Hel!O mY DarLing!

Ahad, 10 November 2013

Jajan's Bab 18 Kalau Sudah Berkenan



“Kau buat apa dekat rumah aku?” Wajah Nafiz dipandang tajam. Buka sahaja pintu dia terperanjat melihat lelaki itu sedang bersantai di atas sofa. Pandangan mata dibawa mencari kelibat Adra. Entah mengapa hatinya panas secara tiba-tiba.

“Sajalah aku datang. Kenapa tak boleh ke?” Air coke diteguk. Matanya tak lepas dari memandang wajah Zafry. Hatinya galak bergelak ketawa.

“Siapa bagi kau masuk?” Kasutnya ditanggal kasar. Terus dia bergerak mendapatkan Nafiz.

“Kalu lupa ke, aku kan ada ini?” Access card ditayang dihadapan Zafry. Dulu saban hari dia bertandang ke condo lelaki itu.  Bagi memudahkan dia keluar masuk, Zafry memberikan dia access card dan kunci pendua. Selepas pernikahan lelaki itu sahaja dia sudah tidak datang bertandang.

“Adra…Adra…”

“Kau nak buat apa panggil dia?” Nafiz bertanya dengan senyuman bermain dibibir.  Seronok dapat mempermainkan Zafry. Jelas terpeta riak kerisauan pada wajah itu. Tetapi kerisauan sahaja belum cukup untuk mematikan hasrat hatinya. Best Man Win. Itu tekatnya!

“Abang..”

Zafry kalih pandang. Sakit hatinya melihat Adra yang sedang tersenyum melangkah keluar dari dapur. Tiada langsung riak bersalah pada wajah itu kerana membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah.

“Abang Nafiz tunggu kejap. Adra ada buat sizzling. Kejap lagi kita makan.”

Abang Nafiz? Wajah Nafiz dan Adra dipandang. Dia tergelak sinis.

“Lama pun tak apa. Abang boleh tunggu. Kan Zafry?”

“Kau nak tinggal terus dekat sini pun aku tak kisah.” Tanpa mempedulikan keduanya dia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuhnya yang melekit kerana seharian melakukan tugas luar perlu segera disegarkan.


“Kenapa dengan dia?” Adra pandang wajah Nafiz. Pelik melihat tingkah suaminya. 

5 ulasan:

  1. Ahahaha pandai pulak jeles yer zafry

    BalasPadam
  2. haha... perang rebutan adra bermula... biarkan zafry sedar adra pon ada yg nk....

    -sweetheart87-

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)