Hel!O mY DarLing!

Khamis, 1 Ogos 2013

Cerpen Suami Untuk Aku




            “Kemaafan?”  Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata itu. Selagi kesakitan di hati masih terasa, tak akan ada sebuah kemaafan akan terluah dari bibirnya.

            “Dah setahun lebih Zara. Sampai bila nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.

            “Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa ke singki. Seleranya yang memang tidak pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.
           
            “Boleh tak Zara jangan layan abang macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat dilakukan.
           
            “Ini sikit sangat banding apa yang abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu membuatkan lukanya berdarah kembali.

            “Abang tahu. Tapi tolonglah Zara. Kita kena berbincang.”

            “Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Berbulan dia menahan rasa. Cuba memujuk hati bila kasih sayang suami yang amat disayanginya mula beralih arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia akan lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.

            “Abang tahu semua salah abang. tapi kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri kesayangannya cuba disapu. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar wanita itu.

            “Memang semua salah abang.” Zara puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh. Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui.

            “Abang tahu. Tapi sampai bila kita nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.

            “Sampai abang ceraikan Zara.” Tak tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air mata. Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat membenci suami sendiri.

            “Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’ Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
            “Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba sedaya..................”

            Kata-kata seterusnya dari doktor langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia terpaksa melaluinya.

            “Kenapa abang tak mati? Kenapa anak Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.

            “Zara,,,Zara dengar cakap abang sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.

            “Zara tak nak dengar. Semua ni salah abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.

            “Abang...adik..!” Zara menempik kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi penghuni katil yang besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.

            “Zara.”

            Zara angkat wajah. Tetapi hanya untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang sedang menapak masuk kedalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang menjengah.

            “Zara nak tidur. Tolong keluar.” Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.

            Fayadh tidak mempedulikan amaran Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja solek yang cerah terpasang, dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara tergangu dek kerana cahaya yang terlalu terang.
           
            Wajah isterinya ditatap. Dia tahu Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.

            Dan setiap kali dia terpaksa mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan khilaf yang dilakukan sendiri.

            Setiap malam selepas mendengar jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra bagaikan sukar dilentur.

            Fayadh duduk menyandar. Gambar yang berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada anak-anak yang comel, juga ada Zara. Tidak lama senyuman itu dapat bertahan. Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit hati bila dia terpaksa menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan keluarga sendiri!
.............................
            “Kamu tak cuba bawa Zara berubat?” Puan Salmah berbisik kepada menantunya. Takut kalau kata-katanya didengar oleh Zara. Anaknya sekarang begitu mudah tersentuh hati. Tersilap cakap, pasti akan panjang rajuk Zara. Dia juga tidak mahu kerana mulut dia, anak dan menantunya berperang.
           
             Cuma sebagai ibu, hatinya gusar melihat keadaan anak kesayangannya. Sudah lebih tiga bulan dia tidak melihat Zara. Pada perkiraannya akan ada perubahan dalam diri itu, malangnya Zara masih  kaku. Hidup bagaikan tidak bernyawa.   

            “Dulu pernah juga saya bawak dia jumpa pakar kaunseling. Tapi Zara degil mak. Langsung tak nak bagi kerjasama.” Fayadh mengeluh. Bukan dia tidak berusaha untuk meniupkan kembali semangat dalam diri isterinya, tetapi bila tuan empunya diri tidak sudi memberikan kerjasama segalanya menjadi sukar.

            “Mak pun dah tak tahu macam mana nak nasihatkan dia.” Sayangnya pada Zara hanya Allah yang tahu. Terluka hati anak itu, terlukalah juga hati dia. Tetapi dia yakin kepada Qada dan Qadar Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

            “Semua ni salah saya mak.”

            “Bukan kamu yang tentukan hidup mati anak kamu tu. Kalau Allah dah kata Kun Fayakun, lari pelosok dunia mana pun kamu tak akan dapat elakkan diri.” Pasti berat dugaan yang perlu di tanggung oleh menantunya. Sudahlah hilang anak. ‘Hilang’ juga isteri. Lebih malang dituduh sebagai penyebab kematian Zuriat sendiri.

            Fayadh terdiam mendengar kata-kata ibu mertuanya. Kalaulah wanita itu tahu rahsia disebalik semua yang terjadi, pasti tiada lagi kata-kata semangat untuknya yang berkumandang. Pasti dia akan dipandang dengan pandangan jelik.
           
            “Mak harap kamu dapat besabar dengan Zara. Inshaallah, lambat atau cepat pasti dia berubah.” Bahu Fayadh ditepuk. Menghantar isyarat yang dia sentiasa bersama menantunya. Fayadh itu menantu pilihannya. Anak kepada arwah sahabat baik sendiri. Dia kahwinkan Zara dengan Fayadh bukan kerana harta lelaki itu, tetapi kerana budi bahasa yang ditunjukkan. Dia tahu dia tidak silap menjodohkan mereka.

            “Itulah doa saya hari-hari mak.” Sedaya upaya Fayadh menahan air matanya dari gugur.  
.............................................
Beberapa tahun dahulu
            Zara tersenyum senang hati. Tidak sedar bila suaminya membawa kejutan itu masuk ke kamar tidur mereka. Ahh..Fayadh memang seorang suami yang penuh dengan kejutan. Kadang-kala dia sendiri tidak dapat membaca fikiran dan tindakan lelaki itu.
           
            “Suka?” Bunga di tangan diserahan kepada Zara. Bunga ros merah. Lambang cinta sejati antara uda dan dara.

            “Sangat. Terima kasih abang.” Semakin melebar senyuman Zara. Bahagia menjengah apabila dihargai oleh suami sendiri. Pipi Fayadh dibelai penuh kasih. Bunga di tangan dihidu. Harum, dan dia berharap keharuman itu akan turut mewarnai kehidupan mereka.

            “Sama-sama kasih sayang.” Dahi isterinya dikucup. Wanita itu sentiasa ada bersamanya disaat susah dan senang. Saat dia hampir jatuh tersungkur, Zara sudi menghulurkan tangan membantunya. Menadah telinga mendengar setiap keluh kesah. Dan sungguh, dia tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa Zara.

            “Abang nak hadiah apa hari ini?” Zara bertanya lembut. Kepalanya disandar pada dada lelaki itu. Kepanasan tubuh suaminya memberikan keselesaan. Rasa selamat bagaikan dia akan sentiasa dilindungi. 

            “Abang tak perlukan hadiah. Zara dengan anak-anak adalah hadiah terbaik yang abang pernah terima.” Dia ketawa kecil bila Zara mencium pipinya.

            “Nak tahu sesuatu tak?” Zara angkat kening. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

            “Apa?”

            “Abang pandai bermanis mulut.” Zara ketawa kecil apabila jari jemarinya digigit oleh Fayadh.

            “Manis mulut untuk isteri sendiri, apa salahnya. Ke Zara nak abang manis mulut dekat orang lain sama?” Fayadh bertanya dengan nada menusik.
           
            “Zara potong lidah abang nanti.” Zara tayang riak wajah serius.

            “Tak bolehlah kita berbual lepas itu. Zara sangup ke tengok suami Zara yang handsome lagi menawan ni cacat?”

            Zara pegang wajah suaminya dengan kedua belah tangan. Sekejap dia pusingkan kepala lelaki itu ke kanan dan sekejap ke kiri. Serius wajahnya tanpa sebarang senyuman.

            “Kenapa ni?” Fayadh bertanya risau. Gurauannya tadi keterlaluan sangat ke? Rasanya biasa-biasa sahaja.

            “Zara tengah cari dekat mana letaknya handsome dengan menawan tu..Kenapa abang menipu?”

            “Zaraa...” Pingang isterinya digeletek semahu hati. Geram mendengar kata-kata yang terluah. Ada sajalah agenda Zara untuk menyakatnya.

            “Janganlah...Gelilah abang..” Zara ketawa mengekek. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri dari Fayadh.

            “Ahh,,tak kira.”

            “Okey...Okey...Zara surrender.” Zara angkat tangan tanda mengalah. Bila suaminya menghentikan aktiviti mengeletek, dia pula yang melancarkan serangan. Ketawa besar dia bila suaminya itu sudah mengelek seperti ular. Kegelian apabila dicuit.

            “Oitt, apa ni. Main tipu.” Fayadh turut ketawa. Rambut Zara yang kusut diselak kebelakang. Cantik..Isterinya memang cantik malangnya itu tidak mengcukupi. Dia bahagia, sangat bahagia. Tetapi rasa bahagia itu tidak datang bersama rasa cinta. Dan dia tahu, pasti Zara sedar tentang itu.
.............................
            “Anak-anak papa kenapa tak pakai baju sekolah?” Fayadh bertanya kehairanan. Butang lengan baju dimasukkan pada lubang. Sambil itu dia memandang anak-anak kesayangannya menanti jawapan.

            “Papa lupa ke..Hari ni kan cuti.” Adik berkata lanjut. Sesekali dia menguap kecil.

            “Papa janji nak bawa pergi Zoo. Jomlah.” Si abang pula berkata. Kepala diletakkan di atas meja. Bercakap dengan mata yang terpejam.

            Zara tersenyum memandang aksi anak-anaknya. Si kembar yang baru mencecah umur lima tahun beberapa hari lepas. Begitu petah berkata-kata sampai ada kalanya dia sengaja berpura-pura tidak mendengar. Tidak telayan gelagat mereka yang comel dan nakal.

            Hari ini demi menuntut janji kepada suaminya awal pagi lagi mereka sudah bangun. Sesuatu yang mengejutkan. Kalau tidak susah benar ingin membangunkan mereka pada waktu pagi. Siap menangis lagi kalau dipaksa.

            Fayadh pandang wajah isterinya. Dia benar-benar serba salah. Terlupa dengan janji yang ditabur kepada anak-anaknya. Kalaulah dia tidak perlu ke pejabat, pasti permintaan mereka akan ditunaikan.

            “Tak apa. Abang pergi kerja dulu. Nanti pandai-pandailah Zara uruskan budak-budak ni.”

            “Thank sayang. Abang cuba siapkan kerja cepat-cepat. Kalau sempat abang balik awal. Nanti kita bawak anak-anak keluar.” Dahi Zara dikucup. Dia mendekati anaknya yang sudah tertidur di meja makan. Ciuman di hadiahkan buat kedua-dua heronya.

            “Eh, abang tak nak sarapan dulu ke?”

            “Abang dah lewat. Nanti abang sarapan dekat office je.” Fayadh tergesa-gesa berlalu. Mujurlah anak-anaknya tertidur. Kalau tidak pasti riuh keadaan rumah. Pasti janji yang di tabur akan dituntut. Sebab itu dengan anak-anak jangan berani berjanji. Perkara berbulan sudah pun pasti akan diingati oleh mereka.
....................................
            “Perkenalkan. Pembantu saya...Elina.”

            “Fayadh.” Fayadh tersenyum hambar. Wajah itu masih seperti bertahun dahulu. Langsung tidak berubah. Bahkan sudah semakin cantik dirasakan.

            “So, Elina, boleh you temankan Fayadh? I have to go now.” Datuk Sukri bertanya. Sesekali dia melihat jam di tangan. Ada beberapa urusan penting yang harus dia uruskan segera.

            “Never mine datuk.” Elina tersenyum. Menghantar isyarat yang dia langsung tidak kisah.

            “Awak apa khabar?” Elina bertanya lembut. Rambutnya yang dibiarkan lepas mengurai di selitkan ke telinga. Wajah lelaki yang pernah bertahta di hatinya dipandang. Sedikit kumis yang ada membuatkan Fayadh nampak kacak.

            “Fine.” Fayadh tidak tahu bagaimana harus beriaksi. Dia benar-benar tengelam punca. Pertemuan semula setelah tujuh tahun berlalu rupa-rupanya tidak mudah. Kesakitan yang dulu disangkakan sudah lupus ditelan masa, rupanya masih ada. Masih kejap bersarang dalam hatinya.

            “So..how about your life?” Elina sedut minuman. Senyum mekar masih tersadai di bibirnya. Langsung tidak menyangka dia dapat bertemu semula dengan lelaki itu.

            “Biasa-biasa sahaja. Awak macam mana?”

            “Okey. Ada seorang anak. And now...i’m a single mother.” Elina berterus terang. Perkahwinannya dengan lelaki pilihan keluarga pada mulanya memberikan kebahagian. Tetapi semakin lama mereka bersama, makin besar jurang perbezaan yang timbul. Menyesal dia kerana terlalu akur dengan desakan keluarga. Kalaulah dia berkeras untuk bersama Fayadh.....

            “I’m so sorry.” Fayadh serba salah. Tidak mahu kerana pertanyaan dia tadi membuatkan wanita itu mengenang kembali kisah lalu.

            “It’s okey. Bukan salah awak pun.” Elina ketawa kecil melihat riak wajah Fayadh yang sedikit berubah. Dia sudah tidak peduli lagi dengan masa silam. Padanya, masa hadapan yang harus dikejar. Kalau fikir masa lalu, memang dia tidak akan mampu untuk bangun semula.

            “Tinggal dekat mana sekarang?” Dia sudah semakin selesa untuk berbual. Sesekali kenangan lama disebut membuatkan mereka ketawa gembira. Dengan sendirinya Fayadh terlupa janji untuk segera pulang. Hilang wajah isteri, juga hilang wajah anak.
...............................
            “Suami Zara segak-segak ni nak pergi mana?” Zara memeluk erat pinggang Fayadh. Rindunya dia terhadap lelaki itu. Sebulan dua ini Fayadh begitu sibuk. Bekejar ke sana sini. Sesekali timbul juga rasa tidak puas hati. Cuma dia menyabarkan diri sendiri. Tidak mahu Fayadh menjadi tertekan. Dia tahu tanggungjawab menangung keluarga begitu sukar. Tidak mahu bebelannya nanti membuatkan Fayadh tidak selesa.

            “Abang ada kerja sikit. Nanti malam abang balik.” Fayadh senyum memandang isterinya. Dahi itu dikucup. Kalaulah Zara tahu...

            “Pakai santai je. Ha...kerja ke dating ni?” Zara berkata lembut. Niat hatinya mahu bergurau dengan lelaki itu. Sudah lama dia tidak bermanja dengan Fayadh. Sesekali kerinduan yang melanda hati cuba disabarkan.

            “Zara mengarut apa ni?” Melengking suara Fayadh. Tajam matanya memandang ke wajah Zara. Menghantar amaran yang dia tidak menyukai kata-kata wanita itu.

            Zara terdiam. Kaku dia memandang wajah Fayadh. Bertahun mereka berkahwin rasanya inilah kali pertama Fayadh menengkingnya sebegitu rupa. Sebelum ini sekasar manapun gurauan yang dia lakukan, Fayadh hanya akan tersenyum. Dan menegur selepas itu dengan nada yang lemah lembut.

            Fayadh mengeluh. Tangan Zara dicapai dan digengam erat. Dia tidak bermaksud mahu berkasar tetapi kata-kata Zara tepat menikam ke hulu hati. Dia rasa bersalah. Sangat bersalah.

            “Abang minta maaf. Abang tak sengaja.” Ditarik tubuh Zara ke dalam pelukkannya. Tetapi Zara masih kaku. Pelukannya tidak berbalas.

            “Zara yang salah. Tak patut cakap macam itu.” Perlahan-lahan dia membalas pelukan suaminya. Saat itu hatinya berdegup kencang. Air hangat terasa bertakung di jurai mata. Dia tahu...Semuanya telah berubah.

            “Jangan bergurau macam itu lagi. Abang tak suka.” Perlahan Fayadh berkata.

            “Pergilah. Nanti abang terlambat pulak.” Sedaya upaya perasaanya dikawal.

            “Tak apa. Abang tunda dulu kerja. Hari ni abang nak habiskan masa dengan keluarga abang.”

            Wajah suaminya dipandang. ‘Kenapa abang buat Zara macam ni?...’ Hati seorang lelaki tidak sukar di tembak. Riak bersalah pada wajah Fayadh telah menerangkan segalanya. Sampai hati Fayadh.....
..................................
            “Zara..Kalau aku nak tanya sikit boleh tak?” Athiyah pandang wajah Zara.

