Hel!O mY DarLing!

Khamis, 3 Julai 2014

Isteri Milik Aku Bab 9







Bibir diketap kuat. Tangan pula dibawa memeluk tubuh. Langkah kakinya terasa semakin perlahan. Puas dia mengutuk diri sendiri. Perkataan ‘kalau’ pula, semakin kerap menghujani fikiran.

Kalaulah dia naik kereta sendiri tadi…Kalaulah dia tak memandai mulut meminta pertolongan Fakrul..Kalaulah dia berani tunggu teksi, nun diseberang jalan sana…Kalaulah…

“Cepat lah sikit.” Xander sedikit merengus. Sakit hatinya melihat Rhea bagaikan mengira berapa jarak jalan. Lembab!

“Sabarlah.” Terbang melayang ‘kalaulah’ yang ada di dalam fikirannya tadi. Tercebik sedikit bibirnya mendengar kata Xander yang bagaikan sedikit mengarah.

Alarm ditekan. Dilolos tubuh sasanya masuk ke dalam kereta. Panas sedikit hatinya bila melihat Rhea masih keras terpacak di luar kereta. Terus cermin kereta diturunkan.

“Aku tak ada masa nak layan kau macam tuan puteri. Kau masuk sekarang!” Dia sedikit membentak. Agaknya Rhea berangan menjadi Cinderella. Menunggu sang putera membukakan pintu untuk melangkah masuk. Dan sungguh, dia bukanlah jenis lelaki seperti itu. Tiada istilah gentleman tak kena tempat dalam kamus hidupnya.

 Keletihan terasa semakin membalut tubuhnya. Leher yang terasa sedikit tegang dipicit perlahan. Di toleh sekilas ke arah Rhea yang sudah melabuhkan tubuh pada seat di disebelahnya. Segaris senyuman pun tidak terukir pada raut wajah itu.

“Pakai seat belt tu.”

“Malas.” Rhea tak mahu kalah. Sakit hatinya masih terasa bila teringat sindiran Xander sekejap tadi. Macam lah dia hadap sangat layanan first class dari lelaki itu. 

“Kalau muka cantik kau tu tersadai dekat dashboard nanti, kau jangan nak salahkan aku.” Xander tarik senyuman menyindir. Gear dimasukkan. Berdecit tayar kereta berbunyi.

Rhea gelabah. Kalut ditarik seat belt dan dipasang ke tubuhnya. Mujurlah dia sempat menahan wajah dari tersembam tadi. Toleh ke arah Xander dengan pandangan berapi. Sakit hatinya bila lelaki itu hanya tersenyum sinis.

“Kalau kau tak suka aku tumpang kereta kau, kau boleh berhenti dekat tepi jalan tu.” Sehabis perlahan bicara yang keluar dari bibirnya. Cuba menahan diri dari menghemburkan sumpah seranah.

“Jangan childish sangat lah.” Xander buat tidak peduli. Kalau nak, memang dia boleh sahaja tinggalkan wanita itu di tepi jalan. Tetapi menilik jam di permukaan dashboard, rasanya dia memang sengaja biarkan wanita itu ditimpa bala.

Rhea terus mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Xander. Dibuang pandangan dibalik tingkap. Seboleh mungkin dia memaksa diri untuk kagum pada cahaya lampu yang menyimbah seluruh bangunan di Kuala Lumpur. Malangnya rasa teruja yang diharap, langsung tidak menjengah.

“Macam mana kau boleh terfikir nak bekerja dengan aku?” Xander tergelak sinis. Sengaja mahu membakar hati Rhea yang jelas kelihatan tidak selesa berada dalam satu ruangan dengannya.

“Kau ingat kalau aku tahu, aku hadap ke nak kerja dengan kau?” Rhea tak mahu kalah. Membuntang matanya memandang ke arah Xander yang sudah mula ketawa kecil. Entah mengapa dia rasakan, tawa itu bagaikan mengejek-ngejek dirinya.

