Hel!O mY DarLing!

Khamis, 10 Julai 2014

Isteri Milik Aku Bab 10





Tangan dibawa mengetuk permukaan meja. Dilarikan pandangan mata ke segenap arah. Dia merengus kasar kemudiannya bila orang yang ditunggu, masih juga belum kunjung tiba. Ditilik jam yang membalut pergelangan tangannya. Sudah lima belas minit terlewat dari apa yang dijanji.

Kalau tidak memikirkan ‘orang itu’ orang penting, pasti minit terakhir yang dilepasi dari waktu yang dijanjikan, dia sudah melangkah pergi. Benci bila dia terpaksa menjadi penunggu.

 Kali ini diraup pula wajah. Meminta Allah kurniakan dia kesabaran. Kalau dulu dia gentar, kali ini pasti akan dipandang wajah itu dengan keyakinan. Tak akan ada lagi seorang Xander Arjuna yang takut walaupun dengan hanya sebuah gertakan kecil seperti bertahun dahulu.

  Bunyi kerusi bergeser dengan permukaan lantai mematikan lamunan. Dipanggung kepala memadang wajah lelaki separuh baya dihadapannya. Selamba sahaja tindakan lelaki itu. Tidak perlu dipelawa, megah sahaja tubuh itu berlabuh dihadapannya. Mimik muka yang terukir usah dikira. Angkuh!  Dalam tidak sudi, tangan tetap dihulurkan.

Tersungging sedikit senyuman sinis dibibir bila salamnya hanya dipandang sepi. Tidak berkedip matanya melawan pandangan tajam lelaki itu. Bohonglah kalau dia kata rasa gemuruh langsung tidak menyapa. Sedikit tidak, pasti hatinya tercuit dengan apa yang pernah terjadi dulu. Memandang wajah lelaki itu bagaikan dia sedang cuba menyelak kenangan lama. Kenangan yang seboleh mungkin cuba dihalau dari terus mengamuk di dalam fikirannya.

“Aku nak kau ceraikan anak aku.” Tidak perlu mukadimah panjang, terus dihantar hasrat dihatinya. Wajah Xander dipandang dengan mimik muka yang jengkil.

“Atas alasan apa datuk nak saya ceraikan dia?” Xander larik senyum. Nadanya lebih kepada menyindir. Bongkak lelaki itu dari dulu tak pernah menghilang!

“Kau jangan buat lupa apa yang kau dah buat dekat anak aku dulu. Aku tak nak keturunan aku tercela kalau kau terus jadi menantu aku.” Mencerlung tajam dia memandang wajah Xander.

“Mungkin ingatan saya tak berapa nak bagus Datuk. Saya tak ingat pulak apa yang saya pernah buat dekat anak Datuk tu.” Disandar tubuh sasanya pada kerusi. Sedaya upaya dikawal riak wajahnya, supaya sentiasa kelihatan tenang. Rasa mahu sahaja dia melambakan tawa bila mana dia sempat menjamah wajah Datuk Rahim. Merah menyala wajah lelaki itu mendengar kata-katanya.

“Kau nak aku ulang balik apa yang jadi dulu? Atau kau nak aku tayang gambar kau dekat semua orang? Mesti meriah dunia kan, kalau orang tahu peguam berkaliber macam kau ni, pernah jatuh dalam pelukan mak datin.” Datuk Rahim ketawa sinis. Terbayang sampul berisi gambar-gambar Xander yang masih berada dalam simpanannya. Mujurlah dia tidak buat kerja bodoh dengan menghapuskan bukti. Sekurang-kurangnya dia masih ada bahan untuk mengertak pemuda di hadapannya sekarang.  

“Terpulanglah. Kalau nak sebar satu dunia pun saya tak kisah. Bukan nama saya saja yang terpalit nanti, nama Datuk pun mungkin terheret sama. Mesti orang nak tahu kan siapa bapak mertua saya. Well, kalau Datuk nak tumpang popular, silakan.” Xander tergelak kecil. Cuba menutup kegugupan yang melanda. Gila! Dia ingatkan semuanya sudah hilang. Rupanya, ada lagi yang disimpan untuk mendajalkan kehidupan dia.

