Hel!O mY DarLing!

Selasa, 24 Jun 2014

Isteri Milik Aku Bab 8







Perfume dari jenama Dior, Tendre Poison disembur sedikit pada badan. Rambutnya yang baru sahaja dibuat ala-ala beachy, disisir dengan jari. Setelah berpuas hati dengan penampilannya yang bersederhana, dia melangkah keluar dari toilet.

Dari jauh sudah dia nampak kelibat Fakrul dan seorang lelaki. Pasti lelaki itulah yang mahu diperkenalkan oleh Fakrul kepadanya. Itu pun puas dia galak merayu kepada Fakrul membantunya mencari firma lain untuk menimba ilmu. Bekerja dengan ayahnya, bagaikan tidak memberikan dia kepuasan. Kalah kes, ayahnya hanya tersenyum. Berusaha lagi!

Sampai bila hatinya nak disenangkan dengan kata-kata itu? Sekurang-kurangnya, dia perlukan sesuatu yang lebih kepada cabaran untuk dia berada pada kedudukan yang lebih baik. Apatah lagi, sejak kes pertama sudah beberapa-kali dia terpaksa mengadap wajah Xander. Lelaki itu bagaikan sengaja mahu mencaras rezekinya.

Kalau lah lima kes dia ambil, kelima-lima itu kalah, siapa lagi yang nak bagi kepercayaan kepada dia? Itu pun dia mula terdengar cakap-cakap kosong yang dia langsung tak berbakat. Hanya menumpang populariti ayah sendiri yang sudah memang terkenal dalam bidang guaman.  

Sekarang, dia mahu mengatur langkah sendiri, ayahnya jugak bagaikan tidak menghalang bila dia suarakan niat mahu menimba ilmu dengan firma lain. Sekurang-kurangnya lelaki itu memahami apa yang dia mahukan.


“Fakrul.” Dia menegur perlahan. Di pandang wajah lelaki yang masih menunduk melihat handset di tangan. Entah mengapa, hatinya mula rasa tidak menentu. Kerusi yang tadi ditinggalkan, ditarik sebelum dia mula melabuhkan tubuhnya disitu.

“Xander, ini Rhea. Rhea…Xander.” Fakrul tersenyum. Senang hati kerana dapat memenuhi permintaan Rhea. Harapnya Xander berpuas hatilah dengan calon yang dia perkenalkan.

Xander tarik senyum. Gotcha! Jelas Rhea bagaikan terpingga-pingga melihat wajahnya. Masa Fakrul berikan resume Rhea, dia rasa bagaikan mahu ketawa terbahak. Entah wanita itu yang sengaja mahu cari penyakit atau apa. Kalau Rhea mahu bekerja dengannya, mustahil dia akan menolak. Bertahun lama, apa lagi yang dia harapkan kalau bukan memberikan Rhea sedikit pengajaran.

“Xander.” Tangan dihulurkan ke arah Rhea. Tenang bagaikan itu lah pertemuan pertama yang terjadi antara mereka berdua.

Rhea teragak-agak. Dipandang wajah Fakrul sekilas. Lelaki itu sedang ralit menyuap makanan ke dalam mulut. Ya Allah…Kalaulah dia tahu Xander yang mahu diperkenalkan oleh Fakrul, dia rela bekerja di firma ayahnya sampai bila-bila.

“Rhea Melati.” Saat tangan Xander disambut, dia dapat rasakan bervoltan arus elektrik rasa tersadur pada tubuh. Dia tidak pasti mahu tersenyum atau apa. Mahu berlagak biadap, air muka Fakrul si peguam syarie itu juga harus dijaga.

“Melati.”

Sepatah kata Xander. Tetapi cukup mengembalikan kenangannya, pada masa bertahun dahulu. Kata yang sama. Dan nada juga, masih sama. Hanya Xander sahaja yang suka mengusiknya dengan nama sang bunga itu.

“Rhea.” Suaranya cuba ditegaskan. Tetapi yang keluar hanyalah kata penolakkan yang kedengaran begitu lemah. Bahkan, sedikit berbisik.

 “Ehemm.. Harammmm.” Fakrul berdeham. Sakit pulak matanya melihat permandangan yang terhidang. Kang kalau dia sekolahkan balik, marah. Tak tahu ke hukum lelaki bersentuhan dengan perempuan tu apa? Hai…Memang nak kena debik dua orang sahabatnya itu.

