Hel!O mY DarLing!

Khamis, 1 Mei 2014

Isteri Milik Aku Bab 4



‘Ubat’ yang ada ditangannya disedut lama sebelum perlahan-lahan dihembus keluar. Heaven!

Angin yang menampar dadanya kuat, langsung tidak dipedulikan. Masuk detik ini dia rasa sudah lebih 24 jam dia tahan mata dari terpejam. Bodoh pula dirasakan bila terpejam sahaja mata ‘si isteri derhaka’ itu galak mengedik dalam ingatan.

Sudahnya dia lompat turun dari katil. Sambar stok-stok dunhill dan bertapa di atas balkoni condo. Sebatang demi sebatang disedut benda alah yang terang-terang berbahaya. Dekat kotak siap letak gambar hati, limpa yang dah rosak...Tapi apa dia kisah. Kalau sakit masuk saja mana-mana hospital yang bersepah-sepah dekat luar. Bayar duit..Done!

Teringatkan si isteri derhaka, bohonglah kalau dia kata tak kisah langsung. Mungkin rasa itu sudah hilang. Tapi baik hati sangatlah dia kalau boleh lupa macam itu sahaja apa yang sudah Rhea dan Datuk Rahim buat. Alang-alang tidak, dapat balas rasa sakit itu walau secubit pun, dia dah berpuas hati.

Terbayang-bayang wajah Rhea dalam fikirannya. Kalau dulu tubuh itu sedikit berisi, sekarang sudah tinggal tulang. Ramping persis kerengga. Malangnya dia langsung tidak tertarik. Bukan taste dia minat gadis yang terkena serangan ala-ala bulimia. Tak sedap untuk dipeluk!

Dahulu, Rhea pernah masuk dalam carta orang yang dia tidak akan sesekali calarkan hati walau seteruk mana sekalipun onar yang wanita itu buat. Cuma dia langsung tidak boleh terima bila Rhea sanggup menolak anak sendiri. Binatang pun tahu sayangkan anak sedangkan wanita itu?

Bagaikan baru semalam dia melutut merayu demi mendapatkan sebuah peluang untuk berikan penjelasan. Tapi apa yang dia dapat? Dia diusir tak ubah macam kucing kurap! Dan kalau perlu menyakitkan hati itu, tak akan pernah ada rasa kesal yang akan menjengah hatinya nanti.

Bukan sekejap masa yang dia perlukan bagi merawat hati sendiri. Hendak berada pada tempat dia berdiri sekarang juga bukannya mudah. Bermacam halangan yang perlu dia harungi semata-mata mahu melepaskan diri dari gengaman Datuk Rahim. Sesudah berjaya merampas Rhea dari tangannya, mana pernah lelaki itu mahu biarkan dia hidup dengan tenang. Setiap detik ada sahaja cabaran baru yang perlu dia atasi.

Pernah kerana lelaki itu lesen guamannya hampir ditarik balik. Mujurlah ada Datuk Richard yang sudi menghulurkan bantuan. Budi lelaki kacukan mat salih dan cina itu kepadanya sudah tidak terhitung banyak. Apatah lagi si Laili anak lelaki itu juga tidak pernah culas menghulurkan bantuan kepadanya untuk membesarkan Baby.

Ada ketikanya dia sendiri sampai berfikir..Alangkah bagus kalau dia berjumpa Laili dahulu berbanding dengan Rhea. Pasti wanita itu bakal menjadi ibu dan isteri yang terhebat untuknya dan baby.

Cuma dia tahu, takdir itu tidak akan pernah mempermainkan manusia. Hanya manusia sahaja yang suka memperlekehkan takdir. Dan bila sampai detiknya nanti, dia mahu Rhea sendiri rasa apa yang pernah dia rasai dahulu. Satu persatu akan dia balas. Tak akan ada yang terkurang!

 “Papa.”

Mendengar namanya dipanggil, pantas Xander menarik keluar putung rokok yang masih enak berada dicelah dakapan bibir. Ditenyeh pada bekas abu sebelum pandangan mata dibawa menjelajah tubuh kecil anak kesayangannya yang sedang menapak mendekatinya.

“Hai baby. Come..” Ditepis asap yang masih berkepul. Tidak mahu anaknya terhidu asap racun tersebut.

“Yuck! What a  smell?”

Tergelak Xander melihat Si kecil yang kalut menutup hidung dengan anak patung beruang yang sudah hampir lusuh kerana dilatam sejak dari kecil. Pernah anak patung itu menjadi makanan mulut tong sampah. Sudahnya sepanjang hari si baby kesayangan melancarkan mogok. Jenuh dia menyelongkar kembali isi perut tong, semata-mata mahu mengembalikan benda alah tersebut. 

“Cepat. Bagi papa good night kiss” Tubuh ditundukkan sedikit. Kepala didekatkan pada wajah anaknya.

“Tak nak. Eee...” Tergeleng kepalanya. Tangan pula kalut menolak wajah papanya supaya menjauh.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” Diangkat tubuh montel itu ke dalam pelukannya sebelum pipi mulus itu digomol geram. Terjerit anaknya cuba melepaskan diri.

“Baby nak tidur dengan papa. Boleh tak?”

