Hel!O mY DarLing!

Ahad, 4 Ogos 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 7



            Adra mengintai. Setelah diyakini pemangsa sudah tiada, barulah dia berani melangkah keluar. Sejak dari tadi ada sahaja aksi lelaki itu yang boleh membuatkan matanya terpelanting keluar. Zafry memang menakutkan!

            “Aku ingat kau nak bertapa terus dekat dalam tu. Dah berapa jurus ilmu kau khatam dekat dalam?”

            “Mak kau..!” Adra terjerit kecil. Terperanjat apabila disergah secara tiba-tiba. Perlahan dia berpusing ke belakang. Zafry dengan riak penuh lagak sedang elok berdiri tegak pada dinding berhampiran pintu bilik air.

            Masam sedikit wajahnya kerana dikejutkan. Sebelum tiba-tiba dia mendapat idea mahu mengenakan Zafry. Poket baju tidur berbelang yang siap dipakai semasa di dalam bilik air tadi diraba. Wajah dengan penuh riak kerisauan sengaja di tayang. Siaplah kau!

            “Kau apasal? Cari apa?” Zafry turut mengintai ke dalam poket baju isterinya.
           
            Adra tersenyum. Yihaa.. Berjalan seperti yang dirancang.

            “Cari duit tiga puluh sen.”

            “Kau nak buat apa?” Zafry semakin pelik.

            “Bukan abang penjaga tandas ke? Masuk tadi Adra terlupa nak bayar. Ini cari duit nak kasi abang lah.” Adra sedaya upaya menseriuskan muka. Wajah suaminya sudah sedikit merah. Mungkin tidak menyangka jawapan nakal itu keluar dari bibirnya.

            “Kau…” Zafry mati kata. Malu apabila di permainkan secara terang-terangan oleh Adra.

            “Esok Adra cari dekat pasar. Dengan penuh kasih sayang Adra masak untuk suami kesayangan.” Adra sudah tergelak. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan tuala kecil.

            “Kau merepek apa ni?” Zafry semakin pening. Dia yang mahu mengenakan Adra, sebaliknya dia pulak yang terkena.

            “Itu…Abang sebut ‘cow.’

            “Cakap merepek, aku cium kau..” Zafry panas hati. Ingat kelakar ke?

            “Okey diam…” Susah dapat suami yang tak tahu bergurau. Serius memanjang. Dengan langkah malas Adra melangkah ke meja solek. Losyen di tekan ke tapak tangan. Dioles pada lengan dan leher. Sesekali dia mengintai Zafry yang sedang memandangnya tajam.

            “Kau nak goda aku ke apa?”

            “Tak usah nak goda. Abang memang dah tergoda. iye tak? Untunglah Adra. Sudahlah comel, cantik pulak tu. Suami pun suka.” Adra karang ayat bangga diri.

            “Blah la kau!” Kenapa lah dia boleh jadi suami kepada gadis yang menyakitkan hati? Ini ayah punya pasal. Cuma ada satu yang dia tak ralat dan menyebabkan senyumannya melebar di bibir. Adra bukan gadis murah!

            “Ha itu senyum..Betullah apa yang Adra cakap kan?” Adra bangun. Dia bergerak menuju ke arah katil. Tubuhnya benar-benar sudah terasa letih.

            “Nak tidur ke?” Zafry bertanya nakal.

            “Hemm…” Janganlah Zafry macam-macam lagi.

            “Jangan tidur lah. Kemas barang.” Di tarik tangan Adra dari menjatuhkan tubuh ke atas tilam.

            “Kemas barang? Adra dah kemas semua la.” Barangnya yang dibawa bukanlah banyak sangat pun. Sekejap sahaja sudah siap dimasukkan ke dalam almari. Mujurlah Zafry bukan jenis lelaki yang berkira. Langsung tidak kisah berkongsi barangan dengan dia. Sedikit gambaran kahwin paksa yang bermain di fikirannya sebelum pernikahan mereka bagaikan diangkat pergi.

            “Aku nak balik rumah. Kau nak tinggal dekat sini ke?” Beg duit dan kunci kereta di capai.

            “Balik rumah? Rumah mana?” Adra pening. Hilang sekejap rasa mengantuk yang melanda sekejap tadi.  

            “Rumah aku lah.” Dia tidak selesa berlamaan di rumah ayahnya. Lelaki itu pasti akan mengawasi setiap gerak-gerinya nanti.

            “Abang tak tinggal dekat sini ke?” Adra semakin pening. Baru malam pertama perkahwinan, Zafry sudah memberikan satu demi satu kejutan.

            “Jangan banyak tanyalah. Cepat siap…” Banyak mulut betullah perempuan sorang ini. Erkhh..

            “Nanti apa kata ayah. Esok lah kita pergi.” Adra serba salah. Tidak mahu tindakan mereka nanti membuatkan bapa mertuanya kecil hati.

            “Sekarang ni siapa suami kau? Aku ke dia?” Zafry sedikit bengang.

            “Abang..Tapi…”

            “Tak payah nak bertapi-tapi.. cepat sikit. Aku tunggu dalam kereta.” Tanpa mempedulikan Adra, Zafry terus melangkah keluar. Tidak suka apabila Adra mahu melebihkan ayahnya berbanding dia. Lelaki itu tak boleh menang. Dia tak akan biarkan. Esok pasti orang tua itu sakit hati bila sedar dia sudah meninggalkan rumah. Itulah yang dia mahu dan dia idamkan. Biar mereka berkongsi rasa yang sama.