Mendengar sindiran Fakrul, membuatkan Xander malarik senyum. Haram? Tak pernah ada istilah itu dalam hubungannya dengan Rhea. Kalau dia nak buat lebih sekalipun, tak akan ada yang mampu menghalang.

Rhea naik segan. Ditarik tangan Xander dari berterusan menggenggam tangannya. Setelah itu dia hanya mampu menunduk. Merenung jemari yang yang terasa bagai mahu melumpuh setelah terkena sentuhan Xander.

“So, dah bersedia nak bekerja dengan saya, Puan Rhea?” Xander tenang. Tubuh sasanya disandar pada kerusi. Tangan pula gagah memeluk tubuh sendiri.

“Cik Rhea.” Rhea tak mahu kalah. Rasa tersindir dia mendengar gelaran yang terluah dari bibir Xander. Senyuman yang terukir sinis pada wajah itu, hampir membuatkan dia rasa mahu menyimbah Xander dengan air yang ada di atas meja.

“Dia solo lagi. Kalau kau nak masuk line pun boleh.” Fakrul menyampuk. Tergelak kecil dia dengan kata-kata sendiri.

“Sounds interesting.”

Mendengar balasan yang terluah dari bibir Xander, membuatkan dia rasa mahu mencepuk Fakrul. Mulut lelaki itu dari dulu tidak pernah mahu diam. Kalaulah Fakrul tak memandai beritahu yang dia masih solo, pasti dia sudah reka penipuan. Kalau dia cakap dia bertunang sekalipun, bukannya lelaki itu tahu.

“So, macam mana?” Dipaku terus pandangan matanya pada wajah itu. Jelas, Rhea bagaikan tidak selesa dengan tingkahnya.

“Macam mana apa?”

“Kerja dengan saya. Kalau nak, datang ke firma. Kita buat formal interview.”

“Sekarang ni bukan interview ke?”

“Ada ke firma ambil pekerja dekat restaurant Cik Rhea?” Xander tergelak kecil. Lebih kepada menyindir. Sengaja ditekan perkataan Cik Rhea.

Rhea tergeleng perlahan. Membahang wajahnya mendengar sindiran Xander. Cik Rhea, nada lelaki itu bagaikan mengejek dirinya. Sekali lagi dia terkena. Apa pun dia bersyukur. Jangan mimpi dia nak menapak ke firma lelaki itu. Selurus dia, belum sampai mencecah ke tahap bendul lagi mahu serah kepala dibaham dek harimau.

“Dulu study dekat mana?” Xander jongket kening. Berpura bertanya, bagaikan dia langsung tidak tahu-menahu mengenai wanita itu. Sedangkan, sudah penuh fikirannya disumbat mengenai maklumat peribadi Rhea. Resume yang diserahkan oleh Fakrul juga membantu dia lebih mengetahui apa yang Rhea lakukan bertahun dahulu.

“Australia.” Rhea semakin tidak senang duduk. Entah kenapa dia rasa, bagai dia sudah melakukan kesalah besar, ditangkap dan dibicarakan tanpa sempat dia membela diri.

“Nice choice. So dah berapa lama balik Malaysia? Dah hilang rindu dekat orang yang ‘kena tinggal’ dekat sini.” Xander ketap gigi. Nak sahaja dia capai leher Rhea dan dicekik-cekik kuat.  

“About two months. Tak ada sebab saya nak rindu. Kita bukan hidup zaman batu yang tak ada phone, skype nak berhubung dengan family.” Suaranya sedikit meninggi. Pedih telinga mendengar kata Xander yang seakan memprovok dirinya.

“ABC.” Xander tergelak kecil. Senang hati melihat wajah tidak keruan Rhea. Baru dicuit sudah gelabah.

“What?” Naik pijar pipinya. Terasa ditampar kuat. ABC, Allah bagi cuti. Dia yang guna singkatan itu disebabkan malunya untuk berterus terang kepada Xander mengenai hal perempuan, sewaktu di awal perkahwinan mereka. Sekarang mendengar kata itu terluah kembali, dia rasa malu datang bertimpa-timpa.

“Korang cerita apa ni?” Fakrul garu kepala. Satu pun tak dapat dihadam oleh fikirannya. Nak kata bergaduh, senyum. Nak kata tak bergaduh, wajah masing-masing sudah nampak semacam. Pelik!  

“Informal interview. Right Cik Rhea?”

