Hel!O mY DarLing!

Rabu, 22 Mei 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 15




            “Kau dah ok ke?” Amjad bertanya. Tirai yang menutupi tingkap di tarik. Suasana mula berubah terang.

            “Boleh la. Mama tak datang ke hari ni?” Pelik pula Hasif. Selalunya pagi-pagi lagi mamanya sudah bertandang.

            “Datang, tapi lewat sikit. Ada hal katanya. Kau dah makan belum?”

            Mendengar pertanyaan abang kembarnya membuatkan seraut wajah mula bermain di birai mata. Terus tangan di bawa menepis-nepis gambaran yang terasa dekat dengan wajahnya bagi menghilangkan bayang si puyu.

            “Kau ni kenapa?” Hairan dia memandang reaksi Hasif.

            “Tak ada apa-apa. Ada lalat.”

            Amjad terus menyentuh dahi Hasif. Tak kan ada mana-mana ‘wayar’ sudah putus? Doktor terlepas pandang ke? Bilik macam ni punya sejuk, nak datang mana lalat? Pelik sungguh.

            “Kau tanya apa tadi?” Sambil itu dia menepis tangan Amjad yang melekap kemas di dahinya yang berbalut. Pegang dekat situ, macamlah nak boleh tahu suhu badan dia.

            “Aku tanya kau dah makan belum?”

            “Dah makan.”

            “Makan apa? Ini, langsung tak luak.” Tangannya di tunjukkan ke arah bekas makanan yang masih belum bersentuh.

            “Er..Ada kawan aku datang tadi. Dia bawa bubur nasi.”

            “Perempuan ke?” Amjad memandang nakal. Payah benar ingin mendengar lelaki itu bercakap mengenai perempuan. Selalu sangat menayang wajah tidak berperasaan.

            “Lelaki.” Laju dia memangkah kata-kata Amjad. Terasa darah meruap ke wajah dengan tiba-tiba.

            “Kau jangan cakap yang kau ni...” Amjad memandang adiknya dengan pandangan penuh riak curiga. Tak kan lah kot. Tapi tak mustahil. Dunia sekarang bukan boleh kira sangat. Nauzubillah, mintak-mintak iman adiknya di kuatkan.

            “Choiii..mulut engkau. Nabi tak mengaku umat tu.” Apa punya fikiranlah. Terpesong sampai ke situ. Lelaki tak boleh bawa benda makan ke kalau melawat rakan-rakan yang sakit?

            “Nasib baik. Ingatkan kau dah menyimpang.” Ketawa besar dia bila Hasif menunjukkan penumbuk kepadanya. 

            “Isteri kau mana? Tak bawa sekali ke?” Pelik pula di rasakan. Selalunya di mana ada Amjad di situ ada Camelia. Dah macam kembar siam dia rasakan. Risau Amjad berlebih-lebihan. Macamlah dalam dunia ini isteri dia seorang saja yang hamil.

            “Ada dengan mama. Kejap lagi diorang datang sekali la.”

            “Patutlah. Selalunya berkepit je.”

        “Biarlah nak berkepit pun. Apa ada hal. Kau tu cemburu. Nanti ada isteri entah-entah kau lagi teruk pada aku. Aku ni sayang isteri. Kau nanti dah kahwin kau tahulah.” Nak buat macam mana. Dia memang jenis yang mudah risau. Nak pula sekarang isterinya semakin menghampiri due date. Siapa tak takut oii.

            “Aku akan pastikan nanti isteri aku tak rasa rimas.” Hasif menjawab penuh yakin.

            “Tak apa. Kita tengok nanti.”

            “Ok, we will see.”
..........................
            “Anak mama apa khabar hari ni? Dah makan ubat?” Puan Sri Azah bertanya. Wajah Hasif yang agak berseri berbanding kelmarin di pandang penuh kasih. Entah perempuan manalah yang buat anaknya sampai terlantar macam ni.

            “Dia bukan makan ubat saja mama. Siap makan bubur nasi lagi. Aweks bawa.” Amjad menyampuk. Ingat dia nak percaya ‘bohong sunat’ Hasif? Lelaki konon.

            “Wah, apa cerita ni? Story lah dekat mama sama. Siapa aweks tu?” Penuh riak ingin tahu dia bertanya. Kalau macam ni tak lama lagi bermenantulah dia.

            Ketawa Amjad mendengar mamanya meniru perkataan ‘aweks’. Mama memang the best. Wajah kelat adiknya di pandang sekilas sebelum dia menayang riak wajah tidak bersalah.

            Hasif memandang Amjad dengan pandangan tidak berpuas hati. Mulut pot pet pot pet mengalahkan perempuan.

            “Mana ada.” Tergeleng kepalanya bagi menafikan. Geram pula dia dengan Yuyu. Asal muncul sahaja pasti akan menimbulkan masalah. Amjad pun satu, mulut tak tahu nak diam. Sibuk nak bergosip.

            “Betul ke?” Kening diangkat-angkat. Tengok wajah pun disudah tahu, menipu. Siapa agaknya gerangan si gadis misteri. Tak sabar dia ingin berkenalan dengan ‘menantu wanna be.’