            “Apa?” Zara menanti penuh debar. Janganlah Athiyah membaca hatinya. Sekecil-kecil kesedihan yang melanda dirinya pasti akan dapat dikesan oleh wanita itu.  

            “Kau ada masalah ke? Aku tengok kau makin kurus. Tangan ni...Dah tak ada isi.” Tangan Zara diangkat sebelum dilepaskan kembali. Zara sahabat karibnya. Mereka bukan baru kenal sehari dua. Sudah terlalu lama persahabatan yang terjalin. Dia tahu riak wajah Zara kalau dilanda kesedihan.  

            “Aku sihat Tiya. Kau jangan nak merepeklah.” Zara pura-pura ketawa. Ketawa yang kemudiannya bertukar menjadi tangisan yang sayu. Ahh..Sukar untuk dia merahsiakan kedukaan dari pengetahuan Athiyah...Wanita itu bagaikan mempunyai magic yang mampu membuatkan perasaannnya terdedah tanpa halangan.

            “Ya Allah Zara...Kenapa ni? Cakap dengan aku...Kau kenapa?” Athiyah gelabah. Terus dia bangun dan duduk bersebelahan dengan Zara. Dipeluk tubuh sahabatnya. Cuba meredakan tangisan wanita itu.

            “Fayadh...dia ada orang lain.” Zara cuba menahan air matanya. Dia mahu kelihatan kuat. Nampak gagah di mata Athiyah. Tetapi dia tidak mampu. Athiyah sahaja yang dia ada untuk berkongsi segala masalah.

            “Ap..apa..kau cakap ni Zara?” Athiyah ternganga. Mustahil..Fayadh yang dia kenal sangat sayangkan Zara. Mesti ada salah faham yang terjadi.

            “Dia ada orang lain Tiya. Dia curang belakang aku.” Sepandai-pandai Fayadh menyiman rahsia, dia tahu semua yang berlaku. Dia bukannya suri rumah yang akan menerima apa sahaja pembohongan si suami. Dia kenal siapa Fayadh. Sebarang perubahan yang berlaku terhadap lelaki itu dia akan sedar.

            “Kau salah faham kot Zara. Cuba bincang baik-baik dengan dia.” Athiyah cuba memujuk. Dalam pada masa yang sama dia bagaikan dapat menerima segala kata-kata Zara. Sahabatnya itu memang seorang yang teliti. Pasti kata-kata itu ada benarnya.  

            “Aku tahu siapa suami aku Tiya. Bukan baru sehari aku kenal dia.” Walaupun Fayadh merupakan pilihan keluarga tetapi rasa cinta yang dia pupuk berjaya membuatkan lelaki itu di tempatkan di hatinya.

            “Kau banyak-banyak besabar. Ke kau nak aku bincang dengan Fayadh?” Sakit hati Zara sakitlah juga hati dia. Dan Fayadh harus berdepan dengan dia kalau apa-apa berlaku pada Zara. Itu sumpahnya!

            “Jangan...Aku tak nak dia sedar yang aku dah tahu. Kau tolong rahsiakan..” Zara merayu. Dia tahu dia boleh harapkan Athiyah.

            “Okey...Tapi kalau ada apa yang kau perlu, jangan malu cakap dekat aku.” Pasti Zara terdesak. Tidak pernah Zara menceritakan kisah rumah tangga kepadanya. Ah...Fayadh... Di sebalik sikap yang penyayang, rupanya tegar juga melakukan onar.
....................................
            “Abang. Kejap lagi kita keluar beli barang rumah nak? Banyak yang dah habis. Lusa dah mula puasa.” Sambil itu cekap tangannya meyikat rambut anak-anaknya.

            “Abang tak bolehlah Zara. Abang ada hal. Apa kata Zara pergi sendiri. Bawa anak-anak sekali.”

            “Selalu sangat abang ada hal sekarang. Dah tak ada masa untuk Zara dengan anak-anak.” Kali ini zara sedikit berkeras. cukuplah dengan dengan kesabaran dia selama ini. Fayadh semakin hari semakin melampau. Buat dia tak ubah macam tunggul kayu. Dia boleh terima kalau lelaki itu hanya berubah hati untuknya, tetapi dia tidak boleh jika Fayadh turut berpaling muka pada anak sendiri.

            “Abang penat tau cari rezeki dekat luar. Zara duduk di rumah apa Zara tahu? Tahu mintak saja.” Fayadh sudah menengking. Tidak suka kelakuannya di tegur.

            “Abang lupa ke siapa yang suruh Zara duduk dekat rumah?” Nada Zara masih berlembut walaupun dia sakit mendengar kata-kata Fayadh. Dulu, selepas habis belajar Fayadh juga yang beria-ia meminta dia duduk di rumah. Jaga anak-anak. Kenapa sekarang mahu mengungkit?
           
            “Kau nak apa sebenarnya Zara? Kalau rasa diri dah pandai sangat, keluar cari kerja sendiri.” Tubuhnya dibawa mendekati Zara. Hilang bicara lemah lembut yang selalu bermain dibibirnya selama ini.

            “Papa janganlah marah mama.” Adik memeluk Zara. Marah melihat kelakuan papanya.

            “Kau jangan nak menyibuklah.” Kemarahannya sudah merebak kepada adik. Abang yang sedang menikus turut dipandang tajam.

            “Kalau rasa nak marah, marah saja Zara. Jangan berani nak marah anak-anak.” Zara panas hati. Adik ditarik kesisi. Tanpa gentar dia berjalan mendekati Fayadh. Lelaki itu benar-benar melampau. Apa dengan jawatan sebagai suami bolehkah berperangai seperti itu? Lebih menyakitkan hati...Kau? Aku? Tak pernah Fayadh berbicara sebegitu kepadanya.

            “Kau jangan nak cabar aku Zara.” Tangannya mengeletar. Tidak menyangka Zara seberani itu. Kelembutan yang selama ini makanan harian Zara juga bagaikan menghilang.

            “Nak pukul? Pukullah. Seinci tangan abang naik atas muka Zara, Zara akan pastikan abang menyesal.” Kesabarannya menghilang. Bukan dia tidak nampak tangan Fayadh yang mengeletar. Cukuplah. Dia sudah bosan mengangap semuanya bagaikan tidak pernah terjadi. Bosan apabila menahan hati sedangkan dia sedar diri sedang dibohongi. Bukan sehari dua dia makan hati..Tapi sudah berbulan..

            Fayadh terkedu. Tidak menyangka dia akan mendengar kata-kata seperti itu. Merah padam wajah Zara yang sedang memandang tepat pada anak matanya. Langsung tiada gentar. Dan sungguh, dia menjadi takut melihat aura seorang wanita.

            “Kalau rasa abang dah dapat orang yang lebih baik, abang boleh lepaskan Zara. Zara boleh hidup dengan anak-anak.” Sedaya upaya Zara cuba berlembut. Itu bukan kemahuannya. Namun jika semua itu membolehkan dia dan Fayadh memeperolehi ketenangan yang semakin menghilang,, dia sangup.

            “Kau dah ada orang lain ke?”

            “Kita berdua tahu kenyataannya abang. Zara diam bukannya Zara bodoh, tapi Zara harap suami yang Zara sayang sedar dengan kesalahan sendiri. Tapi kalau abang nak salahkan Zara, silakan.” Dia mahu menangis. Dia juga mahu meraung sepuas hati, malangnya setitis air mata tidak mampu dikeluarkan. Kolam matanya bagaikan kering. Sekering hatinya dengan sikap Fayadh.

            Fayadh mati kata.Dia memandang wajah kecil yang sedang menangis disisi Zara. Rasa bersalah menjengah, tetapi dia tahu dia memang tidak mampu membohongi hati sendiri. Elina cinta pertamanya. Cinta yang selama ini dia dambakan. Mereka terpisah kerana keadaan yang memaksa. Sekarang dia tidak mampu melepaskan lagi tangan itu pergi.
.................................
            “Sampai bila kita nak macam ni? Saya dah tak sangup nak keluar curi-curi.” Elina cuba menarik tangannya dari gengaman Fayadh.
           
            “Dia dah tahu..” Fayadh mengeluh. Semakin hari hubungannya dengan Zara semakin meruncing. Zara banyak berlembut dengan gelagatnya tetapi dia tahu hati itu terluka. Kalau boleh dia mahu menamatkan penderitaan Zara. Mahu memunculkan kembali senyuman pada wajah itu.

            “Mana dia tahu?” Elina terperanjat. Dalam pada masa yang sama dia gembira. Sekurang-kurangnya mereka dapat bertemu secara terang-terangan. Dia sudah tidak sangup keluar seperti penjenayah yang sedang melakukan kesalahan yang besar.  

            “Entah..” Dia sediri runsing memikirkan soalan itu. Takut jika sanak-saudara mereka turut mengetahui apa yang sedang berlaku. Dia belum bersedia mahu menceritakan segalanya kepada semua orang. Risau memikirkan tangapan yang akan di berikan kepadanya nanti.

            “Kalau dia dah tahu kan bagus. Saya dah tak sangup macam ini selalu. Apa kata kita kahwin?” Elina memujuk. Dia bukanlah mahu merampas Fayadh dari Zara, dia cuma mahu berkongsi sedikit kasih dengan wanita itu. Yakin Fayadh akan berlaku adil. Apatah lagi dia merupakan wanita yang dicintai oleh Fayadh. Kemenangan bagaikan memihak kepadanya bila Fayadh memberitahu tidak pernah cintakan Zara.

            Tunggu semuanya reda dulu okey?” Fayadh kusut. Terbayang wajah Zara dan anak-anak dimatanya. Tegakah dia menyakitkan hati itu lagi?
.........................................
            “...................Ya Allah ya tuhan kami, berkatilah kami dengan rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan jauhkan kami dari azab api neraka. Amin.”

            Zara ketawa melihat gelagat anak-anaknya yang berebut untuk membaca doa makan dan doa berbuka puasa.

            “Dah jangan gaduh. Minum cepat.” Kasihan melihat keadaan anak-anaknya. Hari kesembilan Ramadhan. Sehari pun mereka tidak meninggalkan puasa. Semuanya demi mengembirakan hatinya. Rasa bangga meruap ke dalam hati. Mujurlah dia ada anak-anak yang sudi menceriakan harinya. Kalaulah mereka diambil darinya, entah bagaimana kehidupan dia nanti.

            “Ini abang punyalah.” Fikri atau lebih suka dipanggil abang membentak. Air tebu di tarik mendekatinya.

            “Mintaklah sikit.”

            “Tak boleh. Tadi kan adik ambil air jagung. Minumlah yang itu...” Abang masih berkeras.

            “Kita tukar-tukarlah...”

            Zara hanya memandang. Tidak perlu dia masuk campur, mahu melihat bagaimana masalah itu akan diselesaikan.

            “Tak nak. Air jagung bukannya sedap.”

            “Sengaja melengahkan waktu berbuka tu, berdosa tahu..” Zara berkata perlahan. Sebiji buah kurma dicapai.

            “Bak gelas...” Abang mengalah. Separuh air dari gelasnya dituang masuk ke dalam gelas adik kembarnya.

            “Thank you. Nak tak?” Buah kurma dicapai dan diserahkan kepada abang. Sengihan lebar tersadai dibibir comel itu.

            Zara tahan gelak. Buat baik dibalas baik. Walaupun buah kurma itu lebih dekat dengan abang, adik sedaya upaya mencapai. Dasar budak-budak. Pandangan matanya dibawa ke sisi. Kosong. Dia sebak. Sepanjang perkahwinan mereka, Ramadhan kali inilah Fayadh tiada bersama. ‘Sibuk’ lelaki itu bagaikan tiada penghujung. Air mata yang menitis disekat dengan hujung jari.

            “Mama, jangan sedih. Nanti adik marah papa.” Farith atau adik lebih berjiwa halus. Mudah tersentuh dan sangat mempertahankan dia. Walaupun adik sebenarnya lebih rapat dengan Fayadh. Anak kesayangan papa. Entahkan ada lagi atau tidak gelaran itu...

            “Mama bukan marah papa sayang. Mata mama masuk habuk.” Tidak menyangka gelagatnya diperhatikan. Zara cuba mengukir senyuman.

            Abang yang mendengar jawapan Zara terus bangun dari kerusi. Berjalan mendapatkan mama kesayangannya.  

            “Mama tunduk. Sini...sini...abang tiup..” Zara menundukkan wajah. Semakin lebat air matanya yang mengalir. Argh...Sucinya hati seorang budak tiada siapa dapat nafikan.

            “Abang sebelah sini...Adik tiup sebelah sana...” abang mula memberikan arahan. Adik yang entah bila mendapatkan mereka mengangguk.

            Zara tidak dapat menahan perasaan. Dibawa anak-anaknya ke dalam pelukan. Cukuplah kalau dia ada Fikri Amir dan Farith Amar. Itu sahaja sudah mencukupi untuk membahagiakan kehidupannya. Kalau Fayadh mahu berpaling dia akan redha. Tapi seboleh mungkin dia tidak inginkan perpisahan. Sayangnya sentiasa ada untuk lelaki itu. Sampai bila-bila....
...........................................
            Elina berdebar. Detak jantungnya sudah tidak seirama. Dia takut. Tetapi demi sebuah kebahagian dia harus berusaha.

            “Saya cuma nak berkongsi. Saya bukannya mahu merampas Fayadh dari hidup awak.” Elina cuba memujuk. Wajah isteri kekasih hatinya dipandang. Zara cantik, tetapi dia juga cantik. Dia tiada apa yang kurang.

            “Kenapa suami saya? Kenapa tak orang lain?” Serak suara Zara. Dia mahu kelihatan kuat di hadapan wanita itu. Dia tidak akan lemah. Tak kan!

            “Sebab saya cintakan dia. Dia pun cintakan saya. Saya tak minta lebih..”

            Dia pun cintakan saya...Ayat itu terasa bergema dalam fikiran Zara. Selama perkahwinan mereka, mulut Fayadh ramah menuturkan sayang tetapi sekali pun dia tidak pernah mendengar ayat cinta diluahkan. Sekali pun tidak. Dan sekarang.. dia sedar dimana letak duduknya dia di hati lelaki itu. Dia hanyalah seorang isteri...ibu....tetapi dia bukan kekasih di hati suami....Betapa kasihannya seorang Az-Zahra.

            “Cinta sahaja tak cukup Elina. Saya ada anak-anak dengan dia. Saya tak mahu kasih sayang anak-anak saya dirampas.” Dia berkata benar. Fayadh bagaikan terlupa dia mempunya anak. Bahkan hatinya pernah dicarik apabila mendengar perbualan mesra lelaki itu dengan anak wanita di hadapannya. Begitu mesra. Sedangkan anak sendiri semakin di ketepikan...Semakin jauh kedudukan mereka ditolak.

            “Macam saya kata Zara.... Saya tak berniat merampas. Saya juga ada anak. Saya tahu macam mana ada anak yang hidup tanpa kasih sayang bapa. Saya dengan anak saya cuma mahu menumpang kasih dengan awak.”

            “Fayadh tak berkahwin lagi dengan awak. Tapi tangungjawab dia pada keluarga memang dah tiada. Boleh awak bayangkan keadaan kami kalau awak sudah berkahwin dengan dia? Macam mana kalau dia tak boleh berlaku adil? Saya tak sangup tengok Fayadh berjalan senget masa hari perhitungan nanti.” Zara bertegas. Tetapi masih dengan nada yang lembut. 

            “Habis itu apa yang awak nak saya buat?” Elina mengeluh. Wajah Zara dipandang.

            “Tinggalkan suami saya. Please...” Zara merayu. Dia tidak kisah, Demi sebuah kebahagiaan dia sangup lakukan apa sahaja.

            “Saya minta maaf Zara. Saya tak mampu. Saya terlalu sayangkan Fayadh. Anak saya juga dah boleh terima dia. Tolong jangan pentingkan diri sendiri kalau awak benar-benar sayangkan suami awak.”

            “Saya atau awak yang pentingkan diri sendiri? Awak tak duduk di tempat saya Elina. Awak tak akan faham apa yang saya rasa dan apa yang saya kena lalui. Kalau awak masih ada hati, pasti awak faham apa yang saya cuba katakan....Saya takkan merestui hubungan awak dengan Fayadh...” Zara bangun. Cukuplah. dia sudah letih. Mindanya juga sudah gagal berfungsi. Semuanya sudah terasa kelam.