“Yeah.” Rhea tarik nafas dalam. Dihembus perlahan sebelum dia mula menyusun kata kembali.  

“Apa credentials yang firma encik nak? Sekurang-kurangnya saya boleh buat persedian.” Persedian untuk dia melepaskan diri. Juga persedian untuk dia cari jalan supaya Xander tidak lagi muncul dihadapan matanya.

Confidence, dan saya tak perlu nak ketuk dahulu, baru tahu nak buat kerja. Syarat wajib yang lain saya rasa Cik Rhea dah tahu kan?” Dipandang wajah Rhea sekilas, sebelum tangannya menggamit memanggil waiter. Tekaknya yang terasa kering perlu dibasahkan segera.

Perutnya juga sudah ramah berbunyi kerana seharian tidak sempat menjamah makanan. Dari pagi tadi jadualnya sentiasa padat. Baru sahaja mahu bernafas, ada pula client yang membuat panggilan mengarah itu ini.

“Okey. I’ll give you a call when I'm redy for that.” Ditoleh ke arah Fakrul. Dihantar isyarat mata yang dia mahu segera beredar. Malangnya, Fakrul bagaikan tidak terkesan dengan lirikan matanya.

“Great. Saya tak sabar nak bekerjasama dengan Cik Rhea. Harapnya, jawapan tak mengecewakan saya.”

Rhea ukir senyuman herot. Pasti kau akan kecewa Xander. Kali ini dia rasakan kemenangan bagaikan berpihak kepadanya. Seketika niatnya mengumpat Xander di dalam hati terhenti, bila waiter sudah berdiri tegak di sebelahnya.

Tadi hanya Fakrul yang membuat pesanan. Dia pula, kononnya mahu menunggu kedatangan tetamu istimewa. Sudahnya kelibat yang muncul itu, memang sangat istimewa. Sampaikan nafasnya hampir terputus dek kerana keistimewaan itu.

“Awak nak makan apa?” Tanpa memandang wajah Rhea, dia menghantar pertanyaan. Menu yang ada ditangannya dipandang. Pening kepala mahu membuat pilihan. Rasanya, itu antara kelemahan dia yang paling ketara. Kalau datang menu yang berjela panjang, otaknya terus tidak dapat berfungsi dengan baik.  

“Chicken grill dua, lemon iced and green tea soda. Itu saja.” Laju meluncur kata itu dari bibir Rhea. Seketika dia terdiam sendiri. Rasa macam mahu sahaja ditampar bibirnya sekuat hati. Wajah Xander dipandang sekilas sebelum dia melarikan pandangan ke arah lain. Sesak nafasnya, risau jika Fakrul tertangkap apa yang sedang dia katakan. Mujurlah lelaki itu kelihatan ralit melihat keadaan sekeliling.

Xander hanya angguk kepala. Diserahkan kembali menu pada waiter. Chicken grill dan green tea soda. Makanan dan minuman kegemarannya. Benda yang sudah bertahun tidak menyapa perut. Bukan dia tidak teringin, tiap kali benda itu cuba mencecah tekak, perutnya terasa sebu sendiri.

Dua-dua hidangan itu, menu pertama yang Rhea sediakan untuk dia selepas perkahwinan mereka. Tidak lah sesedap mana, tetapi dia jatuh suka sebab Rhea bersusah payah untuk mengambil hati dia. Rasa terharu itu yang membuatkan dia rasa makanan itu makanan terhebat yang pernah dia jamah.      

“By the way, Datuk Rahim apa khabar?” Tidak mahu hati terbuai dengan kenangan lama, Xander kalih cerita.

 “Kau kenal ke ayah dia?” Fakrul menyampuk tiba-tiba.

“Datuk Rahim, siapa tak kenal.” Xander tergelak sinis. Mustahil dia dapat lupakan lelaki yang telah membunuh seluruh kegembiraannya. Meranapkan terus harapan yang dia karang.

“My father okey. Sihat. Mungkin tengah kalut cari calon menantu yang baik untuk saya.” Rhea tak mahu kalah. Jelas nada Xander bagaikan mahu mempermainkan ayahnya. Entah apa yang Xander tidak puas hati sangat. Sepatutnya lelaki itu tilik kesalahan diri sendiri, bukannya kalut mencari kambing hitam untuk menutup kesalahan yang terang-terang dilakukan sendiri.

“Rasanya, saya lepas tak nak jadi calon menantu ayah awak?” Melantun tawa Xander bergabung dengan Fakrul.

