Buka sahaja pintu, terus mulutnya ternganga. Tidak
percaya melihat apa yang berlaku. Seketika kemudian kejutannya bertukar menjadi
rasa lucu. Tawa terus meletus dari bibir tanpa dapat ditahan.
“Kau buat apa tu?”
“Tolonglah.”
Adra rasa mahu menangis. Kakinya sudah mula terasa lenguh. Sedaya upaya dia
berusaha mencapai butang yang ada pada mesin. Malangnya tidak tersentuh
langsung oleh jari-jemarinya yang kecil.
Semakin galak Zafry ketawa melihat keadaan Adra yang terkial-kial.
Lagak isterinya tak ubah seperti Dora dan Smith yang berkejaran di dalam
gegelung bola yang ada di dalam sangkar.
“Abangg…” Tanpa dapat ditahan air matanya mula mengalir.
“Adra…Adra…Kalau dah tahu kau tak reti guna, yang kau
naik juga kenapa?” Tangan dibawa memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. Masih
tiada hati mahu membantu. Dia seronok melihat gelagat isterinya. Comel betul!
nak full n3 ..huarghhh pembakaran terbuka nie :'(
BalasPadamBest bila yang full ada.
BalasPadamtak sabarnya...nak tunggu full n3. Selamat Menyambut Aidil Adha.
BalasPadamJahatny die cian adra... Huhu
BalasPadamTak sabar tggu full entry
BalasPadamHaha. Comel lah adra ni..
BalasPadam