Hel!O mY DarLing!

Selasa, 17 Jun 2014

Isteri Milik Aku Bab 7






call aku sekarang. Emergency!

Berkerut dahi Xander memandang  massage yang dihantar oleh Farhan. Pelik pulak dirasakan. Sejak bila pula lelaki itu berkira sampai nak call dia pun tak mampu? Dalam pelik, nombor Farhan tetap dihubungi.

“Kau apasal bro?” Tak bagi salam, terus dia menyembur. Handsfree yang terasa longgar diperbetulkan.

“Ye Encik Razif…Nak jumpa? …Bila?.... Sekarang?...Saya ada dekat luar ni.”

Semakin berkerut dahinya tidak faham apa yang cuba Farhan sampaikan. Sejak bila pula dia jadi Razif?

“Kau mabuk ke Bro?” Xander bertanya sedikit kasar. Panas hati bila membayangkan Farhan menyentuh air haram itu. Padahal selama mereka berkawan, seliar-liar Farhan, rasanya tak adalah sampai terlajak mabuk.

“Penting?..Okey. Kejap lagi kita jumpa dekat tempat biasa.”

Tercengang Xander bila Farhan menamatkan perbualan. Entah apalah yang tidak kena dengan kawannya yang seorang itu. Baru beberapa minit, sekali lagi handsetnya berbunyi. Farhan!

“Xander, kau ada dekat mana?”

“Kau dah hilang mabuk?” Terdengar sayup tawa Farhan menyapa pendengarannya.

“Agak-agak lah wei. Kau ingat aku jahat sangat ke?” Farhan masih belum berhenti ketawa. Kelakar mendengar pertanyaan berbau tuduhan yang terluah dari bibir Xander.

“Dah tu, yang kau merepek tadi apasal?” Ditoleh ke cermin sisi. Signal diberi sebelum dia membelok ke kanan.

“Nak hidup bro. Kena lah pandai.” Diperiksa wajahnya pada side mirror. Diusap sedikit dagu yang baru tadi bercukur. Kononnya nak berdating dengan supermodel terkenal, jadi kenalah tip top penampilan. Rupanya apa yang dia nampak tak seindah yang dia bayangkan. Memang jauh panggang dari api!

“Okey, apa masalah perempuan tu pulak kali ini?” Xander tergeleng perlahan. Apasallah dia boleh terlupa dengan taktik lepaskan diri, Farhan yang satu itu?

“Kejap lagi lah kita sembang. Kau ada dekat mana ni?”

“Aku nak lepak kat tempat biasa. Dah lama tak main tenis. Apasal, kau nak datang ke?”

“Kau bagi aku sepuluh minit. Kejap lagi aku sampai.” Mujurlah dia memang jenis yang jadikan kereta sebagai stor penyimpan pakaian, kalau tidak satu hal pula nak kena balik rumah dulu tukar baju.

“Aku pun baru keluar saja ni. Kejap lagi kita jumpa dekat sana.” Ditamatkan perbualannya dengan Farhan. Ditoleh ke sisi memandang ke arah Baby yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Hanya mulut itu sahaja sesekali berbunyi kecil. Entah apa pula yang dihafalnya.

 Seketika kemudian, kereta diberhentikan di salah satu petak parking. Diintai keluar. Rasanya Laili dan Farhan belum sampai.

“Kejap lagi jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap mama Laili.” Tadi Laili ada meminta kebenarannya untuk membawa Baby keluar. Mula-mula ditolak jugak kerana bimbang akan menyusahkan wanita itu, tetapi bila Laili yang beria-ia, dia jadi tak sampai hati mahu menolak. Lagi pula, ini lah peluang untuknya menghabiskan masa untuk diri sendiri.

“Okey.” Ditayang sengihan pada papanya. Kemudian, bibirnya kembali mengumam perlahan.

“Baby menyanyi apa tu?” Xander toleh sesaat. Tergelak dia, bila suara anak kesayangannya itu mula memecah suasana. Pantang ditanya!

Daddy finger, daddy finger, where are you?
Here I am, here I am. How do you do?...

Xander tergelak kecil. Sedaya upaya ditahan rasa geli bila jemari halus milik anaknya menyapa tubuh.

