Mimi Aulia
“Kenapa?”
“Tak ada apalah.” Aku sengih lebar.
Wajah Pidot aku pandang. Rasa cemburu sedikit menjengah hati bila terpandang
pipinya yang sedikit kemerahan. Nampak seperti berblusher. Apa yang lebih
membuatkan aku jengkil bila memandang kulitnya yang cerah.
“Pidot. Aku nak tanya sikit.”
“Tanya apa?”
“Kot
ye pun, kau letak lah dulu spatula tu. Tak adanya aku nak bawa lari.” Aku
menegur. Silap bertanya karang boleh makan aising pulak aku.
“Macam penting je.”
Berkerut dahi itu sambil memandang
tepat pada wajah aku. Langsung tak berkedip. Mulutnya sedikit ternganga.
“Penting tu tak adalah sangat. Tapi
aku nak tanya, kau pakai krim apa?” Sedikit berbisik aku bertanya. Malu jika
ada yang mendengar.
“Itu je? Aku ingatkan apa lah tadi.
Aku ni tak pakai krim-krim muka segala bala tu. Kau tak kan tak nampak…”
“Nampak apa?” Kalut aku bertanya
bila kata-kata Pidot terhenti sekerat jalan. Tak sabar nak tahu rahsia kegebuan
melampau makhluk sekor ni.
“Cahaya nur dekat muka aku.”
“Kau pernah tak kena sumbat kasut?”
Sakit hati aku mendengar tawa mengada-ngada si obor-obor ni. Banyaklah dia
punya nur. Sembahyang pun tak pernah aku nampak dia buat.
“Betul lah.”
Serius wajahnya memandang ke arah
aku bagaikan tidak berpuas hati dengan ‘ketidakpercayaan’ yang baru terluah
dari bibir aku.
“Kau sembahyang pun tak pernah.”
“Oii,
mak cik, kau ingat tiap kali aku nak sembahyang aku kena buat pengumuman ke?
Sila ambil perhatian. Saya Pidot Hakimi akan menunaikan solat sebentar
lagi….Macam tu? Itu riak namanya cik oii.
Nak buat ibadat tak elok menunjuk. Allah tak suka.”
Aku rasa macam periuk besar jatuh
betul-betul atas kepala. Gedegang!
kuat berbunyi. Ini yang aku tak suka fasal si Pidot. Kalau boleh smash langsung tak bagi peluang untuk
orang-orang macam aku ni bernafas. Terus setempek kena dekat wajah.
“Kau buat sajalah kerja kau.” Terus
majalah yang ada aku capai. Tidak mahu lagi melayan kata-kata Pidot. Menyesal aku
tanya.
“Aku baru reka resepi baru. Kek
mangga. Kau nak rasa tak?”
Mendengar pertanyaan Pidot, terus
hilang rasa sakit di hati. Dia ni macam tahu-tahu saja yang aku ni secubit
makanan pun tak bagi salam lagi dekat perut.
“Kecil tapak tangan Lautan Hindi
aku tadahkan.” Liur ditelan bila sepotong kek yang nampak sangat menarik
disuakan kepada aku. Nyummyy…
“Sudu mana?”
“Makan guna tangan.”
“Kau jangan kedekut sangat boleh
tak?” Ini yang angin aku nak datang balik. Dia ni kalau tak sakitkan hati aku
memang tak sah. Sudu yang harga sekupang
tu pun nak berkira.
“Berapa ekor tebuan kau makan
tadi?”
“Aku putus sedara dengan kau seminit.” Menyindir saja kerja dia. Kalau aku
tahu mulut dia berbisa, tak adanya aku nak angkat si obor-obor penyengat ni jadi
sahabat baik aku. Baik aku sahabat saja dengan ‘segerombolan’ kucing yang Along
aku bela. Hati pun tak sakit.
“Okey.”
“Pidot…Aku nak sudu.” Kembang
kempis hidung aku cuba menahan bau enak kek yang terasa menyengat hidung. Kalau
lapar semua bau pun aku boleh hidu.
“Tiga puluh saat lagi baru kau
cakap dengan aku. Putus sedara tak
cukup lagi tarikh luput.”
Hek
eleh, mamat ni. Kalau ada yang kena tempek dengan kek jangan tanya kenapa.
Malas mahu menunggu, aku tampan badan dengan siku dan cuba mencapai sudu yang
ada dalam laci disebalik kauter.
“Tahu pun ambik sendiri.”
“Diam lah kau.” Yihaa! masa untuk menjamu selera. Masuk
saja sesudu kek di dalam mulut terus aku rasa melayang. Ini masalah utama aku.
Mudah tergoda dengan rasa kek yang enak.
Itu salah satu factor yang membuatkan aku
‘berselera’ mahu berkawan dengan spesis tak dikenal pasti macam budak Pidot ni.
Dia memang deabak kalau bab
bersangkut paut dengan bakery.
Dan aku yang memang hantu segala
tok nenek pastry dengan jayanya berjaya meletakkan dia sebagai sahabat sejati.
Punca utama? Tak payahlah aku bayar duit kalau makan. Ingat murah ke kalau nak
beli? Sebiji kek besar tapak tangan dah dekat sepuluh henget. Cekik darah betul!
“Amacam?”
“Bolehlah.” Malas aku nak memuji.
Karang ada pulak yang bangga diri.
………………………..
Pidot Hakimi
Kek yang siap berhias aku pandang
lagi buat sekian kali. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, aku tolak ke tepi.
