Hel!O mY DarLing!

Isnin, 4 Ogos 2014

Merepek Meraban Bersamaku

Aloha my pren... Tak ada apa nak post sebenarnya. Saja nak buat senaman tangan... hehe... 
Ni nak bagi link group pesbuk saya : https://www.facebook.com/groups/621308791235302/ 

Motif??? : Sebab sy nak mengapdate n3 novel baru dekat sana...N3 seciput. Nak post dekat sini macam x berbaloi. Kalau jajans panjang, sy post dekat sini...


 JANGAN NIKAHI AKU!


 Hud Fardan (Hud) VS Nur Cadena (Cadena)


"Kahwin sehari lepas tu bawak haluan masing-masing? Mazhab mana kau ikut ni?" Hud bangun bercekak pinggang. Membuntang matanya memandang wajah Cadena yang langsung tidak beriak.

"Dah tu, awak jugak yang cakap tak hadap nak kahwin dengan saya."

"Hadap tak hadap, kau jangan berangan nak buat kisah kahwin paksa."

"Bukan awak memang kena kahwin paksa dengan saya ke?" Cadena dah terkebil. Apa yang si Hud ni nak sebenarnya?

Naik darah Hud mendengar kata-kata itu. Aduhai...Apa kebendul sangat calon yang Mak Biyah kesayangannya itu cari?




CINTA TERKALIH PANDANG


  Emir Gadafy (EM) VS Aure Najua (Aure)

"Tak ada orang lain ke Encik Osman?" Aure dah mencebik. Dalam banyak anak manusia, kenapa lelaki itu jugak yang terpilih?

"Tak ada. Saya nak awak dapatkan dia jugak."

"Susah tu. Cari orang lain jelah."

"Awak nak saya cari orang lain jugak, ganti tempat awak?"

"Encik Osman nak pecat saya ke?" Aure mengeluh kecil. Ini yang dia malas. Sikit-sikit ugut!

"Tengok pada prestasi awak. Ingat... saya nak awak dapatkan jugak budak Em tu. Apa cara sekalipun, saya tak nak ambil tahu." Encik Osman peluk tubuh sebelum dia melangkah pergi. Tak kuasa nak melayan kerenah Aure yang dia yakin bakal membuatkan darah tingginya naik mencanak.

"Ingat macam beli anak ayam dekat market gamaknya." Aure mengomel perlahan. Payah kalau kerja makan gaji ni. Semua benda nak kena ikut arahan. Ufhh!

"Saya dengar apa awak kata tu Aure."

"Sekejap lagi jugak saya dapatkan dia, Encik Osman." Dimata, dia dah terbayang resign letter yang setiap bulan diupdate tarikh!