“Cepatlah papa sambung.” Semakin galak dicuit pinggang Xander. Sesekali dia turut ketawa menemani tawa papanya yang tak kunjung putus.

Baby finger, Baby finger, where are you?
Here I am, here I am. How do you do?

Xander menyanyi sambil menahan tawa. Rasanya, Finger Family satu-satunya lagu yang Baby kesayangannya dapat hafal sampai habis. Itu pun disebabkan lirik sama yang berulang. Kalau tidak memang lingkup lah lagu itu dikerjakan.

“Bukan macam tu lah papa. Mommy finger dulu...”

“Eh bukan ke?” Digosok rambut anaknya yang elok bertocang dua.

“Bukan lah papa. Papa…Bila papa nak ajak Mama Laili tinggal dengan kita?”

Terdiam Xander mendengar soalan yang langsung tidak terduga akan keluar dari bibir anaknya. Lama diperhati wajah itu, yang memandangnya dengan wajah yang sukar dicari tafsir. Ada pertanyaan, dan ada pengharapan dibalik raut itu.

“Baby dah tak suka tinggal dengan papa ke?” Sengaja dihantar soalan selamat. Ditayang wajah sesedih mungkin.

“Suka. Tapi Jelly cakap, dia ada papa, ada mama. Atuk dengan nenek pun dia ada tau papa. Papa ajak lah Mama Laili tinggal dengan kita.” Sekali lagi diulang kata yang sama. Tersengih dia memandang ke arah wajah papanya.

Xander lurut rambut yang sedikit berjuntai di dahi. Rasanya saat yang dia takutkan sudah semakin tiba. Detik dimana anaknya itu akan mula menyoal dimana letak duduknya seorang wanita bergelar mama. Terlintas wajah Rhea yang pucat saat berada di dalam pelukannya siang tadi. Pantas dihalau sejauh mungkin gambaran itu.

“Jelly tu siapa?”  Xander kalih cerita. Risau kalau dilayan pertanyaan itu, semakin melarat pulak nanti. Anaknya itu bukannya tahu erti faham. Selagi jawapan yang diberikan itu tidak memuaskan hati, selagi itulah dia bakal dihujani pertanyaan yang sama.

Kalau ditanya lagi, apa jawapan yang dia boleh beri? Nak diterangkan apa yang terjadi antaranya dan Rhea? tak adanya budak sekecil itu nak faham. Lagipula, bukan jenis dia yang akan memburukkan orang lain di hadapan anak.

Seteruk-teruk Rhea, wanita itu lah juga yang bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat buatnya. Kalau tidak kerana pengorbanan itu, mustahil dia akan ada anak yang sekeletah baby. Dan mustahil juga dunianya akan seceria seperti sekarang. Cumanya, hati dia belum cukup mulia mahu memaafkan segala apa yang telah Rhea lakukan kepadanya dahulu.

“Kawan dekat sekolah… Mama Jelly baik tau papa. Hari tu dia bagi Baby coklat.”

“Dah berapa kali papa cakap, jangan ambil barang orang kita tak kenal?”

“Baby kenal lah papa. Itu mama Jelly.” Membulat matanya cuba menyakinkan Xander.

Xander mengeluh kecil. Payah cakap dengan budak tak faham bahasa. Belum pun sempat dia memulakan sesi ‘penerangan,’ tingkap keretanya terasa diketuk kuat. Pantas button di unlock bila terpandang wajah Farhan dan Laili. Dilolos tubuh sasanya keluar dari kereta.

“Cantik baju kau. Kau nak buat trend baru ke, main tenis pakai kemeja?” Xander ketawa menyindir.

“Why not kalau boleh bagi inspirasi dekat orang lain.” Farhan membalas selamba. Sempat dicuit pipi Baby yang sudah menempel disisi Laili.

“Macam mana korang boleh datang sekali ni?”

“Terserempat dekat parking tadi. I turun kereta terus nampak Farhan.” Laili tersenyum lebar. Ditunduk kepalanya ke bawah bila, terasa tangannya ditarik-tarik lembut.

“Mama Laili. Jom lah.” Diheret tangan Laili supaya mengikut langkahnya.

“Sorry Laili. Terpaksa susahkan you.” Xander berkata serba salah.

