Hel!O mY DarLing!

Selasa, 28 Mei 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 16



            Tubuh April yang semakin hari semakin montok di di belai-belai. Rancangan television langsung tidak menarik hatinya. Ingin mengemas rumah, tiada apa yang boleh di kemas. Ingin bersembang, mana dia kenal jiran-jiran, selain Kak Senah kipochi sebelah rumah yang selalu mencari pasal dengannya.

            Kalau kenal pun, hanya budak-budak kaki lepak dekat bawah apartment. Itupun pagi-pagi macam ni bukannya nak ada orang. Lagi matahari tak terpacak atas kepala lagi itulah tak bangun tidur.

          “Isyy tensionnya. Mummy nak buat apa ni April?” Wajah April yang terlangut-langut memandangnya di renung. Jam di dinding di jengah. Baru pukul enam lebih. Dia memang selalu macam itu. Lepas subuh jarang dia dapat tidur semula, melainkan dia benar-benar keletihan.

            Apa nak buat ye? Dagunya di ketuk-ketuk dengan hujung jari. Wajah yang bosan bertukar riak secara tiba-tiba bila dia sudah dapat ilham ingin melakukan apa bagi menghilangkan kebosanan yang melanda. Butang talifon di tekan.

            “Hello Kak Ina, Jom kita joging nak?” Laju dia bertanya bila panggilannya di jawab oleh orang sebelah sana.

            “Apa? letih? Alah jomlah temankan kejap. Boleh satu round pun jadilah.”

            “Hemm,, tak apalah kalau macam tu, Yuyu tanya abang aje lah.”

            “Tak marah. Ok lah. Bye.” Tersandar Yuyu di sofa. Carina tak dapat menemaninya. Ingin talifon Camarul seperti yang dia katakan? Baik lupakan sahaja. Abangnya dengan senaman bagai buah durian cuba dikacuk dengan buah ciku. Tak ngam.

            “Joging sorang-sorang aje lah. Apa susah.” Pantas dia bangun. Terlompat April yang berada di atas riba dek tindakan tiba-tibanya.
          
 ..................
       
     Peluh yang merinik di dahi di kesat dengan tuala kecil yang tergantung di bahu. Hampir setengah jam dia mengelilingi kawasan riadah yang terletak berhampiran apartmentnya. Cuaca agak redup. Mungkin sekejap lagi hujan akan turun.

            Kerusi yang kosong mengadap tasik di hampiri. Angin yang sesekali bertiup membuatkan dia terasa damai. Inilah kali pertama dia kembali melakukan aktiviti kegemarannya pada hujung minggu selepas terlibat dalam ‘kemalangan’ tragik itu.

            Earphone di keluarkan dari telinga. Mp3 yang berada di dalam poket seluar di keluarkan dan di tutup. Dia bangun dan melakukan pergerakkan kecil bagi menghilangkan lenguh di badan. Badannya yang sudah lama tidak bergerak cergas terasa segar.

            Jam di tangan baru menunjukkan pukul tujuh pagi. Masih awal untuk pulang. Setelah letihnya beransur hilang sekali lagi dia mula mengatur langkah. Cadangnya selepas berjoging dia ingin terus ke kedai makan.

..............................
     
       Yuyu menahan semput. Sudah sekian lama tidak berlari, tulangnya terasa mahu berterabur. Kaki terasa longgar. Mungkin kerana dia terus berlari tanpa melakukan warm up. Terasa menyesal pula. Sekejap lagi pasti tubuhnya akan terasa sakit.

            Botol minuman yang berada di tangan di buka penutup. Terasa hilang dahaganya bila air mula menyentuh kerongkong.

            Matanya meliar sekeliling. Orang agak ramai hari ini. Ada yang memang datang dengan tujuan untuk bersenam, ada juga yang duduk bersantai bersama keluarga. Dalam pada masa yang sama matanya cekap menangkap kelibat seseorang yang sangat di kenali.

            “Itu macam...” Yuyu tersenyum bila diyakini lelaki itu adalah orang yang di kenalinya.

            Pantas dia melajukan langkah bagi menghampiri lelaki yang berada di arah bertentangan dengannya.


            “Hai encik boss.” Ramah dia menyapa. Terlupa terus segala sumpah seranah lelaki itu terhadapnya selama beberapa minggu.

