Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 21 Februari 2014

jajan's BERCINTA UNTUK DICINTA BAB 3



"Zyll." Sara memanggil perlahan. Bersinar matanya merenung wajah comel itu. Diangkat tubuh montel si kecil dan dibawa ke dalam dakapannya. Terus tubuh itu dipeluk erat.

Zyll mengeluh. Sesak nafas melihat tingkah Sara yang nampak begitu teruja. Bukan dia benci...Sungguh tidak! cuma dia rimas. Tidak selesa melihat si kecil yang merengek-rengek manja.

"Nanti Sara nak ada anak secomel ni." Dilabuhkan kucupan bertalu-talu pada pipi tembam itu.

"Tak takut....." Tangan dibawa turun naik menunjuk ke arah tubuh wanita kesayangannya.

"Bentuk badan berubah?" Sara bertanya. Tersadai senyuman manis pada bibirnya. Dia tak pernah takut. Rasanya Zyll sedar tentang itu. Sudah berpuluh kali hint diberi yang dia mahukan anak. Tetapi lelaki itu sentiasa mengelak setiap kali perkara itu ditimbulkan.

"Yup." Oh God! dia langsung tak boleh bayang kalau Sara mengandung. Whoo!

"Nope. Buat apa nak takut. Fitness center berlambak-lambak dekat luar. Register and done... Selesai masalah." Argh...Fikirannya tidaklah sekusut Zyll yang sudah jauh berfikir sesuatu yang belum pasti terjadi. Rasanya banyak saja wanita dekat luar sana yang berjaya kekalkan berat badan selepas bersalin. Hanya lelaki itu sahaja yang paranoid!

Khamis, 20 Februari 2014

Bercinta Untuk Dicinta Bab 2




            “Apasal?” Zyll jongket kening. Pelik melihat tingkah Sara yang memandangnya tanpa berkedip. Air yang masih menitis dari rambut dikesat dengan tangan sambil mata masih belum berkalih pandang dari melihat wajah itu.

            “Saja.” Sara ketap bibir. Menahan senyum dari terukir pada wajah.

            “Saja?” Zyll mendekat. Tidak berpuas hati dengan jawapan Sara. Tengok dia macam nak telan. Mustahil saja!

            Sara tahan nafas. Gila! jantungnya sudah berdegup kencang. Semput nafas melihat makhluk tuhan seseksi itu di hadapan mata. Air yang membelai tapak kakinya semakin kuat dikocak. Cuba menengkan kembali hati yang tak tenteram.

            “Nak jadi mermaid ke apa tu?” Dipaut tubuh Sara. Berusaha menahan diri dari tenggelam.

            “Kalau mermaid yang cantik..Why not..”

            “And hot..of course…” Zyll tukang menyambung. Dikaut air dengan tangan kanan dan dipercik sedikit pada wajah itu sebelum dia kembali memaut pinggang ramping itu dengan erat.

            “Jangan lah. Kang kalau Sara jatuh macam mana?” Tangan Zyll yang memaut pinggangnya ditolak lembut. Bukannya lelaki itu tidak tahu yang dia bukannya tahu berenang. Silap langkah tersadai ke dasar kolam pulak dia nanti.

            “Lagi bagus. Sara nak jatuh sekarang ke nanti?” Zyll galak mengusik. Ditarik-tarik kaki itu masuk ke dalam kolam.

            “Zyll.” Bahu itu ditampar lembut. Tak tahan diusik.

            “Rugilah. Baru cadang nak bagi free CPR.” Zyll galak ketawa bila Sara cuba menekan wajahnya masuk kembali ke dalam air.

            “Tak hadap lah free CPR tu.” Sara sedikit berlagak. Tapi sesaat cuma sebelum tubuhnya sudah terhumban masuk ke dalam kolam. Dia mula gelabah. Tenggelam timbul dia cuba menyelamatkan diri.

            “Orang nak ajar berenang tak nak.” Zyll tergelak. Disambar tubuh itu. Rambut Sara yang menutupi wajah disebak ke belakang. Tercungap-cungap wanita itu cuba bernafas.

