Hel!O mY DarLing!

Rabu, 21 Januari 2015

Bab 1 - Cinta Price Tag

Gibran Osama




Bosan! Nak sahaja dia tunjuk tangan. Keep Calm and Talk to my hand!

“You dah berubah, Afke.”

Afke buat tak heran. Gelas berisi cocktail disambar dan diteguk rakus. Hilang langsung keayuan yang selama ini ditayang di hadapan lelaki itu.

“Apa masalah you sebenarnya ni?” Ikhmal ramas rambut. Kusut! Sungguh dia tak faham dengan kerenah perempuan seorang ini.  

“Nothing.” Kuku yang berkutek merah garang, diketuk pada permukaan meja. Mata meliar memandang sekeliling. Rokok yang dikepit kemas pada jemari, dibawa ke celah ulas bibirnya. Disedut dalam sebelum dihembus perlahan. Heaven!

“Nothing’ is not the answer, Afke. You dah tak macam dulu.” Afke yang mengoda dan manja bagaikan sudah hilang. Yang ada di hadapannya sekarang, wanita yang beku! keras! dan kaku!

“I tak pernah berubah.”

“I don't think so.” Ikhmal masih tidak berpuas hati.

“Terpulang.”

Suara Jessie J yang tiba-tiba sahaja melalak, mebuatkan dia merengus. Rokok yang masih berbaki di baling atas lantai sebelum dipijak kasar. Clutch bag dibuka.

“I tak habis cakap lagi.” Ikhmal sedikit membentak. Panas hati bila Afke masih tayang wajah tak berperasaan.

“Really?” Afke jongket kening. Accept or decline. Dipandang skrin handset.  Tersenyum sinis sebelum dia menjawab panggilan.

“Yes Wilma sayang.” Dia menyapa mesra. Ikhmal di sebelah, sudah tidak di layan. Payah kalau layan lelaki jenis tak faham bahasa. Belum sempat dia mahu buka cerita, tiba-tiba sahaja handset dirampas dari tangannya.  

Prang!

Membuntang matanya bila handset yang tadinya elok bercantum, sudah bersepai di atas lantai.

Damn! Bloody damn!

“Shit! What the hell happened to you?” Kali ini dia mula menempik. Panas hati memandang ke arah Ikhmal. Tangan sudah naik mencekak pinggang. Dress sendat yang sudah terselak sampai ke paha langsung tidak diambil kisah.

“I tak suka cakap dengan tunggul.” Ikhmal ketap gigi. Cuba menahan sabar yang pada bila-bila masa sahaja bakal berterabur.

“I bosan dengan you. That's my answer! puas hati?”

“What?”

“I rasa you belum pekak.” Clutch bag disambar. Dibuka langkah selaju yang boleh.

“Afke.” Tangan wanita itu dipaut.

“Please... i tak nak gaduh dengan you. Kalau ada benda you tak puas hati, bagitahu.” Ikhmal cuba merayu.

“Jangan jadi dayus Ikhmal.” Afke tersenyum sinis. Agaknya Ikhmal terlupa. Rekodnya dengan makhluk bernama lelaki, tak pernahnya nak elok. Dia mudah jemu!

“I tak boleh hidup tanpa you...”

“Then what? You nak bunuh diri? Go ahead! i tak halang.” Tangan tayang isyarat ‘who cares?’ Sengaja mahu menyimbah minyak dalam hati lelaki itu.

Terlepas cengkaman Ikhmal pada lengan Afke. Tak percaya mendengar kata-kata wanita itu. 

“Afke...”

“I tak boleh nak tayang muka bahagia semata-mata nak senangkan hati you. I tak nak jadi plastik.” Sedikit tegas kata-katanya. Dulu lagi dia sudah bagitahu Ikhmal. Dia tak suka dikongkong dan dia tak suka terikat.

Kelaku Ikhmal seminggu dua ini buatkan dia rimas. Lelaki itu mula kawal setiap gerak-geri dia. Ikhmal siapa nak mengatur hidup dia?

 “I dah habis banyak untuk you, Afke.” Ikhmal mula mengungkit. Bukan sedikit dia laburkan untuk wanita itu. Dan sekarang Afke nak tayang perangai habis madu sepah dibuang? Hell no!