            Adra mengeluh. Kasihan bapa mertuanya. Harta bertimbun dam melimpah ruah, tetapi kasih sayang anak langsung tak ada. Sekarang dia mula sedar kenapa lelaki itu begitu terdesak mahu menjodohkan Zafry dengan dia.

            Sambil mengemas Adra mengingati apa yang berlaku tadi. Niat hatinya mahu bersembahyang berjemaah dengan suami pada malam pertama langsung tidak tertunai. Zafry buat tidak peduli sahaja ajakkannya. Sedikit nasihat yang dia beri, bagaikan cubaan si luncai menitiskan setitis nila ke dalam laut. Langsung tidak berkesan.

            Tetapi dia bukanlah jenis orang yang mudah berputus asa. Itu baru cubaan kali pertama. Dia tidak akan mengalah walaupun perlu mencuba beribu kali. Untuk kebahagiaan seorang ayah dan kebahagian diri sendiri, dia berdoa supaya Allah cekalkan hatinya berhadapan dengan semua itu.
………………………
            Adra kagum. Tidak menyangkan Zafry tinggal di Condominium yang begitu mewah. Tapi apa nak dihairankan. Lelaki itu bukannya tidak mampu.

            “Masuklah. Kau tunggu apa lagi?” Zafry bertanya sedikit kasar. Sekarang dia tuan. Adra kena ikut cakapnya. Tak boleh tidak.

            Adra cebikkan bibir. Zafry The Boss sudah mula menunjukkan taring. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Adra telan liur. Beg di tangan terus terjatuh. Mulutnya sedikit ternganga melihat ‘pemandang’ di dalam.

            “Kau kenapa?” Dasar budak miskin! Tengok benda mewah mulalah tercengang.

            “Ini rumah ke sarang black metal?” Tidak sempat di tahan, bibirnya lancar menuturkan semua itu. Patutlah Zafry berhati beku. Kehidupan tak bewarna-warni. Hitam pekat.

            “Mulut kau..” Lain yang disangka lain yang jadi. Isterinya memang terlebih berterus terang.

            “Betullah apa Adra cakap..” Semuanya bewarna hitam. Dari dinding sehingga ke barangan rumah. Hanya cahaya lampu sahaja bewarna cerah. Nampaknya banyak benda yang dia kena lakukan nanti. Sinar ‘kecerahan’ harus di serap masuk ke dalam jiwa encik suami.

            “Kau jangan berani nak tukar semua ni tanpa kebenaran aku.” Bagaikan dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran Adra, Zafry terus memberi amaran.

            “Tengoklah.” Perlahan sahaja suaranya kedengaran. Dia tak mahu berjanji kerana di dalam fikirannya sudah bermacam perkara bermain.

            “Letak barang dalam bilik.” Zafry mengarah. Dia terus menuju ke arah sofa. Tv di buka. Di tekan-tekan bagi mencari rancangan menarik yang kena dengan jiwannya.

            “Bilik mana?”

            “Kau tengok lah bilik mana kau nak guna.” Malas Zafry menjawab. Suka tanya soalan bodoh. Yang mana ada barangan dia, itulah yang guna. Benda macam itu pun nak tanya.

            “Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, kena guna bilik lain?” Adra masih mahu bertanya. Manalah tahu suaminya itu mahu betul-betul melaksanakan konsep kahwin paksa.

            “Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” Tanpa rasa segan ayat itu meluncur laju dari bibir Zafry. Nak sangat tanya soalan bodoh kan? Ha…Rasakan!

            Adra rasa wajahnya membahang. Zafry memang bermulut lancang. Tak agak-agak nak berkata. Potong lidah buat sambal karang! Tak tunggu sesaat terus dia berlalu.

            Pintu bilik di buka. Dia melepaskan keluhan berat. Hitam lagi. Apa suaminya itu memang peminat tegar warna hitam ke? Man in Black!

            Mujurlah set bilik tidur bewarna putih. kalau tidak mahu pitam dia di dalam kegelapan seperti itu. Cuma bab kebersihan mungkin boleh di beri pujian. Susun atur juga agak kena dengan jiwanya. Kecuali warna hitam. Memang dia tak dapat nak menerima. Kalaulah ‘dicurahkan’ sedikit warna putih pada dinding, mungkin lain hasilnya.

            “Esok kau berperang Adra. Gambatte!” Tangan digengam. Cuba memberi semangat kepada diri sendiri.

            “Gambatte?” Zafry senyum nakal.

            Adra terkebil melihat Zafry melangkah masuk ke dalam bilik. Senyuman nakal itu…Uhh..Tak menahan. Tapi suaminya memang kacak kalau tersenyum. Lesung pipit akan jelas kelihatan pada kedua pipinya.

            “Adra…” Zafry memangil.

            Aci tak kalau dia pengsan sekarang?

Surat cinta untuk Di sana : Aloha darling…Saya tak edit langsung coz mood malas sedang melanda diri. Ini sajalah dapat di kasi buat sementara waktu.



9 ulasan:

  1. alaaa..tak cukup
    saje jek benti time2 ceni kan
    huarghhh ;'(

    BalasPadam
  2. slalu lambat update..tertunggu2 ni...huhuhu...papepun bets...

    BalasPadam
  3. Wah best..please update cte yuyu plak..pleaseee

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank ano...inshaallah klau bkesmpatan nnti sy ltak...tp jajan's aje la...haha :)

      Padam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)