Tangan aku kesat dengan tuala kecil yang berjuntai disebalik baju bakeri yang
aku gunakan.
“Mimi, macam mana dengan rancangan
kau tu, nak teruskan lagi tak?” Kalau tak memikirkan mak aku yang semakin hari
semakin kuat bebelannya, tak adanya aku nak paksa diri ikut latihan ‘bunuh
diri’ yang budak Mimi ni buat. Terseksa jiwa raga aku.
“Mestilah.”
“Isyh…”
Ini sorang lagi makhluk yang boleh bersahabat dengan mak aku, Hajjah Tempawan.
Suka cakap menyembur. Tompokkan kecil kek yang aku rasa terpelanting kena pada
wajah aku kesat dengan tisu.
“Boleh tak kau makan bagi habis
dulu baru cakap?”
“Dah kau tanya. Aku jawab lah.”
Langsung tiada riak bersalah pada
wajah itu. Kalau muka aku naik jerawat siaplah. Aku saman nanti.
“Mimi…Kau tengok ni.” Lengan baju
aku tarik sedikit naik ke atas.
“Apasal tu? Kena gigit dengan hantu ke?”
“Choiii
mulut kau nyahhh…” Perempuan ni mulut
memang tak ada break. Main lepas saja. Terus aku tarik balik baju bagi menutup
kesan lebam yang terpeta pada tangan dek kerana senaman yang entah apa-apa dia
suruh aku lakukan semalam. Niat hati mahu mengadu, terus terhapus dengan
sendiri.
“Ha…Aku
pesan apa dekat kau?”
Terbelik mata itu memandang ke arah
aku. Menakutkan betul. Dia ingat cantik ke kalau boleh buat macam itu? So pleaseee…
“Jangan sebut ‘nyah’ dekat kau.” Nak buat macam mana, dah itu tabiat aku. Ingat
senang ke nak ubah? Bukannya mati kalau aku sebut banyak kali pun.
“Tahu pun kau. Kata nak berubah.
Laki tulen tak adanya nak bernyah, nyah
macam kau ni ha.”
“Apa tak cukup tulen ke aku? Ini
yang buat aku nak sentap. sesopan-sopan aku, aku suka lagi dekat perempuan
tahu.” Sakit hati bertambah bila kata-kata aku hanya disambut dengan tawa oleh
Mimi. Perempuan ni memang nak kena ganyang. Aku cili mulut tu baru dia tahu!
“Tulen…tapi jauh.”
Semakin galak dia ketawa setelah
menuturkan kata-kata kejam tu. Tak apa…tak apa…Nanti ada masa seratus empat
puluh tan aku balas balik.
“Mimi… Apa kata kau kawin je lah
dengan aku. Tak payahlah aku berubah.” Walaupun dia tak termasuk dalam calon
isteri pilihan yang aku mahu, sekurang-kurangnya aku kenal dia. Aku yakin dia
tak akan cuba ambil kesempatan dekat insan lemah lagi tak berdaya seperti aku
ni.
“Kalau aku kawin dengan kau,
bermaksud aku dah hilang ingatan. Deria melihat aku dah berkurangan tahu.”
“Apa buruk sangat ke aku?” Cermin
besar yang menjadi hiasan pada dinding café aku pandang. Hidung ada satu. Mata
ada dua. Mulut pun satu jugak. Sempurna saja kot. Apa yang kurangnya aku?
“Sini.”
Aku bangun. Kepala didekatkan pada
sebelah wajah Mimi. Entah apa lah minah ni nak buat.
“Apa yang kau nampak?”
Aku pandang pantulan wajah aku dan
Mimi pada cermin. Terus senyuman menjengah. Seketika rasa bangga terasa
meluap-luap dalam diri.
“Aku lagi cantik pada kau.” Itu fakta okey. Aku tak tipu. Pandangan mata
aku jatuh pada Mimi. Teruk benar aku tengok fesyen yang dia guna. Langsung tak
berseni.
“Ha sebab tu lah aku tak nak dekat
kau.”
“Apasal?”
“Sebab kau lagi cantik pada aku.”
“Itu aku tahu lah. Salah ke kalau
aku lagi cantik pada kau?”
“Kau ni aku nak kata bendul, tak.
Cubalah kau faham kata tersurat di sebalik yang tersirat Pidot oii.”
“Huh!
Kau merepek apa ni?” Aku pandang dia menanti jawapan. Suka sangat guna
kata-kata makhluk asing. Aku ni sudah lah tuntut ilmu dekat bumi saja. Bahasa
alien macam yang dia guna tu, manalah aku nak faham.
Surat cinta Untuk
Disana : Ini cerpang saja sayang ku semua…Dek kerana agak panjang jadi
saya buat jd mini novel… Kot rajin silalah komen… tak jauh…Dekat bawah ni saja…
haha
Pidot lambat Pick up....hahahaha...kalau kahwin, org kata suami dia lawa,lg,dr isteri...bukan nya, " Wah, hensem nya laki kau..
BalasPadam."
Cerita yg berat kau jadikan santai. Cool.
BalasPadamDaebak. I like. Kalu penulis lain POV c pidot ni mesti yg jenis berkeluh kesah n menderita mengenang nasib... Tul tak? Org kn tak faham jiwanya..
best
BalasPadambest2.. cpat2 la jadi novel. Hihi. Mimi ngan anak mk ngah nah tu lain kan..
BalasPadamSy dgn ini bangga dpt berkawan dgn penulisnya....daebak
BalasPadam