Hel!O mY DarLing!

Selasa, 29 Oktober 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 16



Peluh yang merinik di dahi dikesat dengan tisu. Sungguh hatinya gementar. Matilah dia kalau barang yang dicari masih tidak ditemui.

“Kau buat apa tu?”

Mendengar pertanyaan suaminya membuatkan Adra bertambah gelabah. Tangan kanan pantas disembunyikan dibelakang tubuh. Langsung dia tidak menyedari bila masa lelaki itu membuka pintu bilik.

“Satu…Dua…” Badan dicondongkan. Berpura-pura sedang melakukan senaman.

“Kau sakit ke?” Berkerut dahi Zafry memandang ke arah isterinnya. Gila ke apa bersenam pakai baju kurung?

“Huh? Eh.. tak lah.” Cepat dia menafikan.

“Apasal semacam saja aku tengok kau ni? Kau ada buat salah ke?” Zafry pandang curiga. Pelik melihat tingkah Adra yang gelabah tidak menentu.  

“Mana ada.” Sambil itu matanya cekap menjelajah sekeliling. Entah dimana dia tanggalkan cincin perkahwinan mereka. Baru sebentar tadi dia perasan yang cincin selama ini tersarung di jari sudah tiada.

“Aku nak keluar sekejap.” Jam yang tersarung kemas dipegelangan tangan kirinya dipandang sekilas. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Lagi setengah jam majlis sambutan hari jadi Nafiz akan bermula. Kalau boleh dia tidak mahu terlewat.

“Keluar? Ha pergilah.”

“Kau jangan nak merayap pulak.” Zafry semakin pelik. Selalunya ada sahaja aksi gedik isterinya bagi menghalang dia keluar. Hari ini bukan sahaja tiada halangan, malah Adra langsung tidak bertanya ke mana hala tujunya.

“Okey.” Adra tayang sengih lebar yang sengaja dibuat-buat. Pergilah abang. Lagi cepat lagi bagus. Hatinya kalut menghalau. Kalau tidak disebabkan cincin berlian itu, tak adanya di mahu lepaskan lelaki itu keluar.

“Aku pergi dulu.” Dia yakin Adra ada sembunyikan sesuatu. Entah apa lagi lah rancangan yang isterinya aturkan. Tak kan nak buat lagi aksi lepas laku seperti beberapa hari sudah? Membayangkan gelagat Adra semasa berlari di atas treadmill sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia rasa mahu ketawa.

            “Bye…Bye…” Salah kena tangan dilambai. Fuhh! dapatlah dia mencari dengan senang hati. Kalau cincin biasa dia tidak akan sebegitu kalut. Tetapi cincin perkahwinan mereka merupakan cincin milik arwah ibu mertuanya. Berkali-kali suaminya mengingatkan dia supaya menjaga cincin itu dengan baik.

 Kalau tidak disebabkan bapa mertuanya, tak adanya dia dapat menyarungkan cincin itu di jari. Dan sekarang, dia betul-betul dalam masalah besar. Sudah puas dia cuba mengingati di mana dia tanggalkan cincin itu, malangnya satu kenangan pun tidak menjengah ingatan.

“Mana kau cincin oii.” Massage jump rope ditarik. Hatinya kecewa lagi bila apa yang dicari tidak ditemui.
…………………..
“Tak jadi?” Melengking suaranya. Bengang setelah mendengar kata-kata Nafiz.

“Okey lah kalau macam tu. Ini kau nak aku pergi hospital tak?” Kendur sedikit nada suaranya setelah mendengar penjelasan sahabatnya itu.

 “Apa-apa nanti aku rojer kau.” Handset digengam erat. Mujurlah dia masih belum keluar dari rumah. Yang papa  si Nafiz tu pun satu. Dah tua buatlah macam tua. Ini belasah minum lebih pada orang muda. Tak fasal-fasal jatuh tangga. Bodoh! Hatinya mengomel geram. Meluat mendengar kata-kata Nafiz tadi mengenai kecelakaan yang menimpa lelaki itu.  

Pintu yang terbuka kembali ditutup. Kasut ditanggalkan. Setelah itu dia menapak ke arah Sofa dihadapan tv. Sebuah majalah sukan dicapai. Diselak kasar sebelum dia membaling ke atas lantai bila tidak berjumpa cerita menarik untuk dibaca.