Membara perasaan Datuk Rahim setelah mendengar kata-kata Xander. Tidak terluah kata bagi mematikan serangan Xander dek kerana perasaan amarah yang menyerang seluruh ruang tubuh.

“Minum, Datuk.”  Gelas berisi jus tembikai diangkat. Melebar senyumannya bila melihat wajah bapa mertuanya yang sudah berubah riak.

“Aku akan pastikan, kau ceraikan anak aku nanti.” Selagi anak kesayangannya itu terikat dengan Xander, selagi itulah hatinya tidak akan pernah tenang. Kalau cara baik tidak berkesan, cara keji sekalipun dia sanggup gunakan. Sama seperti bertahun dulu!

Tergelak Xander mendengar kata-kata itu. Dia ceraikan Rhea? Memang tak lah! Sikit tidak, dia akan pastikan Datuk Rahim dan Rhea terasa sama kepedihan yang pernah dia alami dulu.

“Apa kata Datuk suruh anak Datuk sendiri yang mintak cerai dari saya. Kalau dia yang nak, saya boleh pertimbangkan.” Sengaja dia memprovok Datuk Rahim yang sudah nampak sedikit melatah. Tiada beza langsung tingkah lelaki itu dengan ‘isteri mithalinya.’ Bapak borek anak rintik. Baru diacah sedikit, sudah mula berangin.

“Kau jangan nak cabar aku!” Dihentak kuat tangannya ke atas permukaan meja. Langsung tidak dipedulikan, mata-mata nakal yang sudah memandang ke arahnya dan Xander.

“Saya tak pernah cabar Datuk. Macam saya kata, kalau dia nak berpisah, bila-bila masa dia boleh datang jumpa saya.” Xander tarik nafas.

“Melainkan dia tak berniat nak berpisah dengan saya. Itu saya memang tak boleh nak buat apa-apa lah.” Dia rasa sudah semakin selesa. Seronok menaikkan amarah Datuk Rahim.

“Aku akan buat sampai dia bercerai dengan kau jugak nanti.” Giginya diketap. Sedaya upaya dikawal sabar yang sudah mahu berterbangan. Nampaknya dia tidak boleh mengambil mudah. Xander yang ada dihadapannya sekarang, bezanya bagaikan langit dengan bumi berbanding dahulu.

"Datuk tahu belum yang dia berminat nak bekerja dengan saya?” Xander ukir senyuman senget. Puas hatinya melihat wajah terperanjat Datuk Rahim.

“Kau jangan nak buat cerita. Aku kenal anak aku macam mana. Dia tak kan jilat ludah dia balik!”

“Well…Nampaknya Datuk dah silap. Teori tu tak boleh guna pakai sebenarnya.” Dijongket sedikit keningnya. Sengaja mencabar kesabaran Datuk Rahim yang dia tahu pada bila-bila masa sahaja bakal terbang melayang.

“Kita tengok nanti.” Diketap gigi kuat sebelum dia bergegas bangun. Perbincangan dia dan Xander sudah tamat! Tahulah nanti bagaimana dia mahu mengajar lelaki itu.

“Oh ya… Sebelum saya terlupa, tolong ucap terima kasih dekat Rhea untuk good night kiss dia tu.” Xander berkata tanpa perasaan. Tangan pula sibuk menilik jam ditangan. Nampaknya dia terlewat lagi untuk menjemput Baby. Ditolak kerusi ke belakang sebelum tergesa-gesa dia bangun.   

“Jahanam!” Kali ini terus sahaja dia menyerbu ke arah Xander. Digenggam tangan seerat yang mungkin sebelum dilepaskan penumbuknya pada wajah itu.

Xander yang tidak bersedia dengan tindakan dari Datuk Rahim, sedikit terundur ke belakang. Pantas ditahan tangan lelaki itu bila sebuah lagi tumbukan mahu mendarat pada wajahnya.

