Hel!O mY DarLing!

Isnin, 7 April 2014

Isteri Milik Aku Bab 3




Tangan kasar itu dicapai. Menitis air mata dipipinya saat tangan itu dikucup lembut. Tiada saudara, tiada sahabat. Yang ada hanyalah beberapa orang yang dia langsung tidak kenali. Menjadi saksi penyatuan mereka berdua.

“Rhea takut.” Bibir yang dulu lancang menghulurkan kata terasa sedikit bergetar.

“Jangan risau. Apa yang jadi sekalipun biar abang yang tanggung.” Xander tersenyum. Semakin erat tangan si gadis yang sudah bergelar isteri digenggam.

Setelah segala urusan selesai, diheret tangan Rhea mengikut langkah kakinya. Buat pertama kali dia mengambil satu risiko yang besar dalam hidup. Bukan calang-calang risiko yang dia ‘peluk,’ silap percaturan dia bakal jatuh terduduk.

Tetapi desakan naluri sukar untuk di tepis. Entah mana dia dan Rhea dapat idea gila itu. Sedar-sedar mereka sudah berada di negara jiran. Mementerai kasih dengan ikatan yang suci. Apa yang bakal jadi, mereka tolak ke tepi. Itu semua belakang kira. Selagi berita itu tidak sampai ke pengetahuan Datuk Rahim, segalanya masih terkawal.

Dia bukan mahu menjadi lelaki bacul, tetapi dia tiada keyakinan untuk meminta izin secara baik. Apatah lagi sejak menjadi ‘budak suruhan’ di syarikat lelaki itu, bicara Datuk Rahim sentiasa sinis dan memandangnya dengan pandangan ‘pelik.’ Ada ketikanya, lelaki itu bagaikan memperlekehkan kreadibilitinya sebagai seorang bakal peguam.

“Kalau ayah tahu macam mana?” Didongak sedikit kepalanya memandang ke arah wajah Xander.

“Kita hadap berdua.” Dia karang senyum. Diusap lembut kepala itu yang dibalut selendang putih. Sebuah kucupan hangat, kemudiannya berlabuh di dahi itu. Sesuatu yang pernah dia mahu lakukan dulu, tetapi terhalang kerana tiada ‘tali’ yang menghubungkan mereka.

Dek kerana kata-kata itulah dia mengumpul keyakinan. Apa yang terjadi, Xander tidak akan lepas tangan. Sudahnya lelaki itu juga yang bikin onar. Hampir membuatkan dia rasa tidak  hati lagi untuk teruskan hidup...

“Rhea..Hello...”

Rhea tersentak. Kenangan lama yang mahu mengintai, terus padam. Terkebil-kebil dia memandang wajah Farah.

“Hot coffee with creamer.” Diletakkan minuman itu dihadapan Rhea. Sudah dia agak. Rhea memang pandai bercakap besar. Tak kisah konon. Baru jumpa sekejap sudah separuh nyawa melayang.

“Aku rasa macam nak gila.” Perlahan dia berkata.

“Bukan kau dah tak suka dekat dia ke?” Farah rasa macam mahu menghemburkan kata-kata berbisa. Dia bukannya apa, Rhea juga yang beria-ia kata, tak kisah, whatever, i don’t care! Sekarang kata-kata ‘penguat semangat’ itu sudah ke mana menghilang?

“Memanglah.” Mahu naikkan suara kuat-kuat lambang kekuatan, dia sudah tidak mampu. Sudahnya yang keluar hanyalah jawapan lemah. Menyesal dia berlagak. Ingatkan teori ‘barang yang lama jangan dikenang’ bakal berjaya, rupanya langsung tak boleh diguna pakai. Baru terpandang ‘si dia’ dia sudah meroyan seorang diri.

“Dah itu apa masalahnya?” Mahu diguna kebolehan pakar psikitrik memang dah tak boleh. Tak laku untuk sahabat sendiri!

“Kalau aku tahu apa masalahnya aku tak perlulah nak runsing.” Rhea bengang. Panas hati diasak dengan pertanyaan bertalu.

“Pulak. Tak tahu masalah... Tapi fikiran tetap runsing? Kau nak aku daftar nama kau terima rawatan bawah aku ke?”

Ciss! Rhea rasa wajahnya bagaikan ditampar. Jelas Farah bagaikan cuba menyimbah bara dalam hatinya.

“Aku dah cakap banyak kali Rhea, realiti dengan fantasi tu lain. Nak tak nak kau kena hadap juga nanti.” Tangan Rhea ditarik dan ditepuk lembut. Yang dia mampu hanyalah menghulurkan kekuatan. Lebih dari itu, dia sendiri tidak mampu. Semuanya atas diri tuan empunya badan. Kalau Rhea kuat, segalanya bakal jadi selamat, kalau tidak..Dia takut Rhea bakal tersungkur. Kalah sebelum berjuang.

“Dia nampak lain, Farah.” Garau suara itu terasa berdendang ditelinga. Puas dihalau...sudahnya suara itu bukan semakin menjauh, malah semakin mendekat.

“Dah bertahun Rhea.. Apa kau expect? Dia pun tak kan nak duduk dekat takuk lama. Kalau kau berubah, dia pun boleh berubah.” Itulah. Masa dia kalut mahu bercerita, Rhea yang tak sudi nak mendengar.

“Dia dah jadi lawyer.” Salasilah lelaki itu yang berjaya dikorek berkat bantuan Encik Google mula dibentangkan.