“Mana kau wahai cincin sakti…”

Wajah ditoleh kesisi. Mencari dimana datangnya suara. Berkerut dahinya setelah melihat satu pemandangan yang tidak dijangka. Apa yang Adra nak buat sebenarnya? Tadi bersenam. Sekarang merangkak pula atas lantai. Semacam pula dia dengan sikap isterinya. Tak kan lah ayahnya nikahkan dia dengan gadis ‘senteng’ otak? Oh mai!

“Kau buat apa tu?”

“Arghhh.”

“Hoii!” Dia ketawa kecil melihat tingkah Adra yang terperanjat apabila ditegur secara tiba-tiba. Jelas riak ketakutan terpeta pada wajah itu.

“Ab..Abang..Kata nak keluar.”

“Tak jadi.” Dia menjawab malas.

“Lah kenapa?” Adra bertanya sedikit kecewa.

“Kau nak aku keluar sangat ni apasal?

“Eh, mana ada.” Cepat Adra menafikan. Matilah dia kalau lelaki itu sedar apa yang sedang berlaku.

“Yang kau merangkak tu kenapa?”

“Oh..Ini..erkk…Ha…Adra tengah kuatkan lutut.” Mati…Mati…Mati… Perkataan itu berulang kali bermain difikiran.

“Ho keng ah!” Kepala digeleng perlahan. Kagum dengan ‘kepandaian’ melampau isterinya.

“Abang boleh tak kalau nak cakap tu guna bahasa yang Adra faham?” Itu yang dia tak suka tentang suaminya. Suka sangat cakap bahasa yang dia tidak faham.

“Bu.. ke.. yi!” Dia tergelak kecil. Seronok dapat mempermainkan Adra.

“Ha itu Adra faham. Tak boleh kan?” Huh! Menyampah betul.

“Kau tak nak bangun lagi ke?” Dia menegur bila Adra masih tiada tanda mahu bangun dari melakukan ‘senaman lutut.’ Pelik betul lah perempuan seorang ni.

“Nak la.” Lambat-lambat dia bangun. Tangan diletakkan dibelakang badan.

“Adra, Tangan kau apasal?”

“Tangan?” Alamak matilah!

Kening diangkat. Dari pagi tadi lagi dia pelik melihat sikap Adra. Tangan asyik di sembunyikan di belakang badan.

“Jari kau hilang satu ke?”

“Mana ada.” Terus tangan ditayang dihadapan suaminya. Bukti harus ditunjukkan bagi meyakinkan lelaki itu yang dia masih dalam kategori normal. Seketika dia terlupa dengan apa yang terjadi.  

Zafry bangun. Tangan Adra ditangkap. Pelik dia memandang. Entah mengapa dia dapat rasakan sesuatu yang berkurangan pada jemari itu. Semakin kuat tangan itu dipaut bila Adra bagaikan mahu melepaskan tangan dari pegangannya.

“Cincin kau mana?” Tajam dia memandang wajah itu.

“Argh..” Kepala dipegang perlahan. Adra minta maaf abang…

“Adra…Kau apasal.” Membulat matanya bila Adra tiba-tiba melurut jatuh.  

“Eh..Adra…Adra…” Pipi isterinya ditepuk perlahan. Risau menjengah bila langsung tiada reaksi daripada wanita itu. Terus tubuh itu diangkat menuju ke bilik. Setelah membaringkan Adra di atas katil, handset dikeluarkan dari poket seluar. Kalut dia menekan beberapa nombor.

Mata dibuka perlahan-lahan. Mahu mengintai reaksi suaminya. Melihat wajah gelisah lelaki itu membuatkan rasa bersalah menghantui diri. Sumpah, kalau tidak kerana takut akan amarah lelaki itu, tak adanya dia nak berlakon seperti sekarang.

“Ah Lin…ni kuai kuai lai!..”

Adra gelabah. Entah siapa yang suaminya hubungi. Semuanya dituturkan dalam bahasa cina. Apa yang pasti, dia yakin suaminya sedang meminta bantuan. Belum sempat dia mahu berlakon sedar dari pitam, lelaki itu sudah berdesup pergi. Keluhan resah terhembus.  

“Adra..” Kain tuala yang sudah dibasahkan diusap pada wajah isterinya. Berulang kali dia lakukan perkara yang sama. Sebelah lagi tangan masih mengengam erat handset.