            “Isk dia ni. Nak bunuh orang ke apa?” Sara panas hati. Ditolak tubuh itu menjauh. Hampir terbang melayang nafasnya dek kerana terperanjat. Kalau selalu macam ini.. Boleh ‘jalan’ awal dia!

            “Nak Zyll lepas balik ke apa ni?” Zyll mahu mengusik. Cuba dilepaskan tubuh itu kembali. Dia kemudiannya ketawa kemenangan bila terasa pautan Sara pada lehernya semakin erat. Tahu takut!

            “Zyll. Sara baru saja mandi tadi.”

            “Tadi mandi sorang. Ni mandi berdua. “

            Sara rasa mahu pitam mendengar kata-kata itu. Aduhai. Rasanya lelaki itu memang tanam ladang tebu di dalam mulut!

            “Jom belajar berenang.” Sengaja ditarik tubuh itu ke tengah kolam. Mahu mengelak Sara dari melarikan diri.

            “Tak nak lah. Sara banyak kerja nak kena buat.” Rasanya darah sudah tersejat habis dari tubuh. Sungguh dia gementar. Sesekali dia cuba mengintai ke bawah. Nampak membiru sahaja warna mamar yang ‘membalut’ permukaan kolam. Dan itu mungkin bakal menjadi ‘kubur’ kalau dia tersilap langkah. Semakin erat dia memeluk tubuh itu. Risau…Buatnya Zyll buat gila, mahu terbenam ke dasar kolam dia nanti.

            “Kerja apa? Berangan dekat depan tv?” Zyll sindir tajam.

            “Kerja jugak tu kan?” Sara tidak mahu beralah.

            “Sara..”

            “Fine. Tapi sekejap saja tau.” Dia menoleh ke kiri dan kanan. Cuba mengangak jarak kalau dia mahu ke ‘tebing.’ Okey! Baik lupakan. Tengok jarak, mahu kembung perut terlebih sukatan air pulak dia nanti!

            “Tarik nafas.”

            “Nak tarik macam mana? Sesak nafas dah ni kena peluk.” Sara hantar protes. Entah siapalah punya sifu yang perturunkan ilmu ajaran sesat itu kepada Zyll. Tak logik betul ajar berenang ditengah kolam!

            “Pelukkan ni vitamin percuma. Cpr dah tolak. Vitamin ni kalau tolak jugak rugilah.”

            “Zyll..Kalau Sara dah pandai berenang. Vitamin ni Sara dah tak layan.” Tangan dilepaskan dari memaut tubuh itu. Yakin yang Zyll tak akan melepaskan tubuhnya. Mata dipejam rapat. Sedetik kemudian, dia terasa tubuhnya ditarik.

            “Sara. Naik baliklah dekat atas.”

            “Kata nak ajar Sara berenang…” Sara mengumam dengan mata yang terpejam. Yes! taktiknya berjaya.

            “Tak payahlah.”

            “Pulak?” Sara kerutkan dahi berpura-pura kehairanan.

            “Zyll suka bagi vitamin. Kalau Sara tak nak, sapa yang nak habiskan? Nak Zyll cari ‘honey’ yang lain ke?”

            “Kalau rasa macam dah lama sangat hidup, pergilah cari. Sekali dengan ‘honey-honey’ tu Sara kapak!” Dia menjeling tajam. Sentap hati betul kalau dengar lawak jenaka versi madu lebah, madu tebuan segala-bala tu!

            “Nak cari macam mana? Tak sempat cari lagi mak tebuan dah bersarang dekat pinggang... Sakit sayang oii.” Ditepis sedikit jemari runcing wanita itu dari berterusan hinggap pada pinggangnya.

            “Gatal lagi.”

            “Itu bukannya gatal. Itu namanya pandai merebut peluang.” Zyll masih belum puas mengusik walaupun dia sudah menerima ‘habuan’ sebentar tadi.

            “Pandai lah sangat!” Tubuhnya cuba diampu pada permukaan tepi kolam. Dilonjak kuat. Malangnya dia menjunam kembali ke dalam kolam.