“Maybe.” Xander semakin selesa. Seronok mahu mempermainkan Rhea yang jelas semakin terikut dengan emosi.

“Let me tell you something… Jangan kata nak kerja, tengok muka kau pun aku tak hinggin.” Dipandang wajah Xander tanpa berkedip. Berharap benar yang lelaki itu akan terasa hati dengan kata-katanya.

Malangnya, lelaki itu masih juga begitu. Tetap jugak melarik senyum. Walaupun kelihatan sinis, entah mengapa dia masih teruja mahu memandang. 

“Rumah kau dekat mana?” Kereta diperlahankan, tidak tahu mana arah tuju. Dari tadi dia hanya memandu sesuka hati. Rhea pula, langsung tidak bersuara menunjukkan arah jalan kepadanya. 

“Jalan je lah.” Tangan dibawa bertaut sesama sendiri. Dalam dingin aircond, badannya masih mampu berpeluh. Dia mula rasa gementar sendiri. Tidak suka dengan mainan perasaannya yang sudah menghasut perkara yang bukan-bukan.

Sesekali mata dibawa mengintai wajah Xander. Dari tadi, itu sahaja kerja yang dia lakukan. Puas dihalang mata supaya jangan nakal, tapi nasihat itu hanya berkesan untuk sesaat.

“Ke kau sengaja nak bertapa dengan aku dalam kereta ni?” Xander serkap jarang. Sengaja mahu membakar perasaan Rhea yang jelas tidak menentu.

“Dekat depan tu ada hotel. Nak check in situ? Lepas ni kau boleh tengok muka aku puas-puas.” Xander semakin galak mengusik. Dia belum cukup buta tidak nampak apa yang Rhea lakukan. Menilik tubuhnya bagaikan mahu tembus!

“Gila!” Hanya perkataan itu yang mampu dia katakan. Selebihnya tertelan sendiri. Langsung dia tidak menyangka kata-kata seperti itu akan muntah dari bibir Xander.

“So, Sebelum aku betul-betul buat kerja gila, baik kau bagitahu aku mana kau duduk.”

“Depan lah lagi. Nanti ada simpang tiga, masuk kanan.” Sebal hatinya menjawab pertanyaan Xander.

“Ha. Ada pun mulut. Yang susah sangat nak jawab tu kenapa? Atau kau memang pasang niat nak berlama dengan aku dalam kereta ni?” Xander jongket kening.

“Yeah. Itupun kalau ingatan aku ni dah hilang.” Pedih lagi hatinya bila Xander masih beriak tenang.

“Kau pun kena berdoa benda yang sama untuk aku.” Xander mengumam perlahan. Selagi ingatannya masih kuat teringat kenangan lama, selagi itulah rasa dendamnya pada Rhea tidak akan pernah padam. Tak akan!

“Pardon?” Rhea sudah berkerut dahi. Walaupun samar, tetapi kata-kata Xander masih sempat dijamah pendengarannya. Ditilik wajah itu menanti sekiranya Xander mahu mengulangi apa yang dikata. Tetapi Xander tetap Xander. Tetap juga ditayang wajah beku. 

“Simpang ni?” Wajah Rhea dipandang. Melihat anggukan Rhea terus dia membelok.

“Berhenti dekat depan tu.” Ditunjuk ke arah pokok besar yang ada di bahu jalan.

“Aku hantar sampai depan rumah.”

“Please Xander. Berhenti dekat situ.” Rhea berkata sedikit tegas. Walaupun rumahnya lagi lima puluh meter dihadapan, dia lebih rela menapak. Risau jika kelibat Xander ditangkap oleh penglihatan ayahnya.   

“Rumah kau yang mana satu?” Xander tayang riak tidak bersalah. Sengaja dilajak kereta ke hadapan. Tiada niat mahu berhenti di bawah pokok seperti yang di arahkan oleh Rhea.