“Ah Lin..Please come...” Bila masih tiada reaksi daripada Adra, terus dia mengesa sepupunya yang juga merupakan doctor peribadi keluarga mereka supaya segera datang. Adra tidak boleh jatuh sakit. Segalanya akan musnah kalau sesuatu menimpa wanita itu. Dia yakin, ayahnya pasti tidak akan menunaikan janji yang telah dibuat antara mereka berdua jika Adra ditimpa musibah.
…………………
Adra gelisah. Senyuman kelat dihadiahkan buat wanita yang memperkenalkan diri sebagai Sherlene. Dia benar-benar risau jika tertangkap sedang berbohong. Pasti segalanya akan jadi kucar kacir. Yakin yang suaminya tidak akan melepaskan dia sebegitu mudah jika pembohongannya terdedah.

“Nii kuai cuo.” Zafry mula mengesa bila dilihat Sherlene hanya tersenyum memandang Adra. Dia mahu sepupunya itu lakukan apa sahaja asalkan Adra tidak jatuh sakit.

“Wo chi tao.” Kepala digeleng perlahan melihat tingkah sepupunya. Entah apa yang lelaki itu kalutkan sangat.

“You ada sakit dekat mana-mana tak? pening ke?” Sherlene mula menyoal. Wajah Adra dipandang. Entah mengapa dia sedikit tidak selesa. Tidak pasti sama ada disebabkan oleh ikatan kekeluargaan yang baru terbina antaranya dengan Adra ataupun disebabkan gerak-gerinya diawasi oleh mata liar sepupunya. Sedaya upaya rasa itu cuba dibuang.  Bp set dikeluarkan.

“Dia sihat…” Zafry mati kata bila Sherlene menjegilkan mata ke arahnya. Selagi dia tidak tahu keadaan Adra selagi itulah dia tidak akan berpuas hati.   

Adra serba salah. Dipandang wajah suaminya. Betullah kata orang. Satu penipuan akan menyebabkan kila perlu menipu berkali-kali bagi melengkapkan penipuan pertama. Mata dipejam. Nanti kalau semua sudah selesai dia pasti akan meminta maaf kepada suaminya. Janjinya mahu merubah sikap lelaki itu bagaikan memakan diri. Dia rasakan dia pula yang semakin berkelakuan buruk.  

    “Tak ada. Cuma, rasa tak selesa dekat perut.” Adra tunduk memandang jarinya. Rasanya itu sahaja yang dia tidak menipu. Memang kadang-kala dia sedikit tidak selesa pada perut. Bahkan sesekali dia rasa perutnya sedikit mengejang.

“Ada muntah-muntah tak?” Sherlene mula tersenyum. Setelah melakukan pemeriksaan, terus dia menyimpan kembali barang-barangnya ke dalam beg.

“Nope..”

“Zafry boleh you tinggalkan I dengan Adra tak?” Okey dia surrender. Tidak tahan dengan sikap lelaki itu. Macamlah dia pulak yang sakit. Orang lain yang disoal, orang lain pula yang menjawab.

Adra tahan tawa dari terhembur. Hilang sedikit rasa bersalahnya bila melihat wajah lelaki itu yang mencuka.

“Macam mana you boleh tahan dengan dia?” Sherlene ketawa kecil. Ingatkan bila berkahwin sikap mendesak lelaki itu akan menghilang. Rupanya masih sama.

“Jawapan I sama dengan jawapan you.” Adra berkata nakal.  

“Sayang huh?”
           
“Kenapa? You tak sayangkan dia ke?” Semakin galak Adra menyoal.
           
“Mestilah sayang.” Zafry sudah diangap seperti adiknya sendiri. Bahkan mereka membesar bersama-sama. Mustahil dia tidak sayangkan lelaki itu.
           
“Ha sama lah jawapan kita tu.”
           
“Patutlah dia nak berkahwin dengan you Adra.” Dua bulan dahulu dia langsung tidak percaya bila Zafry memberitahunya, dia akan berkahwin. Dan sekarang dia sudah tahu sebab apa lelaki itu mahu memperisterikan Adra sehingga sangup melupakan gelaran playboy yang disandang.

 Gadis itu nampak lucu dan kelihatan naïf. Cuma yang dia pelik, Adra bukanlah jenis wanita yang dia tahu akan menjadi pilihan sepupunya. Taste lelaki itu begitu tinggi. Ahh..tapi apa nak dihairankan. Hati manusia sentiasa berubah.  
           