            “Zyll. Please..” Dia menoleh kebelakang. Sengaja ditayang wajah polos. Kalau macam ini gayanya, mahu berkampung halaman terus dia dalam air.

            “Please saja? Hadiahnya mana?” Didekatkan wajah ke arah Sara. Menanti ‘hadiah.’ Tersenyum lebar dia bila mana berlabuh kucupan itu pada pipinya.

            “Zyll. Gillette ada banyak Sara beli. Serabut sangat dah Sara tengok.” Jarinya dibawa menjelajah pipi itu. Memang diakui Zyll akan nampak kacak dalam keadaan tidak terurus seperti itu, cuma dia kurang suka. Sakit tangan mahu membelai.

            “Kejap lagi lah. Dah…Jom naik.” Diraih tubuh itu sebelum dilonjakkan naik ke atas.

            “Eh, dah sudah ke?” Wajah Zyll dipandang. Pelik melihat lelaki itu sudah melangkah keluar dari dalam kolam. Selalunya lelaki itu boleh berendam hampir dua jam di dalam air. Ini rasanya tak sampai pun sejam.

            “Yup.” Ringkas Zyll menjawab. Tuala yang dihulurkan oleh Sara disambut.

            “Tsk..Basah habis dah.” Sara sedikit mengumam. Dilurut air dari bajunya sebelum dipulas kuat. Mahu mengurangkan sedikit air sebelum dia masuk ke dalam rumah. Kalau tidak, jadi satu kerja pula dia nak kena ‘mengemop’ lantai.  

            “Alah bukannya tak boleh kering. Tanggal jelah baju tu dulu.” Zyll berkata sedikit nakal.

            “Malas nak layan.” Sara menjeling. Cakap tak agak-agak!

            “Sara malas sudah lah. Tapi Zyll rajin nak melayan.” Ditarik tangan itu mendekat. Tuala yang ada ditangan dibawa mengesat rambut Sara yang kebasahan. Sesekali dia mengirai rambut itu dengan tangan.

            “Zyll..” Sara memanggil lembut. Digigit jari telunjuk.

            “Nak goda ke apa tu?” Zyll mula mengedik.

            “Bukan lah.” Pantas Sara menjauh. Tak terlayan dia dengan kerenah lelaki itu. Dari dulu nakalnya tak pernah berubah.

            “Habis itu?”

            “Sara nak pergi Sentosa boleh?” Bersinar matanya menyebut nama tempat itu. Kerinduan mula mengebu di hati bila teringatkan wajah-wajah comel yang sudah beberapa minggu tidak dipandang.

            Zyll sedikit mengeluh. Bukannya dia tidak mahu, tetapi dia rimas. Pergi ke tempat sebegitu membuatkan dia sesak nafas. Tak tahan mendengar jerit pekik kanak-kanak yang ada.

            “Boleh tak?” Sara kembali mendekat. Diraih tangan lelaki itu dan dibawa ke wajahnya.

            “Sure.” Zyll berkata perlahan. Tidak mampu menolak bila Sara mula beraksi bagaikan kucing yang mintak dibelai.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Yuhuu…cuba komen sikit…tonik utk sy merajinkan diri.. ;)

Ahad, 16 Februari 2014

Isteri Milik Aku Jajans Bab 1




LIUR yang ditelan terasa kesat. Tergeleng kepalanya melihat permandangan di hadapan mata. Sebu terasa perut bila melihat kerakusan makhluk dihadapannya. Gila!
           
“Kau apasal M?” Faliq sudah berkerut dahi. Pelik melihat tingkah sahabatnya yang kelihatan nampak semacam.
           
“Kau tengok tu.” M muncungkan bibir. Itu kalaulah adik dia. Sudah yakin pasti makan penampar cap kapak. Gelojoh!
           
“Mak aii. Macam tak makan setahun.” Faliq turut kagum.
           
“Kau tahu, tak apa.” Dibuang pandang ke arah hidangan yang terhidang dihadapan matanya. Tak banyak ‘isi kandungan’ steamboat yang diambil. Itupun dia sudah terasa sengkak. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia tanggalkan butang seluarnya satu. Bagi perut yang terkejut menerima ‘hantaran’ dapat bernafas dengan jayanya.
           