 Rhea merengus kasar. Panas hatinya melihat kerenah Xander. Ditarik nafas panjang sebelum dia menunjuk ke arah sebuah rumah yang tersergam indah. Rumah yang baru dua tahun diduduki oleh keluarganya. Dan tidak hairan lah kalau lelaki itu tidak tahu di mana kedudukannya.

Berhenti sahaja dihadapan pintu pagar rumah, kalut dia menanggalkan seat belt. Rasa lapang dadanya bila dia bakal terlepas dari berterusan mengadap wajah Xander. Tambah perit bila hidungnya disapa bauan dari tubuh lelaki itu. Bau yang suatu ketika dahulu pernah buatkan dia ketagih!

“Please.” Rhea tunjuk ke arah pintu bila cubaanya untuk keluar tidak berhasil. Malangnya, hanya cermin kereta yang lelaki itu turunkan. Agaknya lelaki itu berharap dia melangkah keluar dari tempat sempit itu melalui tingkap. Dikerat sepuluh sekalipun dia tak akan buat kerja bodoh seperti itu!

“Nak keluar macam tu saja? Good night kiss aku mana?” Dicuit sedikit pipi Rhea. Bila sahaja Rhea kalih wajah ke arahnya, pantas pipi itu dipaut dengan tangan kanannya. Didekatkan wajahnya ke arah Rhea.

Rhea tahan nafas. Terkelu dia melihat tingkah Xander. Sedaya upaya ditahan nafas dari terhembus. Rasa mahu meletup jantung dirasakan. Dia mahu menolak tubuh itu menjauh. Malangnya dia bagaikan…terpesona…

“Call kalau kau betul nak kerja dengan aku.” Dikucup sekali lalu pipi Rhea. Sambil itu tangannya menekan button unlock. Bersedia melepaskan Rhea keluar dari kereta.

Tanganya naik menyentuh pipi sendiri. Membulat matanya kerana tidak percaya dengan tindakan Xander yang langsung tidak terduga. Hilang dari rasa terperanjat, terkocoh dia mahu keluar dari kereta. 

“Kirim salam dekat ayah mertua aku tu.” Xander tarik senyuman lebar. Dari jauh, kelibat Datuk Rahim menyapa pandangan matanya. Kalau tidak memikirkan hasratnya mahu menyakiti orang tua itu, tak adanya dia mahu mengotorkan bibir sendiri dari menjamah wajah si anak datuk jahanam itu.

Mendengar kata Xander membuatkan pergerakkan Rhea terhenti. Hanya sebelah sahaja kakinya yang mencecah permukaan tar. Liur yang ditelan terasa kesat bila pandangan matanya jatuh pada raut wajah ayahnya yang sedang memandang dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

Ditoleh pula ke arah Xander. Senyuman yang terukir diwajah lelaki itu membuatkan maruhnya yang selama ini tinggi melangit, jatuh mencecah bumi. Dia rasa terhina!

Patutlah Xander beriaksi pelik. Dia pula sudah menyangkakan yang tidak-tidak. Rupanya lelaki itu ada udang disebalik batu. Bodoh lah dia kerana terpukau dek sikap romantis lelaki itu yang langsung tidak terjangka.

Keluar sahaja dari kereta, sengaja dia menghempas pintu sekuat hati. Biar tercabut sekalipun dia tidak akan peduli. Malangnya lelaki itu bagaikan tidak terkesan dengan sikapnya. Sempat hon dibunyikan sebelum kereta itu berdesup pergi. 

Sedaya upaya ditayang riak wajah biasa. Berharap benar yang ayahnya tidak nampak makhluk di dalam kereta itu tadi. Pagar yang terbuka luas bagaikan memang menanti kehadirannya, dilewati dengan jantung berdegup kencang.

“Lewat balik.” Datuk Rahim menegur. Dibawa tangan memeluk tubuh.