            Hasif mengelengkan kepala. Takdir apakah ini? Tak sempat dia ingin melarikan diri sudah tercongok wajah itu di hadapannya. Sudah bosan ‘dibayangi’ setiap waktu. Tak habis-habis menganggu. Kemaafan sudah di beri tetapi gadis itu bagai tidak jemu mengucar-ngacirkan kehidupannya yang sebelum ini tenang.

            “Joging ke?” Soalan beramah mesra di mulakan.

            “Tak. tengah bina rumah.” Selamba ayat itu terluah dari bibir Hasif. Sudah tahu, lagi mau tanya.

            Yuyu gelak kecil. Hambik kau, sebijik kena. Dalam hati mengutuk kebodohan diri sendiri kerana menyoal sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. Sudah resam manusia barangkali, sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

            “Encik bos dah lama ke dekat sini?”

            Hasif pura-pura tidak mendengar. Malas mahu melayan. Larian semakin laju. Seboleh mungkin dia cuba menjarakkan diri dari di dekati oleh Yuyu. Harinya yang agak damai tidak mahu di cemari dengan pergaduhan. Dia sudah letih. Hari ini dia hanya mahu bersenang lenang tanpa sebarang ganguan.

            “Encik bos, perlahanlah sikit.” Hampir putus nafas dia mengejar. Lelaki itu bagaikan sengaja berlari dengan laju. Akhirnya Yuyu mengalah bila Hasif sudah jauh ke hadapan. Dia berhenti bagi menaturalkan kembali pernafasannya yang sudah berbunyi seperti kerbau.

            “Memang tak mesra alam. Sia-sia saja hidup dalam dunia ni kalau tak nak bergaul dengan masyarakat.” Dia mengomel geram. Nampaknya seorang diri lagilah dia. Ingatkan jumpa orang yang dia kenal bolehlah di bawa berbual. Hemm..

            Dia kembali memusingkan tubuh, dan berjalan perlahan-lahan. Kakinya sudah mula terasa kebas. Kalau berlari lagi, rasanya dia akan jatuh tersungkur. Lutut sudah terasa seperti tidak dapat menampung badannya.

            Hasif memusing kebelakang. Dia tersenyum lebar bila bayang gadis itu sudah tidak kelihatan.

            “Tak fit langsung. Lari sedikit dah pancit. Itulah,orang nak joging dia pun nak jugak” Dalam pada masa yang sama dia sempat mengutuk Yuyu. Mp3 kembali di pasang. Berlari sambil menyanyi. Dunia benar-benar terasa indah.

.............
       
     Pondok untuk beristirehat yang di sediakan bagi kemudahan pengunjung di hampiri. Kemas dan teratur. Satu sampah tidak kelihatan pada matanya. Dalam hati dia memuji. Ternyata kesedaran di dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar semakin meningkat.

            “Hahh” Keluhan berat di lepaskan. Dia benar-benar sudah tidak berdaya. Tersandar dia di atas kerusi batu yang di bina mengelilingi kawasan pondok. Kasut di buka satu persatu. Udara yang segar terasa memberi kelegaan kepada kakinya yang terasa perit.

            Yuyu memicit-micit lututnya yang terasa lenguh. Gayanya sudah seperti nenek-nenek.

            “Lu apa pasai amoi, ale sakit ka?”

            Yuyu tersentak. Raut wajah yang menyapa di pandang. Seorang warga emas berketurunan cina menjengah di hadapan mata. Tersenyum memandangnya. Tubuh itu kemas tersarung pakaian sukan.   

            “Tak ada apalah auntie. Sikit saja.” Senyuman di berikan kepada wanita itu.  

            “Lu jalang lali ka? Wa talak penah nampak lu lekat sini.”

            “Sudah lama tak lari. Itu sebab saya penat.” Malu mengaku, tetapi kenyataan tetap kenyataan. Tak boleh di ubah.

            “Talak apa. Lu kalau lajin datang la joint kite olang.” Tangannya di bawa menunjuk ke satu arah.

            Yuyu terpegun. Tak jauh dari tempat di dudukinya ada sekumpulan warga emas terdiri dari pelbagai kaum sedang melakukan senamam. Dia ketawa kecil kemudiannya. Sabar sajalah. Poco-poco tu!!!