Tapi perempuan nun dihadapan sana…Ya Allah…Makan tak ingat dunia. Badan tak adalah besar sangat. Sedang-sedang saja. Tapi gaya makannya mengalahkan…Fuhh! tak tahu dia nak cakap macam mana.
           
“Dia tengok..Dia tengok..” Kalut Faliq berkata. Tidak mahu intipannya dan M dikesan bila jelas pandangan perempuan itu menyilau memandang ke arah mereka berdua.
           
“Biarlah. Kita bukan buat salah pun.” Selamba M berkata. Tercebik sedikit bibirnya bila ‘si rakus’ itu mengangkat chopstick di tangan dan ditalakan ke arahnya. Isyarat mahu mencucuk mata!
           
Aure bengang. Air mata yang menitis dikesat dengan hujung jari. Tengah dia panas hati macam ini lah ada makhluk yang sengaja nak membarakan lagi kepanasannya.

Chopstik yang digunakan untuk mengepit segala suku sakat hidupan laut diletakkan ke sisi. Garfu dicapai. Dicucuk udang sebelum dimasukkan ke dalam pinggan. Sambil mencucuk dia sengaja membayangkan wajah Zackry. Jantan keparat itu memang tak boleh diguna pakai. Ingat dia ni apa? Sayur layu dekat pasar ke? Time segar pandang sayang. Bila layu ditendang melayang!

 Hidung yang terasa gatal ditonyoh dengan tangan. Terngiang-ngiang lagi bicara lelaki itu semasa mahu memutuskan hubungan mereka. ‘Kita tak setaraf Aure. Mama I tak suka dekat you.’…

Ewah…Sebelum ini baik je si Auntie Fatimah tu melayan dia. Tak ada pun main kira pangkat harta segala mak neka. Kenapa sekarang baru timbul isu taraf segala-bala tu? Dalam benaknya tak ada lain. Pasti lelaki itu sengaja mereka alasan bagi melepaskan diri.

Surat Cinta Untuk Disana : Ini sama macam si cerita Zyll dgn Sara..Dah lama terperuk dalam ‘peti’… Tapi baru ada kerajinan nak memunggah balik segala harta karun yang ada… Kisah ni kisah biasa…Lelaki kampung bertemu dengan budak bandar yang bukannya dr keturunan kaya.. Hafs Elmi (M) Hawa Aure (AURE)  



Rabu, 12 Februari 2014

Bercinta Untuk Dicinta Bab 1




            Bibirnya yang munggil sedikit terbuka menikmati panorama indah di hadapan mata. Semilar angin yang sesekali membelai pipi membuatkan dia terasa damai. Setiap hari dia melakukan perkara sama. Tetapi rasa jemu langsung tidak pernah menjengah hati. 

            “Sara.” Panggilan lembut yang menyapa pendengaran melahirkan senyuman dibibir. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh ke belakang. Sebuah kucupan hinggap pada wajah lelaki di hadapannya.

            “Morning sayang.” Zyll tersengih lebar. Gembira menerima ‘hadiah’ di pagi hari. Tangannya cekap menjalankan tugas. Rambut yang sedikit menutupi wajah itu disebak ke belakang. Pipi yang memerah dikucup lembut.  

            “Morning.” Ucapan itu dibalas sebelum dia kembali memusingkan tubuh. Mahu berterusan mengadap permandangan matahari terbit.

            “Tak sejuk ke?” Tangan dibawa memeluk tubuh itu erat. Sementara dagunya dilabuhkan pada bahu Sara yang sedikit terdedah. Sesekali kucupan hangat hinggap pada bahu itu.

            “Nak sejuk apa. Dah ada ‘pemanas’ dekat belakang. Sara berkata nakal.

            “Pemanas ni harga dia mahal. Sara mampu ke nak bayar?” Zyll jongket kening.

            “Duit Sara tak ada. Tapi kasih sayang Sara ada banyak. Zyll nak ke kalau Sara bayar harga pemanas tu dengan kasih sayang Sara?” Sara tergelak kecil bila Zyll galak mengangguk.