“Kalau Encik Xander jenis setia, mungkin lepas tapisan tu.” Rhea turut tergelak sama. Seronok dapat memulangkan paku buah keras kepada Xander.

“Eh, kau jangan tak tahu, bakal bos kau ni jiwa kental. Makwe, makwe dia tak layan.” Fakrul membela. Xander yang dia kenal memang alergik dengan perempuan. Sampaikan dulu dia pernah sangkakan lelaki itu songsang. Tapi kemunculan si kecil yang dikatakn anak lelaki itu, mematikan bisikan jahat yang bermain di fikirannya dulu.

“Korang tunggu kejap ye.” Hansetnya yang galak berbunyi ditayang sebelum dia berlalu. Suasana bising tidak memungkinkan dia mendengar dengan jelas apa yang mahu disampaikan oleh pemanggil.

Hilang sahaja Fakrul dari pandangan mata membuatkan dia gelisah sendiri. Tidak selesa bila tubuhnya menjadi santapan mata helang Xander.

“Kau betul ke nak kerja dengan aku?”

“Tak.” Rhea semakin tidak senang hati. Nada Xander yang tadinya kedengaran mesra sudah hilang. Serius muka lelaki itu tidak beriak. Belum pun sempat lelaki itu membuka mulut, kelibat Fakrul sudah berada di sebelah mereka. Wajah itu kelihatan risau. Gayanya juga nampak tergesa-gesa.

“Xander, Kejap lagi kau tolong hantar Rhea. Aku nak kena balik kampung. Mak aku masuk hospital.” Fakrul kalut. Dicapai segala kunci dan dompet duit yang ada di atas meja.

“Okey. Kau pergilah.”

“Fakrul.” Rhea cuba menghalang. Rasa macam nak menangis dia bila lelaki itu laju menapak. Makanan yang baru diletakkan dihadapannya dipandang dengan pandangan sebu.

“Makan dulu. Kejap lagi aku hantar kau balik.”  

“Aku boleh balik naik teksi.”

“Kau tak tahu ke sekarang ni banyak kes orang kena culik masa tunggu teksi? Ada yang kena rogol. Mati kena bunuh pun ramai. Tapi tak kisah lah kan. Kau kan berani.” Dihiris-hiris chicken grill dengan mimik muka yang sengaja dibuat nakal. Mahu mengusik wanita itu yang sudah semakin berubah riak.

Liur yang ditelan terasa tercekik di kerongkong. Rogol? Bunuh? Dipandang wajah Xander sebelum dia tertunduk pasrah. Menyesal dia tumpang Fakrul. Kalaulah dia tahu, pasti dia bawa sahaja kereta sendiri. Semakin tidak senang hatinya bila membayangkan yang dia akan berdua dengan Xander di dalam kereta nanti.

Surat Cinta Untuk Di sana : Hemm…..so apa kata korang pasal cerita ni? (oh ya….abaikan ye typo yg berderet….sesungguhnya sy budak paling malas edit mengedit… ) :)

20 ulasan:

  1. Besttttt!! Best lagi kalau rhea jenis tk takut pada xander dan suka melawan ckp lelaki tu.heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ano... Rhea memang x takut...itu takut2 manja je tu... haha

      Padam
  2. Rasa mcm nak baca lg dan lg ja....x sabar nak tau ending nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq milla sudi bc.... ending dia kena doakan sy berjaya siapkan novel ni scepat mungkin..... lpas tu pnerbit terima dgn senang hati...kalau tidak den pasrah... hahah

      Padam
  3. Cepat2 la siap kan. Tj sabar nk bc mcm mane xander ajr rhea tu..m

    BalasPadam
  4. Best sngt!!hari2bukak nk baca :)..nak lagi nak lagi..hehe

    BalasPadam
  5. Cempaka nak lg... Hehe tamakkn... Btul2 buat prut i sebu sbb x sbr nk nengok reaksi depa bedua ngn baby....

    BalasPadam
  6. X sabar nk tggu next entry
    #prayforthehardcopy :)

    BalasPadam
  7. nak lagi please ... lambatnya rhea nak jumpa baby. rhea jadi bibik.

    BalasPadam
  8. best, nk lg, x puas baca..

    BalasPadam
  9. The best love story...suke2..cepat2 buat novel plezz

    BalasPadam
  10. best sangat2..tak sabar nak tunggu next entry.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)