahnya. Kalau mahu membuatkan dia gelisah di hadapan kedua orang tuanya itu, rasanya Xander sudah berjaya!

“Siapa bagi?”

Garau suara ayahnya membuatkan dia semakin berdebar. Teragak-agak dia mahu membuka mulut.

“Kawan Rhea ayah.” Sedaya upaya dia cuba menceriakan wajah. Cuba menyembunyikan getar yang mula bertandang.

“Bagus lah tu.” Datuk Rahim ukir senyuman lebar. Sungguh dia berpuas hati kalau ada orang lain yang berminat dengan anak kesayangannya. Kalau boleh, secepat yang mungkin dia mahu mengusir Xander dari kehidupan Rhea.

“Apa yang bagusnya? Kalau rasa nak tempah neraka awal, buat lah. Ingat sikit yang Rhea tu masih isteri orang.” Datin Mawar berkata sedikit tegas. Selagi ikatan antara Rhea dengan Xander masih ada, selagi itulah dia tidak mampu untuk bertenang. Dahulu dia pernah menjadi wanita lemah yang hanya akur pada kemahuan sang suami.

            Menunduk pasrah, kononnya mahu menjadi isteri mithali, tetapi rasa puas yang dicari langsung tidak pernah menjengah. Entah sudah berapa banyak dosa yang dikarang demi melunaskan kemahuan suaminya sendiri.

            Perit hatinya, bila dia terpaksa mengakui…dialah salah seorang yang terlibat dalam meruntuhkan rumahtangga anak sendiri!

            Terkedu Rhea mendengar kata-kata uminya. Bicara wanita itu saling tak tumpah, sama seperti Farah. Sedikit berkecil hati dia dengan kata-kata itu. Sepatutnya, wanita itu lebih memahami dirinya. Apa yang terjadi dulu, bukan salah dia. Semuanya salah Xander! Kenapa sekarang, dia pula yang dihukum?

            “Awak jangan nak ajar Rhea, Mawar. Dia bukannya budak-budak. Tahulah dia nak atur hidup sendiri.”  Nada Datuk Rahim sedikit meninggi. Cawan yang baru sahaja diangkat, kemudiannya dihempas pada permukaan piring. Terus dia bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang sebal.

            “Rhea tak suka lah umi bergaduh dengan ayah pasal hal kecil macam ni.” Tubuh uminya dihampiri. Memang dia terasa hati tadi, tetapi melihat pertelingkahan yang baru tercetus, membuatkan hatinya tidak dapat bertenang.

            “Siapa cakap hal kecil?” Datin Mawar bertanya lembut. Diusap bahu Rhea yang sudah melabuhkan tubuh disisinya.

            “Umi tak nak Rhea buat silap untuk kali kedua. Kali ini, umi nak Rhea ikut kata hati sendiri. Jangan dengar cakap orang lain. Umi tahu anak umi dah besar. Dah boleh menilai mana baik, mana pulak yang buruk.” Sengaja dihantar kiasan serupa itu. Berharap benar Rhea mampu memahami. Untuk berterus terang, dia belum cukup kuat. Tidak yakin yang Rhea mampu berlapang dada menerima berita sebesar itu.

            “Umi jangan risau. Nanti pandai-pandailah Rhea selesaikan sendiri.”

            Mengeluh kecewa Datin Mawar setelah mendengar kata-kata itu. Nampaknya, Rhea masih belum sedar dengan apa yang mahu dia sampaikan.  



            Ditarik nafas sepanjang yang boleh, cuba menenangkan diri yang dihambat rasa gemuruh. Setelah rasa itu sedikit mereda, barulah disentuh beberapa nombor pada permukaan skrin.

            Jantungnya kembali berdegup kencang. Terasa begitu kuat menghentam dada. Baru sekali deringan berbunyi, kalut dia mematikan semula talian.  Diketap bibir bagi meredakan rasa tidak menentu.

            “Be strong Rhea. You can do it!” Tangan dikepal. Setelah itu sekali lagi dia menghubungi nombor yang sama. Kali ini, apa nak jadi, jadilah!

            “Hello.”

