Hel!O mY DarLing!

Isnin, 4 November 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 6




 “Mimi, atas sikit. Bukan yang itu.Yang sebelah dia.”

“Kau diam boleh tak?” Bengang aku memandang ke arah Pidot yang sibuk mengarah itu ini.

“Tak boleh. Kau tu lembab sangat.”

Semakin panas aku mendengar kata-kata malaun sekor ni. Ewah…Dia sedap-sedap bersenang-lenang dekat bawah, aku yang dekat atas ni sudah berpeluh ketiak langsung dia tak ambil kira.

“Cuba kau naik ambik sendiri.” Buah mangga sebesar penumbuk aku baling kuat ke arahnya. Berharap balingan aku tepat mengenai sasaran. Biar baru padan dengan muka dia.

“Tak kena.”

“Aku kerat lidah kau nanti.” Macam budak-budak. Boleh pula main jelir-jelir lidah dekat aku. Buah yang bergolek jatuh atas tanah aku pandang dengan pandangan kesal. Pasti ada bahagian yang ‘tercedera’ dek kerana balingan aku tadi. Kalau aku makan saja buah tu atas pokok kan bagus. Biji baru aku bagi dekat dia. Alah…Apasal lah aku tak terfikir tadi?

“Ya Allah. Kamu buat apa atas tu Mimi? Turun…Turun…”

Wajah emak Pidot yang menyinga membuatkan semakin tinggi aku memanjat. Tindakan reflak kerana terkejut melihat wajahnya yang bagaikan mahu menelan orang.

“Alah..Biarlah dekat dia mak.”

“Biar apanya! mana ada anak dara naik pokok… Turun aku kata… Mimi… Kamu jangan sampai mak cik kait kamu dengan galah nanti.”

“Kejap mak cik. Mimi nak ambik buah bagi dekat Pidot. Dia yang suruh Mimi naik tadi. Kan Pidot?” Yihakk! Matilah kau!

“Ha bagus…Bagus…Yang jantan duduk bawah..Yang betina naik pokok.”

Kata-kata wanita separuh baya itu aku buat tidak peduli. Apa yang penting aku seronok melihat Pingang Pidot dicubit-cubit oleh Mak Cik Tempawan.
           
“Sakit lah mak.”

            “Tahu sakit…Yang hati mak ni sakit kamu tak kira pulak. Apa nak jadi dengan kamu ni Pidot?”

            “Jadi apa mak?”

            “Kamu tengok Mimi…Ini yang aku panas dengan budak ni. Suka sangat nak meloyar buruk.”

            “Mak cik cubit kuat sikit. Nanti confirm dia jadi baik.” Buah mangga yang sempat aku petik, aku gosok pada baju sebelum kulit buah aku tarik dengan menggunakan gigi. Cabang yang paling besar aku panjat dengan berhati-hati. Bersiap sedia mahu bersantai sambil melihat wayang indah yang bakal dipertontonkan sebentar nanti.

            “Kau jangan jadi batu api lah.”

            Aku hanya ketawa bila Pidot menjerit ke arah aku. Gasak engkau lah Pidot Hakimi oii…Tak dapan den nak nolong.

            “Yang kamu nak marahkan Mimi kenapa?”

            “Dia sengaja…isyhhh…”

            “Sebab ini lah mak suruh kamu kawin Pidot. Boleh lah kamu belajar jadi keras nanti. Sakit mata mak ni tengok kamu dengan pakaian yang entah apa-apa ni.”

            “Betul tu mak cik. Mimi pun sakit mata.” Mak Cik Tempawan memang hebat. Marah bab Pokok sudah masuk ke bab kawin.

            “Mak…”

            “Pidot bagitahu dia tak nak kawin.” Kata-kata dia aku potong. Semakin galak aku menghasut Mak Cik Tempawan. Aku buat tidak nampak bila Pidot merung aku tajam. Eleh…Ingat aku nak hairan ke?

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)