            “Kami pasti bersama juga Zara. Saya minta maaf...” Elina serba salah. Tetapi untuk melepaskan Fayadh bagi kali kedua, memang tidak..
...............................................
            “Mama, malam ni abang nak makan nasi ayam...Boleh tak?” Dia yang sedang berbaring di atas paha Zara mengagau mencari wajah wanita itu. Ditekan-tekan pipi mamanya. Satu tabiat yang sering dilakukan.  

            “Adik nak...nak..nak jugak!” Adik terlompat-lompat.

            “Wah, kalau makan anak-anak mama laju saja kan?” Zara belai kepala abang. Dahi itu dikucup. Entah bagaimana hidup anak-anaknya nanti. Dia sudah tidak nampak jalan pendamaian. Fayadh begitu marah setelah mengetahui dia bertemu dengan Elina. Sedangkan kemarahan itu patut dituju kepada ‘kekasih gelap’ suaminya. Wanita itu yang mahu bertemu dengannya. Bukannya dia.

            “Adik nak drumstick tahu mama..Jangan kasi abang.” Adik buka tender.

            “Eh, abang yang nak drumstick..”

            “Jangan gaduh. Ayam ada kaki dua. Drumstick pun ada dua.” Zara ketawa dengan kata-kata sendiri.

            “Petang nanti tolong mama, boleh tak?” Pertolongan apalah sangat yang boleh anak-anaknya hulurkan. Tetapi masa yang ada, dia mahu isi dengan kenangan-kenangan indah. Tidak mahu lagi kesedihan melanda diri.

            “Boleh..boleh..” Serentak kata-kata itu begema.

            “Sebelum itu, siapa nak ikut mama beli baju raya?” Zara menjeling, mahu melihat reaksi anak-anaknya. Dia sengaja mahu membuat persiapan awal. Tidak mahu tergesa-gesa nanti.

            “Adik nak baju warna purple.”

            “Abang nak warna merah.”
..........................................
            “Mama.. abang nak yang ini.”

            “Adik pun sama..”

            Zara yang sedang memilih baju melayu untuk Fayadh menoleh. Tersenyum dia melihat warna pilihan itu.

            “Putih sayang...Nanti kotor. Pilihlah warna lain.” Zara mengeleng kepala tanda tidak bersetuju.

            “Tapi abang nak warna ni.” Bibirnya sudah mencebik. Sedih apabila permintaannya di tolak. Dia memandang ke arah adik kembarnya. Wajah itu turut muram.

            “Adik nak yang sama macam abang. Bolehlah mama. Adik janji tak bagi kotor...” Tangan diangkat tanda berikrar. Janji yang ditabur...pasti dipenuhi.

            Silih berganti Zara memandang baju dan wajah anak-anaknya. Dia mengeluh pasrah. Anak memang punyai kuasa ajaib. Dapat mempengaruhi fikiran seorang ibu hanya dengan pandangan penuh pengharapan. Kenapalah perasaan itu diwujudkan dalam diri seorang wanita?

            “Jom pilih saiz.” Zara senyum lebar melihat ank-anaknya bersorak gembira. Sesiapa sahaja pasti akan senang hati kalau keinginan dipenuhi.

            Zara memasukkan baki ke dalam beg duit. Beg kertas berisi pakaian dijinjing dengan kedua belah tangan.

            “Abang...Itu papa kan?” Adik berbisik, tetapi sempat di tangkap oleh telinga Zara. Matanya meliar memandang sekeliling. Mencari dimana kedudukan Fayadh. Dia ada menalifon lelaki itu tadi, mengajak membeli pakaian bersama, tetapi ditolak dengan alasan banyak kerja. Zara tersenyum. Mungkin Fayadh ingin memberikan mereka kejutan. Rupanya ada lagi kasih Fayadh untuk mereka.

            Senyuman perlahan-lahan memudar dari bibir Zara. Dia memandang ke arah anak-anaknya. Jelas wajah keduanya turut berkerut. Mungkin memikirkan apa yang terjadi.

            Zara pandang pada pemandangan ‘keluarga bahagia’ tidak jauh dari tempatnya berdiri. Fayadh kelihatan begitu gembira memimpin tangan Elina dan seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan sebaya anak-anaknya. Sampai hati Fayadh...

            Tidak sempat Zara menghalang bila adik berlari mendapatkan Fayadh. Dia melihat wajah terperanjat Fayadh. Dan apa yang sudah disangkakan berlaku. Anaknya cuba merungkaikan pegangan tangan Fayadh dari anak Elina. Tolak menolak berlaku.

            Dan apa yang tidak boleh diterima bila anaknya ditengking di hadapan orang ramai. Fayadh seharusnya sedar, Adik memang berperangai seperti itu. Adik anak manja Fayadh. Kepada abang kembar sendiri dia cemburu kalau mendapat perhatian lebih dari Fayadh, apatah lagi seseorang yang tiada ikatan. Terlupakah Fayadh dengan semua itu? Sudah tidak behargakah anak kandung sendiri?

            Zara berlari mendapatkan anaknya. Tangan abang ditarik sekali.

            “Zara dah tak reti jaga anak ke? Kenapa biadap sangat budak ni.?” Suara Fayadh masih meninggi.

            “Zara dah cukup jaga. Mungkin bapak dorang yang tak reti jaga anak. Tak nak soal siapa bapak budak-budak ni?” Zara benar-benar marah. Kalau Fayadh tak ingin berlembut, dia juga tiada hati mahu berlembut. Nampaknya Fayadh memang benar-benar sudah lupakan segalanya.

            “Jangan nak tunjuk kurang ajar dekat sini. Patutlah anak-anak pun kurang ajar.” Fayadh ketap gigi. Kalau tidak memikirkan mata-mata yang memandang pasti penamparnya sudah melekat ke pipi Zara.

            “Anak-anak kurang ajar?... Terima kasih..Sampai mati Zara ingat apa abang kata..Zara tak kan lupa...Tak kan!.” Abang dan Adik yang sudah mula menangis di tarik. Air mata yang mengalir tiada hati mahu di sekat. Hancur hatinya mendengar bicara Fayadh.   
...........................
            “Mama jangan sedih. Nanti besar abang jaga mama.” Tangan kecil yang cuba mengesat air matanya di capai. Kucupannya bertalu-talu jatuh pada tangan itu. Adik yang duduk mencuka disebelahnya di tarik mendekat.

            “Anak mama marah ke?”

            “Adik benci papa!”

            Sepatah kata itu menyentap hati Zara. Bukan itu yang dia mahu dengar. Ternyata apa yang Fayadh lakukan bukan hanya melukakan hati dia, tetapi juga melukakan hati anak-anak

            “Tak baik kata macam itu. Papa kan penat tadi.” Zara cuba memujuk. Dia marahkan Fayadh, tetapi dia bukanlah kejam sampai sangup membiarkan anak membenci ayah sendiri.

            “Tapi papa pegang tangan budak tu..” Abang pula menyampuk. Ternyata anaknya yang seorang itu juga tidak menyukai apa yang telah suaminya lakukan.

            “Papa pegang sebab takut budak tu hilang. Mama kan selalu pegang tangan abang dengan adik.”

            “Tapi papa pegang tangan auntie..”

            Terdiam Zara. Dia tidak tahu alasan apa lagi yang harus diberi bagi memahamkan kanak-kanak berumur lima tahun.
.................................
            Zara melepaskan apron dari tubuh. Anak-anaknya yang memandang dari tepi di pandang. Ikutkan hati dia benar-benar tiada hati mahu membuat apa pun. Tetapi keinginan anak-anaknya sukar ditolak. Marah budak-budak selama mana sangat. Di pujuk rayu terus hilang rasa amarah di hati.

            “Lambat lagi ke kita boleh makan mama?”

            “Lambat lagi sayang. Abang dengan adik pergi main dekat depan dulu.” Zara menyuruh. Bukan dia tidak nampak, anak-anaknya mula menelan liur memandang ayam yang sudah siap dimasak.

            “Kalau adik tak nak puasa boleh tak mama?”

            “Kenapa?” Zara tarik kerusi meja makan. Tubuhnya yang terasa letih di jatuhkan ke atas kerusi. Dia letih fizikal, juga letih mental. Entah bila semua ini bakal berakhir.

            “Nak makan ayam..”

            “Lagi satu jam nak buka puasa. Sabar kejap saja lagi.” Rasa sayang pula Zara mahu membenarkan. Kalau tengahari pasti dia sudah memberikan kebenaran.

            Zara tersentak bila tubuhnya dipeluk secara tiba-tiba. Anak-anaknya ada sahaja yang dilakukan bagi membuatkan dia tersenyum.

            “Abang sayang mama...”

            “Adik sayang banyak-banyak.”

            “Banyak mana tu?” Zara ketawa kecil. Serak suaranya kerana terlalu banyak menangis.

            “Banyak ni...” Serentak keduanya mendepangkan tangan. Menunjuk gambaran sebesar mana kasih sayang mereka untuknya. Dan tanpa di pinta, air mata Zara mengalir lagi.
...........................................
            “Adik, abang cepat bersiap..” Fayadh memberikan arahan. Terkebil-kebil mereka memandang ke arahnya.

            “Abang nak bawak anak-anak pergi mana? Dah nak berbuka ni kan.” Zara berkata tegas.

            “Aku nak bawa dorang buka puasa dekat luar.” Dia ingin memperkenalkan anak-anaknya kepada Elina. Mahu memberikan gambaran yang baik mengenai wanita itu. Apa yang terjadi tadi benar-benar di luar kawalannya. Walaupun terbit sedit rasa menyesal mengasari Adik, tetapi dia tidak mahu terbawa dengan perasaan. Anaknya itu memang harus di ajar sedikit agar tahu berbudi bahasa.

            “Zara tak izinkan. Kalau abang nak berbuka dengan keluarga baru abang tu, silakan. Tapi jangan bawak anak-anak Zara.”

            “Aku tak perlu mintak kebenaran kau....Abang..Adik..Cepat sikit.” Fayadh memandang keduanya. Masing-masing memeluk erat tubuh Zara. Langsung wajahnya tidak dipandang.

            “Kau tengok apa yang kau dah ajar dekat budak-budak ni... Makin hari makin melampau.” Fayadh bengang bila arahannya tidak di patuhi. Terus dia mendekati keduanya. Direntap tubuh kecil itu dari berterusan memaut tubuh isterinya.

            “Tak nak...Mama....” Tangisan keduanya mula kedengaran. Meronta dari dipegang oleh Fayadh.

            “Kan dorang tak nak. Yang abang nak paksa kenapa?” Zara cuba meleraikan pegangan tangan Fayadh. Tetapi pegangan lelaki itu sungguh kejap. Kuat membelit.

            “Kau jangan masuk campur Zara.” Fayadh menengking. Tubuh kecil itu diseret supaya mengikuti langkahnya.

            “Abang jangan melampau lah.” Zara sudah menjerit kuat. Tarik menarik berlaku. Tolakkan Fayadh yang tidak disangka membuatkan dia terjatuh. Lelaki itu mengambil kesempatan dengan membawa pergi anak-anaknya. Zara sudah meraung. Tidak menyangka perangai Fayadh semakin teruk.
................................
            Zara memandang kosong pada hidangan yang terhidang. Kasihan anak-anaknya tidak dapat menikmati nasi ayam yang disediakan tadi. ‘Drumstick’ yang menjadi rebutan diletakkan ke dalam pinggan yang selalu anak-anaknya gunakan. Pulang sahaja anak-anaknya nanti, dia pasti akan menyuap mereka dengan tangannya sendiri.

            Doa dibacakan bila azan mula berkumandang dari corong radio. Segelas air suam dicapai. Buat pertama kali setelah sekian lama dia terpaksa berbuka puasa seorang diri.

            Bunyi talifon yang nyaring berdering membuatkan Zara tersentak. Entah siapalah yang menalifon. Langsung tidak mengambil kira waktu apakah sekarang ini. Dengan langkah malas Zara bangun perlahan-lahan mendapatkan talifon yang berada di ruang tamu.

            “Ye Saya Puan Zara..........” Berkerut dahinya cuba mengecam suara pemanggil.

            “Ya Allah....!” Zara meraung sekuat hati. Lututnya terasa lembik....Dengan tangan bergetar sedaya upaya dia menekan nombor talifon Athiyah.
................................................
            Wajah anak-anaknya di belai penuh kasih. Sejuk dan kaku. Sesejuk perasaannya sekarang. Air matanya bagaikan terlalu murah. Mengalir tanpa henti. Dia mahu menyekat. Tetapi dia benar-benar tidak berdaya.

            “Abang sayang mama...”

            “Adik sayang banyak-banyak.”

            Suara itu bagaikan berbisik di telinganya. Berkumandang bagaikan melodi indah yang berulang-kali dimainkan.

            “Zara...sabar banyak-banyak nak. Angap ini semua dugaan Allah.” Puan Salmah cuba memujuk hati anaknya. Dia sendiri sedih. Sedaya upaya dia mengumpul kekuatan. Mahu menyalurkan apa yang ada untuk Zara.

            “Tengok anak Zara mak. Dorang tengah tidur....Mak tengok ni ..Comel anak Zara mak...” Zara meraung kuat. Dia sudah tidak dapat membayangkan hari-hari yang bakal dia lalui tanpa gelak dan tawa anak-anaknya. Tanpa aksi nakal mereka. Juga tanpa ucapan sayang yang selalu didendangkan kepadanya.

            “Ya Allah Zara...Bawa mengucap. Aku tahu kau kuat. Tak baik buat macam ni. Kau tak kesian dekat anak-anak kau ke?” Athiyah cuba memujuk. Dia sendiri sebenarnya tidak dapat mengawal perasaan. Air matanya sedaya upaya ditahan. Rasanya bagaikan baru semalam dia melihat si kecil itu. Dan selepas hari ini, dia tidak akan mampu untuk melihat lagi tangis dan tawa mereka.

            “Aku sayang anak-anak aku Tiya. Aku nak hidup macam mana nanti?” Tangisan Zara semakin mendayu. Dia cuba kuat. Cuba mengangap semua ini adalah takdir yang tercipta untuknya. Malangnya dia tidak secekal itu. Hanya ada satu perkara bermain di fikirannya. Semua ini salah Fayadh!
..............................
            Dengan langkah yang goyah Fayadh cuba merapati tempat ‘peraduan sementara’ anak-anaknya sebelum di hantar ke tempat persemadian hakiki. Dia mahu mengucup wajah-wajah kesayangannya sepuas hati.

            “Jangan sesekali abang berani sentuh anak Zara...!” Zara menjerit sekuat hati. Tidak dipedulikan keadaan sekeliling. Dia haramkan Fayadh sentuh abang dan adik...Dia haramkan!

            “Zara...Abang...” Fayadh mati kata. Air mata yang selama ini cukup sukar mengalir turun dengan lebat. Membasahkan wajahnya.

            “Abang ingat air mata abang tu boleh hidupkan anak Zara balik?” Zara bagaikan mendapat kekuatan. Laju dia menyerbu kepada Fayadh. Tamparan entah berapa puluh kali menghujani wajah itu lagi. Di tolak Puan Salmah dan Athiyah yang cuba meredakan amarahnya.

            “Zara....” Fayadh hanya mampu membiarkan isterinya melepaskan kemarahan kepada dia. Sejak dari hospital tadi entah berapa puluh kali dia terpaksa menerima amukkan Zara. Mahu menghalang dia memang tidak mampu kerana dia sedar, apa yang terjadi memang salahnya.  

            “Sampai aku mati sekalipun, aku tak kan maafkan kau.”
......................................................
            “Sampai aku mati sekalipun, aku tak kan maafkan kau.”
           
            Kata-kata itu begema kuat dalam telinga Fayadh. Air matanya perlahan-lahan menuruni lekuk pipi. Surah Yasin yang di pegang dibawa menutup muka. Setahun berlalu, tetapi rasa bersalah tetap ada di hatinya. Bersarang kejap bagaikan tiada tanda akan terhakis.