“Nak susah apa Xander. I yang mintak nak bawa anak kesayangan you ni keluar. Nanti you dah habis main tenis, call I.” Kebetulannya malam ini, dia ada menerima jemputan ke majlis hari jadi anak kenalannya. Dah alang-alang pergi, baik dia usung sekali dengan baby.

“You nak bawa dia keluar pergi mana?”

“Kau jangan banyak soal lah Xander. Tak adanya Laili nak bawa lari anak kau ni.” Farhan sedikit mencebik. Cara Xander menyoal, macam lah orang nak bawa lari anaknya jual ke siam.

Dikalih pandang ke arah Laili yang tergelak kecil mendengar kata-katanya. Berdegup sedikit jantungnya melihat wajah manis wanita itu. Sayangnya Laili itu milik Xander. Dia pula bukannya jenis kawan yang suka mencaras hak milik sahabat sendiri. Cumanya, Xander bagaikan tidak menyedari kehadiran si cantik itu di hadapan mata. Entah apa lagi yang ditunggu oleh sahabatnya itu. Kalau lah dia di tempat Xander, sesaat pun dia tak akan ralit untuk mengatur langkah.

“Sibuk lah kau. Baby…Tak nak salam papa ke?” Melebar senyuman dibibirnya, bila melihat anaknya menepuk dahi. Terlupa lah tu! Disambut huluran tangan kecil itu. Setelah itu melabuh kucupannya pada kedua belah pipi montel anaknya.

“Bye papa…Bye uncle Farhan.”

Hilang sahaja Laili dan Baby dari pandangannya, barulah dia dan Farhan mengatur langkah menuju ke arah court.

“Aku nak tukar baju dulu. Kau tunggu kejap.” Beg berisi pakaian sukan diangkat  sedikit tinggi. Mahu tayang bukti yang dia tak adalah skema itu mahu beraksi di dalam gelanggang dengan memakai baju kemeja.




            “What’s wrong with her?”

“Who?” Botol air dicapai. Dibuka penutup dan diteguk rakus. Setelah itu dikesat peluh yang berjuraian di atas dahinya.

“Helda.” Botol air yang masih berada di tangan Farhan disambar. Rasa tersejat kekuatannya setelah hampir dua jam 'berperang' dengan Farhan dalam gelanggang tenis.

“Gosh! Perempuan tu macam puaka."

Tersembur air yang berada di dalam mulut Xander. Sedetik kemudian, tawanya mula bergema memecah suasana. Mulut Farhan dari dulu tak pernah ada sekatan. Main sembur sesuka hati.

“Dia buat apa yang kau marah sangat ni?”

“She talks to much. Bla..bla…so annoying. Aku rasa macam nak tampar je mulut dia suruh diam. So, it wasn’t my fault right, kalau aku blah macam tu saja?” Terasa rugi perlaburan yang dia lakukan berbulan lama demi memenangi hati Helda. Perempuan itu langsung tak berbaloi untuk dikejar.

“Tak salah kau cakap? Alasan kau tu remeh sangat kot. Tak kan pasal dia cakap banyak kau tinggal macam itu je?” Xander membeliakkan mata tanda tidak percaya.

“Tak adalah aku tinggal dia buta-buta macam tu je. Kan aku dah bagi excuse tadi.” Farhan tergelak. Terbayang wajah cemberut Helda saat dia menerima panggilan dari ‘Encik Razif.’

“Kalau setakat cakap banyak, aku tak kisah sangat, ini tahunya nak mengata dekat orang saja kerjanya. Macam lah dia tu perfect sangat.” Panas hatinya melayan perbualan dengan Helda tadi. Sembangnya boleh tahan meninggi.

“Eh, bukan kau ke cakap dia Miss Perfecto?” Dia sendiri hairan apa yang Fahan cari. Setiap masa ada sahaja wanita yang dihimpit. Masalahnya, tiap kali keluar, pasti ada yang tidak kena di mata lelaki itu. Kadang-kala alasan yang diberikan langsung tak boleh diterima akal.
           
“Perfect apanya. Serabut adalah.” Dia sedikit mencebik.

            “Itulah kau. Tak nak tuntut ilmu dekat aku dulu.” Xander terbahak ketawa bila Farhan mula tayang muka menyampah setelah mendengar kata-katanya.  

