Hel!O mY DarLing!

Isnin, 14 Julai 2014

Isteri Milik Aku Bab 11






“Siapa datang tu?” Datin Mawar  mengecilkan mata. Cuba diintai tetamu yang galak membunyikan loceng.

“Kejap. Rhea pergi tengok.” Terus dia bangun dan menuju ke arah pintu pagar rumah. Kelibat seorang remaja lelaki, cekap menyapa pandangan matanya.

“Puan Rhea Melati?”

Puan? Rhea sudah berkerut dahi. Kemudian barulah perlahan-lahan kepalanya diangguk. Diintai jambangan rose yang ada dalam pegangan remaja itu.

“Ada kiriman bunga untuk puan.”

Cekap diturunkan tandatangannya pada permukaan kertas yang diserahkan kepadanya. Setelah itu, disambut jambangan bunga yang dihulurkan. Sempat ucapan terima kasih diberi, sebelum pemuda berbangsa cina itu berlalu.

“Siapa bagi bunga tu?” Datuk Rahim sudah berkerut dahi.

“Tak tahu ayah.” Ditayang sengihan lebar. Sejambak besar bunga ros yang ada ditangan, dibawa mendekat ke arah hidung. Dihidu aroma wangi yang terbit, dari bunga kegemarannya itu.

“Itu kad ada. Tengok lah.” Datin Mawar menyampuk. Tidak senang hatinya melihat bunga ditangan anaknya itu. Risau jika Rhea terlupa dengan status yang masih disandang sekarang.

Mendengar kata uminya, pantas Rhea menarik sikit jambakan bunga bagi mencari kad seperti yang dikata.

Membulat matanya membaca perkataan yang terukir pada bahagian dalam permukaan kad. Xander Arjuna! hanya itu sahaja perkataannya. Tiada yang lain....

Kaki sudah mula terasa kebas. Perut juga seperti mahu naik kejung. Ya Allah...Entah apa lagilah yang Xander nak buat.

Dibuang pandang ke arah ayah dan uminya yang masih menanti jawapan. Entah apa motif xander menghantar jambangan bunga itu ke rumahnya. Kalau mahu membuatkan dia gelisah di hadapan kedua orang tuanya itu, rasanya Xander sudah berjaya!

“Siapa bagi?”

Garau suara ayahnya membuatkan dia semakin berdebar. Teragak-agak dia mahu membuka mulut.

“Kawan Rhea ayah.” Sedaya upaya dia cuba menceriakan wajah. Cuba menyembunyikan getar yang mula bertandang.

“Bagus lah tu.” Datuk Rahim ukir senyuman lebar. Sungguh dia berpuas hati kalau ada orang lain yang berminat dengan anak kesayangannya. Kalau boleh, secepat yang mungkin dia mahu mengusir Xander dari kehidupan Rhea.

“Apa yang bagusnya? Kalau rasa nak tempah neraka awal, buat lah. Ingat sikit yang Rhea tu masih isteri orang.” Datin Mawar berkata sedikit tegas. Selagi ikatan antara Rhea dengan Xander masih ada, selagi itulah dia tidak mampu untuk bertenang. Dahulu dia pernah menjadi wanita lemah yang hanya akur pada kemahuan sang suami.

            Menunduk pasrah, kononnya mahu menjadi isteri mithali, tetapi rasa puas yang dicari langsung tidak pernah menjengah. Entah sudah berapa banyak dosa yang dikarang demi melunaskan kemahuan suaminya sendiri.

            Perit hatinya, bila dia terpaksa mengakui…dialah salah seorang yang terlibat dalam meruntuhkan rumahtangga anak sendiri!

            Terkedu Rhea mendengar kata-kata uminya. Bicara wanita itu saling tak tumpah, sama seperti Farah. Sedikit berkecil hati dia dengan kata-kata itu. Sepatutnya, wanita itu lebih memahami dirinya. Apa yang terjadi dulu, bukan salah dia. Semuanya salah Xander! Kenapa sekarang, dia pula yang dihukum?

            “Awak jangan nak ajar Rhea, Mawar. Dia bukannya budak-budak. Tahulah dia nak atur hidup sendiri.”  Nada Datuk Rahim sedikit meninggi. Cawan yang baru sahaja diangkat, kemudiannya dihempas pada permukaan piring. Terus dia bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang sebal.