            “Wah auntie. Ramainya. Itu poco-poco kan? Kenapa tak senaman Tai Chi?” Dia rasa pelik. Jarang dapat melihat pemandangan seperti itu. Selalunya warga emas bukan suka senaman Tai chi ke? Nak pulak kalau berketurunan cina.

            “Apa lu ingat olang tua talak boleh poco-poco ka? Latang la joint sama kitolang. Manyak syiok oo.”


            “Boleh-boleh. Tapi bukan hari ini lah. Saya dah tak larat. Nama saya Yuyu, auntie nama apa?” Ramah berborak membuatkan dia terlupa untuk memperkenalkan diri.

            “Wa, Mally. Lu boleh panggil auntie Mally” Tangan di hulur untuk bersalaman tanda persahabatan yang bakal terjalin.

            Yuyu malu sendiri. Sepatutnya dia yang menghulurkan salam persahabatan, ini terbalik pula.

            “Lajin jom la ikut. Wa kasi lu kenal sama wa punya lakan-lakan.” Mally terus terlupa niatnya ingin pergi ke tandas. Teruja bertemu dengan rakan baru. Tak sabar ingin di perkenalkan kepada rakan-rakannya yang lain.

            “Boleh ke?” Risau jugak Yuyu kalau ke hadirannya akan mengangu kumpulan itu.

            “Talak apelah. Wa punye lakan manyak bagus.” Beria-ia Mally meyakinkan.

            Kasut yang di tanggalkan di sarung kembali ke kaki. ‘Engkau berlagak lagi. Kau tak sudi aku pun tak hinginlah. Tengok, aku dah dapat kawan baru.’ Yuyu seronok. Bagus juga si hati batu tu jual mahal, dapatlah dia rakan baru.

            “Mally, siapa tu?”

            Yuyu tersenyum senang hati. Melihat senyuman yang di berikan kepadanya memberikan tangapan yang dia akan di terima oleh komuniti ini.

            “Wa punya lakan. Sini lah Azah. Wa kasi kenal sama lu.” Mally mengamit rakannya yang sangat cantik pada pandangan Yuyu. Masih kelihatan muda dan nampak bergaya walaupun tubuh itu agak berisi.

            “Apa khabar auntie?” Tangan pantas di hulurkan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

            “Baik-baik.” Wajah gadis di hadapannya di renung atas dan bawah.

            Kemudian Yuyu bersalaman dengan beberapa orang lagi yang berada berhampiran dia. Ramah dia memperkenalkan diri kepada mereka.

            “Yuyu?” Macam pernah dengar nama itu, tapi di mana ye? Puan Sri Azah berfikir. Otaknya cuba di kemas kini. Malangnya semakin di berusaha untuk mengingati semakin dia terlupa. Apa yang pasti nama itu teras begitu familiar di telinganya.

            “Camelia Yusnita, tapi semua orang panggil Yuyu.” Nama penuhnya di berikan. Mungkin wanita yang mencuri tumpuannya itu pelik mendengar nama ‘Yuyu.’

            “Eh jangan salah faham, Auntie macam pernah dengar nama kamu. Tapi terlupa di mana” Puan Sri Azah memperbetulkan salah faham yang terjadi. Tidak mahu gadis itu fikir yang dia memandang ‘pelik’ akan nama itu.

            “Tak ada hallah. Selalu ke ada .... erkk,,apa nak panggil ye?” Nak di nama kan ‘perjumpaan’ macam pelik sahaja. Senaman orang tua? Kasar sangat bunyinya.

            “Senaman orang berumur ni?” Puan Sri Azah menyambung. Nampak benar gadis itu serba salah.

            Yuyu tersengih. Nampak sangat ke?

            “Seminggu sekali. Kalau kami ada kelapangan dua kali seminggu. Bukan untuk orang berumur saja sebenarnya. Terbuka. Tapi mungkin sebab yang ada kebanyakkannya orang tua, jadi budak-budak muda tak berani nak dekat kot.”

