Peluh
yang merinik di dahi disapu dengan tisu. Sungguh hatinya gementar. Matilah dia
kalau barang yang dicari tidak ditemui.
“Kau
buat apa tu?”
Mendengar
pertanyaan suaminya membuatkan Adra bertambah gelabah. Tangan kanan pantas
disembunyikan dibelakang tubuh.
“Satu…Dua…”
Badan dicondongkan. Berpura-pura sedang melakukan senaman.
“Kau
sakit ke?” Berkerut dahi Zafry memandang ke arah isterinnya. Gila ke apa
bersenam pakai baju kurung?
“Huh? Eh..
tak lah.” Cepat dia menafikan.
“Apasal
semacam saja aku tengok kau ni? Kau ada buat salah ke?”
“Mana
ada.” Sambil itu matanya cekap menjelajah sekeliling. Entah dimana dia
tanggalkan cincin perkahwinan mereka. Baru sebentar tadi dia perasan yang
cincin selama ini tersarung dijari sudah tiada.
“Aku
nak keluar sekejap.” Jam yang tersarung kemas dipegelangan tangan kirinya
dipandang sekilas. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Lagi setengah jam majlis
sambutan hari jadi Nafiz akan bermula. Dia tidak mahu terlewat.
“Keluar?
Ha pergilah.”
“Kau
jangan nak merayap pulak.” Zafry semakin pelik. Selalunya ada sahaja aksi gedik
isterinya bagi menghalang dia keluar. Hari ini bukan sahaja tiada halangan,
malah Adra langsung tidak bertanya ke mana hala tujunya.
“Okey.”
Adra tayang sengih lebar yang sengaja dibuat-buat. Pergilah abang. Lagi cepat
lagi bagus. Hatinya kalut menghalau. Kalau tidak disebabkan cincin berlian itu,
tak adanya di mahu lepaskan lelaki itu keluar.
“Aku
pergi dulu.” Dia yakin Adra ada sembunyikan sesuatu. Entah apa lagi lah
rancangan yang isterinya aturkan. Tak kan nak buat lagi aksi lepas laku seperti
beberapa hari sudah? Membayangkan gelagat Adra semasa berlari di atas treadmill
sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia rasa mahu ketawa.
“Bye…Bye…”
Salah kena tangan dilambai. Fuhh! dapatlah
dia mencari dengan senang hati. Kalau cincin biasa dia tidak akan sebegitu
kalut. Tetapi cincin perkahwinan mereka merupakan cincin milik arwah ibu
mertuanya. Berkali-kali suaminya mengingatkan dia supaya menjaga cincin itu
dengan baik.
Kalau tidak disebabkan bapa mertuannya, tak
adanya dia dapat menyarungkan cincin itu. Dia yakin, suaminya lebih rela
menyimpan cincin itu dari menyarungkan dimana-mana jari gadis. Dan sekarang,
dia betul-betul dalam masalah besar. Sudah puas dia cuba mengingati di mana dia
tanggalkan cincin itu, malangnya satu kenangan pun tidak menjengah ingatan.
Surat
Cinta Untuk Disana : Nanti sy upkan full n3…Kita berjajan’s
dulu… :)
ok saya tunggu...
BalasPadamWah hbisla adra kalini....
BalasPadamTak sabar dik...akak suka cerita adik ni ;)
BalasPadamOk...:-)
BalasPadamOk...:-)
BalasPadamMampus kau Adra..
BalasPadam