The incy wincy spider, went up
the water spout
Down came the rain and washed
the spider out
Out came the sun and dried up
all the rain
And the incey wincy spider, went
up the spout again.
Sayup sahaja
suara itu menyapa pendengarannya. Mata yang mahu terbuka, kembali dipejamkan bila
terasa ada jemari halus yang membelai lembut rambutnya.
“Sini
Baby.” Ditepuk perlahan kepala sebelah kirinya. Sesuatu yang melekit
kemudiannya terasa melekat dijemari. Dibawa tangan ke arah wajahnya. Sedaya
upaya digagahkan mata supaya terbuka kembali.
Berkerut
dahinya cuba mengesan apa yang disentuh. Jemarinya cuba didekatkan antara satu
sama lain. Bingkas dia bangun bila sudah dapat mengesan apa yang sedang
disentuh.
“Ya
Allah. Baby buat apa ni?” Sedikit meninggi suaranya. Pantas dia berlari ke arah
cermin bila pandangan matanya cekap menangkap sekotak chewing gum dari jenama wrigley's yang sudah
tersadai di atas lantai. Pembalutnya juga bersepah merata.
Di
pusing kepalanya kiri dan kanan. Berserabut benda bergetah itu, memenuhi
segenap ruang helaian rambutnya. Saat itu jugak dia rasa nak haramkan terus
lagu Incy Wincy Spider dari terus wujud di atas muka bumi!
Kali
ini dia melangkah ke arah Baby yang sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya.
Tanpa sedar, tangannya sudah dibawa mencekak pinggang. Belum sempat dia menghemburkan
amarah, sudah berderai air mata diwajah itu. Sekejap sahaja ruangan yang
tadinya sunyi, dipenuhi tangisan anaknya.
Xander
mengeluh kecil. Dilabuhkan tubuh disebelah anaknya tanpa berniat mahu memujuk. Bukannya
dia tidak kasihan, tetapi sesekali dia perlu jugak bertegas. Mungkin selama ini
anaknya terlalu diberi muka, itu yang dibuat apa sahaja sesuka hati.
“Berapa
kali papa cakap, jangan main chewing gum?” Xander bertanya tegas. Kalau
diikutkan silapnya jugak. Letak benda alah itu merata-rata. Bukan tak pernah anaknya
itu tunjuk bakat kreatif mengunakan chewing gum sebelum ini, sudah selalu…tetapi
tempat ditunjukkan kreativiti itu bukanlah di atas kepalanya!
Tiada
jawapan yang diterima melainkan tangisan yang semakin meninggi. Aduhai..Sudahnya
ditarik juga tubuh anaknya ke dalam pelukan. Diusap belakang tubuh itu lembut.
“I’m so sorry.”
“Lain
kali jangan buat dah. Berdosa tak buat macam ni dekat papa?” Tangan yang mahu
menunjuk kepala sendiri, dijatuhkan semula ke sisi. Tak tergamak membayangkan
apa yang ada di atas kepalanya.
“Berdosa.”
“Dah
tahu berdosa, kenapa buat jugak?” Sedaya upaya dilembutkan suaranya seboleh
yang mungkin.
“Sorry.” Tercebik
bibirnya ketika menuturkan kata itu.
Bila
kali kedua telingan Xander disapa kata yang sama, hati yang panas kembali
menyejuk. Dikesat air mata yang sudah melimpah diwajah itu dengan tangannya.
“Buka
mulut. Papa nak tengok.” Ditekan sedikit kedua belah pipi anaknya. Cuba
mengesan jika ada chewing gum yang ada di dalam mulut itu. Keluhan kelegaan
terhembus bila tiada satu apa pun yang dapat dikesan.
Surat Cinta Untuk
Disana : x beredit lagi…. nanti ada masa baru sy edit balik bab yang
awal2… :)
Alahaiiiiiiii
BalasPadamSehchoheet.......jerrrr
dh.bg kiss n big hug ni.....
ker kiss n big hug to papa xander
baru dpt full n3...... ahaksssss...TQ
Nk lg kak cr
BalasPadampapa sayang baby tu... jangan menanggis lagi ya...
BalasPadamnak lagi...
Ni klau smpi papa kena botak hbs laaa..hlg macho Xander...ekeke
BalasPadam