“Maybe, I should learn how to ‘fence’ my heart, just  like you.” Terluah kata sindiran itu dari bibir Farhan. Dia turut ketawa kemudiannya bila Xander menumbuk bahunya kuat.  

“Past is past Xander. Bila kau nak move on?” Bila keadaan kembali tenang, Farhan mula mengatur kata. Sakit hatinya bila Xander bagaikan terlalu mengambil kisah, apa yang wanita itu mahu lakukan. Xander bagaikan tak kenal erti serik!

“Kita tengah cerita pasal kau bro. Remember?” Xander tetap tersenyum.  Cuba berlagak tenang bila hal Rhea di bangkitkan.

“Yeah. Thanks dekat mata aku yang sempat tengok aksi peluk memeluk kau petang tadi.” Farhan belum puas. Tak dipedulikan langsung kata Xander.

“Kau nampak?”

“Mata aku ni belum cukup rabun tak nampak aksi hindustan kau tu.” Menyampah dia melihat lagak Xander yang bertindak bagaikan penyelamat. Kalaulah dia di tempat lelaki itu, pasti dibiarkan sahaja Rhea jatuh tergoleh di atas tangga. Biar patah riuk!

“Aku ni ada hati lagi Farhan. Tak adalah aku kejam sangat nak biar dia buat aksi buang nyawa dekat tangga tu.”

“Kau tu baik sangat. Sesekali tu kau kena kejam sikit. Jangan biar orang pijak kepala kau.” Farhan tetap tidak berpuas hati. Dia nampak jerih perih Xander membina keyakinan diri selepas ditinggal oleh wanita bernama Rhea itu. Dan dia tidak mahu, kerana wanita yang sama, dia terpaksa sekali lagi melihat Xander merana.

“Kau jangan risau lah.” Ditepuk perlahan bahu Farhan. Dia tahu lelaki itu menggambil berat. Cuma kadang –kala sikap Farhan yang terlampau keras, sedikit menjengkilkan.

“Aku dah lapar. Kau nak pergi makan tak?” Perutnya yang sudah berbunyi diusap perlahan. Kalau dibiarkan lebih lama, pasti gastriknya bakal menyerang lagi. Lebih teruk kalau di toup sekali dengan migraine.

“Eh, tadi dating dengan Helda kau tak makan ke?” Raket tenis dmasukkan ke dalam beg. Setelah itu dipandang wajah Farhan yang sedikit berkerut.

“Tak. Putus selera aku dengar dia membebel.”

“Gastrik?” Xander bertanya sepatah.

“Kalau kau terus soal aku, memang aku bakal kena gastrik kejap lagi. Kau nak teman aku pergi makan ke tak ni?” Farhan sedikit mengeluh. Xander kalau bab menyoal memang dia lah juara!

“Jom lah.” Setelah bangun, terus dia menarik tangan Farhan supaya berdiri sama.

Surat Cinta Untuk Disana : Soli mehh…lewat letakkk..janji x ditepati (tp bab ni dipanjangkan sedikit….pampasan lewat… :) … Sila tinggalkan komen anda…. nun dibawah sana… …tiada cas tersembunyi bakal dikenakan utk komen… haha…… FOC…. :P

15 ulasan:

  1. BesT...nak lagi 😁

    BalasPadam
  2. homai ... bila agaknye rhea kembali kt xander ni , x sabar la .. pape pon kak cempaka best!! sy bg 5bintang ..haha

    BalasPadam
  3. Best...xsbr nk tggu part rhea kembali kat xander,hehe..

    BalasPadam
  4. biar laili dengan farhan..sian farhan nanti dia gastrik ada orang jaga..xander dgn rhea..ilike x sejuta x mo ada orang kacau

    BalasPadam
  5. best meh..bila mama bibik nak datang?
    <3 <3 <3

    BalasPadam
  6. Xander masih ada hatii dkt rhea :D

    BalasPadam
  7. Harap2 xander masih boleh berbaik dgn rhea..:-)

    BalasPadam
  8. Best best... lg best klu tmbh lg chapter....

    BalasPadam
  9. akak tolonglh smbung novel ni smpai jumpa perkataan TAMAT

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)