            “Owh, kalau macam itu, lepas ni bolehlah saya datang.” Yuyu teruja. Bagus juga. Lepas ni taklah hujung minggunya suram tanpa apa-apa aktiviti. Selalunya dia hanya keluar merayap seorang diri, tak pun ‘bergaduh’ dengan Camarul. Itulah aktiviti wajibnya setiap minggu. Lepas ini meriahlah hidup dia. Yipiiii!!!

            “Eh, boleh sangat. Kalau ada kawan-kawan ajaklah datang sekali. Lagi ramai lagi bagus. Kita bukan ada poco-poco saja. Tiap minggu bertukar-tukar jenis senaman.” Bersemangat Puan Sri Azah memberikan penerangan.

................................
     
       Yuyu tersenyum senang hati. Sesekali dia menyanyi perlahan.Walaupun badannya mula terasa lenguh, sekurangnya dia memperolehi hasil yang lumayan. Sahabat baru yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

            Auntie Mally yang suka berbahasa melayu walaupun tak fasih, Auntie Azah yang kelakar, Uncle Jibam yang suka buat lawak kering dan ramai lagi yang menyenangkan hati. Bukan macam mamat belagak sombong tu.

            Yuyu mengeluh berat. Asal teringatkan Hasif, pasti mamat itu sudah menjelma di hadapan mata. Dari jarak beberapa meter terpancul wajah Hasif. Seketika kemudian liur di telan kesat. Alamak!!!

            “Encik Boss!!!” Yuyu menempik kuat. Nak kasi amaran mana boleh ayu-ayu sleeping.

            “Engkau lagi. Mana aku pergi mesti ada muka engkau. Elergik betullah aku dengan kau ni.” Hasif mengeluh berat. Jemu kalau macam ini selalu.

            “Anjing.” Hasif yang berura-ura ingin meneruskan langkah terkaku. Darah terasa meruap ke wajah dengan tiba-tiba. Biadap!

            “Kau cakap apa? ulang lagi sekali.” Gigi di ketap kuat. Nafasnya mula turun naik dengan kencang. Memang melampau. Kalau tak suka sekali pun tak perlulah membahasakan dia dengan pangilan yang tak sepatutnya.

            “Anjing.” Tubuhnya mula terasa mengigil. Menakutkan.

            “Kau ni memang dah melampau.” Hasif mendekat. Kalau ikutkan hati yang tengah panas nak sahaja dia hayunkan penumbuk. Biar kenal dan tahu erti berbudi bahasa.

            “Tak, anjing.” Yuyu menjerit kuat.

            “Weh, cakap bebaik sikit.” Ok kesabaran dia dah sifar. Tunggu masa sahaja nak meletup. Semakin laju dia menghampiri Yuyu. Perempuan ke apa ke, dia tak peduli. Pengajaran harus di berikan supaya tahu menghormati orang lain.

            “Awak. Anjing dekat belakang tu.” Kali ini Yuyu sudah terlupa pada pangkat. Susah kalau bercakap dengan orang tak faham bahasa.

            “Awwk!!!”

            Hasif kaku.Bunyi itu semakin mendekat. Perlahan-lahan kepala di pusing ke belakang. Seekor anjing bewarna hitam dengan tubuh yang agak besar sedang merenungnya tajam. Entah apa ‘jenama’ haiwan itu, dia tak dapat kenal pasti.

            “Lariiiii...” Dia menjerit kuat. Dalam kekalutan, tangan Yuyu sempat di capai dan dia pantas berlari.

            Yuyu terpana. Terperanjat dengan tindakan tiba-tiba Hasif. Dalam pada masa yang sama kakinya turut melangkah mengikuti langkah lelaki itu.

            “Pak Hassan, buka cepat.” Tingkap kereta di ketuk berkali-kali. Dalam pada masa yang sama sempat dia menoleh ke belakang. Anjing yang mengejar mereka semakin mendekat. Mujurlah kereta dengan jarak mereka berada hanya beberapa meter. Kalau tidak....

            “Masuk cepat.” Di tolak tubuh Yuyu masuk ke dalam kereta sebelum dia meloloskan diri.

            “Huh, selamat.” Hasif menghembus nafas tanda kelegaan. Dia luar anjing yang mengejar mereka masih galak berbunyi.

            “Kenapa ni Hasif?” Gelabah Pak Hassan bertanya. Terperanjat dia bila cermin kereta di ketuk secara tiba-tiba.