            “Assalamualaikum anak-anak papa...” Fayadh pegang batu nisan. Sedaya upaya dia mengawal perasaannya. Rindu pada anak-anak kesayangannya tidak tergambar. Segala keletah mereka sentiasa terulang tayang di dalam fikiran. Lebih membuatkan hatinya sakit, dia langsung tidak berpeluang untuk mengucup wajah itu buat kali terakhir. Marah Zara bukan marah biasa, dan dia terpaksa akur.   

            “Esok kita dah nak berpuasa sayang. Papa tak tahu macam mana dengan mama nanti...” Dia benar-benar risaukan Zara. Bulan Ramadhan pasti akan tambah membangkitkan kenangan dalam diri isterinya. Bulan yang juga telah membuatkan dia menjadi penyumbang kepada kematian anak sendiri.

            “Kalaulah papa boleh undur masa....” Fayadh tahu semua itu mustahil. Tetapi benaknya tetap cuba mengatur kembali apa yang sepatutnya dia lakukan dan apa yang tidak setahun dahulu. Kalaulah dia ikut kehendak Zara dan anak-anak, pasti semuanya masih dalam keadaan asal...Kalaulah begitu...

            “Papa minta maaf..abang....adik...Semua salah papa..Tapi papa janji...Papa akan jaga mama sampai akhir hayat papa..” Fayadh angkat wajah. Cuba mengawal tangisannya. Entahkan mampu entahkan tidak, tetapi dia benar-benar mahu memberikan kembali kebahagaan dalam diri Zara. Membina keluarga bahagia seperti bertahun dahulu dan kali ini dia berjanji, dia akan curah semua rasa cinta hanya untuk Zara.

            “Papa dah lupakan Auntie Elina...” Dia bersalah pada wanita itu. Menabur janji yang pelbagai tetapi tidak mampu di tunaikan. Semasa hayat anak-anaknya lagi dia sudah berat hati untuk memperisterikan Elina. Setiap kali terlintas niat itu pasti akan ada wajah Zara dan anak-anaknya menghalang. Saban malam tanpa pengetahuan Zara, dia akan bangun meneliti wajah itu, Rasa bersalah begitu mencengkam, tetapi dalam pada masa yang sama hatinya begitu berat mahu meninggalkan Elina.

            Dia tidak tahu apa yang mendesak, apa yang pasti dia bagaikan terbuai dengan kenangan silam. Terikut dengan bicara hati yang mahukan kenangan lama di hidupkan kembali sehingga dia melukakan hati anak-anak dan isteri. Apa yang lebih malang, anak-anaknya sebagai galang ganti sebuah perasaan.

            Lama Fayadh berbicara. Di luahkan segala yang terpendam. Saban minggu dia tidak pernah culas datang ke kubur. Dan saban minggu juga dia meluahkan kekesalan.

            “Papa pulang dulu sayang. Ada masa, papa datang lagi..” Air di dalam jag yang dibawa disiram di atas pusara anak-anaknya. Tidak pernah putus doanya untuk orang-orang kesayangannya itu.
           
            “Assalamualaikum sayang...”

            Fayadh mengatur langkah. Cuaca kelihatan mendung. Semendung hatinya sekarang.

            “Buat apa dekat sini?”

            Fayadh pangung kepala. Tidak menyangka dia akan bertembung dengan wanita itu. Debaran hatinya berdegup kencang. Masalah pasti akan timbul.

            “Abang melawat kubur anak-anak Zara.”

            “Kan Zara dah cakap, Zara tak izinkan abang datng kubur anak-anak Zara. Abang pekak ke apa?” Zara sudah menjerit. Sakit hatinya bila Fayadh bagaikan mahu mencabar dirinya.

            “Tak eloklah Zara buat macam ni.” Fayadh cuba memujuk. Tidak menyangka dia akan bertembung dengan Zara. Bukankah wanita itu sepatutnya bekerja?

            “Apa yang tak elok? Budak-budak kurang ajar tu bukan anak abang tahu. Itu anak Zara.” Tak tunggu lama Zara terus meninggalkan Fayadh. Terasa panas seluruh tubuh. Benci bila larangannya diingkari.

            Fayadh kelu. Hanya mampu memandang langkah Zara yang mendekati kubur anak-anaknya. ‘Budak-budak kurang ajar’...Selalu Zara ulang ayat itu menjadi halwa telingannya. Kata-kata yang dia sendiri pernah ucapkan. Tetapi kali ini diulang semula menjadi satu bentuk hukuman yang sangat halus. Menghancur lumatkan hatinya.
..................................
            “Zara nak masak apa esok? Kita pergi pasar sama-sama nak?” Fayadh bertanya lembut.

            “Zara dah janji nak makan dengan Athiyah. Abang bukalah puasa dengan siapa pun.”  Tanpa perasaan Zara berkata. Dia tiada hati mahu beramah mesra.

            “Tak apalah kalau macam itu.” Fayadh kecewa. Semakin hari Zara semakin jauh darinya. Tanpa kebenarannya entah bila Zara mencari kerja. Perubahan wanita itu membuatkan semakin besar jurang yang tercipta. Nafkah yang diberikan setiap bulan langsung tidak di sentuh. Bila dia persoalkan tentang perkara itu Zara dengan tegas berkata tidak mahu meminta-minta. Takut ada yang mengungkit dikemudian hari. Zara benar-benar sedang menghukumnya...

            “Lepas raya kita pergi bercuti nak tak?” Fayadh melabuhkan tubuh sebelah isterinya. Dia benar-benar mahu menjernihkan kembali hubungan yang keruh.

            “Zara sibuk. Abang pergilah.” Zara bangun. Dia mahu segera melarikan diri. Takut nanti dia akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati Fayadh. Sudah puas dia menahan diri. Tetapi bila lidah lebih berkuasa dari hati, semuanya dengan lancar, meluncur keluar dari bibirnya.

            “Zara...” Fayadh sambar tangan Zara. Pandangan matanya merayu...

            “Zara nak masuk tidur. Esok nak bangun awal.” Tangannya direntap dan Zara terus berlari menaiki anak tangga.

            Bilik anak-anak kesayangannya yang sudah di ambil alih ditutup. Segalanya tetap sama. Susun atur bilik dan juga hiasan dia biarkan dalam keadaan asal. Berada di situ bagaikan terasa dirinya dekat dengan adik dan abang. Sesekali dia akan menaburkan bedak Carry Junior yang menjadi kegemaran anak-anaknya di dalam bilik. Bau wangi yang menyegarkan. Rasa bagaikan anak-anaknya berada berhampiran dia.

            “Huh..” Zara mengeluh resah. Hatinya mengelisah secara tiba-tiba. Almari diselongkar. Setelah bertemu dengan apa yang di cari, dia bergerak mendapatkan komputer. Cd dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan. Seketika kemudian muncul imej yang membuatkan dia tersenyum. Rakaman sewaktu anak-anaknya baru mula boleh berkata-kata.

            “Ra..ma...ra...ma..” Terdengar suaranya cuba mengajar anak-anak kesayangannya menyebut perkataan rama-rama.

            “Lame..lame...” Adik ketawa gembira.

            “Mama..mama...eeeee...eeee.” Abang mengangkat cacing dan di suakan kepadanya dengan niat mahu mengusik.

            “Ee...Buang-buang...kotor..” Zara geli memandang cacing yang mengeletik di dalam pegangan abang.

            “Bagi dekat mama abang...” Terdengar suara Fayadh yang menghasut anaknya. Bergegar rakaman dek kerana tawa Fayadh.

            “Abang ajar anak-anak bukan-bukan..” Zara bangun bercekak pingang. Dia ketawa kemudiannya bila melihat adik menangkap katak dan disuakan kepada abang. Menjerit anak sulungnya itu. Abang sama seperti Fayadh, takutkan katak. Cacing yang ada entah kemana dibaling. Berlari abang cuba menyelamatkan diri dari adik yang masih mengusung katak.

            “Adik..kasi dekat papa. Papa suka main katak.”

            Riuh rendah bunyinya bila katak di dalam tangan adik melompat ke arah Fayadh. Rakaman sudah kelaut. Hanya bunyi riuh rendah yang kedengaran.

            Zara ketawa kecil. Tanpa sedar air matanya menitis membasahi pipi. Dia rindukan anak-anaknya. Kerinduan yang membuatkan hari-harinya terasa suram. Puas dia cuba melepaskan rasa ‘dendam’ yang terkumpul, malangnya dia terasa sakit melihat Fayadh.

            Kelibat lelaki itu bukan sahaja mebuatkan dia teringat kenangan lalu, tetapi turut membuatkan dia ternampak wajah seorang pembunuh! Kalaulah Fayadh tidak terlalu mengikut desakan hati....
......................................
            “Zara aku nak tanya sikit...” Athiyah membetulkan kain telekung di wajah. Dia memandang ke arah Zara.

            “Apa?”

            “Kau keluar dengan aku, suami kau tahu tak? dia bagi kebenaran tidak?” Athiyah berkata lembut. Dia marah kan Fayadh. Sampai sekarang rasa marah itu masih ada. Sakit hati apabila dia terfikir apa yang telah lelaki itu lakukan kepada Zara. Tetapi dia tidak mahu Zara menjadi seorang isteri derhaka. Apalah guna kalau Zara datang ke masjid dengannya, tetapi keredhaan suami langsung tidak diperolehi. Pahala yang dikejar, dosa pula yang bertambah.

            “Hem..” Dia telah memberitahu Fayadh. Cukuplah kalau lelaki itu tahu. Beri kebenaran atau tidak, dia tak mahu ambil peduli.

            “Hem...tu bagi atau tidak?” Athiyah tidak berpuas hati.

            “Entah. Aku dah cakap dekat dia...” Malas mahu melayan Athiyah, Zara mengatur langkah masuk ke dalam masjid.

            “Zara..Kejap.” Athiyah cuba menahan langkah wanita itu.

            “Kau talifon dia sekarang...” Athiyah geram. Zara benar-benar sudah berubah. Sahabatnya itu bagaikan seorang yang hidup tanpa perasaan.

            “Aku tak nak.” Zara membentak. Athiyah tiada hak untuk mengarah dia membuat itu ini. Tanpa mempedulikan Athiyah dia meneruskan langkah. Anak tangga masjid di daki. Malang bila dia tersilap percaturan. Kaki yang selama ini gagah membawa tubuhnya hilang imbangan. Tergolek dia jatuh dari tangga masjid.

            “Ya Allah Zara...” Athiyah terjerit. Beberapa jemaah lain yang baru tiba cuba membantu.

            “Tiya..betis aku sakit.” Zara menahan tangis.
..................................
            “Zara nak minum?” Fayadh bertanya lembut. Rambut Zara di belai-belai. Sudah lama dia rindu mahu melakukan semua itu.

            “Tak nak.” Zara kalih muka. Tidak sudi memandang wajah Fayadh.

            “Zara kena tinggal dekat hospital dulu. Kaki tu baru lepas kena simen. Dah okey sikit baru kita balik rumah.” Terperanjat dia apabila menerima panggilan talifon dari Athiyah memberitahu kejadian yang menimpa isterinya.

            “Zara ingat nak balik awal. Cakap dekat doktor Zara dah sihat.” Tegas nadanya. Dia tidak mahu menjadi penghuni hospital. Tempat ini bagaikan neraka dunia kepadannya. kenangan sewaktu di khabarkan tentang pemergian anak-anak tersayang bagaikan terlalu ‘indah’ bermain di matanya.Membangkitkan lagi rasa amarah terhadap Fayadh.

            “Sayang kan tak sihat lagi. Tinggallah dulu beberapa hari.” Fayadh cuba memujuk.

            “Jangan risau. Zara takkan susahkan abang untuk jaga Zara. Zara boleh jaga diri sendiri.” Matanya memandang tajam kepada Fayadh. Kalau Fayadh tidak sudi menjaganya dirumah, dia akan pastikan dirinya tidak akan sesekali menyusahkan lelaki itu.

            “Bukan maksud abang macam itu..Abang cuma nak Zara dapat rawatan yang betul.” Fayadh cuba membetulkan salah faham yang terjadi. Tangan Zara cuba di capai.

            “Zara bukannya sakit nak mati..” Sedikit sinis suaranya.

            “Zara...” Fayadh sedikit membentak mendengar kata-kata yang baru muntah dari bibir isterinya. Tak tunggu lama Fayadh pantas bangun.Dia harus menyabarkan diri dahulu. Zara benar-benar menguji dirinya.

            “Abang tunggu dekat luar...”
..................................
            “Jom kita berbuka.” Fayadh cuba membantu Zara bangun. Dia mengeluh bila Zara menolak tangannya.

            “Zara boleh bangun sendiri.” Sedaya upaya dia cuba mengimbangi badan. Tongkat yang di letakkan di sebelah katil di capai. Dengan berhati-hati Zara mengatur langkah.

            “Abang beli saja. Zara bukan tak tahu, abang tak pandai masak.” Fayadh ketawa dengan kata-kata sendiri. Bukan tak pernah dia cuba memasak, tetapi setiap kali dia masuk dapur pasti akan ada kejadian tidak diingini berlaku.

            Zara ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya. Fayadh memang bukan seorang yang mesra dapur.

            “Dah lama abang tak tengok Zara ketawa...” Fayadh menegur. Dia benar-benar terasa lapang hati melihat keadaan itu.

            Mati tawa kecil Zara. Benci terhadap diri sendiri kerana membiarkan dia di buai kenangan lalu.

            Zara mengaminkan doa yang dibaca oleh Fayadh. Lelaki itu pasti susah hati bila dia berkeras mahu berpuasa dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Puas berbalah dan berkeras barulah lelaki itu terpaksa akur.

            “Ya allah. Abang lupa letak dalam pinggan.” Polistren berisi nasi dicapai. Dia bangun mendapatkan pinggan. Setelah diisi dia bawa kepada Zara.

            Zara tersentak melihat hidangan yang ‘dipersembahkan’ kepadanya. Mengeletar seluruh tubuh.

            “Mama, malam ni abang nak makan nasi ayam...Boleh tak?”

            “Adik nak...nak..nak jugak!”

            Dengan tangan mengeletar Zara cuba memasukkan nasi ke dalam mulut. Air mata yang ditahan berjuraian dipipi. Satu persatu kenangan malam itu menjelma di matanya. Terdengar jerit pekik Fayadh dan tangisan anak-anaknya.

            Prangggg!

            Berderai pinggan ditepis oleh Zara. Sekuat hati dia meenjerit bagi menghilangkan rasa yang membuku di hati.

            Fayadh kaku. Terkebil matanya melihat keadaan Zara.

            “Zara kenapa? Kalau tak suka nasi tu, tak perlu makan. Kan ada lagi makanan lain yang abang beli. Yang nak mengamuk tak pasal-pasal ni kenapa?” Fayadh bengang. Dia sudah bangun bercekak pingang. Kali ini kesabarannya benar-benar teruji.

            “Sebab abang anak-anak Zara tak sempat makan nasi yang Zara masak. Sebab abang anak-anak Zara mati...” Perlahan Zara berkata. Tersekat-sekat suaranya meluahkan kata-kata itu. Buat pertama kali sejak setahun dahulu, hari ini dia menyentuh nasi ayam. Sejak kejadian itu dia bagai mengharamkan diri dari menyentuh makanan kegemaran adik dan abang. Terdengar nama hidangan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia sebak.

            “Tolonglah Zara...” Fayadh sudah mati kata. Tidak tahu apa lagi yang harus di bicarakan bagi memujuk hati isterinya. Kenapa dia boleh terlupakan semua itu? Padahal dialah yang mengemas meja. Dialah yang mencuci bekas nasi ayam yang disediakan oleh Zara untuk anak-anaknya. Dia masih nampak paha ayam di masukkan ke dalam dua buah pinggan. Dia nampak semuanya...

            Bagi merawat luka di hatinya, Fayadh tunduk mengutip serpihan kaca dari pinggan yang di baling oleh Zara tadi. Satu persatu di letakkan pada tangan kirinya. Kaca yang pecah berkeping  ibarat perasaannya sekarang. Kadang-kala dia mahu tunduk pada desakkan Zara yang mahukan perpisahan. Tetapi dia tidak sangup. Tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa Zara selepas dia kehilangan anak-anaknya.

            Fayadh hanya mampu memandang langkah Zara. Setelah wanita itu hilang dari pandangan, Fayadh kembali meneruskan kerjanya.

