Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 4 Oktober 2014

SE KALAU SUDAH CINTA






“Ini untuk Love.”

“Cantiknya mak tok... Terima kasih.” Disambut huluran mak tok. Baju kebaya merah siap dengan perincian manik dan labuci itu, terus diacu pada tubuh.

“Untuk Nafiz mak tok?”

“Dalam almari mak tok ada banyak kebaya lama. Pergilah ambil sepasang.”
           
Padam senyuman dibibir Nafiz mendengar kata-kata wanita itu. Agaknya mak tok memang alergik tengok muka dia. Asal buka mulut saja, adalah kata yang boleh buatkan dia sentapkan hati.

            “Nah.” Mak tok tersengih. Baju melayu yang masih berbungkus di dalam plastik, diserahkan kepada Nafiz.

Nafiz tahan senyum. Terbang melayang habis rasa sentap.

“Rambut tu kejap lagi jangan lupa pergi potong.” Mak tok tergeleng. Hari itu balik, rambut dah macam landak. Terpacak tinggi.

Hari ini pacak hilang, tumbuh pulak ekor. Ikutkan hati, nak sahaja dia capai gunting dan kerat rambut yang berjuntai di belakang leher cucunya itu.

“Mana boleh mak tok. Trend ni!” Nafiz jarakkan tubuh. Risau kalau bekas sarjan itu buat aksi harimau menerkam.

“Trend apa? Tarzan aje suka rambut mengerbang macam tu. Kejap lagi, jangan lupa pergi potong.”

Mak tok bangun dan terus bergerak ke arah dapur.Tak kuasa dia nak melayan kerenah cucunya.

“Tulah abang. Kan Love dah cakap. Pergi potong. Tak nak… ha… kan dah kena.” Dia sudah agak, pasti rambut suaminya akan menjadi isu. Mak tok bukan boleh, asal nampak sahaja benda yang tak diberkenankan dek matanya, masa itulah juga disemburnya. Tak adanya dia nak tunggu-tunggu. Belum sempat dia meneruskan bebelan, anak lelakinya sudah mula merenggek kecil.

Terus diangkat tubuh itu naik ke atas ribanya. Anaknya yang baru berumur empat bulan itu sudah mula menghisap bibir sendiri. Agaknya lapar kerana sepagi asyik tidur sahaja kerjanya. Anak dara kecilnya pula, asyik ikut ke mana sahaja ‘Oyang Achan’ pergi. Pasti teruk atuk dibuli dek cicitnya yang seorang itu.

 “Syuhh… biar mak tok sorang sudahlah bising.” Plastik yang berada di tangan, ditimang-timang. Berkerut sedikit dahinya. Ringan semacam saja pun. Plastik dibuka…  

“Mak tok. Ni baju Naqib. Baju Nafiz mana?” Agaknya mak tok hanya berhenti menyerang dia bila Israel dan Palestine berdamai… Pasrah!

“Kamu tu dah tua. Pergi beli sendiri. Mak tok tak cukup bajet.” Dia di dapur sudah mula ketawa. Seronok mempermainkan cucunya yang seorang itu. Tak adalah dia kejam sangat sampai nak cucu tirikan Nafiz. Ada saja dia belikan baju melayu untuk cucunya itu.

“Sampai hati mak tok. Esok Nafiz boikot raya!”

“Baguslah tu. Lemang dengan serunding daging, mak tok sedekah je dekat orang.” Suaranya sikit melaung.

“Nafiz boikot seminit aje mak tok.”

Mak tok semakin galak ketawa. Dia dah agak dah… Seminggu nak balik raya, entah berapa puluh kali Nafiz ingatkan dia pasal lemang dan serunding.

Lemang atuk buat sedap… serunding mak tok terangkat… pakar membodek! Sekejap lagi dia nak bagi ‘hadiah’ dekat Nafiz. Kelapa belum dikait… buluh untuk buat lemang pun belum dipotong.

Sedap saja nak makan tanpa buat kerja…ingat dia baik hati sangat nak bagi cucunya tu jadi tuan besar? ewahhh… banyak cantik! 

...................................
SURAT CINTA UNTUK DI SANA : Aduhai...lama beno x berupdate.... Rindu zaman sy berjimba jimbu dekat sini.... Insyaallah....selesai sy siapkan IMA...kita berhurayy balik dekat sini...(Ada tak yang nak peluk ima versi cetak??? heheheh) papai...muahhhh.... oh ya... SALAM AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat...maaf zahir batin....  

(Insyaallah...nanti sy hadiahkan satu bab IMA untuk korang...terharu...sy chek stats.....setiap hari seribu lebih masih sudi masuk ke sini walaupun dah jarang sy update... Seribu utk penulis picisan mcm saya....jumlahnya sgtlah tinggi.... Xiexie...wo ai ni.... muahhhh )