“Itu aku tahu.” Masa mereka berkahwin dulu pun Xander sedang mengikuti chambering untuk melayakan lelaki itu menjadi peguam. Bukan itu saja, lelaki itu juga langsung tidak malu menjadi si anak ikan belaan mak datin. Pakej pekerjaan dua dalam satu! 

“Lawyer yang hebat Rhea. Bukan lawyer cikai macam yang ada dalam kepala otak kau sekarang.”

“Mana kau tahu?”

“Aku cari maklumat pasal dia. Sebab tu aku nasihatkan kau berhati-hati. Aku tak rasa yang dia boleh lepaskan kau macam itu saja.” Jarinya dipetik. Bukannya calang orang yang bakal Rhea hadap. Ini Xander Arjuna, si peguam yang sudah mengendalikan kes-kes besar. Yang wajahnya nampak penuh dengan keyakinan dan berkarisma!

“Apasal pulak? Bukan aku yang buat salah dekat dia, tapi dia yang bersalah dekat aku.” Sedikit semangat berjaya dikumpul dan dilontar garang.

“Matanglah sikit Rhea.” Farah mati kata. Susah mahu menasihati Rhea. Ada sahaja jawapan untuk membalas kata-katanya.

“Budak tu..” Dia kembali termenung. Terbayang-bayang Barbie doll yang rambutnya ditocang dua. Dipejam celik mata berkali-kali bagi menghalau bayangan itu. Tak kuasa dia nak feeling-feeling!

“Cute huh? Perangai dia aku rasa sama macam kau.” Farah berkata tenang. Tersenyum dia bila teringat si diva kecil itu.  

“Hemm..” Dia mahu menafikan. Tetapi tak boleh. Budak itu memang comel. Peliknya, nalurinya bagaikan disapa sesuatu. Sesuatu yang indah.

“Kau tak teringin nak dapatkan anak kau?”

“No!” Rasa indah yang baru menyapa hati sebentar tadi, terus padam setelah mendengar pertanyaan Farah. Sudah diyakinkan hati yang itu bukan anaknya. Kalau boleh apa yang bersangkutan dengan Xander, dia langsung tidak mahu terlibat!

“Kau tak menyesal nanti?” Bodoh! Kalau dia ditempat Rhea, dicincang lumat sekalipun dia akan tetap dapatkan anak sendiri.

“I hope so.” Mata dipejam rapat. Menikmati keenakkan coffee. Aroma yang keluar dari air kehitaman itu bagaikan terapi yang baik untuk mindanya.

“Susah cakap dengan kau ni lah.” Farah panas hati.

“Great. Baik kau kunci terus mulut mak nenek kau tu. Duduk diam-diam. Yang penting jangan kusutkan lagi fikiran aku yang sedia memang kusut ni.” 

“Kau tak rasa macam kau kejam ke dekat anak kau tu?” Argh..Tak ada maknanya dia nak diam. Habis kuat, mencurah air kopi di tangan itu ke mukanya. Apa susah, dia bukannya tak boleh basuh...

“Aku dah cukup baik hati susukan dia masa dalam pantang.” Bukan tidak pernah hati dia disapa bahagia. Tapi Xander yang musnahkan. Ranapkan terus angan-angannya yang mahu bahagia sampai ke syurga. Detik itu dia anggap yang Xander tak akan pernah ada lagi dalam hidup dia. Sama seperti budak kecil yang dia tidak tahu pun apa namanya.

“For three days? Itu kau rasa cukup baik?”

“Benda dah lepas beb. Buat apa kau nak bagi aku kenang balik?” Tiga hari yang membahagiakan. Sebelum semuanya musnah dek onar yang lelaki itu lakukan. Kalaulah Xander tidak kalah dengan nafsu, pasti sekarang dia masih ada disisi lelaki itu.

“Okey..My mistake.So bila kau nak settle kan kes kau?”

“Tak tahu.”

“Pulak.” Rhea..Rhea... Rasanya dia lebih tahu tentang diri wanita itu berbanding dengan tuan empunya badan itu sendiri. Tadi cakap lain. Sekarang lain pulak jawapannya.

“Aku dah mengantuk.”

“Pergilah tidur. Tenangkan fikiran kau.” Harapnya esok fikiran Rhea dapat berfungsi dengan lebih baik. Tak seperti sekarang yang ting tongnya boleh tahan ke laut.

“Walau apa pun jadi, kau akan ada dengan aku kan?”  Farah bagaikan tongkat sakti yang Allah kurniakan kepadanya. Sentiasa ada untuk dia berpaut pada setiap waktu dia perlukan. Hilang si tongkat itu, mahu meraung dia.

“You know me right? Don’t worry dear. Anything happen, aku tetap akan sokong kau.” 

“Thanks.”

“No prob. Dah pergi masuk tidur.”

“Kau tahu yang aku sayangkan kau kan?” Sebelum melangkah sempat dia memeluk leher Farah erat. Bising-bising makhluk seorang itu, tak pernah Farah larikan diri saat dia memerlukan seseorang untuk berada disisinya.

“Kau jangan nak bodek aku.” Farah cubit kuat perut Rhea. Hadiah persahabatan... Tergelak dia bila tubuh itu sedikit melompat.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Yuhuu....Sperti biasa tiada edit2...klau ada salah ce komen... Ha... bagi yg x tahu lagi.. KALAU SUDAH BERKENAN bakal keluar masa PBKL nanti.. (Den senyum sampai ke belakang telinga...haha...oberrr yuuu....)


2 ulasan:

  1. citer nie xnk dibukukn ker?hihihi
    xsbr nk dpt kn kalau sudah berkenan..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)