            Sepatah bicara itu terus membuatkan mulutnya terkunci. Terkumit-kumit dia cuba menuturkan kata. Dah sudah! Dia rasa macam nak sahaja disepak mulutnya sekuat hati.

            “Kalau kau rasa nak buang masa aku, baik kau jangan call Rhea. Aku ada banyak lagi kerja nak buat.”

            Rhea terkedu. Terus skrin handsetnya ditatap. Ilmu apa yang lelaki itu tuntut? Hilang dari rasa terperanjat, barulah didekatkan kembali handset ke telinga.

            “What are you trying to do Xander?” Terus sahaja dihantar pertanyaan yang galak bermain di dalam fikirannya. Tumpang keberanian itu ada, lebih baik dia cepat. Risau jika dia kembali menjadi sang pembisu.

            “Aku buat apa?” Tak bersalah pertanyaan itu keluar dari bibir Xander.

            “Tak payah nak berlakon sangat lah. Bunga ni… Apa maksud kau?”

            “Sejak bila timbul hukum, suami tak boleh bagi bunga dekat isteri sendiri? Ke aku yang silap tuntut ilmu?” Xander ketawa menyindir.

            “Stop being ridiculous Xander!” Rhea sudah mula membentak. Sakit hatinya, bila disapa ketawa penuh sindiran dari lelaki itu. Dia sudah agak. Bercakap dengan lelaki itu bakal membuang masanya sahaja.

            “Which part yang kau rasa 'ridiculous' sangat tu?”  

            “Flower... and everything yang kau cuba buat sekarang.”  

            “Aku cuba buat apa? hemm?” Xander bertanya tenang. Cuba menguji kesabaran Rhea yang dia yakin bakal hilang sekejap sahaja lagi.

            Rhea mati kata. Otaknya sedaya upaya dikerah bagi mencari kesalahan yang Xander sedang lakukan. Masalahnya... tak ada! Melainkan kesalahan lelaki itu beberapa tahun dahulu. Kembali marahnya meledak.

            “You cheated on me!”

            “Oh God. Tolong lah jangan jadi budak-budak sangat Rhea. Dah cukup baik kalau aku tak kata kau tu isteri derhaka.”

            Pap! Rhea rasa pipinya bagaikan ditampar kuat. Pedih terasa sampai ke hulu hati. Kenapa semua orang mahu letakkan kesalahan di atas bahunya? Mula-mula Farah. Lepas itu uminya. Dan sekarang, Xander.

            “Kau tu pulak suami apa? Tak payah kata aku derhaka, kalau kau pun tak sebaik mana.” Terbayang di matanya kejadian bertahun dahulu. Sepantas kilat juga dia cuba membuang bayang-bayang itu sejauh mungkin. Tidak mahu menambah lagi, rasa perit dalam hatinya.

            “Jadi sesuai lah kita kan? So apa masalahnya sekarang?”

            Rhea mendengus kasar. Entah mengapa dia terasa rindukan Xander yang lama. Yang bercakap hanya apabila perlu. Yang suka tersenyum sebagai peganti jawapan. Bukannya Xander yang sekarang. Yang lidahnya lebih berbisa dari sang tedung!

            “Please Xander. Tolong jauhkan diri kau dari aku.” Kali ini nadanya lebih kepada merayu. Itupun disebabkan dia terdesak. Kalau tidak, tak adanya dia sanggup merendahkan ego di hadapan lelaki itu.

            “Apa yang aku dapat, kalau aku ikut cakap kau?” Xander ketawa galak. Sengaja mahu menyakitkan hati Rhea.

            “Nothing Xander! Nothing!” Terjerit dia sebelum terus menamatkan perbualan. Payah kalau cakap dengan orang gila!

Surat Cinta Untuk Di sana : Kalo sudi..tinggalkan lah komen.. ahaks… papai…muahhh



Ahad, 13 Julai 2014

Jajans Bab 11 Isteri Milik Aku






“Siapa datang tu?” Datin Mawar  mengecilkan mata. Cuba diintai tetamu yang galak membunyikan loceng.

“Kejap. Rhea pergi tengok.” Terus dia bangun dan menuju ke arah pintu pagar rumah. Kelibat seorang remaja lelaki, cekap menyapa pandangan matanya.