            “To up sekali dengan lovey dovey tu.” Zyll mengusik.

            “Yang itu tak boleh. Harga dia mahal. Takut Zyll tak mampu nak bayar.” Disiku lembut dada lelaki itu. Berniat mahu mengusik. Manja lelaki itu dari dulu tidak pernah berubah. Masih sama walaupun usia perhubungan mereka sudah mencecah dua tahun.

            “Kalau bayar dengan ini?” Poket diraba. Dikeluarkan bekas baldu bewarna biru dari poket seluar. Kemudian bekas kecil itu dibuka dan dilayang dihadapan mata kekasih hati. 

            Sara tergamam. Terdiam kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat. Setelah hilang dari rasa terperanjat, dia terjerit kecil. Pantas tubuh dipusing dan terus dipeluk tubuh Zyll dengan erat. Gembira melihat apa yang terpampang dihadapan matanya.

            “I love you…I love you….” Bertalu-talu kucupan menjengah wajah Zyll. Kegembiraannya tidak tahu bagaimana harus diungkap. 

            “I love you too honey.” Kembang hatinya melihat keceriaan yang terukir pada wajah itu.

            “Mana Zyll tahu?” Jemarinya dibiarkan ditarik oleh jemari kasar lelaki itu. Terharu menjengah bila Zyll mengaitkan jemari mereka dan dikucup lembut. Dia tidak pernah hadap harta lelaki itu…Tapi cincin yang baru tersarung di jari manisnya itu lain…Ada significant tersendiri…

Terlepas sahaja pautan tangannya dari genggaman lelaki itu, terus dia menaikkan tangannya. Pantulan cahaya pagi yang menyimbah, membuatkan cincin yang tersarung dijarinya kelihatan bersinar.

            “Zyll baca dalam diari.”

            “Zyll buka diari Sara ye?” Matanya yang bundar sedikit membulat mendengar kata-kata itu.

            “Mestilah.” Tak bersalah kata-kata itu terluah. Tahu yang amarah itu hanyalah bicara manja. Bukannya wanita itu tidak tahu yang dia memang suka ‘menceroboh.’ 

            “Nasib baik buka. Bolehlah dapat cincin ni.” Sara berkata nakal. Gembira kerana ‘status’ perhubungan mereka sudah naik ke satu takah. Sudah puas dia menghantar isyarat yang dia mahukan sesuatu yang pasti dalam perhubungan mereka. Mujurlah lelaki itu faham apa mahunya.

            “Suka?” Zyll bertanya lembut.

            “Of course. Thanks.” Diusap lengan sasa itu. Senyuman bagaikan tidak mahu hilang dari wajahnya.

“Sara..” Redup pandangan matanya. Menghantar isyarat yang hanya mereka berdua fahami. Gelisah bila Sara mula beriaksi nakal.

            Jemari Zyll kembali dikait. Ditarik tangan itu mengikut langkah kakinya. Sesekali senyuman melebar diwajah bila mengenangkan kegembiraan yang mula menyapa hatinya.


            “ORANGE juice and oatmeal bread. Cukup?” Bila melihat anggukkan Zyll pantas dia mengeluh lega. Mujurlah hari ini lelaki itu tidak banyak kerenah.

            “Lebih dari cukup.” Ditarik tubuh itu jatuh ke dalam pelukkannya. Disambar sepotong roti dan didekatkan pada bibir basah wanita itu. Kemudian bakinya disumbat masuk ke dalam mulut.

            “Zyll. Kita pergi bercuti nak? Sara bosan lah duduk rumah je.” Sesekali terbit juga perasaan kesal di hatinya kerana sanggup mengikut permintaan lelaki itu untuk berhenti kerja. Tetapi bila mengenangkan kebahagian yang sentiasa menemani harinya, perasaan itu padam dengan sendiri.

            “Nak pergi mana?” Semakin erat dia membelit pinggang ramping Sara. Sudah bertahun, tetapi tubuh itu masih sama. Langsung tidak pernah berubah.

            “Mana-mana jelah. Asalkan kita boleh habiskan masa berdua.” Kepala ditoleh sedikit ke belakang. Mencari raut wajah lelaki kesayangannya.