            “Betullah mama. Amjad memandai karang cerita.” Bertambah dosa dia hari ini. Dari tadi menipu. Kalaulah puyu sengal tu tak datang, tentu keadaan tak jadi macam ini.

            “Siapa yang datang? Yuyu ke?” Camelia yang dari tadi berdiam diri mula bertanya. Semalam Yuyu ada memberitahunya ingin melawat Hasif.

            “Yuyu mana?” Cuba di ingat kembali jika nama itu pernah di dengari. Kalau Yuyu Zulaikha tahulah dia. Penulis blog yang comel tu.

            “Yuyu Zulaikha tu ke? Kalu dia mahu sangat la mama. Nanti semua cucu mama comel-comel.” Angan-angan setinggi gunung mula di karang.

            “Bukanlah mama. Dia setiausaha Amjad. Kawan baik Camelia.” Camelia cuba membetulkan salah faham yang terjadi. Mama rajin membuka blog. Tak kiralah blog ilmu atau santai sekali pun. Ibu mertuanya memang suka membaca. Mungkin di sebabkan itulah bahasa mama kadang kala seperti orang muda. Dia pula terkebil-kebil tak memahami apa bahasa yang di gunakan. Rasa macam terbalik usia pula di rasakan.

            “Owh.” Musnah harapan. Terus padam angan-angannya tadi.

            “Tapi Yuyu ni pun comel tau mama. Kelakar pulak tu.” Amjad memuji. Si isteri menunjukkan isyarat thumb up kepada suami.

           “Betul mama. Kalau nak buat menantu pun boleh. Dia kosong lagi.” Camelia menokok tambah. Kalau mama sudah berkenan, ada peluanglah mereka berbiras nanti. Hoyee.

            “Dah, dah. Yang korang laki bini ni merepek apasal? Memandai jelah. Tak ingin aku dengan puyu tiga suku tu.” Bengang dia terhadap Amjad dan Camelia. Macamlah tiada perempuan lain dalam dunia ni nak dikenenkan dengan dia.

            “Eh, nak marah kenapa?” Kalau dia sudi mama lagilah sudi. Kamu bukan umur dua puluh tahun, dah nak masuk dua puluh lapan tahun tahu. sikit hari lagi dah jadi anak teruna tua.” Runsing juga dia dengan hal anak lelaki bongsunya. Umur dah semakin banyak tetapi seorang kekasih pun tiada. Bukan dia tak cuba nak perkenalkan dengan anak kawan-kawannya, tetapi Hasif selalu menolak. macam-macam alasan di berikan. Kadang-kala alasan itu langsung tak boleh di terima akal.

            “Mama nak ke menantu yang buatkan kepala anak mama ni hampir pecah?” Tak puas hati betullah.

            “Bukan pecah lagipun.”

  
             “Kau diamlah Amjad. menyibuk saja. Camelia, bawaklah suami kau ni balik.” Panas hati dia dengan gelagat Amjad. Tak sudah-sudah nak jadi Mr.Cupid. Dia nak kahwin nanti, pandai-pandailah dia cari sendiri.
           
               “Yuyu tu ke yang baling tin air dekat kamu?”

            “Dialah mama. Entah mana datangnya, asal ada dia jadilah bencana dekat anak mama ni.” Wajah sedih di tayang. Berharap nama itu tidak di sebutkan lagi. Sakit yang sedikit bertambah teruk kalau mendengar nama budak Yuyu itu.

            “Kalau dia lagi bagus. Suruh dia bertangungjawab. Nasib baik otak kamu tak cedera, kalau jadi apa-apa macam mana?” Puan Sri Azah tidak berpuas hati. Pandangan matanya tertacap ada suami isteri yang seronok bertepuk tampar.

            “Yang kamu berdua ni seronok sangat kenapa?” Garang dia bertanya.

            “Tak ada apa-apa.” Camelia menjawab. Seyuman masih tersadai di bibirnya. Di siku sedikit perut suaminya bila lelaki itu masih bergembira.

            “Mama jangan layan lah.” Serabut betullah suami isteri ini. Menyusahkan betul!

            “Balik nanti duduk rumah mama dulu. Dah sembuh baru kamu balik rumah kamu.” Puan Sri Azah memberi arahan. Tidak senang dia ingin membiarkan anak lelakinya tinggal sendiri dalam kesihatan yang kurang memuaskan.

            “Mama jangan risaulah. Hasif dah besar.”

            “Kecil ke besar ke, kamu tetap anak mama. Fullstop.” Perkataan fullstop di tekan. Selalunya perkataan itu sudah memberikan gambaran kepada anak-anaknya yang dia tak suka kalau katanya di bangkang. Dia bukanlah jenis ibu kuku besi. Cuma kalau melibatkan nyawa mana-mana ibu dalam dunia ini pasti akan mengatakan perkara yang sama sepertinya.

            “Iyalah.” Dia mengalah. Malas mahu terus berbahas.