            “Auch.!..” Darah mula menitis membasahi lantai. Masa itu juga dia terbayang kemalangan yang berlaku. Kerana terlalu marah dia memandu dengan laju. Jerit pekik anaknya membuatkan dia benar-benar bengang.

            “Adik benci papa...” Itulah kata-kata terakhir dari anaknya...Kata yang akan dia bawa sampai bila-bila. Kata-kata yang menyebabkan dia hilang kawalan. Yang membuatkan dia tersentak dan bagaikan tersedar dari mimpi.
............................
            Zara peluk erat baju melayu bewarna putih pilihan anak-anaknya. Baju yang menjadi kenangan terakhir antara mereka. Bulan Ramadhan ternyata menguji perasaan dia. Semakin menghampiri detik dua puluh tiga Ramadhan semakin goyah perasaannya.

            Ramadhan lepas kerana terlalu sedih, dia langsung tidak menyedari ketibaan hari raya. Tahun ini entah bagaimana dia akan menyambut hari kemenangan umat Islam itu tanpa keduannya disisi.

            “Zara...Abang nak ambil ubat kejap.” Fayadh menjengul muka disebalik pintu. Tangannya yang cedera disembunyikan kebelakang.

            Zara hanya mendiamkan diri. Air mata yang masih bersisa dikesat dengan tangan. Dia hanya melihat langkah kaki lelaki itu mendekati meja.

            Darah yang menitis di lantai mencuri tumpuannya. Zara mengeluh bila dia ternampak tangan Fayadh yang di penuhi darah.

            “Abang keluar dulu..”

            Tongkat kembali dicapai. Kakinya hanya mengalami keretakkan. Mujurlah tidak patah. Kalau tidak pasti akan memakan masa yang lebih lama untuk sembuh. Perlahan-lahan Zara melangkah keluar. Semenjak pulang ke rumah dia menduduki bilik di tingkat bawah. Tetapi barang-barang anaknya tetap diusung bersama.

            Zara mengeluh memandang keadaan Fayadh yang terkial-kial cuba mencuci luka sendiri. Kalau diikutkan rasa hati, dia mahu berpura-pura tidak nampak dan menyedari semua itu. Cuma desakan hati terlalu sukar untuk ditolak.

            “Bak sini..Biar Zara tolong.” Dia duduk di sebelah Fayadh. Tangan suaminya yang sekian lama tidak disentuh dibawa dalam pegangan. Setelah selesai mencuci dan meletakkan ubat, Zara mengambil pembalut. Mujurlah luka itu tidak terlalu dalam.

            Fayadh memandang wajah Zara. Isterinya itu tetap cantik, sama seperti bertahun dahulu. Dia berkahwin dengan Zara semasa isterinya baru berumur dua puluh satu tahun. Zara yang ceria, cantik, dan pandai mengambil hati membuatkan dia jatuh sayang.

             Sekarang Zara sudah berusia dua puluh lapan tahun. Kecantikan itu masih kekal, cuma semakin matang sesuai dengan pertambahan usia. Malangnya, tiada lagi kegembiraan dan senyuman yang terukir. Yang ada hanyalah seorang wanita yang penuh dengan dendam dan kesedihan. Semuanya berpunca dari dia..

            “Siap..” Zara pangung kepala. Terkelu apabila pandangan matanya jatuh pada mata Fayadh. Zara pantas melarikan wajah.


            “Terima kasih sayang..” Fayadh pantas mencium pipi Zara. Rindu dia untuk mengulangi detik bahagia itu.

            Zara diam. Dia tidak tahu dia perlu marah ataupun gembira. Apa yang pasti jiwanya terasa kosong. Semuannya bagaikan berada pada detik dan waktu yang tidak kena.

            “Zara masuk dalam dulu..”
...........................................
            “Dekatkan diri kepada Allah. Zara kena berserah kepadanya...Angap semua yang terjadi ujian Dia untuk melihat setakat mana keimanan kita. Allah tak jadikan ujian itu sia-sia Zara...” Ustazah Syuhada mengusap lengan Zara. Wanita yang dikenali ketika dia menziarahi kubur ahli keluarganya. Saban minggu terserempak membuatkan ukhuwah antara mereka terjalin erat.

            “Macam mana umi boleh kuat? Zara terbayang saja apa yang berlaku, Zara jadi marah. Zara sakit hati umi..” Air matanya dibiarkan mengalir.

            “Sebab itu umi suruh Zara selalu ingatkan Allah. Sampai bila Zara nak bawa kemarahan tu?” Senyuman ikhlas di hadiahkan buat Zara.

            “Zara tak tahu umi. Zara dah cuba nak lupakan semuannya. Tapi Zara tak mampu.” Siang malam dia berharap dia dapat memaafkan Fayadh. Tetapi sebaik sahaja kenangan lalu terlintas di fikiran, perasaan marah bangkit dengan mendadak.

            “Bukan Zara tak mampu, tapi Zara tak mahu...” Dia berkata melalui pengalaman. Puas dia bertanya kepada tuhan, kenapa menghukum dia di atas kecuaian orang lain. Kenapa ahli keluargannya yang menjadi mangsa, kenapa tidak orang lain...Akhirnya dia ketemu jawapan...Allah mahu dia melihat sebuah keindahan di sebalik kedukaan. Keindahan sebuah agama yang di panggil Islam.

            “Zara mahu umi...Zara mahu...tapi Zara tak cukup kuat.”

            “Kekuatan itu bukan datang dengan sendiri Zara. Kekuatan itu kita harus bina... Sebab itu umi kata Zara kena dekatkan diri dengan Allah. Bila kita jauhkan diri dari Dia ketenangan yang kita cari memang tak akan ada.”

            Zara terdiam. Dia mati kata. Memang dia bersembahyang, tetapi perasaan berserah langsung tiada. Dia bersembahyang hanya kerana tuntutan. Bukan kerana keihlasan. Dia jadi marah dengan semuannya.

             Mungkin disebabkan itu dia tidak tenang. Mungkin disebabkan itu juga dia menjadi benci kepada Fayadh, dan mungkin kerana itu juga dia sudah tidak mengenali diri sendiri. Mungkin kerana itulah juga ketenangan yang dia cari langsung dia tidak ketemu...Kerana satu sahaja jawapan yang terbentang di hadapan matanya. Dia sudah terlalu jauh dari Allah...Dan air matanya gugur lagi buat sekian kali.

            “Zara tahu, dulu umi marah bila dapat tahu suami yang umi sayang mahu peluk Islam. Dia lebihkan Islam dari cinta dia kepada umi. Anak-anak semuanya mahu ikut jejak langkah dia. Umi rasa suami umi kejam.”

            “Zara tak tahu...” Zara serba salah. Tidak banyak yang dia tahu mengenai wanita itu. Selalunya perbualan mereka lebih kepada hal agama. Cuma sesekali hal keluarga disentuh. Itu pun tidak terlalu banyak. Yang dia tahu wanita itu mempunyai anak lelaki berumur dua puluh tujuh tahun. Dan wanita itu seorang mualaf yang kini mendidik mualaf lain di sebuah pertubuhan agama.

            “Tak apa.... Dia masuk Islam dengan anak-anak pada waktu pagi, petang umi dapat berita semua mereka meninggal disebabkan kemalangan. Hanya seorang anak umi terselamat. Masa itu umi tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Anak yang ada belum tentu selamat. Dia cedera parah. Suami dengan empat lagi anak umi meninggal dekat tempat nahas.” Air mata yang menitis di kesat dengan hujung jari. Bohonglah kalau dia katakan dia tidak sedih, cuma dia sudah menerima semua itu sebagai suratan takdir dalam kehidupannya.

            “Umi pergi kubur. Tapi umi tak tahu apa nak buat. Kami dah berbeza agama. Hari-hari umi pergi. Tapi umi hanya duduk diam dan menangis....Zara tahu, Allah nak beri hidayah tak akan kira tempat dan waktu..” Kali ini dia tersenyum. Kenangan itu pasti akan terpahat dalam ingatannya sampai bila-bila.

            “Satu hari umi pergi ke kubur, kebetulan ada suami isteri datang ke kubur anak dia orang. Umi dengar mereka baca satu benda yang sangat merepek. Tapi ayat-ayat yang mereka baca tu, bagi ketenangan dekat umi. Satu ketenangan yang umi tak pernah rasai selama ini. Umi tanya apa yang dia orang baca, dan mereka jawab, itu surah Yasin. Salah satu surah yang ada dalam Al-Quran.”

            “Umi ingat lagi, balik dari kubur umi terus ke kedai cari surah Yasin yang dibawah dia  ada di tulis dalam bahasa melayu. Umi cuba baca. Tapi tak boleh. Lidah jadi keras dan tangan umi kaku. Masa itu umi menangis. Umi takut jatuh sakit. Siapa nak tengok kan anak umi di hospital?”

            “Zara nak tahu apa yang umi kata?”

            “Umi kata apa?” bedebar hati Zara menanti cerita seterusnnya.

            “Umi niat dalam hati, Ya Allah, kalau engkau betul-betul wujud, sembuhkanlah anak aku, dan aku akan beriman kepadamu.”

            “Tubuh umi kembali okey, apa yang mengembirakan, anak umi sedar dari koma. Lepas itu umi terus peluk Islam. Semuanya jadi sangat mudah. Umi gembira sebab setiap kali umi pergi kubur, umi tahu apa yang umi boleh baca untuk suami dengan anak-anak umi. Tapi selepas itu umi sedar sesuatu, Allah tarik ahli keluarga umi tapi dia gantikan dengan keindahan beragama yang umi tak pernah ada selama ini..Zara kena redha...Umi yakin pasti Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk Zara.” Tujuh belas tahun dalam agama Islam, sekalipun tidak pernah terlintas di benaknnya yang dia menyesal di atas tindakannnya itu. Dan sampai bila-bila rasa itu pasti tak kan ada.

            “Tapi umi ada seorang lagi anak..”

            “Umi memang ada anak. Tapi Zara ada suami yang sayangkan Zara. Zara masih muda. Masih panjang perjalanan hidup Zara. Inshaallah, akan ada lagi anak yang Allah akan kurniakan pada Zara. Banyakkan berdoa....”

            Zara terdiam. Betapa beruntungnnya dia jika di bandingkan dengan Ustazah Syuhada. Dia masih ada Fayadh yang sentiasa besabar melayan amarahnya dan menelan setiap kata-kata yang dia tuturkan.  

             Cuma apa yang Fayadh lakukan dulu masih sukar untuk dibuang dari fikirannya. Sampai masanya nanti dia beharap dia akan dapat memaafkan Fayadh dan melupakan dendam yang ada di hatinya.

            “Ini anak-anak Zara?” Bingkai gambar di sebelah katil wanita itu di tunjuk.

            “Iya. Ini abang, yang ini adik.” Jarinya dibawa menunjuk satu persatu.

            “Comel anak Zara.”
...........................................
            “Apa kau nak sebenarnya Zara?” Dia menyoal diri sendiri. Album gambar anak-anaknya dicapai. Diselak satu persatu. Zara tersenyum, sesekali dia ketawa kecil. Setiap gambar mempunyai kenangan dan cerita tersendiri.... Album perkahwinannya dan Fayadh pula dicapai. Jelas keceriaan terpeta pada wajah mereka. Bukanlah sesuatu yang di buat-buat. Kegembiraan itu lahir dari hati yang bahagia.

            Buat pertama kali sejak kematian anak-anak kesayangannya, Zara dapat melihat semua itu tanpa diiringi tangisan. Ternyata apa yang di katakan oleh Ustazah Syuhada ada benarnya. Dia terlalu terbawa-bawa dengan perasaan. Cuma untuk memaafkan suaminya, dia masih memerlukan masa.

            Zara tutup lampu meja. Hari ini dia berdoa supaya mimpi yang saban malam menganggu lenanya tidak akan menjelma. Dia tidak mahu lagi terbawa-bawa dengan kesedihan. Pasti anak-anaknya tak akan gembira kalau tahu dia tidak bahagia.
....................................
            Fayadh gelisah. Selimut yang melolot jatuh di tarik kembali. Mata dipejam. Wajah Zara dan anak-anak menjelma. Pantas dia bukakan kembali mata. Keluhan resah sesekali terbit dari bibir. Tangan di bawa kedahi. Panas...Pasti dia akan demam. Selsema yang sudah lama tidak menyerang juga sudah mula menunjukkan tanda.

            “Biar abang picit dahi papa...” Fayadh senyum mendengar suara itu. Tangannya dibawa ke tepi kepala. Cuba menangkap tangan anaknya. Tangan yang berada dalam gengamannya di pegang erat. Dia takut jika dilepaskan anaknya akan pergi jauh...

            “Papa rindu abang....adikkk...”

            Zara kaku. Tangan suaminya yang erat mengengam tangannya cuba di tarik. Tetapi gengaman tangan itu begitu erat dan kuat. Zara pasrah. Dengan mengunakan tangan kiri dia memicit dahi Fayadh. Selepas dia menunaikan solat subuh tadi, terus dia keluar dari bilik. Langsung dia tidak menyangka yang selama ini Fayadh tidur di ruang tamu. Kalau dia tidak keluar, rasanya dia tidak tahu apa yang Fayadh telah lakukan. Patutlah Fayadh masih mendengar jeritannya ketika bermimpi pada dua tiga malam lepas. Rupannya lelaki itu sudah berkampung halaman di atas sofa berdekatan biliknya.

            Dia sebenarnya mahu buat tidak tahu sahaja, tetapi rintihan Fayadh membuatkan dia jatuh kasihan. Letak sahaja tangan di dahi tadi, dia sedar yang Fayadh sedang sakit. Patutlah suaminya itu tidak mengejutkan dia untuk besahur.

            “Abangg...adikk...”  

            Zara melepaskan keluhan berat. Pasti suaminya sedang mengigau. Dengan bersusah payah Zara cuba bangun kembali. Tongkat diambil dan dia mula mengatur langkah ke dapur. Bubur nasi dibuat. Sementara menunggu masak Zara membawa bekas berisi air dan tuala bersih ke depan. Bekas air di tutup dahulu. Tidak mahu tertumpah di sepanjang jalan.

            “Abang minta maaf Zara..abang....”

            Zara pejamkan mata. Fayadh sudah meracau. Sesekali wajah itu bagaikan menahan kesedihan yang amat sangat. Zara tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia dapat meneka, pasti semuanya tentang dia dan anak-anak dan pasti juga Fayadh sedang diburu rasa bersalah.
.................................
            “Abang...bangun...Abang!” Zara cuba mengejutkan Fayadh. Berkerut dahi lelaki itu kerana cuba membuka mata.

            Terpandang sahaja wajah Zara, Fayadh terus bangun. Sedaya upaya dia cuba tunjuk kuat di hadapaan isterinya.

            “Zara nak apa? Tak sihat ke?” Dengan suara serak dia bertanya. Risau jika ada yang tidak kena pada isterinya.

            “Zara masak bubur...” Zara mencapai mangkuk. Sesudu bubur nasi ditiup sebelum dibawa ke mulut Fayadh. Seketika Zara bagaikan terlupa dengan sengketa yang terjadi. Apalah sangat yang dia lakukan berbanding dengan apa yang Fayadh korbankan. Entah berapa lama lelaki itu bercuti bagi menjaga dia.  

            Fayadh terharu. Air matanya bagaikan mahu menitis. Sudah lama dia tidak melihat Zara risaukan dia. Perlahan-lahan dia membuka mulut. Masin...Tetapi suapan demi suapan di teruskan juga. Apalah sangat masin itu jika di bandingkan dengan kesudian Zara mahu menyuapkan dia. Dirasakan itulah makanan terhebat yang pernah dijamah dalam masa setahun ini.

            “Sedap tak? Zara puasa. Tak tahu rasa apa.” Zara bertanya. Takut jika rasanya teruk, tetapi demi menjaga hatinya Fayadh tetap makan.

            “Makanan tersedap yang pernah abang rasa.” Wajah Zara dipandang. Senyuman kelat dihadiahkan buat isterinya. Dia rindukan Zara yang dulu. Benar-benar rindu.