“Puan Rhea Melati?”

Puan? Rhea sudah berkerut dahi. Kemudian barulah perlahan-lahan kepalanya diangguk. Diintai jambangan rose yang ada dalam pegangan remaja itu.

“Ada kiriman bunga untuk puan.”

Cekap diturunkan tandatangannya pada permukaan kertas yang diserahkan kepadanya. Setelah itu, disambut jambangan bunga yang dihulurkan. Sempat ucapan terima kasih diberi, sebelum pemuda berbangsa cina itu berlalu.

“Siapa bagi bunga tu?” Datuk Rahim sudah berkerut dahi.

“Tak tahu ayah.” Ditayang sengihan lebar. Sejambak besar bunga ros yang ada ditangan, dibawa mendekat ke arah hidung. Dihidu aroma wangi yang terbit, dari bunga kegemarannya itu.

“Itu kad ada. Tengok lah.” Datin Mawar menyampuk. Tidak senang hatinya melihat bunga ditangan anaknya itu. Risau jika Rhea terlupa dengan status yang masih disandang sekarang.

Mendengar kata uminya, pantas Rhea menarik sikit jambakan bunga bagi mencari kad seperti yang dikata.

Membulat matanya membaca perkataan yang terukir pada bahagian dalam permukaan kad. Xander Arjuna! hanya itu sahaja perkataannya. Tiada yang lain....

Kaki sudah mula terasa kebas. Perut juga seperti mahu naik kejung. Ya Allah...Entah apa lagilah yang Xander nak buat.

Dibuang pandang ke arah ayah dan uminya yang masih menanti jawapan. Entah apa motif xander menghantar jambangan bunga itu ke rumahnya. Kalau mahu membuatkan dia gelisah di hadapan kedua orang tuanya itu, rasanya Xander sudah berjaya!

“Siapa bagi?”

Garau suara ayahnya membuatkan dia semakin berdebar. Teragak-agak dia mahu membuka mulut.

“Kawan Rhea ayah.” Sedaya upaya dia cuba menceriakan wajah. Cuba menyembunyikan getar yang mula bertandang.

“Bagus lah tu.” Datuk Rahim ukir senyuman lebar. Sungguh dia berpuas hati kalau ada orang lain yang berminat dengan anak kesayangannya. Kalau boleh, secepat yang mungkin dia mahu mengusir Xander dari kehidupan Rhea.

“Apa yang bagusnya? Kalau rasa nak tempah neraka awal, buat lah. Ingat sikit yang Rhea tu masih isteri orang.” Datin Mawar berkata sedikit tegas. Selagi ikatan antara Rhea dengan Xander masih ada, selagi itulah dia tidak mampu untuk bertenang. Dahulu dia pernah menjadi wanita lemah yang hanya akur pada kemahuan sang suami.
           
Menunduk pasrah, kononnya mahu menjadi isteri mithali, tetapi rasa puas yang dicari langsung tidak pernah menjengah. Entah sudah berapa banyak dosa yang dikarang demi melunaskan kemahuan suaminya sendiri.

            Perit hatinya, bila dia terpaksa mengakui…dialah salah seorang yang terlibat dalam meruntuhkan rumahtangga anak sendiri!

            Terkedu Rhea mendengar kata-kata uminya. Bicara wanita itu saling tak tumpah, sama seperti Farah. Sedikit berkecil hati dia dengan kata-kata itu. Sepatutnya, wanita itu lebih memahami dirinya. Apa yang terjadi dulu, bukan salah dia. Semuanya salah Xander! Kenapa sekarang, dia pula yang dihukum?

Surat Cinta Untuk Disana : Kalau msg di fb tdak berbalas…maafkan sy….bukan sengaja..Tiap komen yang dibuat semuanya sy baca...sebab komen tu bagaikan tonik...ubat semangat utk menaip..hehe…. skarang sy sedang dikejar dateline…Banyak bulan sangat berseronok…dah dekat baru kalut…sila jangan tiru perangai itewww… haha…kalo dah siap…sepantas trojen saya kembali berpoya-poya….  :)