“Bincang pasal kerja, sampai tak sedar dah lewat ayah. Ayah apasal tak tidur lagi?” Disuakan tangan ke arah ayahnya dan dikucup lembut. Segala doa dibaca bagi mengelak dia menjadi mangsa soal jawab lelaki itu.

“Mata ni tak boleh pejam. Siapa yang hantar Rhea balik tadi?”

“Kawan ayah. Rhea masuk dalam dulu la. Dah letih. Ayah pun masuk lah tidur. Tak elok tidur lewat-lewat.” Bernafas sejenak dia bila cara ayahnya bagaikan tidak nampak kelibat Xander tadi. Kali ini bibirnya mengukir senyuman tanpa dipaksa. Rasa lega bila rancangan jahat Xander untuk mengenakannya tidak menjadi.

“Masuk lah dulu. Ayah nak ambil angin kejap.” Dipandang langkah kaki rhea sehingga kelibat itu hilang dari pandangan. Sedetik kemudian, giginya mula diketap kuat. Tangan pula dikepal erat. Terasa mengeletar seluruh tubuhnya melihat apa yang berlaku tadi.

Dia sangkakan Xander sudah hilang dalam hidup anaknya, rupanya lelaki itu masih mahu memporak-perandakan rancangannya. Pedih hatinya melihat tingkah Rhea dan lelaki itu di dalam kereta tadi. Dari jauh dia dapat melihat yang Xander dan Rhea bagaikan berkucupan. Benar-benar membuat hatinya berasa sebal!

Kalaupun tidak nampak wajah, dia masih sihat akal untuk mengingati jenis kereta yang Xander gunakan. Setiap apa yang pemuda itu lakukan, satu pun tidak terlepas dari pemerhatiannya. Cuma dia tidak menyangka, dalam dia berjaga-jaga, Rhea masih berhubung dengan lelaki itu.

Ditarik nafas panjang. Berusaha mengawal perasaan amarah. Difikirannya beberapa rancangan sudah direncana. Tidak boleh tidak, dia harus pisahkan Xander dan Rhea secepat yang mungkin!

Surat Cinta Untuk Di sana : Bab ni x ada apa yang menarik…kot bosan buat-buatlah kata x bosan… hehe…. kalau rajin tinggal-2 kanlah komen…. Sy rajin mmbaca komen… nk balas kena tngok keperkasaan line internet yang sekarang sangatlah bagussss..papai…muahhhhhhhhhhh

12 ulasan:

  1. Tq kakak CR.hari2 kte tnggu nk baca.Hehehe...okey x sbr nk baca next..
    Nak lagi nak lagi..:)

    BalasPadam
  2. Bengong aarrrr bapak dia niiii

    Orang tu dah kaya kot

    BalasPadam
  3. ngeeee benci nye kt datuk rahim tu .. dh xde kje lain ke nk buat, dh tua2 tu pi bwk bertaubat la .. sian xander ngn rhea

    BalasPadam
  4. Tetibe rasa melting dkt xander heheh suka watak hero mcm ni xD

    BalasPadam
  5. Versi cetak bila nk kluar? Tak sabar nk tau ending

    BalasPadam
  6. He..he..he...xander2...suka buat rhea melting....

    BalasPadam
  7. Hahaha...bapak mertua dah masuk line...makin galak laa si Xander...Rhea x tau pa2, kesian, jd mangsa...

    BalasPadam
  8. hahaha... bapak mertua ke kalau macam tu ya... Xander tu sambil menyelam minum air ya.... ambil kesempatan dalam diam tu... hihihi... ada Xander kisah datuk nak marah... yang penting HALAL kan...

    BalasPadam
  9. 1st time bc karya cempaka , only one word I can describe .. AWESOME ❤️

    BalasPadam
  10. sambung lagi please!!!! best la..

    BalasPadam
  11. Cian rhea jd mangsa ,
    Sambung lg best but sad

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)