            “Iyelah tu.” Tanpa dipinta senyuman terlakar di wajah Zara. Suaminya itu masih lagi seorang lelaki yang suka bermanis mulut.

            “Betul lah. Abang tak tipu.” Fayadh ketawa dengan kata-kata sendiri.

            “Macam-macamlah.” Zara ketawa. Seketika kemudian dia terpana bila tangan Fayadh dibawa menyentuh kedua pipinya.

            “Abang rindu nak dengar ketawa Zara.” Tanpa dipinta air matanya mengalir lagi...
.....................................
            “Apa abang nak buat bagi Zara maafkan abang?” Fayadh berkata perlahan. Wajah Zara yang sedang tidur di pandang penuh kasih. Dia mahu menyentuh wajah itu, membelai tubuh Zara dengan penuh kasih sayang dan mengkhabarkan betapa dia cintakan wanita itu, tetapi dia tidak kuat. Difikirannya bermacam-macam perkara bermain.

            “Apa papa nak buat sayang?” Fayadh menyentuh pula bingkai gambar yang menjadi saksi betapa air mata kekesalannya saban malam mengalir. Kalau anak-anaknya masih ada, pasti Ramadhan akan lebih meriah. Pasti Zara tidak berduka.

            Tadi, apabila melihat kerisauan Zara, dia sedar pasti ada lagi rasa sayang wanita itu untuknya. Cuma dia tidak mahu terlalu yakin. Zara sekarang bukan seperti Zara yang dulu. Tindakannya juga sukar di jangka. Zara yang ada sekarang lebih berdikari dan sangat tegas. Sehinggakan dia mati kata mahu berbicara.

            “Abang sayangkan Zara...Kalaulah abang boleh khabarkan yang abang juga cintakan Zara...” Dengan berhati-hati dia membawa bibirnya mencium dahi Zara. Lama..

            Zara mendiamkan diri. Dia dengar satu persatu bicara Fayadh. Tadi semasa lelaki itu masuk ke dalam bilik, dia bukanlah sedang tidur. Masih berfikir tentang apa yang telah berlaku siang tadi. Masuk sahaja Fayadh, pantas dia berpura-pura memejamkan mata.

            Dia rasa terharu mendengar kata-kata yang Fayadh luahkan. Mendengar luahan rasa lelaki itu juga membuatkan dia terpana. Tetapi satu bermain di fikirannya. Kenapa baru sekarang Fayadh cintakan dia? Kenapa tidak dulu? Ataupun rasa cinta yang Fayadh katakan ada itu cuma rasa bersalah yang terlalu banyak bersarang di jiwa sehinggakan Fayadh menyangka, itu adalah rasa cinta. Arghhh..Jangan terpedaya Zara!
...........................................
            Fayadh benar-benar gelisah. Esok, celik sahaja mata dia terpaksa berhadapan dengan hakikat. Dua puluh tiga Ramadhan bakal menjengah. Hari yang telah meragut nyawa anak-anaknya. Hari yang membuatkan statusnya sebagai suami bertukar menjadi pembunuh dimata Zara.

            Dia takut membayangkan apa yang bakal terjadi. Kalaulah Zara masih meminta perpisahan...Entah apa yang akan dia lakukan. Dulu dia tidak pernah membayangkan kehidupan tanpa anak-anaknya. Bila semua terjadi dia bagaikan tengelam punca. Dituduh pula sebagai pembunuh kepada anak sendiri. Sungguh, kalau nyawa boleh di tukar ganti pasti dia akan mengorbankan nyawa sendiri asalkan anak-anaknya dapat terus hidup.
.................................
            “Zara nak pergi kubur anak-anak. Boleh abang bawakan Zara tak?” Zara sedaya upaya mengukir senyuman. Dia sudah ada jawapan untuk persoalan yang selama ini membelenggu fikiran. Mungkin tindakannya nanti baik untuk semua orang.
           
            “Abang memang nak ke sana.” Senyuman Zara di balas. Terbang melayang segala gundah di hati.

            “Zara rindukan abang dengan adik..” Zara berkata perlahan. Dia menoleh ke kiri. Tidak mahu Fayadh melihat kesedihan di wajahnya.

            “Abang pun..” Fayadh tenang memandu. Hari ini dia berjanji, apa sahaja permintaan Zara pasti akan dia penuhi.
...................................
            “Zara ada benda nak cakap.” Balik sahaja dari kubur Zara tidak terus masuk ke dalam bilik, sebaliknya dia melabuhkan tubuh pada sofa di ruang tamu.

            “Zara nak cakap apa sayang?” Fayadh bertanya lembut. Dia duduk melutut di hadapan Zara. Tangan itu di gengam erat.

            “Tentang hubungan kita..” Zara telan liur. Mata di pejamkan sejenak. Buka sahaja mata Fayadh memandangnya sambil tersenyum. Senyuman itu membuatkan dia terasa sebak.

            Zara membawa tangannya ke wajah Fayadh. Mata dipejamkan kembali. Di raba rambut lelaki itu, kemudian jari mengikut pergerakkan kening, dia menyentuh pula pada mata...hidung...dan bibir yang pernah mengungkapkan kata sayang, juga pernah mengungkapkan kata yang merobek dan melapah seluruh hatinya. Sampai bila-bila pun dia akan ingat wajah itu. Dia tak akan pernah lupakan Fayadh.

            Fayadh tangkap tangan Zara. Dikucup bertalu-talu jari jemari itu. Dia sayangkan Zara. Sangat sayang..

            Zara pandang wajah Fayadh. Sampai detik dan saat ini dia masih sayangkan lelaki itu. Cintanya masih ada, tetapi dia sudah tidak mampu membohongi perasaan. Semoga apa juga pilihannya nanti lelaki itu dapat menerima dengan tangan yang terbuka.

            “Abang sayangkan Zara?” Air mata sudah mula membasahi wajah.

            “Sampai abang mati sekalipun abang akan tetap sayangkan Zara.”

            “Kalau Zara nak mintak sesuatu dari abang boleh?” Zara tahan esakkan dari terhambur.

            “Apa sahaja..”

            “Zara nak....abang lepaskan Zara..” Tangan Fayadh digengam sekuat hati. Mungkin itulah kali terakhir dia dapat menyentuh tangan lelaki begelar suami.

            “Ya Allah Zara...” Fayadh terperanjat. Terkedu dia mendengar permintaan Zara. Walaupun terlintas di fikirannya tetapi mendengar sendiri permintaan itu buat sekian kalinya, ternyata dia tidaklah bersedia mana.

            “Kalau abang sayangkan Zara...Tolonglah lepaskan Zara...Zara tak boleh terus hidup macam ni. Zara tak sangup nak tanggung dosa kerana tak pedulikan abang.” Zara merayu. Sesekali esakkannya kedengaran.

            “Abang tak boleh hidup tanpa Zara. Abang dah hilang anak-anak...Abang tak boleh kalau abang hilang Zara..” Fayadh cuba merayu. Air matanya yang gugur tidak di pedulikan. Macam mana dia mahu teruskan hidup tanpa orang-orang kesayangan di sisi?....

            “Abang kena cuba. Zara dah tak sangup nak hidup macam ini..Abang boleh dapat orang yang sayangkan abang lebih dari apa yang Zara mampu bagi...Kalau ada sedikit rasa kasih abang untuk Zara....Zara mohon...Abang lepaskan Zara..” Ini yang dia rasakan terbaik untuk mereka. Dia mahu Fayadh sedar, tak semua yang mereka impikan boleh di perolehi. Mungkin dengan perpisahan, dia dan Fayadh dapat bertemu dengan kebahagiaan yang selama ini telah hilang.

            “Abang tak boleh...”

            “Abang kena cuba...”

            “Tolonglah Zara...Kalau Zara nak abang pergi...Abang boleh pergi...Tapi abang tak boleh lepaskan Zara...Abang tak boleh..” Fayadh rasa mahu meraung sekuat hati. Dia membayangkan kebahagiaan bakal menjengah mereka setelah detik tenang tadi. Ternyata dia silap.

            “Tolonglah...Zara nak abang bahagia. Zara nak abang hidup dengan orang yang abang sayang...Orang yang abang cinta...” Dia mahu Fayadh bahagia. Bahagia lelaki itu, bahagialah jugak dia.

            “Abang sayangkan dan cintakan Zara. Abang cuma nak hidup dengan Zara.” Kalau Zara mahu dia bersumpah sekalipun, pasti dia akan lakukan tanpa ragu-ragu.

            “Abang nak Zara maafkan abang pasal kematian anak-anak kan? Kalau abang betul nak Zara maafkan, tolong lepaskan Zara.” Zara cuba menegaskan nada suarannya. Dia berbohong. Dia sudah lama memafkan Fayadh. Semalaman puas dia berfikir. Cuba membaca hati sendiri. Dan dia akhirnya bertemu dengan sebuah jawapan. Apa yang ada di dalam hatinya dahulu adalah rasa marah kerana di khianati. Rasa sakit bila anak kesayangannya menjadi mangsa ‘cinta’ suaminya. Dan rasa dendam bila kasih sayangnya tidak di hargai.

            Fayadh terdiam. Kemaafan Zara lah yang selama ini dia cari dan dia mahukan. Tetapi tegarkah dia menghadapi kehilangan wanita itu? Hatinya sakit...

            “Zara akan maafkan abang. Zara tak kan simpan dendam...Cuma Zara harap abang sudi lepaskan Zara. Zara nak hidup bahagia...” Dia tahu dia tak akan bahagia tanpa Fayadh, tetapi dia tidak boleh pentingkan diri. Tidak mahu menyekat kebahagiaan lelaki itu semata-mata keranannya.

            Zara nak hidup bahagia....Kata-kata itu di cerna oleh fikiran Fayadh. Dia pasrah. Dia mahu Zara bahagia. Itulah doa yang sering di pinta setiap kali dia bersolat. Kalaulah dia terpaksa melepaskan Zara demi kebahagiaan wanita itu...dia akan lakukan. Walaupun hatinya berat. Walaupun jiwannya akan mati...

            “Kalau itu boleh bahagiakan Zara....Tapi abang nak Zara tahu....Sampai mati cinta abang akan ada untuk Zara. Tangan Zara dibawa kedadanya. Kemudian dikucup lembut sebelum dia bangun dan mencium dahi Zara lama....Air matanya jatuh membasahi wajah mulus itu.

            Fayadh kesat air mata Zara.....Kalau ini boleh bahagiakan Zara...Dia akan lakukan...

            “Az-Zahra binti Kamaludin....... 

....................................
“Mana kamu letak otak kamu? Dah gila ke apa? Dah tak ada agama sampai nak ikutkan sangat perasaan?” Puan Salmah duduk bercekak pingang. Sepanjang perjalanan tadi dia hanya mendiamkan diri. Tiba sahaja dirumahnnya terus dia melancarkan serangan. Sakit hatinya dengan perangai Zara dan Fayadh. Ingat kawin cerai tu benda main-main ke?

            “Sabar dulu mak cik.” Athiyah cuba memujuk. Takut melihat kemarahan Puan Salmah. Wanita itu jarang marah. Tetapi sekali meletup memang jenuh.

            “Nak sabar macam mana lagi. Cuba kamu bagi tahu mak cik?”

            Athiyah mendiamkan diri. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Memang patut pun Puan Salmah marah.

            “Dah la mak. Zara tengah kusut ni.” Zara cuba meredakan kemarahan emaknnya.

            “Kusut tu kamu yang cari ambil. Sengaja...Ikut sangat hasutan syaitan tu...”

            “Bulan puasa syaitan tak ada mak cik..” Athiyah cuba melawak bagi meredakan sedikit ketegangan.

            “Kamu diamlah. Ke kamu nak mak cik bebelkan kamu sekali?” Kecil sahaja dia nampak Athiyah. Anak jirannya yang sudah diangap seperti anak sendiri.

            “Tiya diam mak cik.” Athiyah hanya mampu tersenyum kepada Zara. Tak dapatlah dia nak menolong.

            “Yang suka sangat nak jadi janda kenapa? Kalau mati anak, hidup pun kena mati sekali lah ye?” Dia juga sedih dengan kematian cucu-cucu kesayangannya. Cuma Zara terlalu melampau kerana membiarkan emosi mengemudi hati. Orang lain juga mati anak tetapi masih teruskan hidup. Kenapa anaknnya tidak mahu mengambil langkah yang sama?

            “Mak tak faham.” Zara berkata perlahan.

            “Apa yang mak tak faham? Suami kamu tu curang? Itu maksud kamu? Kalau dah dia minta maaf, dah mengaku salah sendiri dan melutut merayu, apa tak cukup lagi ke? Mak tak pernah ajar kamu berdendam Zara...” Puan Salmah semakin berapi. Dia tahu kebenaran itu. Fayadh sudah berterus terang. Memang dia marah. Menantu yang selama ini di sangkakan dapat membahagiakan anak kesayangannya, rupa-rupannya telah membuat onar. Tetapi bila melihat layanan Zara, dia rasakan semua itu sudah mengcukupi untuk menghukum Fayadh. dengan kematian anak lagi, pasti sudah cukup hukuman itu. Rasa bersalah tentu akan menantunya bawa sampai bila-bila.

            “Mana mak tahu?” Zara bertanya dengan riak terperanjat.”

            “Fayadh dah cerita lama dekat mak. dia dah cukup terhukum dengan apa yang jadi. Kamu tak boleh ke nak maafkan dia?”

            “Zara dah maafkan dia mak. Tapi Zara tak boleh nak hidup dengan dia lagi.” Zara geleng kepala.

            “Kenapa tak boleh?” Ada sajalah alasan yang di karang oleh bibir Zara.
           
            “Dia tak cintakan Zara mak. Sayang pun belum tentu ada.”

            “Kamu tu yang fikir banyak sangat. Tengok mata dia pun mak tahu yang dia sayangkan kamu.”

            “Itu tangapan mak saja.”

            “Habis itu tangapan siapa kamu nak guna pakai? Tangapan budak Tiya ni? Dia baru sama akal dengan kamu..”

            “Eh...Apa pulak mak cik.” Athiyah tak puas hati. Tak pasal-pasal dia di babitkan sekali.

            “Tak betul apa mak cik cakap?” Puan Salmah jeling tajam. Tindakan Zara pasti mendapat sokongan Athiyah. Sahabat sehidup semati konon. Ada juga yang dia sembelih karang.

            “Zara sakit kepala lah mak.” Zara benar-benar sudah tidak tahu mahu berkata apa.

            “Itulah modal kamu. Mak cakap sikit kamu mulalah nak sakit kepala.”

            “Hilang sakit kepala kamu yang di buat-buat tu, jangan lupa talifon Fayadh.”

            “Kami dah tak ada apa-apa.” Zara cuba memprotes. Dengan mak boleh hilang segala kesedihan yang ada. Penat mahu berlawan kata.

            “Siapa ajar kamu? Ajaran tok guru sesat mana kamu guna pakai?” Mujurlah Allah nak buka pintu hati dia untuk melawat Zara tadi. Sejak semalam lagi hatinya tidak tenteram. Bagaikan ada yang mengangu. Athiyah yang kebetulan mahu pulang ke Shah Alam di ikut.

            Sampai sahaja ke rumah Zara dia terus masuk apabila pintu pagar di biarkan terbuka. Sempatlah dia melihat aksi ‘bermaaf-maafan’ antara anak dan menantunya. Seminit dia terlewat memang tamatlah hubungan itu.

            Zara terdiam. Memang tak sempat. Maknya memang cekap. Baru saja Fayadh sebut nama dia, ibunya sudah bertindak menghalang. Walaupun begitu, entah mengapa dia benar-benar terasa lega.

            “Kamu ni lain kali nak buat apa fikir guna otak Zara. Jangan nak guna hati sangat. Ikut hati mati kita.” Sebabkan itulah dia meminta kebenaran menantunya bagi membawa pulang Zara ke kampung. Biar reda dahulu apa yang terjadi.
..................................
            Fayadh termenung. Tidak tahu apa yang boleh dilakukan lagi. Rumah sudah di kemaskan. Mahu ke pejabat dia tiada hati. Mujurlah dia ‘tauke’ kalau kuli rasanya dia sudah di tendang kerja.