            “Kena kejar anjing. Entah mana datangnya.” Nafasnya yang menderu kuat sedaya upaya di natrulkan kembali.

            Wajah Hasif di pandang. Tak sedar lagi ke? Yuyu bengang.

            “Erkk,, encik boss.” Tangannya yang masih di gengam erat oleh Hasif ditarik. Semakin ingin di rungkaikan semakin erat pulak pautan lelaki itu. Melampau betul.

            “Apa?”

            “My hand please.” Mulutnya di muncungkan menunjuk ke arah tangan mereka yang masih bersatu. Tiada tanda akan di lepaskan.

            “Opss. Sorry.” Tangan itu pantas di lepaskan. Wajahnya yang memang merah kerana baru sudah berlari, dan di kejutkan pula dengan makhluk yang tak diundang bertambah kemerahannya. Macam mana boleh tak sedar ni? Dalam hati dia mengomel geram. Tindakan reflek dek kerana ingin menyelamatkan diri. Entah bila tangan itu di capai. Memalukan!

            “Jalan Pak Hassan.” Hasif memberikan arahan. Niat hatinya ingin mengambil angin selepas penat berjoging terus di lupakan.

            “Eh, tapi kita kena tunggu...”

            “Jalan je lah Pak Hassan.” Belum sempat pemandunya menghabiskan bicara pantas Hasif memotong. Saat seperti ini dia sudah tiada mood ingin beramah mesra.

            Pak Hassan pantas menghidupkan enjin kereta. Seketika kemudian bergerak meninggalkan kawasan reakrasi.

            “Encik boss nak bawak saya ke mana?” Yuyu bertanya. Lelaki itu langsung tidak bertanya di mana letak rumahnya. Hanya mendiamkan diri. Simpang untuk menuju ke aparmentnya hanya beberapa ratus meter saja lagi.

            “Hantar kau balik.” Wajah gadis di sebelahnya tidak di pandang. Malu mengenangkan aksi lepas lakunya tadi.

            “Rumah saya dekat simpang hadapan.” Yuyu memberitahu.

            “Pak Hassan berhenti dekat simpang hadapan.”

            “Dah. aku hantar kau sampai sini saja.” Hasif berkata bila kereta di berhentikan di bahu jalan.

            Yuyu memandang wajah lelaki di sebelahnya dengan pandangan tajam. Dengar ayat pun tahu. Tak mahu hantar dia sampai ke rumah. Memang tak bertimbang rasa.

            “Terima kasihlah.” Pantas pintu kereta lelaki itu di buka dan ditutup kasar. Geram betullah dengan malaun seekor tu. Macamlah susah sangat nak mengucapkan kata terima kasih kepadanya di atas pertolongan tadi. Kalau tahu, nak sahaja dia biarkan anjing tadi gigit Hasif. Biar putus anggota. Biar jadi terus jadi cacat. Baru padan muka.

            Selepas meninggalkan Yuyu di tepi jalan Hasif mula memikirkan sesuatu. Ada perkara yang bagaikan dilupai olehnya. Otaknya cuba mengingati kembali. Seketika kemudian dia membeliakkan mata.

            “Alamak!!! mama...”
           
            “Itulah yang Pak Hassan nak bagi tahu tadi.” Pak Hassan tergelak kecil. Siaplah anak muda itu kena bersoal jawab nanti.

Surat Cinta Untuk Disana : Kalau ada salah apa-apa bagitahu lah ye. Tak sempat nak edit... yang mana bahasa yang korang tak ‘berkenan’ bagitahu saya...jangan malu-malu...Takut saya terlepas pandang...To adik2 n kakak2 yg sudi msg sy di FB thank sangat....Ini untuk anda... haha...Cerpen yang saya janjikan tak dapat nak di tunaikan buat sementara waktu...Sekarang dalam proses nak siapkan MPWUMM?...Sudah selesai baru saya nak ‘hadiahkan’ kawan2 Mak Cik Cerpen sebanyak yang mungkin...Insyaallah....wish me lah korang..... papai.... muahhhh.... (erkkk...sebelum tu siapa kenal mamat yang saya jadikan ‘hero’ untuk jajans bab 16? Main download....lpas tu tak tengok nama...nak cari dah tak tahu..!!)

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)