            “Ya Allah, mama terlupa. Tok dengan tok wan kirim salam. Dia orang nak datang, tapi papa tak bagi. Kesian nak naik bas jauh-jauh.” Hampir terlupa dia dengan pesanan ibu dan bapa mertuanya. Risau kedua orang tua itu bila di beritahu mengenai Hasif.

            “Kenapa tak naik kapal?” Camelia bertanya. Teringat dia kepada tok dan tok wan suaminya. Mula-mula berkenalan dahulu pening kepalanya dek bahasa utara mereka berdua yang terlalu pekat. Lain yang diarahkan lain yang dia buat. Sekarang otaknya sudah cekap menangkap beberapa perkataan utara kerana selalu juga dia berbual dalam talifon dengan tok.

            “Tok kamu tak boleh. Gayat katanya. Dulu pernah mama bawa datang sini naik kapal, muntah-muntah dia.” Ibu mertuanya memang alah dengan tempat tinggi. Baru naik tangga kapal sahaja sudah mula pening. Yang peliknya, rumah di kampung ‘tinggi dari bumi’ tak pula dia pening.

            “Biasalah tu. Kalau boleh pun katanya tak boleh. Takut rindu ayamlah, lembulah, mama bukan tak tahu tok dengan tok wan macam mana. Macamlah tak kenal.” Hasif tersenyum. Rasa rindu menyapa. Sudah hampir empat bulan dia tidak bertemu dengan mereka. Kesibukannya membuatkan dia sukar untuk pulang ke kampung.

            “Nanti mama minta tolong Pak Hussin ambil barang Hasif.”

            “Kunci ada dalam kereta.” Teringat dia kunci yang di biarkan dalam kereta selepas dia tergesa-gesa membantu Amjad mengejar pencuri beberapa hari lepas. Parking sahaja kereta dia melihat aksi si minah puyu menarik beg dengan peragut. Walaupun dia tak suka tak adalah dia tergamak membiarkan perkara seperti itu terjadi di hadapan mata. Niat hatinya ingin menolong. Tetapi tak sangka pula jadi macam ni.

            “Tak apa. Mama kan ada kunci rumah kamu.” Agaknya anak lelakinya itu terlupa pernah memberikan kunci pendua kepadanya.

            “Hasif dah pindah rumah la mama. Rumah lama tengah renovate.”

            “Eh, tak bagi tahu mama pun kamu dah pindah rumah.” Sedikit kecil hati Puan Sri Azah berkata. Selalunya apa yang di lakukan oleh anak-anak dialah tempat yang akan di rujuk.

            “Pindah sekejap saja mama. Dah selesai renovate Hasif masuk balik rumah lama. Ini pun menyewa saja.” Silap dia juga tidak memberitahu kepada keluarga dahulu. Baru sehari dia berpindah rumah sebelum kejadian malang itu menimpanya.

            “Apasal tak balik rumah duduk dengan mama saja?” Dia tidak berpuas hati. Macamlah rumahnya jauh beribu batu dari tempat kerja.

            “Sekejap saja mama. Hasif tak nak susahkan mama” Bukan dia tak mahu, tetapi kalau dia tinggal di rumah mama, alamatnya sukarlah untuk dia berpindah keluar kembali. Mama bukan senang nak lepaskan. Dulu semasa dia ingin pindah rumah, mama melancarkan mogok ‘bisu’ kepadanya hampir dua minggu. Setelah di pujuk oleh papa barulah sejuk sedikit hati mama.

            “Susahkan apanya? kamu bukan budak kecil mama nak kena tukar pempers.”
        
         Ketawa Camelia mendengar kata-kata ibu mertuanya. Susah kalau di ajak beradu bahasa dengan bekas peguam. Idea untuk mematahkan serangan berguni banyaknya.

            “Mama jom kita balik. Kesian kat Hasif nak rehat. Bising doktor nanti kita ganggu dia lama-lama.” Amjad cuba menyelamatkan keadaan. Kesian pula dia melihat wajah adiknya yang terkulat-kulat mendengar kata-kata dari mamanya.

            “Mama mana ada ganggu. Kamu nak balik, kamu balik dulu. Nanti mama balik dengan papa.”

            “Papa petang karang baru datang. Mama tunggu sini pun bukan boleh buat apa. Biarlah Hasif rehat. Jom kita balik dulu. Biar Amjad hantar.” Amjad memujuk.

            “Betul tu mama. Hasif ok dah ni. Mama balik lah dulu.”

            “Iyalah..iyalah.” Puan Sri Azah bangun dengan malas. Tangan Hasif yang di suakan kearahnya di sambut sebelum tangannya di kucup. Di tepuk-tepuk perlahan bahu Hasif.

            “Mama balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, call mama.”

Surat Cinta Untuk Di sana: Lagi beberapa bab saya akan stop MPWUMM? di blog bg mnyiapkan full mss... Dah lama sgt lmbab dlm prtambahan bab. Mngkin sy akan selang selikan dengan novel Kalau Sudah Berkenan dan Cerpen Kerana Cintaku Untuknya. Sebarang ‘kata-kata azimat’ boleh tulis nunnn di bawah sana... :)


           

1 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)