            “Sekarang ni bukan kita tengah habiskan masa berdua ke?” Dia tersengih nakal.

            “Zyll..” Sara tarik muka. Muncung bibirnya mendengar kata-kata lelaki itu. Sengaja buat tak faham lah tu!

            “ Okey. Nanti kalau ada masa Zyll ambil cuti kita pergi mana saja tempat yang Sara nak.”

            “Jangan nak mungkir pulak. Nanti Sara tuntut janji tu.” Tangan disangkut pada bahu itu dan dipeluk erat. 

            “Pernah ke Zyll tak tunai janji?” Bila melihat gelengan wanita itu, dia kembali tersenyum.

            “Tahu pun.” Hidung Sara ditarik sedikit sebelum ditolak lembut tubuh itu dari ribanya. Badan yang terasa melekit mahu disegarkan segera. Sudah terbayang kedinginan air kolam menyapa tubuh sasanya.

            “Nak pergi mana ni?” Sara bertanya sedikit terpingga-pingga. Perlahan-lahan diangkat tubuh dari pangkuan lelaki itu.

            “Swim. Nak join?” Bahu dijongket sedikit bila Sara mencebikkan bibir tanda tidak sudi. T-shirt plain bewarna putih yang tersarung pada tubuh ditanggalkan. Dicampak lembut ke arah Sara. Sengaja mahu memanaskan hati itu.

            “Zyll Asyraff…” Sara memanggil sedikit bengang.

            “Orang bagi aroma kasih sayang pun tak nak.” Terkekeh dia ketawa bila melihat Sara menayang penumbuk. Langsung tidak terkesan dengan tingkah wanita itu. Sesekali bibir dimuncungkan.

            “Aroma orang tak mandi. Bukannya wangi pun!” Sara turut ketawa kemudiannya. Tak tahan melihat wajah gedik Zyll.

            “Orang tak mandi ni lah tadi Sara peluk.” Sempat kucupan hinggap pada pipi itu sebelum dia berlalu dengan tawa yang masih bermain dibibir. Seronok dapat mengusik.

            Sara yang mendengar kata-kata itu terasa membahang wajah. Dikutip baju Zyll yang terdampar di atas lantai dan didekatkan pada wajah. Kesan bauan minyak wangi yang bersisa dibaju itu menghadirkan satu perasaan asing pada dirinya. Sungguh dia suka!

            “Sayang.. Tuan baju tu masih ada dekat sini.” Zyll yang kembali berpatah balik mahu mengambil sebotol mineral menegur.

            Sara terkedu. Pantas dibaling kembali baju itu kepada Zyll. Tindakan reflaks akibat terperanjat kerana ditegur secara tiba-tiba. Juga kerana malu perbuatannya ditangkap!

            “Untunglah kau baju…Ada orang sudi cium..” Mata dikenyit nakal. Seronok mahu membuatkan wajah itu membahang. Sebotol mineral water yang ada di atas meja disambar sebelum dia menapak ke arah Sara. 

            “Eh..Tolong sikit. Bila masanya orang cium baju tu?” Sara tayang wajah tak bersalah.

            “Habis tu tadi buat apa? Ambil baju buat kesat peluh ke?” Sengaja dilanggar sedikit bahu itu sebelum dia berlalu pergi. Sebelum itu sempat dihadiahkan flying kiss.

            Hilang sahaja Zyll dari pandangan, dia kembali mencapai baju itu dan dibawa ke arah bilik laundry. Terus dimasukkan baju itu ke dalam mesin. Tidak mahu lagi melakukan aksi menghidu kerana bimbang tertangkap buat kali kedua.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Ingat lagi tak cerpen ni? KERANA CINTAKU UNTUK-NYA… Tapi saya tukar tajuk ke BERCINTA UNTUK DICINTA. Mana2 yang pernah baca cerpen mesti dah taukan jalan cerita? Ini sy mula balik dari awal. Bercadang nk jadikan novel…Nak menaip SUA idea x nak datang2… itu yg ketuk kisah ni dulu….Papai….muahhhh