Hel!O mY DarLing!

Khamis, 25 Julai 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 6



            Zafry rimas. Pakaian yang membaluti tubuh umpama diselaputi pepijat. Matanya meliar memandang sekeliling. Setelah diyakini tiada orang yang akan menyedari tindakannya, dengan  perlahan-lahan dia mengatur langkah menaiki anak tangga satu persatu.

            “Abang.”

            Terus terhenti langkahnya. Zafry ketap bibir sebelum dia memusingkan sedikit tubuh ke belakang. Menyilau matanya memandang ke arah Adra yang entah bila mengikut langkahnya. Tangannya yang sedang dipegang erat oleh Adra direntap kasar. Malangnya, pautan itu semakin kuat, melekat.

            “Kau ni kenapa? Dah tak ada kerja sangat dah?” Panas hati dia bertanya. Wajah gadis yang sudah bergelar isterinya dipandang sekali imbas. Cantik. Malangnya tidak cukup sempurna untuk bergandingan dengannya.

            “Saja. Abang nak masuk bilik ke?” Adra tersenyum. Keningnya terangkat-angkat. Seronok rasanya dapat mempermainkan Zafry.

            “Aku nak masuk neraka? Kenapa? Kau nak ikut ke?” Sinis dia berkata sebelum kembali meneruskan langkah.

            “Tak apa. Abang masuklah sorang-sorang. Adra hari-hari berdoa pada Allah minta ditempatkan di syurga. Kena buat pahala banyak-banyak. Abang lainlah. Memang suka tempat panas. Adra kena matahari sikit pun dah tak tahan. Huih…Panas api neraka macam mana ye rasanya? Abang mampu tahan ke?” Hailah encik suami. Cakap main lepas sahaja. Kalau Allah humban sunguh diri tu dalam neraka, barulah tahu azabnya.

            “Kau kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah kan?” Panas pula hatinya mendengar kata-kata Adra. Tapi tak apa. Sekejap lagi tahulah dia bagaimana mahu mengajar bibir itu erti berbudi bahasa.

            Bagi memuaskan rasa sakit di hati, dia dengan sengaja membuka langkah besar. Dua anak tangga sekali harung. Dengan kain ketat seperti itu, mustahil Adra dapat mengikut rentaknya.
           
“Perlahanlah sedikit. Karang jatuh kita macam mana? Cedera nanti tak ke susah.” Adra menegur tidak berpuas hati. Sengajalah tu.

            “Biar kau jatuh. Mati terus lagi bagus.”

            “Hai, baru dua jam kahwin dah nak sandang title duda ke?” Mahu tidak mahu Adra terpaksa melepaskan pautannya pada tangan Zafry. Boleh tergolek rasanya dia dengan kain meleret serata alam seperti itu. Sudahlah sedikit ketat dirasakan.

            Geram dia dengan pereka upahan Zafry. Lain diukur lain dibuatnya. Kalau tidak terdesak tak adanya dia nak pakai benda berambu-ramba seperti itu. Dirasakan dirinya tak ubah seperti rumpai laut.

            Adra mengelengkan kepala bila Zafry pantas berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat. Macamlah dia ada virus merbahaya.

            Dari atas tangga dia memandang ke bawah. Tetamu sudah beransur pulang. Tadi selepas selesai majlis akad nikah yang diadakan di masjid, terus mereka pulang ke rumah bapa mertuanya kerana diadakan sedikit majlis doa selamat. Minggu hadapan barulah majlis perkahwinan mereka diadakan.


            Zafry bengang. Butang baju melayu yang kuat menjerut lehernya ditarik rakus. malangnya langsung tiada tanda akan tertanggal. Segala sumpah seranah sudah bermain dibibirnya. Pintu bilik yang secara tiba-tiba terkuak tidak dipedulikan. Tidak perlu melihat kerana dia sudah tahu siapakah gerangannya.
           
            “Hai, tak cukup orang, baju pun nak disumpah sama?” Adra menegur. Malangnya tiada reaksi dari pihak lelaki itu.

