Hel!O mY DarLing!

Rabu, 1 Mei 2013

Panaskan Harimu : Sedikit sedutan Cerpen Adanya Dia Untuk Aku



              “Saya tak nak!” Larisa membentak kasar. Pautan tangan Zafiq yang kuat mencengkam lengannya sedaya upaya cuba di rungkaikan. Semakin dia meronta semakin kukuh gengaman tangan sasa itu, membuatkan dia bertambah geram. Dia tidak suka di pegang sesuka hati. Dia bukannya anak kucing yang boleh di belai apabila mahu.

            “Kau nak aku batalkan kontrak ke?” Zafiq mengugut. Dia bukanlah jenis yang bermain dengan kata-kata. Terlibat dengan perniagaan membuatkan dia menjadi bertambah ‘kejam.’ Musuh mahupun kawan tidak akan di pandang. Mereka akan menghingap kepada orang lain untuk mencapai tujuan. Setelah puas, dimusnahkan dan ‘sahabat’ baru akan di cari bagi meneruskan kelangsungan. Dia tidak percaya dengan perniagaan bersih. Baginya siapa yang cepat dia yang dapat. Buruk atau baik cara yang perlu di lakukan dia tidak akan peduli. Yang di mahukan hanya keuntungan.

            “Kau tak boleh nak batalkan sesuka hati. Perjanjian kita dah tandatangan” Larissa tidak mahu mengalah. Apa, dengan memberikan kepadanya peluang perniagaan lelaki itu boleh membuat sesuka hati? Jangan mimpi!!!. Walaupun dia gementar berhadapan dengan Zafiq tetapi dia bukan lagi anak gadis yang lemah. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu menindasnya sesuka hati.

            “Kalau aku kata aku boleh? Syarikat kau bukan stabil sangat. Aku boleh buatkan kau jatuh tak bangun-bangun, dan anak ‘haram’ kau tu akan hidup merempat” Zafiq sengaja mengungut. Senyuman sinis tersadai di bibirnya bila rontaan Larissa mati secara tiba-tiba. Membuntang mata itu merenungnya.

Surat Cinta Untuk Disana : Panas bukan? lagi panas sebab tak ltak full n3...ye idok? haha...papai uolls.. muahh!!

3 ulasan:

  1. Huaaaa.....menci la cenggini. Suka buat orang tertunggu-tunggu. Takmao la lg sedutan2 ni. Nak full cerpen. Pelllliiiissss cik cempaka

    BalasPadam
  2. cepat2 lah letak full en3......tak sabar nak baca...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)