Hel!O mY DarLing!

Selasa, 2 Julai 2013

Jajan's Bab 6 Kalau Sudah Berkenan




       
     Zafry rimas. Pakaian yang membaluti tubuhnya umpama diselaputi pepijat. Matanya meliar memandang sekeliling. Setelah diyakini tiada orang menyedari tindakannya perlahan-lahan dia mengatur langkah menaiki anak tangga satu persatu.

            “Abang.” Terus terhenti langkahnya. Tajam merenung Adra yang entah bila mengikutnya. Tangannya yang sedang dipegang erat oleh Adra direntap kasar. Malangnya, pautan itu semakin kuat, melekat.

            “Kau ni kenapa? Dah tak ada kerja sangat dah?” Panas hati dia bertannya. Wajah gadis yang sudah bergelar isterinya dipandang sekali imbas. Cantik. Malangnya tidak cukup sempurna untuk bergandingan dengannya.

            “Saja. Abang nak masuk bilik ke?” Adra tersenyum. Keningnya terangkat-angkat. Seronok rasanya dapat mempermainkan Zafry.

            “Aku nak masuk neraka? Kenapa? Kau nak ikut ke?” Sinis dia berkata sebelum dia kembali meneruskan langkah.

            “Tak apa. Abang masuklah sorang-sorang. Adra harap nak masuk syurga. Kena buat pahala banyak-banyak. Abang lainlah. Memang suka tempat panas. Adra kena matahari pun dah tak tahan. Huih…Panas api neraka macam mana ye rasanya? Abang mampu tahan ke?” Hailah encik suami. Cakap main lepas sahaja. Kalau Allah humban sungguh diri tu dalam neraka, barulah tahu azabnya.

            “Kau kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah kan?” Panas pula hatinya mendengar kata-kata Adra. Menyakitkan hati. Bagi mengajar Adra dia dengan sengaja membuka langkah besar. Dua anak tangga sekali harung. Dengan kain ketat itu mustahil Adra dapat mengikut rentaknya.

            “Perlahanlah sedikit. Karang jatuh kita macam mana? Cedera nanti tak ke susah.” Adra menegur tidak berpuas hati.

            “Biar kau jatuh. Mati terus lagi bagus.”

            “Hai, baru dua jam kahwin dah nak sandang title duda ke?” Mahu tidak mahu Adra terpaksa melepaskan pautan tangan Zafry. Boleh tergolek rasanya dia dengan kain meleret serata alam seperti itu. Sudahlah sedikit ketat dirasakan. Geram pula dia dengan pereka upahan Zafry. Lain diukur lain dibuatnya. Kalau tidak terdesak tak adanya dia nak pakai benda berambu-ramba seperti itu. Dirasakan dirinya tak ubah seperti rumpai laut.

            Adra mengelengkan kepala bila Zafry pantas berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat. Dari atas tangga dia memandang kebawah. Tetamu sudah beransur pulang. Tadi selepas akad nikah dimasjid terus mereka pulang kerumah bapa mertuannya kerana diadakan sedikit majlis doa selamat. Minggu hadapan barulah majlis perkahwinan mereka diadakan. 

Surat Cinta untuk disana : alooo... :)

3 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)