Hel!O mY DarLing!

Ahad, 13 April 2014

JAJANS ISTERI MILIK AKU BAB 4




‘Ubat’ yang ada ditangannya disedut lama sebelum perlahan-lahan dihembus keluar. Heaven!

 Angin yang menampar dadanya kuat, langsung tidak dipedulikan. Masuk detik ini dia rasa sudah lebih 24 jam dia tahan mata dari terpejam. Bodoh pula dirasakan bila terpejam sahaja mata ‘si isteri derhaka’ itu galak mengedik dalam ingatan.

 Sudahnya dia lompat turun dari katil. Sambar stok-stok dunhill dan bertapa di atas balkoni condo. Sebatang demi sebatang disedut benda alah yang terang-terang berbahaya. Dekat kotak siap letak gambar hati, limpa yang dah rosak...Tapi apa dia kisah. Kalau sakit masuk saja mana-mana hospital yang bersepah-sepah dekat luar. Bayar duit..Done!

 Teringatkan si isteri derhaka, bohonglah kalau dia kata tak kisah langsung. Mungkin rasa itu sudah hilang. Tapi baik hati sangatlah dia kalau boleh lupa macam itu sahaja apa yang sudah Rhea dan Datuk Rahim buat. Alang-alang tidak, dapat balas rasa sakit itu walau secubit pun, dia dah berpuas hati.

 Terbayang-bayang wajah Rhea dalam fikirannya. Kalau dulu tubuh itu sedikit berisi, sekarang sudah tinggal tulang. Ramping persis kerengga. Malangnya dia langsung tidak tertarik. Bukan taste dia minat gadis yang terkena serangan ala-ala bulimia. Tak sedap untuk dipeluk!


 Seketika kemudian, kepalanya ditampar lembut. Jenuh...Fikirannya sudah meleret merata. Apa yang tidak patut terbayang pun sudah mula menyerang.

 Dahulu, Rhea pernah masuk dalam carta orang yang dia tidak akan sesekali calarkan hati walau seteruk mana sekalipun onar yang wanita itu buat. Cuma dia langsung tidak boleh terima bila Rhea sanggup menolak anak sendiri. Sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak..Tapi wanita itu?

 Bagaikan baru semalam dia melutut merayu demi mendapatkan sebuah peluang untuk berikan penjelasan. Tapi apa yang dia dapat? Dia diusir tak ubah macam kucing kurap! Dan kalau perlu menyakitkan hati itu, tak akan pernah ada rasa kesal yang akan menjengah hatinya nanti.

 Bukan sekejap masa yang dia perlukan bagi merawat hati sendiri. Hendak berada pada tempat dia berdiri sekarang juga bukannya mudah. Bermacam halangan yang perlu dia harungi semata-mata mahu melepaskan diri dari gengaman Datuk Rahim. Sesudah berjaya merampas Rhea dari tangannya, mana pernah lelaki itu mahu biarkan dia hidup dengan tenang. Setiap detik ada sahaja cabaran baru yang perlu dia atasi.

 Pernah kerana lelaki itu lesen guamannya hampir ditarik balik. Mujurlah ada Datuk Richard yang sudi menghulurkan bantuan. Budi lelaki kacukan mat salih dan cina itu kepadanya sudah tidak terhitung banyak. Apatah lagi si Laili anak lelaki itu juga tidak pernah culas menghulurkan bantuan kepadanya untuk membesarkan Baby. Ada ketikanya dia sendiri sampai berfikir..Alangkah bagus kalau dia berjumpa Laili dahulu berbanding dengan Rhea. Pasti wanita itu bakal menjadi ibu dan isteri yang terhebat untuknya dan baby.

 Cuma dia tahu, takdir itu tidak akan pernah mempermainkan manusia. Hanya manusia sahaja yang suka memperlekehkan takdir. Dan bila sampai detiknya nanti, dia mahu Rhea sendiri rasa apa yang pernah dia rasai dahulu!

5 ulasan:

  1. Baca kali kedua baru faham cerita ni..... rasa rasa esok boleh sambung dak???

    BalasPadam
  2. Cepat sambung tak sabar ni :33

    BalasPadam
  3. Bestnya...mana sambungan.....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)