Adra tersenyum kelat. Pasti wanita itu tidak tahu yang perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Tetapi biarlah. Kalau orang tidak tahu, itu lebih baik.
           
“Lebih baik you ajak Zafry datang klinik I Adra. Kita boleh buat pemeriksaan lengkap.”
           
“Why?” Adra terpingga-pingga. Suaminya yang sedang menapak masuk dipandang sekilas.
           
“I rasa you pregnant.”
           
Adra telan liur. Dia mati kata.
           
“What?” Melengking suara Zafry. Terus terhenti langkahnya. Jantungnya terasa berdegup kencang. Membuatkan Adra mengandung langsung tidak termasuk dalam perancangannya. Kenapa dia begitu cuai?
           
“Well…Congratulation.”
             ………………….
            “Abang..” Adra memanggil suaminya perlahan. Dia yakin lelaki itu masih belum tidur. Sejak dari tadi entah sudah berapa puluh kali lelaki itu merubah kedudukan tubuh. Sekejap mengiring ke arahnya, sekejap lagi pula membelakanginya.
           
Zafry mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana harus beriaksi. Apa yang pasti dia benar-benar kusut. Semuanya sudah tidak terkawal. Rancangan yang dia atur nampaknya sudah memakan diri.
           
“Abang marahkan Adra ke?” Tubuh dibawa menghimpit suaminya. Selagi belum mendapat jawapan, selagi itulah dia tidak akan berpuas hati.
           
“Tidurlah..” Dia benar-benar tiada hati mahu melayan sebarang pertanyaan. Risau jika dia hilang kesabaran.

            Adra kembali mendiamkan diri. Dia cuba meyakinkan diri yang lelaki itu masih terperanjat dengan berita yang disampaikan. Apatah lagi usia perkahwinan mereka masih terlalu baru. Inai dijarinya juga masih belum hilang sepenuhnya.

            Tangan dibawa menyentuh perut. Tanpa diundang senyuman menguntum dibibir. Langsung dia tidak menyangka pembohongannya membuatkan dia mendapat berita itu. Dia gembira. Sangat gembira. Mana-mana wanita yang berkahwin pasti merasakan perasaan yang sama sepertinya bila dikhabarkan ada nyawa lain yang sedang membesar di dalam rahim.

            Seketika dia teringatkan sesuatu. Lampu meja dibuka. Terus dia bangun dari katil dan menuju ke almari. Setelah bertemu dengan apa yang dicari, dia pantas bergerak masuk ke dalam bilik air.

            Arahan yang tertera pada kotak dibaca satu persatu. Dia tidak menyangka, pregnancy kit yang dibeli dengan niat mahu menyakitkan hati bekas-bekas kekasih suaminya berguna juga akhirnya. Walaupun status kandungannya sudah disahkan oleh Sherlene, tetapi dia masih mahu mendapatkan lebih kepastian bagi memuaskan hati sendiri.

            Senyuman menguntum dibibir bila dua jalur bewarna merah jelas kelihatan pada permukaan pregnancy kit. Tergesa-gesa dia melangkah masuk ke dalam bilik.

            “Abang…” Adra memanggil perlahan. Dipandang wajah lelaki itu yang sedang memejamkan mata.

            “Abang…” Sekali lagi dia memanggil bila suaminya masih tiada tanda mahu membuka mata.

            Adra mengeluh perlahan. Pasti suaminya sudah terlelap. Pregnancy kit digengam erat. Tidak sabar mahu ditunjukkan kepada lelaki itu esok.

Surat Cinta Untuk Disana : Penat den berperang dengan pak cik itenet ni..  Slownya melampau-lampau.. Papi…Muahh…

6 ulasan:

  1. Knp Zafry tk suka ada baby...?:-(

    BalasPadam
  2. Nice...kesian zafry, terpaksa tukar plan la gamaknya. Tak sabar nak tunggu next entry....

    BalasPadam
  3. Cincin hilang berganti cincin hidup...hehehehe anak...

    BalasPadam
  4. Hilang cincin dpt bby.... Sungguh btuah adra. Sila jg mkn minum n xyh nk mlompat kat treadmill tu lg ye hihihi

    BalasPadam
  5. wahh..x sbr nk tnggu next n3..apalh zafri ni nak rncang plk...

    BalasPadam
  6. jgnla zafry ckp xmau ank tu plak... minta2 dia brubah slps tau adra mngandung...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)