“I tak mintak. You yang bagi.” Dia masih tayang wajah selamba. Ayat mengungkit seperti itu, sudah berpuluh kali dia dengar. Telinga pun sudah lali. Ikhmal ingat dia nak terkesan? Huh!

 “You jangan buat bagi i hilang sabar.” Naik turun nafasnya cuba menahan amarah. Afke bagaikan sengaja mahu menabur racun.

“Satu solution yang ada untuk you Ikhmal... lupakan i.” Dia bergerak mendekat. Tubuh Ikhmal dipeluk kejap.

 “Jangan nak kusutkan fikiran. Banyak lagi perempuan baik dekat luar sana berbanding i.” Dia berbisik lembut. Pelukan dilepaskan sebelum dia berlalu pergi dengan senyuman menguntum di bibir. Lelaki... pelukan sahaja sudah cukup untuk buatkan tubuh kejung di situ.

True love? Naa...   



TUBUH genitnya dilolos masuk ke dalam kereta. Seat belt ditarik. Bukan nak tayang perangai skema, tapi dia mengambil langkah berhati-hati. Dari muka bersepai di permukaan dashboard, dia rela kejung ditambat tali yang membelit tubuh.

Wilma kalau bawa kereta, bukannya nak sedar diri dah. Habis meter ditekannya. Kalau suruh perlahan pun, tak adanya nak ikut.

“Apasal lama sangat beb? Kejung dah aku tunggu dekat sini.” Wilma merengus.

“Biasalah.”

“Apa yang biasa?”

“Aku dah broke up dengan Ikhmal.” Dia tersengih.

“Again?” Wilma tergeleng. Patutlah message suruh dia berjemput bagai.

Afke angguk. Yes! again!

“Bila kau nak insaf ni Afke?” Dia tak ingat sudah berapa banyak mangsa wanita itu. Tukar kekasih macam tukar baju. Dikikisnya habis-habisan, kemudian dibuang saja lelaki-lelaki itu macam kain buruk.

“Sampai aku jumpa Mr. right. Tall, dark and handsome.”

“Beb... kau cuba bagitahu aku, ada ke mangsa-mangsa kau tu yang tak kacak?” Wilma mencebik.

Afke tergelak.

“Dah... jangan kusutkan fikiran kau.”

“Jangan sampai satu hari nanti, kau pulak yang terkena.” Bukan dia nak menakutkan Afke. Tapi bumi ni bulat. What goes around comes around...

“I know.” Afke senyum hambar.

“Huh... satu lagi. Apasal kau letak call aku tadi? Saja kau kan... nak biar aku jadi tugu dalam kereta ni tunggu kau.”

“Letak apanya. Dah bersepai kena baling.” Mujurlah handset tu, Ikhmal yang bagi. Kalaulah keluar dari duit poket dia, memang siaplah lelaki itu dia kerjakan.

“Lah... habis tu?”

“Babe... kau ingat ni zaman apa?” Beg diselongkar. Handset iphone 6 dikeluarkan dan dilayang sekilas di hadapan mata Wilma. Tak ada yang pelik kalau orang ada lebih dari satu handset!

Wilma tergelak kecil. Cekap!

“Belajar dari pengalaman? Atau pengalaman yang mematangkan kau?”

“Dua-dua.” Berlekuk lesung pipit di kedua belah pipinya.

“Aku dah boleh kasi award dekat kau ni.”

“Yes indeed!”Afke ketawa galak. Wilma tak pernah gagal untuk buatkan dia gembira.

“Afke... Afke...” Kepala digeleng. Entah bilalah nak pencen dari mainkan perasaan anak teruna orang.

“Kau dah makan belum ni?” Wilma sambung kata.

“Belum. Lapar...” Perutnya yang kempis disentuh.

“Haish... orang lain putus cinta tak lalu makan. Kau ada hati lagi nak melantak? Creepy appetite betul perut kau ni.”

Sekali lagi dia ketawa. Creepy appetite? Mengarut sungguh!

Surat Cinta Untuk Di sana : Amacam? Ok dak? huhu... jalan cerita? korang kena tunggulah... kali ni sy x bagi dah jajans byk2 mcm dulu... pngalaman mematangkan diri... motip? ekekekekekek.... Siapa yang dah baca prolog..korang mesti tahukan apa ‘yang tak kena’ dengan afke.... sooo.... baik korang dediam sebab prolog sy dah padam... hahah...papaiii...muahhhhhhhh






5 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)