            Seperti Zafry dia juga sudah rimas. Terus dia menghala ke cermin. Segala benda alah yang melekat dikepalanya ditanggalkan. Mujurlah tidak sesukar mana. Kalau tidak jenuh dia mahu mencari pembantu. Nak harapkan Zafry, berjangut pun belum tentu lelaki itu mahu menolong.

            Rambutnya yang disangul dibiarkan. Selepas itu dia mengatur langkah ke arah suaminya yang masih terkial-kial cuba membuka butang baju.

            “Nak Adra tolong?” Adra berdiri di hadapan Zafry. Tangan dihulurkan untuk membantu. Malangnya yang diperolehi hanyalah tepisan kasar dari lelaki itu.

            “Please....” Wajahnya berkerut. Tangan menunjukkan isyarat berhenti. Tidak suka Adra mendekatinya.

            “Okey. Jual mahal. Mati tercekik jangan nak salahkan orang.” Adra terus melabuhkan tubuhnya disisi katil. Masih asyik melihat gelagat Zafry. Huh..Dasar mamat celup! Benda senang macam itu pun tak tahu nak tanggal.

            “Diam boleh tak?” Entah bagaimanalah nanti dia akan menghabiskan masanya bersama gadis itu. Baru dua jam bernikah rasanya sudah seperti berpuluh tahun. Mulut itu asyik berkicau dari tadi.

            “Okey.” Isyarat zip mulu dibuat. Dia mahu lihat selama mana lelaki itu dapat bertahan. Sombongnya tak boleh diajar. Adra hampir ketawa bila Zafry merentap-rentap baju melayu yang melekat ditubuhnya. Tak tahu nak tanggal tapi masih mahu berlagak.

            “Nak Adra tolong tak?” Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama.

            Zafry menjatuhkan kedua-dua tangannya. Kali ini dia sendiri bergerak mendapatkan Adra. Surrender… Entah apa jenis pakaianlah. Benar-benar menyusahkan.

            Dengan tangan sedikit bergetar Adra mula menyentuh butang baju melayu yang melekat kemas pada tubuh sasa Zafry. Sedikit berjingkit dia bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Malang kalau dapat suami yang terlebih gen kepanjangan. Pasti dia akan sakit leher kalau selalu macam ini.  

            Adra mengeluh lega bila Zafry merendahkan sedikit tubuh. Mungkin memahami kesukarannya. Butang yang ada ditarik satu persatu. Semput dirasakan bila nafas Zafry hangat menampar wajahnya.

            “You know what…”Zafry cuba menarik getah yang mengikat rambut Adra.

            “What?”

            “You look so yummy…”

             “Huh?” Melolot jatuh tangan Adra mendengar kata-kata lelaki itu. Dia salah dengar ke apa? Liur ditelan. Mahu marah, lelaki itu sudah begelar suami. Nanti dikatakan dia biadap pula.

            “Nothing.” Zafry sengih nakal. Malam ini tahulah nasib Adra. Dia bukannya kucing yang akan melepaskan ikan dengan mudah. Bodohlah dia kalau hanya memandang tanpa menyentuh. Hanya lelaki dayus sahaja akan membiarkan hidangan terhidang dibiarkan basi. Apatah lagi hidangan yang ada dibeli secara halal.

            Adra telan liur bila Zafry selamba menanggalkan baju di hadapannya. Jelas otot berketul timbul pada tubuh itu. Langsung tiada riak segan yang tergambar pada wajah lelaki itu bagaikan tiada apa-apa yang harus dimalukan. Sedangkan dia sendiri sudah rasa mahu menanggalkan kepala dari tubuh dan disembunyikan pada tempat yang tidak dapat dikesan. Malunya sudah tidak tergambar.

            Lutut Adra terasa begetar. Tubuhnya terasa lemah dan bila-bila masa sahaja dia akan tumbang. Takut melihat riaksi Zafry. Tubuh lelaki itu yang mendekat cuba dielak. Terundur dia kebelakang.