            “Zara...” Nama itu di panggil perlahan. Baru beberapa hari tidak ketemu dia sudah mula merindui isterinya. Mujurlah hari itu ibu mertuanya bertindak sebagai penyelamat. Kalau tidak memang dia sudah kehilangan Zara. Apatah lagi dengan raya yang bakal menjelang lagi beberapa hari...

            Jam di jengah. Sudah pukul enam. Kunci kereta di capai. Dia mahu segera ke bazar ramadhan. kalau tidak memang dia tidak berbukalah nanti.
...............................
            “Fayadh kemalangan....” Mendengar kata-kata emaknya Zara terus lembik. Cukuplah...Dia sudah letih..

            “Zara...jom abang hantar. Inshaallah Fayadh tak apa-apa.” Al-Hafiz, abang keduannya cuba memujuk.

            “Zara tak nak...” Zara capai tongkat dan terus masuk ke dalam bilik. Kenapa setiap kali Ramadhan dia di uji? Dia tak sangup lagi berhadapan dengan sebuah kehilangan.... Tangisannya mula mendayu. Terbayang wajah Fayadh. Dia mahu meminta maaf kepada lelaki itu. Pasti semua yang terjadi akan dia lupakan asalkan Fayadh selamat.

            “Abang...adik..Apa mama nak buat?” Zara bertanya sendiri. Dia sudah letih fizikal dan mental untuk berhadapan dengan semua itu.

            “Zara...Zara...Keluarlah...Jom kita pergi tengok Fayadh..” Puan Salmah cuba memujuk. Pasti anaknya terperanjat dengan apa yang terjadi. Dia tidak mahu berfikir buruk. Dari panggilan yang di terima tadi, rasanya keadaan menantunya tidaklah terlalu teruk.

            “Zara tak nak mak..” Dia tidak mahu. Masih terbayang apa yang berlaku setahun dahulu. Semuannya masih segar dalam ingatan. Waktu panggilan di terima juga tidak jauh berbeza. Sekarang, dia mahu tidur...mahu pejamkan mata...

            “Kalau tak nak, Zara keluar berbuka dulu. Dah masuk waktu dah ni.” Puan Salmah tidak putus memujuk. Segala macam kata-kata nasihat di keluarkan bagi meyakinkan Zara semua yang terjadi adalah ketentuan.

            “Zara tak nak pergi...” Zara buka pintu. Dia masih mengulangi ayat yang sama.

            “Makan dulu...” Al-Hafiz pula memujuk.

            Zara melangkah ke meja makan. Doa dibaca. Dengan tangan bergetar dia mencapai gelas minuman. Air teh yang disedut terasa tawar. Setawar hatinya sekarang. Di kesat air mata yang menitis dengan hujung jari.

            “Zara makan tau. Mak dengan Apit nak pergi tengok Fayadh.”

            “Zara nak ikut..” Arghh...Hatinya masih mendahului akal. Dia takut, tetapi dia gusar kalaulah ini kali terakhir dia dapat memandang wajah Fayadh.

            Zara cintakan abang...Tolong selamat untuk Zara...Ya Allah...Selamatkanlah suami aku...Tak putus-putus ucapan itu berkumandang di dalam hatinya.
............................
            “Elina...” Zara bungkam. Dia mati kata. Tidak tahu apa yang harus di katakan lagi. Nampaknnya dia silap menilai Fayadh. Ternyata hubungan antara keduannya masih terjalin. Kelibat Fayadh tidak kelihatan, mungkin takut mahu bertentang mata dengannya.

            Tak tunggu lama Zara mengatur langkah untuk berlalu. Kakinya sudah terasa sakit, mungkin kerana terlalu banyak pergerakkan yang dia lakukan. Cubaan Puan Salmah untuk menghalang tidak di pedulikan.

            “Zara...Zara..” Elina cuba menahan.

            “Kalau awak nak teruskan hubungan dengan Fayadh silakan... Saya tak akan halang.” Serak suara Zara kerana cuba menahan sebak.

            “Awak dah salah faham...Biar saya terangkan dulu.” Elina memegang bahu Zara. Bila wanita itu menepis dia hanya mampu mengeluh. Pasti masih ada marah Zara untuknya.

            “Saya dah tak ada apa-apa dengan Fayadh. Kebetulan saya ikut suami sayang datang Hospital. Dia doktor dekat sini.” Elina cuba meyakinkan Zara. Mungkin masa dan detik kedatangannya tidak kena. Selepas berbuka puasa didalam bilik suaminya tadi dia ingin ke surau. Masa itulah dia terserempak dengan Fayadh. Dia masuk ke dalam bilik lelaki itu hanya untuk bertannya khabar.

            “Suami?” Zara pandang tajam. Jangan-jangan Elina sudah berkahwin dengan suaminya. Alasan suami doktor konon. Ikut kan rasa hati diam mahu sahaja menghentam Elina dengan tongkat di tangan.

            “Saya rujuk balik dengan bekas suami saya. Apa yang jadi dulu, saya akui memang satu kesilapan. Fayadh memang cintakan saya. Tapi cinta bertahun dahulu Zara. Bukan cinta sekarang. Kami terbawa dengan kenangan lama.” Elina mengeluh. Sampai mati akan ada rasa bersalah dalam dirinya. Dia yang beria-ia mahu berbuka dengan anak-anak Fayadh. Mahu memberikan tangapan yang baik kepada kanak-kanak tersebut. Langsung tidak menyangka kerana keinginannya itu telah membawa kepada tragedi.

            “Saya tak kisah apa yang pernah jadi dulu...” Zara meneruskan langkah. Dia tidak akan mudah tertipu lagi.

            “Fayadh cintakan awak...” Elina sedikit menjerit.

            “Tiap kali kami keluar awak tahu apa dia cakap? Ini baju Zara suka...Ini Zara pun tahu masak...Ini minuman kegemaran Zara...Semuanya pasal awak. Cuma dia sahaja yang tak sedar.” Dia tidak berbohong. Setiap kali keluar nama Zara tidak pernah putus dari bibir Fayadh. Dia mahu menegur, cuma dia takut jika perkara itu diberitahu kepada Fayadh, lelaki itu akan sedar yang rasa cinta untuknya sudah tiada lagi.

            “Jangan nak merepek..” Dia bukannya anak kecil yang akan mudah di gula-gulakan. Mustahil Fayadh tidak sedar setelah bermacam perkara ‘jahat’ di lakukan kepada dia.

            “Saya tak bohong. Mungkin Fayadh bersalah, tapi pasal perkahwinan macam yang saya sebut masa jumpa awak dulu, sebenarnya langsung tak timbul....Saya yang beria-ia..Tapi Fayadh bagi macam-macam alasan..” Argh...Berdosanya dia kerana cuba meruntuhkan rumah tangga orang lain.  
....................................
            Zara mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus di katakan. Denyutan di kaki semakin terasa. Menyesal dia tidak mengikut cakap doktor. Ikutkan sangat rasa hati. Sekarang dia sendiri menerima padah.

            “Abang minta maaf sebab buat Zara risau.” Tangan isterinya digengam. Mujurlah kecederaan yang dia alami tidak teruk. Hanya sedikit kesan calar-balar sahaja. Dia ditahan di hospital pun disebabkan hentakkan kuat di kepala. Takut ada kecederaan sebab dia sedikit pening.

            “Tak apa..” Zara tidak tahu apa yang harus diperbualkan. Dibenaknnya masih dipenuhi dengan kata-kata Elina.

            “Zara mengantuk ke? Tidur sini...” Di tepuk-tepuk tempat pembaringan sebelahnya. Niat hati mahu sekadar mengusik bagi meredakan ketegangan. Pasti Zara risau dan takut.

            “Huh..” Terkebil-kebil matannya memandang Fayadh. Laju dia mengelengkan kepala.

            “Abang lawak jelah. Zara tidur atas ni. Abang tidur sana. Ditunjukkan sebuah kerusi ‘gemuk.’ Fayadh bangun. Dia mendekati Zara.

            “Meh abang tolong.”

            “Tak apa. Zara boleh tidur sini je.” Zara menolak. Lelaki itu yang masuk hospital tak akan dia pula yang mahu berlebih.

            “It’s okey honey...” Tanpa menunggu jawapan balas Zara, tubuh genit itu di cempung dan di letakkan di atas katil. Sebiji bantal diambil dan di letakkan di bawah kaki kiri Zara yang retak.
................................
            Zara gelisah. Wajah Fayadh yang sedang lena tidur di sebelahnya dipandang. Lena bagaikan tiada kerisauan yang melanda. Cuma sesekali wajah itu berkerut bagaikan menahan sakit. Pasti lebam yang ada sudah mula memberi kesan. Tambahan pula terpaksa tidur di tempat yang kurang selesa.

            Betul ke abang cintakan Zara?... Kenapa abang ikutkan hati sangat dulu?... Kalau tak, mesti kita tengah bahagia....Zara mengumam seorang diri.

            “Abang...Abang...” Zara memanggil perlahan. Tidak mahu membuatkan Fayadh terperanjat.

            “Hem...” Fayadh buka sedikit mata. Sebelum dipejamkan kembali.

            Zara tersenyum dalam sebak. Terus dia terbayang wajah-wajah kesayangannya. . Perlakuan Fayadh itu sebijik seperti anak-anaknya.

            “Abang...” Zara panggil lagi.

            Kali ini Fayadh buka mata. Dia menutup mulut menahan kantuk. Fayadh mengeliat kecil bagi menghilangkan rasa lenguh di badan.

            “Kenapa...?” Setelah itu barulah dia bertanya kepada Zara. Wajah isterinya di pandang.

            “Sini...” Zara tepuk katil sebelahnya.

            Fayadh terpana.

            “Sinilah..” Zara tersenyum. Pasti Fayadh tidak menyangka pelawaannya itu.
......................................
            “Zara dah tidur?” Fayadh berbisik perlahan. Rambut Zara yang menutup sebahagian muka di selak. Kepala Zara yang agak terkulai ke sisi diperbetulkan. Soalannya tadi tidak bersahut. Pasti Zara sudah benar-benar dibuai mimpi. Dan doanya Zara akan bermimpi hanya yang indah-indah. Dalam keadaan sekarang dia sudah tidak mampu berhadapan dengan sebarang tekanan.

            Fayadh pejam mata. Tidak putus dia berdoa, bangun sahaja esok dia tidak akan bertemu lagi dengan Zara yang berhati beku dan juga Zara yang ramah menuturkan kata perpisahan. Dia tiada keluarga, dia tiada anak, dan dia boleh mati kalau tiada Zara.... Doanya, Allah akan memberikan secebis kebahagian agar dia dapat meneruskan hidup. Cuma kalau jodohnya dengan Zara memang hanya setakat itu, dia akan menerima asalkan Zara bahagia.

            “Abang nak Zara bahagia. Sampai bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang hanya untuk Zara..” Fayadh berbisik perlahan di telinga Zara. Itu rasa hatinya. Walaupun Zara tidak mendengar, dia tahu suatu hari pasti Zara akan sedar tentang semua itu.
.......................................
            “Adik sayang mama dengan papa...”

            “Abang pun sama...”

            Zara tersenyum mendengar kata anak-anaknya. Perutnya yang memboyot di usap perlahan. Suaminya dipandang dengan pandangan penuh kasih. Lelaki itu juga tersenyum.

            Zara menyuakan tangan bagi membelai pipi anak-anaknya. Sesuatu yang dia suka lakukan ketika mereka bersama. Malangnya semakin dia mendekat semakin jauh tubuh-tubuh kecil itu mengundur.

            “Abang...jangan tinggalkan mama...adikkk...” Zara memekik. Fayadh di sebelah bagaikan menghalang dia mengejar...Wajahnya ditarik mengadap lelaki itu sebelum Fayadh berbisik lembut di telingannya.

            “Abang nak Zara bahagia. Sampai bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang hanya untuk Zara..”....

            Zara tersentak. Tubuhnya terasa berpeluh. Dia kalih pandang pada Fayadh yang jelas terperanjat dengan gelagatnya. Kata-kata Fayadh bagaikan begitu jelas pada pedengarannya.

            “Abang kata apa?” Perlahan Zara bertanya.

            “Huh?” Arghh...mustahil Zara dengar kata-katanya tadi. Dia yakin isterinnya itu sedang tidur.

            “Abang kata apa?” Sekali lagi dia mengulangi pertanyaan yang sama.

            “Abang nak Zara bahagia. Sampai bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang hanya untuk Zara..” Fayadh berkata perlahan. Dia takut andai Zara salah faham. Tidak mahu wanita itu menyangkakan dia sengaja mahu ‘menjual’ kata.

            Fayadh terdiam. Dia kelu lidah secara tiba-tiba. Apa yang sedang berlaku sekarang? Dia tertanya sendiri.

            “Kenapa ni sayang?”...Fayadh bertanya. Tangannya dibawa mengusap bahu si isteri. Pelukkan Zara terasa kuat membelit pingangnya. Dia juga terdengar tangisan halus wanita itu.

            “Zara kenapa? Jangan takutkan abang..” Ya Allah...janganlah Zara mintak yang bukan-bukan. Dia takut jika tangisan itu adalah tanda untuk Zara meminta lagi perpisahan.

            Zara geleng kepala. Dia hanya mahu tenang dalam pelukkan lelaki itu. Keresahan, sakit di hati, dan dendam yang membara selama ini bagaikan di angkat pergi...

            “Abang...”

            “Zara sayangkan abang. Zara nak hidup dengan abang...”

            Fayadh mati kata. Dia mahu ketawa sepuas hati. Tetapi yang ada hanyalah air mata. Air mata yang akan menceritakan perasaanya. Yang akan mengkhabarkan betapa dia sedang berbahagia...
.....................................
            “Mama shome tak?”

            Zara pantas menoleh. Dia ketawa kecil. Untuk kesekian kali, pakaian itu dipakai lagi. Pakaian yang memberi seribu kenangan dalam kehidupannya.

            “Comel sayang. Tapi baju tu besar sangat. Faiq pergi pergi ambil baju yang mama kasi tadi.” Dia semakin galak ketawa bila Faiq hampir terjatuh kerana tertampan dengan seluar yang meleret labuh. Baju melayu putih yang pernah satu ketika menjadi igauan ngerinya. Dan sekarang anaknya begitu mengemari baju itu. Setiap kali berpeluang pasti akan dipakai walaupun agak besar pada tubuh kecilnya.

            “Apa yang Zara ketawa?” Fayadh yang baru keluar dari bilik air bertanya. Rambutnya dikeringkan dengan tuala.

            “Anak kesayangan abang tu lah. Tak habis-habis dengan baju melayu dia.” Faiq Aiman, anaknya yang akan memasuki usia lima tahun. Pertuturannya masih agak pelat dan suka mengusik. Sama seperti arwah abang dan adik. Sebak yang bertandang dia cuba buang jauh-jauh.

            “Papa...Abang jahat. Dia tarik rambut adik..” Fayadh pangung kepala. Pandangan matanya jatuh kepada wajah Farina Aira yang sedang menangis. Tubuh yang mendekat dibawa dalam dukungannya.

            “Kejap lagi papa marah abang..” Fayadh cuba memujuk. Farina Aira baru berumur tiga tahun tetapi lebih petah berkata-kata berbanding Faiq. Kadang-kala dia akan ketawa bila Farina cuba membetulkan sebutan abangnya.

            “Adik...syinilah...” Faiq jengul kepala di sebalik pintu. Tangannya melambai-lambai ke arah adiknya. Farina Aira pandang wajah papanya. Kemudian wajah abangnya pula.

            “Nak pergi abang...”

            Fayadh menurunkan anaknya. Bergaduh sekejap dan berbaik semula. Sekejap lagi pasti bergaduh balik.

            “Baju abang Zara letak dalam almari.” Sambil itu cekap tangannya mengemaskan cadar yang agak berkedut.

            Setelah siap berpakaian, Fayadh menghampiri Zara. Tubuh itu di peluk erat.

            “Kenapa ni?” Zara bertanya lembut.

            “Saja..Abang rindukan Zara.”

            Zara ketawa mendengar kata-kata Fayadh. Sabar sajalah.

            “Hari-hari abang jumpa Zara. Nak rindu kenapa?” Dia bertanya. Macam-macam betul suaminya.

            “Saja.”

            “Saja?”