“Jangan buat sampai saya hilang terus hormat pada Datuk.” Ditolak tangan itu kasar. Naik turun nafasnya cuba menahan perasaan amarah yang tiba-tiba sahaja memuncak. Kalau tidak memikirkan status lelaki itu sebagai bapa mertuanya, pasti sudah mendarat penumbuknya pula pada wajah itu.

“Aku nak kau jauhkan diri kau dari anak aku. Kalau tidak, aku akan pastikan kau menyesal nanti!”

“Saya akan buat sampai anak Datuk tu sendiri yang datang melutut pada saya.” Di keluarkan wallet. Ditarik keluar sekeping duit dan diletakkan di atas meja. Setelah itu, terus dia berlalu. Tidak tahan bila berpasang mata, menonton aksinya dan Datuk Rahim tanpa berkelip.

Kalau tadi masih ada rasa berbelah baginya untuk memberikan Rhea dan Datuk Rahim pengajaran, sekarang rasa itu sudah hilang! Musnah terus dek tingkah orang tua itu!

Tak apa…Tak apa…Dia akan pastikan dua beranak itu terima kejutan sedikit demi sedikit. Yang pasti, tak akan ada sesaat pun dia akan biarkan mereka tenang!

Digerakkan rahang bagi menghilangkan rasa sengal yang menggigit seluruh wajah. Bengkak yang terasa menghuni ruang pipinya, tidak akan sama dengan bengkak di dalam hati. Nanah yang sekian lama terkumpul, bagaikan sudah meledak keluar. Menebarkan rasa sakit  sama seperti beberapa tahun dahulu.

Surat Cinta Untuk Disana : Maoof ler….sy x reti nak imejin orang main tumbuk2 ala-ala Sivaji the boss….tumbuk manja je sy mampu buat… ahaks!....Apa pun nk tanya jugak…korang rasa part ni mcm drama sangat x?? kot overdrama ala2 telenovela, jangan malu2 tucen bagitau…den cantas je nanti part ni… papai…muahhh….

20 ulasan:

  1. Bestt sgt kak... hehehe terbaekkk.. sy restu part ni kikikih 👍👍👍

    BalasPadam
  2. Suka je part nie xyah delete bukan ganas sgt pun cuma tumbukan je xkesan sgt pd Xander

    BalasPadam
  3. Nicely done. .this is now...xander yg kini bkn yg dulu..biaq dato takut skit..

    BalasPadam
  4. tp rhea xsalah ape2pun.. dye cume mangsa keadaan jer sbb terlalu percaya kan bapa sndri

    BalasPadam
  5. Best !! Cant wait 2 read more!!

    BalasPadam
  6. kesian kat rhea . mangsa ayah sendri. macam mana la agaknya bile dia thu yang semua tu berpunca dri ayah dia sendri... cant wait for next entry. gud luck kak CR..

    BalasPadam
  7. Best la cte nie.....nk lgi..lgi...n lgiiiiiiii

    BalasPadam
  8. Jgn la balas dendam dkt rhea dia pn mangsa keadaan jgk....

    BalasPadam
  9. Kena ajar juga datuk x sedar diri tu... ingat dia kaya semua boleh buat...
    dia lupa kuasa Allah s.w.t.... bagi datuk tu terkedu sikit Xander

    BalasPadam
  10. Best2..akak cr xsbr nk baca next..nk tnggu part xander..rhea n baby.hehe
    Xsbexsbrxsbr..hehehe.nk lagiiiiiii

    BalasPadam
  11. Menarik..
    Bila kebenaran terbongkar nnt mcm mana la ek..

    BalasPadam
  12. CR btul2 mendera... Nk.lgi... Kcian rhea... Ngn bby jd mgsa nnt. Hop cptla bab yg thes jd mama bibik. X sbr nk bc..

    BalasPadam
  13. Kenapa beberapa bab cerita ni tiada?

    BalasPadam
  14. baca dari bab 1 hingga bab 10..not bad, cerita dan olahan yang menarik membuatkan saya tertarik untuk menantikan next entry...tetapi kenapa cerita ni tergantung ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dlm proses nk siapkan mss.... insyaallah...klau ada rezeki...akan dterbitkan....

      Padam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)