            Zafry ketawa kecil. Jelas riak ketakutan pada wajah isterinya. Dulu bukan main berapi. Sekarang? Kena main sikit pun dah pucat lesi wajah. Kedua tangannya dibawa melilit kedua pingang Adra. Kecil sahaja ukuran pinggang itu.

            “Ab…abb..ang…nak buat apa ni?” Adra tergagap.

            “Nak join?” Tuala yang tergantung pada bidai dibelakang Adra disambar. Dilepaskan tubuh genit itu. Mata dikenyit nakal. Orang nak ambil tuala sajalah. Itupun dah cuak!

            Adra memandang susuk tubuh Zafry yang berlalu masuk ke dalam bilik air. Hilang sahaja lelaki itu dari pandangan, pantas diketuk kepala sendiri sekuat hati. Apa yang kau fikir Adra? Lepas ini dia kena cuci otak dengan Clorox. Otaknya yang suci lagi murni selama ini sudah tercemar. Arghhh…Ini semua si Umar Zafry punya pasal.


Surat Cinta Untuk Disana : Aloha darling…antara part yg sy x  suka. Takut terbabas sehingga diangap dot...dot..kot ada yg korang x berkenan or sy terlepas pandang…sperti biasa jgn malu jgn segan…komenlah semahu hati nun di bawah sana… 

Ahad, 14 Julai 2013

Jajan's Cerpen : Suami Untuk Aku



            “Kemaafan?”  Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata itu. Selagi kesakitan itu masih terasa tak akan ada sebuah kemaafan akan terluah dari bibirnya.

            “Dah setahun lebih Zara. Sampai bila nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.

            “Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa kesingki. Seleranya yang memang tidak pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.
           
            “Boleh tak Zara jangan layan abang macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat dilakukan.
           
            “Ini sikit sangat banding apa yang abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu membuatkan lukanya berdarah kembali.

            “Abang tahu. Tapi tolonglah Zara. Kita kena berbincang.”

            “Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Bertahun dia menahan rasa. Cuba memujuk hati bila kasih sayang suami yang amat disayanginya mula beralih arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia akan lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.

            “Abang tahu semua salah abang. tapi kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri kesayangannya cuba disapu. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar wanita itu.

            “Memang semua salah abang.” Zara puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh. Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui.

            “Abang tahu. Tapi sampai bila kita nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.

            “Sampai abang ceraikan Zara.” Tak tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air mata. Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat membenci suami sendiri.

            “Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’ Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
            “Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba sedaya..................”

            Kata-kata seterusnya dari doktor langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia terpaksa melaluinya.

            “Kenapa abang tak mati? Kenapa anak Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.

            “Zara,,,Zara dengar cakap abang sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.

            “Zara tak nak dengar. Semua ni salah abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.

            “Abang...adik..!” Zara menempik kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi penghuni katil yang besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.

            “Zara.”

            Zara angkat wajah. Tetapi hanya untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang sedang menapak masuk kedalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang menjengah.

            “Zara nak tidur. Tolong keluar.” Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.

            Fayadh tidak mempedulikan amaran Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja solek yang cerah terpasang, dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara tergangu dek kerana cahaya yang terlalu terang.
           
            Wajah isterinya ditatap. Dia tahu Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.

            Dan setiap kali dia terpaksa mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan khilaf yang dilakukan sendiri.

            Setiap malam selepas mendengar jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra bagaikan sukar dilentur.

            Fayadh duduk menyandar. Gambar yang berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada anak-anak yang comel, juga ada Zara. Tidak lama senyuman itu dapat bertahan. Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit hati bila dia terpaksa menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan keluarga sendiri!

Surat Cinta Untuk Disana : Aloha sayang2....Ini cerpen untuk bulan ini. Ada banyak lagi yang perlu dikarang sebelum menemui titik penamat. Hope korang n’joilah. (erkkk boleh ke?) haha. Penamat yang bagaimana akan dibuat? Saya x pasti lagi. Mungkin sedih mungkin jugak gembira. Atau mungkin juga tiada penamat..Upss! So...Apa kata korang? Minta maaf kalau ada kekurangan di dalam penceritaan saya...Oh,,,x sempat lagi nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua...Smoga Ramadhan kali ini memberi lebih erti kepada kita... :)
           

Ahad, 7 Julai 2013

Yuyu, Hasif & Mengarut Bersamaku





            Saja jari-jemariku yang montok's dan tembam iteww mengediks mahu menaip... Cuma nak bagitahu yang cerpen Katakan Bila kau Cinta (KBKC) akan terlampat di letakkan dlm blog.