            “Zara nak hadiah tak?” Faydh bertanya nakal. Niat hatinya mahu mengusik.
           
            “Raya abang oii hari ni. Tak nak..” Zara tersipu malu.

            “Fikir apa tu? Abang tanya betul-betullah. Nak hadiah ke tidak?” Fayadh sudah ketawa. Semakin merah wajah Zara mendengar kata-katanya.

            “Hadiah apa?” Suaminya salah bangun bantal ke apa?

            “Sayang dulu...” Pipinya di halakan ke pada Zara.

            Tak tunggu lama pantas sebuah kucupan hingap di pipi kiri suaminya.

            “Kalau sebut hadiah, laju saja ye?” Fayadh buat muka.

            “Mestilah. Mana hadiah?” Zara rengangkan sikit tubuh. Mahu mencari wajah Fayadh di belakangnya. Ketawa kecil meletus juga bila melihat Fayadh buat wajah kelakar.

            “Ini..” Fayadh eratkan kembali pelukannya. Sekeping kad di hulurkan kepada isterinya.

            “Kad apa ni?” Ulang tahun perkahwinan mereka lambat lagi. Hari jadi dia dah lepas. Tak kan kad hari raya pulak kot?

            ‘Bukalah..”

            Perlahan-lahan Zara membuka kad bewarna merah hati tersebut. Terdapat tulisan bewarna silver di situ. Tulisan Fayadh.

Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...

            Zara terharu. Belum sempat dia membaca kata-kata itu suaminya terlebih dahulu menyanyi dengan suara mendayu. Fayadh benar-benar mahu membuatkan dia menangis. Tanpa dipinta air matanya berderai menuruni lekuk pipi.

            “Janganlah menangis.” Fayadh serba salah. Niat hatinya hanya mahu mengembirakan Zara dan melihat senyuman di wajah itu bukannya melihat tangisan.  

            “Nasib baik suara abang sedap. Kalau tidak mahu meraung terus Zara dekat sini.”

            Fayadh ketawa besar mendengar kata-kata Zara. Aduhlah isteri...Ada sahaja kata-kata yang mahu membuatkan dia ketawa.

            Zara pusing badan. Tanpa amaran dia memberikan kucupan pada bibir Fayadh.

            “Hadiah sebab abang selalu bermanis kata.” Zara terus berlalu keluar. Tidak mahu lelaki itu melihat wajahnya memerah.
............................
            “Selamat hari raya abang. Maaf Zahir dan batin.” Zara tunduk mengucup tangan Fayadh.

            “Abang pun sama sayang.” Sebuah kucupan hingap ke dahi Zara. Di dalam hati, tidak putus dia bersyukur. Mujurlah Allah masih mahu memberikan dia kebahagian. Hilang abang dan adik tak akan dapat di ganti, cuma Allah bagi lagi kesempatan untuk dia begelar papa. Adanya Faiq dan Farina, kehidupannya dan Zara dirasakan bertambah lengkap. Dan sampai bila-bila pun, abang dan adik akan ada dalam ingatan beserta doanya.

            “Syelamat hali laye papa.”

            “Se..la..mat.. Ha...ri... Ra...ya..”

            Tawa Fayadh dan Zara bergabung. ‘Cikgu BM’ sudah cuba membetulkan sebutan anak murid.

            “Syibuklah..” Faiq peluk tubuh. Marah apabila kata-katanya menjadi bahan jenaka.

            “Selamat hari raya abang.” Farina menyuakan tangannya kepada Faiq.

            “Pakar membodek...” Zara berbisik di telinga Fayadh.

            “Tengoklah siapa papanya..” Fayadh tayang muka berlagak di hadapan Zara. Dia ketawa bila isterinya mencebik bibir.

            “Az-Zahra...” Lembut Fayadh memangil isteri kesayangannya.

            “Apa..” Zara tersenyum memandang wajah Fayadh. Ternyata dia tidak tersilap menerima suaminya kembali. Lelaki itu bagaikan tidak jemu menunjukkan kasih sayang kepadanya.

            “I love you sayang..”

            “I love you too.” Zara pejam mata. Terbayang wajah anak-anak kesayangannya... Abang dengan adik akan sentaiasa subur dalam ingatan mama. Tak akan pernah padam ...Pergilah derita... Aku sudah ada bahagia...

            “Jangan menangis...”

            Zara buka mata. Wajah Fayadh disentuh penuh kasih. Hanya lelaki ini yang diingini menjadi ‘Suami Untuk Aku’...Selamanya..

Malam kian melangkah pergi 
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi 
Dalam kelam hadir bayangmu 
Bagai mengundang mimpi 
Saat kau dan aku 
Sayangnya kau tiada disisiku 

Masih terbayang segalanya 
Bagaikan semuanya mimpi belaka 
Hilang tak mungkin kan kembali 
Merubah yang tersurat dalam hidupku 
Kau pergi tak kembali selamanya 

Korus: 
Walau berkali kutangisi 
Tak mungkin kau kan kembali 
Ku tak berdaya mengharungi sendiri 
Tanpamu hidupku tak bererti 
Hari berlalu kau kian jauh 
Di alam abadi dipusaramu oh.... 

Hanya doa yang kuiringkan 
Dalam hiba aku tangiskan 
Hilang tiada pengganti 
Permata yang berharga dalam hidupku 
Oh..... 

Segalanya datang dan pergi 
Kutahu sukar bagiku 
Menelan kenyataan 
Tapi telah tertulis untuk dirimu 
Oh.... 

Hari kian silih berganti 
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi 
Dalam kepekatan malamku 
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku
Pergi Selamanya - Kamikaze




Surat Cinta untuk Disana: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan-rakan saya di sini....Kalau ada terlanjur kata atau terlebih bahasa dalam karya saya sehingga menimbulkan rasa tidak senang di hati kawan-kawan semua...saya minta maaf untuk semua kesilapan itu...Yang buruk datang dari saya...yang baik hanya datang dari DIA....

80 ulasan:

  1. best2... menangis brapa kali pon xtau dah, hahahaha.. sedih

    BalasPadam
  2. Best l liked

    BalasPadam
  3. sob3..sedihnyer cite ni..good job writer..anda telah buat sy menangis.. :')

    selamat hari raya..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ...Selamat hari raya si yellow... :)

      Padam
  4. huwaaa... Sedihh sgt2... Mleleh2 airmata Baca.. Huhu... Xboleh byg klau in reality jadi mcm ni.. :'(

    #thumbs up... Keepidap writer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...Sy rasa inilah crita pling susuh sy nk buat....Mati hero/heroin boleh gnti yg baru...mati anak mn nak cekau...ye idok? huhu....Serik buat cerita macam ni... :)

      Padam
  5. MENANGIS SAYA ,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari Raya baby mio... smoga cria smasa lebaran nanti.. :)

      Padam
  6. bila bukak blog cik cempaka benda pertama yang aid buat adalah tarik nafas panjang sbab tahu cite ni akan main air mata....
    dan ternyata memang melunturkan air mata..hahah..selamat tak banjir....^_^
    best cik cempaka...sodah....macam2 perisa...hihhhih...
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN CIK CEMPAKA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya O-ReN ...Dah....jangan sedih2...nak raya kna happy2...haha

      Padam
  7. cedihhhhhhh......

    BalasPadam
  8. saya lebih suka cerita yang bergenre sedih sbb kena ngan jiwa.. kalau yang kelakar ni kureng la sebab xkena ngan jiwa la.. pepun citer ni memg best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pn sm.sk crita sedih wlaupun sy ni 'ting tong' sikit..kihkih..Cm tkut x brvariasi nanti...tepu pulak otak jdinya kalau sedih je..haha...

      Padam
  9. Best cerpen ni shayang.. Terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq...Sis..ckup risau kalau mood crita ni x smpai kpda pmbaca..bila baca semua komen..fuhhh...lega...haha.

      Padam
  10. bestnya kalau jadi novel, cerpen yang best asyik meleleh je air mata ni. Suka part penulis mendera perasaan si hero bila mana si heroin ignore dia.. congrats writer, best!!! :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ano... Ikut hati nak je ignre terus...hahaha

      Padam
  11. pergh..citer yg betul betul mengusik emosi akak..seorg suami mmg selalu leka dan terlupa akan kebaikan isteri dan kehadiran anak anak bila mereka jatuh cinta untuk kali kedua..dan bila isteri nya mengetahui dan ingin jalan keluar dari perkawenan mereka yg tidak bahagia itu ..mereka menjadi marah kerana ego. Sebuah citer yg mmg memberi kesan dan banyak pengajaran yg kita dapati dari cerita ini..Kalau lah ia berlaku kepada kita..kita mungkin tidak sekuat zahra..yg boleh menerima suamnya kembali kesisinya dan memulakan semula perhubungan mereka...dengan kenangan anak anak yg telah pergi buat selama lamanya..walaupun allah telah mengurniakan mereka dengan sepasang kembar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun rsanya x kan sekuat itu...Beruntunglah klau ada wanita d'luar sana yg sekuat Zara...:)

      Padam
  12. first time baca cerpen nangis. akak bestlah !!!

    BalasPadam
  13. Asyik meleleh jer airmata ni..entah berapa kali x tau. .huhuhuhu...dari hati seorang ibu

    BalasPadam
  14. Sgt sedey... Mngalir air mata bc citer ni. Mujurla hepi ending. Tkt gak td ending buat air mata keluar lg laju hihi.tahniah penulis, satu citer yg sgt mnarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut hati nk sj 'matikan' wtak Fayadh...tp ksihan dkat Zara...kihkih.. :)

      Padam
  15. intan abd wahab2 Ogos 2013 4:47 PTG

    Mula2 tu rasa kuat,xnk la nangis2..last2 kantoi jgk...sebak,hati dan perasaan seorang wanita bergelar isteri dan ibu...lelaki sering kali khilaf...

    BalasPadam
  16. sob..sob..kenapa sedih sangat? dah lama tak menangis camni..thanks writer sebab dah buat saya menangis..ekekek..mmg best (y)

    BalasPadam
  17. Sedih...lg2 plak mcm terbayang je tgh berlaku sbb tgh pose

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy sndiri bca sekali shj crpen ni sis...x nk dpngaruhi emosi...geram dgn wtak fayadh... haha :)

      Padam
  18. ni kalo tisu satu kotak pun belum tentu cukup ni.. T_T

    BalasPadam
  19. Noor abd samad2 Ogos 2013 7:10 PTG

    Tahniah kerana cerpen ni telah membuatkan mata sy jadi sembab...

    BalasPadam
  20. best sgt2.. control air mata sbb takut bdk2 tgk, malu...

    BalasPadam
  21. sedih sangat...penat sapu air mata..hadoyy.

    BalasPadam
  22. Thank you for writing such a sincere story. It's something that not many people are willing to write as the emotions are just too overwhelming for the mind to cope. Thank you and may there be many more great stories to come from you insyaAllah.

    BalasPadam
  23. thanks... cerita yg sgt2 best n menarik... :)

    BalasPadam
  24. Sy pun nangis baca.... Huhu.. Nasib baek happy ending.

    BalasPadam
  25. Sedih... Tp puas ati dgn cara zara kerjakan fayadh. N gembira dgn epi endingnya... Tq writer... U berjaya make me cry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun puas...lg puas klau wtak Fayadh dkuburkan... tp nanti crita jd kelain plak...haha :)

      Padam
  26. Sedey sangat benar2 mwngusik jiwa rasa tu mmg sampai ke hati sampai rasa mcm kejadian tu betul2 berlaku... gud job writer.

    BalasPadam
  27. 1st time baca cerpen awk ni dan sy sgt2 suka cara awak menulis...blog awak ni hanina abdullah share kt fb dia, sy agak mesti best sbb tu dia share...yg pasti mmg best...tersedu sedan sorg2 pagi2 buta ni...tq cempaka...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mst welcome ano...Thank to Sis Hanina coz sudi kongsi karya x sberapa saya... :)

      Padam
  28. cerita yg sangat menyentuh hati..sangat sedih...banyak part yg buat ai menangis..rasa tak puas hati dengan fayadh.sangat geram.first ingat nak zara buat dia menyesal teruk2 tp ye la..x sampai hai pulak bila dia dah berubah...pape pown cite nie memang besttttt...

    BalasPadam
  29. mula mula rasa nak ketuk aje suami zara tu dengan senduk. biar kiok terus. kasihan dgn zara ye cik writer. anyway best cerpen ni... selamat hari raya cempaka rembulan... and salam perkenalan....

    BalasPadam
  30. Walau beberapa kali membacanya air mata tetap berjuraian.seringkali ku ulang membaca cerita ini.memang best sangat.hati zara sungguh tabah.sanggup menerima suaminya kembali.inilah fitrah seorang wanita yg terlalu lembut dan sentiasa mengharap keredaan ALLAH walaupun diuji sebegini hebat tetap berpaksi pd ajaran dan panduannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ano sudi ulang mmbaca crita sy...sgt trharu... :)

      Padam
  31. sedihhhhhhhhhhh..
    tapi rahmat Allah mane kite nak tahukan..
    di tarik yang ini diberi yang lebih baik..
    suami yg still xblh lupekan kisah silam dan telah dikuasai oleh syaitan yg menyebabkan beliau sering marah2..
    xsangka berakhir dengan happy ending..good job dear..
    Selamat Hari Raya..^_^

    BalasPadam
  32. sedih nyerr... rasa mcm nak meraung baca cerpen ni... dh lima kali saya baca tapi still nak nangis jugak... and tahniah sbp dah berjaya buat org yg hati batu mcm saya ni menangis...apa-apa pon cerpen ni tetap best!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank Nina Shukri...Trharu awak sudi ulang baca crpen x sberapa sy.... :)

      Padam
  33. Terus terang, saya suka dengan semua karya Cempaka. Sedih, romantik dan lawak. Mula-mula, saya menjengah blog ini. Cerpen yang menambat hati saya ialah kuberi cinta kuserah kasih dan sekarang karya ini. Betul2 best. Kalau buat novel rasa2 boleh bersaing dengan sury ryana. kot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank ZJ sudi mnyukai krya sy...sgt2 terharu..Aminnnn...moga2 sy mampu brada pada tahap itu....Haha...

      Padam
  34. Superb dear! Sgt menyentuh hati. Huwaa...

    BalasPadam
  35. Adeh.... cerita sedih...menangis tersedu sedu, boleh jadi gila hilang anak cuma kekuatan mental, ketahanan rohani dan berfikiran positive yg mampu atasi kesedihan ini.... tahniah cik penulis...

    suami memang tak boleh hidup kalau tak ada masaalah, sebab tu dia org suka cari masaalah walau pun hidup dah bahagia

    BalasPadam
  36. cerpen yang terlalu sedih bagi saya, tentang kematian anak, kecurangan suami buat saya sedih. walau bagaimanapun banyak ikhtibar dari cerita ini. keep it up !!!!

    BalasPadam
  37. Dah lama tak menangis macam ni.....sedihnya..kesian zara..BTW keep it up the good work..peace

    BalasPadam
  38. sedih sngt..... boleh rse apew yg zara rse...

    BalasPadam
  39. Menangis sungh2 ni..memang terbaiklh...

    BalasPadam
  40. Sedihhnyaaa.... mmg mengalir air mata tgk penderitaan zara..

    BalasPadam
  41. Good job sis dgn karya ni.sedihhhhhh sngt walaupun saya belum kahwin tapi karya ni mmbuatkan saya menanhis memikirkan kesensaraan insan bergelar isteri bila kasih suami bertukar arah.hahaha

    BalasPadam
  42. Antara cerpen yg terbaik prnh saya bce..walaupn dh bce byk kali masih membuatkn saya mengalirkn air mata..terbaik..good job to writer..

    BalasPadam
  43. Cerita yang best mengalir je air mata baca cerita

    BalasPadam
  44. Cerita yang best mengalir je air mata baca cerita

    BalasPadam
  45. huhu sedih cerita ni.. dhi dh bce 4kali dh.. menanges xberhenti-henti.. ape2 pon dhi nk ckp cerita ni sgt best.. hope akk bleh buat cerpen yg cmni lgi.. yg mengusik emosi.. :) :) :)

    BalasPadam
  46. Cerpen yg menarik Dan berbeza...5 bintang..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)