            “Rhea tak suka lah umi bergaduh dengan ayah pasal hal kecil macam ni.” Tubuh uminya dihampiri. Memang dia terasa hati tadi, tetapi melihat pertelingkahan yang baru tercetus, membuatkan hatinya tidak dapat bertenang.

            “Siapa cakap hal kecil?” Datin Mawar bertanya lembut. Diusap bahu Rhea yang sudah melabuhkan tubuh disisinya.

            “Umi tak nak Rhea buat silap untuk kali kedua. Kali ini, umi nak Rhea ikut kata hati sendiri. Jangan dengar cakap orang lain. Umi tahu anak umi dah besar. Dah boleh menilai mana baik, mana pulak yang buruk.” Sengaja dihantar kiasan serupa itu. Berharap benar Rhea mampu memahami. Untuk berterus terang, dia belum cukup kuat. Tidak yakin yang Rhea mampu berlapang dada menerima berita sebesar itu.

            “Umi jangan risau. Nanti pandai-pandailah Rhea selesaikan sendiri.”

            Mengeluh kecewa Datin Mawar setelah mendengar kata-kata itu. Nampaknya, Rhea masih belum sedar dengan apa yang mahu dia sampaikan.  



            Ditarik nafas sepanjang yang boleh, cuba menenangkan diri yang dihambat rasa gemuruh. Setelah rasa itu sedikit mereda, barulah disentuh beberapa nombor pada permukaan skrin.

            Jantungnya kembali berdegup kencang. Terasa begitu kuat menghentam dada. Baru sekali deringan berbunyi, kalut dia mematikan semula talian.  Diketap bibir bagi meredakan rasa tidak menentu.

            “Be strong Rhea. You can do it!” Tangan dikepal. Setelah itu sekali lagi dia menghubungi nombor yang sama. Kali ini, apa nak jadi, jadilah!

            “Hello.”

            Sepatah bicara itu terus membuatkan mulutnya terkunci. Terkumit-kumit dia cuba menuturkan kata. Dah sudah! Dia rasa macam nak sahaja disepak mulutnya sekuat hati.

            “Kalau kau rasa nak buang masa aku, baik kau jangan call Rhea. Aku ada banyak lagi kerja nak buat.”

            Rhea terkedu. Terus skrin handsetnya ditatap. Ilmu apa yang lelaki itu tuntut? Hilang dari rasa terperanjat, barulah didekatkan kembali handset ke telinga.

            “What are you trying to do Xander?” Terus sahaja dihantar pertanyaan yang galak bermain di dalam fikirannya. Tumpang keberanian itu ada, lebih baik dia cepat. Risau jika dia kembali menjadi sang pembisu.

            “Aku buat apa?” Tak bersalah pertanyaan itu keluar dari bibir Xander.

            “Tak payah nak berlakon sangat lah. Bunga ni… Apa maksud kau?”

            “Sejak bila timbul hukum, suami tak boleh bagi bunga dekat isteri sendiri? Ke aku yang silap tuntut ilmu?” Xander ketawa menyindir.

            “Stop being ridiculous Xander!” Rhea sudah mula membentak. Sakit hatinya, bila disapa ketawa penuh sindiran dari lelaki itu. Dia sudah agak. Bercakap dengan lelaki itu bakal membuang masanya sahaja.

            “Which part yang kau rasa 'ridiculous' sangat tu?”  

            “Flower... and everything yang kau cuba buat sekarang.”  

            “Aku cuba buat apa? hemm?” Xander bertanya tenang. Cuba menguji kesabaran Rhea yang dia yakin bakal hilang sekejap sahaja lagi.

            Rhea mati kata. Otaknya sedaya upaya dikerah bagi mencari kesalahan yang Xander sedang lakukan. Masalahnya... tak ada! Melainkan kesalahan lelaki itu beberapa tahun dahulu. Kembali marahnya meledak.

            “You cheated on me!”

            “Oh God. Tolong lah jangan jadi budak-budak sangat Rhea. Dah cukup baik kalau aku tak kata kau tu isteri derhaka.”