            Puncanya, sekarang saya sedang dalam mood sedih akibat terlalu 'gelojoh' tak menahan, menonton dengan jayanya drama-drama korea yang spesis berderai-derai air mata. (dan mataku juga sudah seperti mata panda yang sangat ‘Cumel’...Abaikan..Tiada niat utk memuji diri sndiri)

            Dan....yang tak boleh diterima akal fikiran, aii bagaikan disampuk roh kesedihan.. Tangan ini dengan rakusnya menaip KBKC menjadi sebuah cerpen yang terober sedih.. Padahal cerita ni agak santai dan romantic..(Cuma awal sahaja sedih)…so…bg menatrulkan kembali perasaan yg diawang-awangan dua hari dah terstop mengerjakan keybrd.

            Lebih malang MPWUMM? Turut terkena tempiasnya..Cerita kelakar tetiba jadi cerita sedih....Apakah? Haha… Mybe sy terpaksa dahulukan cerpen lain untuk mengelakkan KBKC menjadi sebuah cerpen yang sangat ‘Malang.’ Dlm fikiran hanya nak matikan watak si Razif Mikhail…Oh tidak! Phew..


            Korang nak baca tak part dalam MPWUMM? Yang paling saya suka? Ini satu-satunya part yang aiii tersenyum sendiri...padahal x lah lucu pun...sj nak kasi ‘panas’ sikit... meh kita layan sedutan....  




            “Pak dady mak mummy.” Yuyu kesat peluh didahi. Hailah..Encik suami. Banyak benar karenahnya.

            “Itu April dah guna. Tak nak...! sama dengan kucing.” Hasif peluk tubuh. Tak puas hati mendengar kata-kata Yuyu.

            “Mickey, minnie?” Erk...boleh ke? Yuyu garu kepala yang tidak gatal. Matanya naik ke atas..berfikir.

            “Ingat tikus ke apa?”

            “Ayah, ibu?” Kali ini Hasif pula memberi buah fikiran.

            “Lapuk dahlah.” Yuyu tersengih. Biar dia pula jadi pembangkang.

            “Ayah mak?” Kening hasif terangkat menanti persetujuan dari bibir Yuyu.

            “Klasik sangatlah. Tukar lain.” Terasa mengah kerana terlalu lama berdiri, Yuyu bergerak menghampiri suaminya. Dihimpit tubuh lelaki itu. Tersenyum senang bila tangan Hasif memeluk bahunya erat.

            “Mom, dad?” Wahh...sedap juga bunyinya tu. Yuyu sudah mula berangan.

            “Sedar tak kita ni mata warna apa? Ingat kita mat saleh ke?”

            Mendengar kata-kata suaminya, mati terus senyuman Yuyu. Itu tak boleh, ini tak kena, habis itu nak guna panggilan apa?

            “Semua tak boleh. Dah tu?” Tak puas hati dia bertanya. Terus dia merengangkan tubuh. Malangnya semakin kuat pula pelukkan tangan itu pada bahunya.

            Hasif mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu pangilan apa yang dia mahu guna. Cuma dia mahukan sesuatu yang lembut apabila disebut.

            “Yuyu, Hasif?” Geram Yuyu berkata. Rajin menolak cadangannya, tapi tak nak keluarkan idea sendiri. Dia nak tengok, ‘secangih’ mana panggilan yang lelaki itu ingin gunakan.

            “Nak ajar anak jadi biadap ke?” Terjegil matanya merenung Yuyu. Ada ke patut. Isyhh...

Ok...cut...itu sahaja untuk anda...Kahkah...(gelak jahat dengan penuh perasaan) bubye...muahhhh