“Apasal?” Tubuh yang mula mendakap lehernya erat ditepuk perlahan. Tumpah lagi kasih sayangnya untuk anak itu. Zandrea ibarat nyawanya. Kerana anaknya itulah dia berjaya mengharungi setiap musibah yang menjengah dalam kehidupannya. Entah apa yang akan terjadi kalau si kecil itu, hilang dari pandangan matanya.

“Ada hantu mata merah.”

Tergelak Xander mendengar jawapan itu. Puas ditegah budak kecik itu dari menonton filem seram tadi. Tapi tak adanya nak didengar. Sekarang benda tak ada pun di ada-adakannya.

“Mana ada hantulah.” Semakin erat dia memeluk bila terasa pautan pada lehernya makin mencengkam.

“Ada. Baby nampak tadi.”

Aduhai. Sudahnya diusung juga tubuh itu menapak masuk ke dalam bilik. Mujurlah biliknya sudah berkemas. Kalau tidak mahu dihumban baby kesayangannya di atas timbunan kertas.

“Good night papa.” Berulang-kali flying kiss dihantar. Muahh...Muahh juga kuat kedengaran.

“Night baby. Doa tidur jangan lupa baca.” Kucupan hangat berlabuh sebelum dia kembali menapak ke arah balkoni. Mahu meneruskan kembali aktivitinya mengenang kenangan lama.

“Nak pergi mana?”

Xander pegang dada. Terperanjat bila tangannya tiba-tiba sahaja dipaut lembut. Terus pandangan mata dibawa memandang ke bawah. Tergeleng kepalanya memandang Baby yang tersengih lebar memandangnya. Entah bila dia melompat turun dari katil. Hai..Cekap betul!

“Kata nak tidur.” Tangannya cekap menjalankan tugas. Dicapai getah rambut yang masih membelit rambut anaknya. Dengan berhati-hati simpulan itu cuba dirungkaikan.

“Nak tidur dengan papa.”

“Papa ada kerja nak buat. Baby tidur dulu, kejap lagi papa teman.” Xander karang alasan. Bila melihat bibir itu mula tercebik terus di kaut dalam pelukannya sebelum dia kembali ke arah katil. Kali ini tubuh sasanya direbahkan sama. Ditarik selimut menyelimuti tubuh kecil anaknya.

“Papa..”

“Ada apa?” 

“Baby nak susu.”

Tergelak Xander mendengar balasan dari bibir itu. Sudah lima tahun usia anaknya. Malangnya ketagihan si baby kesayangan pada botol susu keramat itu, tidak juga mahu menjauh. Puas dicuba bermacam cara, tapi satu pun tak jalan. Sudahnya di ikutkan sahaja kehendak buah hatinya itu.

“Kata dah tak nak guna..” Diusap rambut itu perlahan.

“Baby kan kecil lagi.” Segaris sengihan terukir pada wajah comelnya. Ditayang barisan gigi yang putih tersusun.

“Tunggu sini kejap.” Bingkas dia bangun. Risau jika terlambat, ada pula yang buat nyanyian opera tengah malam buta. Meja kecil yang diletakkan water heater dan perkakas ‘sarapan’ wajib anaknya, dihampiri. Sengaja dia sediakan semua itu di dalam bilik. Tak kuasa tengah-tengah malam buta bangun ke dapur semata-mata nak buatkan susu.

“Susu tujuh sudu. Jangan panas tau papa.”

Xander toleh sekilas. Bahagia punya anak. Dah macam order air dekat kedai mamak pulak!

Sesaat kemudian dia mula terbayang aksi Rhea semasa mengandungkan Baby. Gaya ‘pesanan’ itu, tak ubah seperti yang pernah dia dengar bertahun dahulu. Tidurnya langsung tak pernah nyenyak, semata-mata mahu melayan kerenah Rhea. Sudahnya, kesakitan yang dia dapat sebagai ‘pampasan’ untuk layanan baiknya itu. Bukan dia mahu mengungkit, tetapi bila bayangan itu menjengah, dia sukar mahu menolak rasa perit di hati.

“Arghh.” 

“Papa kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Baby tunggu kejap.” Berkerut dahinya cuba menahan rasa perit ditangan. Dikibas-kibas tangan yang terkena lelehan air panas. Kesan kemerahan sudah mula kelihatan pada permukaan tangannya. Ni semua si derhaka tu punya pasal! Hatinya kalut mengutuk itu ini.

Surat Cinta Untuk Di sana : Cadang nak pnjangkan bab ni...tp ‘termalas’ lah pulak... kalut siapkan benda lain.... Pada sesiapa yg dah dapatkan KSB xiexie bebanyak... kalau rajin ‘jerit’ lah dekat sy di fb... muahahahah...papai...

8 ulasan:

  1. Alahai...tak sabar nak tahu apa kesudahannya...

    BalasPadam
  2. BEST 3X.
    SAYA BARU HABIS BACA KALAU SUDAH BERKENAN MEMANG TERBAIK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq baby mio....rajin mngomen dari dlu smpai sekarang... muahh

      Padam
  3. Best sangaT 😍 tp rajin 2 la update citer nie

    BalasPadam
  4. Agak2 bila boleh siap crita ni, hihi

    BalasPadam
  5. Best...
    Dh 2 kali baca ni
    Bila nk smbung
    X sabo nih... ^-^

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)