            Pap! Rhea rasa pipinya bagaikan ditampar kuat. Pedih terasa sampai ke hulu hati. Kenapa semua orang mahu letakkan kesalahan di atas bahunya? Mula-mula Farah. Lepas itu uminya. Dan sekarang, Xander.

            “Kau tu pulak suami apa? Tak payah kata aku derhaka, kalau kau pun tak sebaik mana.” Terbayang di matanya kejadian bertahun dahulu. Sepantas kilat juga dia cuba membuang bayang-bayang itu sejauh mungkin. Tidak mahu menambah lagi, rasa perit dalam hatinya.

            “Jadi sesuai lah kita kan? So apa masalahnya sekarang?”

            Rhea mendengus kasar. Entah mengapa dia terasa rindukan Xander yang lama. Yang bercakap hanya apabila perlu. Yang suka tersenyum sebagai peganti jawapan. Bukannya Xander yang sekarang. Yang lidahnya lebih berbisa dari sang tedung!

            “Please Xander. Tolong jauhkan diri kau dari aku.” Kali ini nadanya lebih kepada merayu. Itupun disebabkan dia terdesak. Kalau tidak, tak adanya dia sanggup merendahkan ego di hadapan lelaki itu.

            “Apa yang aku dapat, kalau aku ikut cakap kau?” Xander ketawa galak. Sengaja mahu menyakitkan hati Rhea.

            “Nothing Xander! Nothing!” Terjerit dia sebelum terus menamatkan perbualan. Payah kalau cakap dengan orang gila!

Surat Cinta Untuk Di sana : Kalo sudi..tinggalkan lah komen.. ahaks… papai…muahhh



21 ulasan:

  1. Dlm hati ckp aku rindu mulut ckp i hate you

    BalasPadam
  2. Eleh rhea...xmo xander konon.....-jumay jue

    BalasPadam
  3. Skrg marah2 la rhea..nnt mula lah kekeke ;-)

    BalasPadam
  4. I tahu nape xander jadi cengitu.. He wants her back.. Ego kena tinggi sikit.. Tak gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee kita pun rasa begitu. Hihi mulut kata benci hati kata sayang.. Auwww!

      Padam
  5. Jln cerita yg semakin menarik

    BalasPadam
  6. Pendekny. Buatla bia rhea tau hal yg sbenar n then her turns to beg her husband.

    BalasPadam
  7. Buatlah part ada penyesalan dlm diri xander dan sedar dia masih sayang rhea wlaupun silap rhea menuduh tanpa selidik dulu. Heheh.. Semakin menarik...thumbs up!

    BalasPadam
  8. Seronoknya dpt baca lagi.makin lama makin tak sabar nak tnggu..xsbr nk baca part sweet2 dorng.hehehe

    BalasPadam
  9. nk lg...pendek sgt

    BalasPadam
  10. Rhea cuba buka minda tu kenapa ramai yg cakap u yang salah... hanya Datuk x sedar diri ja yg cakap u yang betul... dan cek hati tu masih sayang kan...

    BalasPadam
  11. 'Xander yg suke tersenyum pengganti jwpn'????
    oh maiii...mesti la rhea akan cair je...
    same mcm tukang bace ni...

    BalasPadam
  12. Best !! Tapi plz tolong panjankn lagi!! Pendek sgt tak puas nk baca..gud story

    BalasPadam
  13. Aah nk pnjng2.hehehe..kalau ad entri baru hari2 pn best..tq akak cr :)

    BalasPadam
  14. Nak lagi :( post hari hari boleh dak ?? Hehe.. Akak are the best !!! Love you sis :*
    -nuriman-

    BalasPadam
  15. nakkk lagi .. agk2 bila la boleh baca puas2 dan peluk ketat2 hehee..
    Next N3 please xpuas baca pendek sg. :) . lelaki biasa la ego mesti tinggi padahal xander tue pon nk Rhea balik .

    BalasPadam
  16. Rindunya kat dorg .. sbr menanti kisah dorg jadi seketul buku .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul,ttp bersabar smpai isteri milik aku ni dijadikan sebuah novel

      Padam
  17. Dulu2 sllu bca citer nie...skrg dh xingt jln citer dh..kne bca balik nie

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)