Hel!O mY DarLing!

Selasa, 3 Jun 2014

Isteri Milik Aku Bab 6






Dari satu tiang ke satu tiang dia menapak. Sesekali terlintas di dalam fikiran yang dia sekarang tak ubah seperti detaktif. Masalahnya, dia detaktif yang cuba menyembunyikan diri, bukannya mencari bukti.

            Baru sahaja dia mahu membuka satu lagi langkah, kelibat Xander dan seorang lelaki kelihatan. Tergesa-gesa dia mencari tempat berlindung. Sungguh dia tidak rela mengadap lagi wajah lelaki itu. Dia rasa risau dan tidak selesa. Senyuman yang Xander hulurkan kepadanya di dalam mahkamah tadi juga jelas senyuman menyindir. Nampak begitu sinis dan angkuh.

            Semakin jantungnya tidak sekata bila Xander menghentikan langkah betul-betul bersebelahan dengan tempat dia bersembunyi. Entah kenapa lah dalam banyak-banyak tempat dalam muka bumi, tempat strategik itu jugak yang Xander pilih? Di dalam hati berkajang doa dibaca mintak dijauhkan pancaindera lelaki itu dari menangkap kelibatnya. Tak rela tubuhnya ditilik dengan mata helang milik lelaki itu.

            Dalam tidak sudi, telinga tetap dipasang. Mahu mendengar apa yang dibualkan.Manalah tahu ada modal untuk dia guna bagi ‘melepaskan diri’ dari lelaki itu nanti.

            “Kau dah puas hati?” Farhan bertanya sedikit sinis. Sakit hati bila kes yang tak menguntungkan seperti itu pun lelaki itu hadap. Penat dia bertegang urat dengan Xander, tetapi lelaki itu hanya tayang wajah kering.

            “Yup!” Xander kulum senyum. Hatinya puas. Sejak bertahun lama, baru kali ini dia rasa nikmat kemenangan.

            “Please bro, lepas ni aku harap kau tak buat lagi kerja bodoh macam ni.”

            “Bukannya selalu. Alah kau relaks la. Sekali-sekala kita buat kerja amal. Tak luak manalah.” Ditepuk perlahan bahu Farhan. Semakin melebar senyumannya bila melihat wajah bengang lelaki itu.

            “Make sure lepas ni kau tak baik hati sangat. Aku tak nak nanti orang ingat firma kita memang suka buat amal jariah.”

            “Kau jangan nak over acting sangat boleh tak? Sesekali kau kena juga kumpul bekal bawa akhirat.” Kali ini dia berkata sinis. Farhan makin hari makin tak terduga. Tamaknya boleh tahan melangit!

            “Kau buat kerja ni ikhlas ke?” Farhan tak mahu kalah. Kalau setakat nak sakitkan hati Rhea, dia rasa langsung tak berbaloi. Pahala apa yang nak dapat kalau niat tu dah tak betul!

            “Kau jangan banyak soal lah. Ini kau nak balik firma dulu ke apa?” Xander kalih cerita. Kalau mereka berdebat, sampai esok belum tentu habis. Yakin yang Farhan tidak akan mudah mengaku kalah.

Lagipun, bukannya dia bagi khidmat guaman percuma, hanya charge sahaja yang dia kurangkan. Apatah lagi bila tahu yang dia bakal berhadapan dengan ‘wanita’ itu. Sekali kelibat itu muncul dihadapannya, jangan mimpi dia akan butakan mata. Kali ini, sampai ke lubang cacing sekalipun dia akan cari gali apa yang Rhea lakukan!

            “Tak kot. Aku balik terus. Ada date petang ni.” Teringatkan figura cantik si gadis yang mahu menemaninya malam nanti, membuatkan amarahnya kepada Xander memudar dengan sendiri. Dia sudah terbayang keseronokkan yang bakal diperolehi. Setelah mencuba berbulan lama, akhirnya apa yang dia kejar sudah mula menjinak. Sikit hari lagi pasti akan berada erat dalam genggamannya.  

            “Siapa?” Xander sudah berkerut dahi. Cuba mengingati nama-nama kekasih hati Farhan. Syeeda?...Linda?...Fina?...Tak, dia rasa bukan. Penat otaknya cuba mengingati nama-nama kekasih lelaki itu. Bertukar perempuan macam tukar baju. Kalau rasa jemu, say good bye dan terus blah!

            “Helda.”

            “Siapa?” Xander sudah membeliakkan mata.

            “Helda.” Farhan tayang sengihan bangga.

            “Seriously? Ubat apa kau kasi dekat minah tu?” Xander tergelak kecil. Ditumbuk perlahan bahu Farhan tanda berbangga dengan pencapaian sahabat baiknya itu. Bukannya dia tak tahu, betapa Farhan berusaha keras mahu menambat hati model terkenal tanah air itu. ‘Perlaburan’ Farhan juga boleh tahan banyak. Kalau dia, memang tak lah nak perhabiskan duit untuk perempuan meterialistik macam itu.  

            “Love...Hug..”

            “Okey..Stop! Kau buat aku loya.”

            Tergelak Farhan mendengar kata-kata itu. Well, apa dia peduli. Yang pasti malam ini dia mahu berseronok sepuas hati.   

            “Dah, aku blah dulu. Apa-apa hal roger aku.” Dirempuh sedikit bahu Xander sebelum dia berlalu.

            Xander yang melihat telatah Farhan hanya mampu menggelengkan kepala. Seketika kemudian dia kembali teringatkan sesuatu. Tujuannya berhenti di situ!

            Dia tersengih kecil bila terpandang bayang-bayang yang terbentuk pada permukaan lantai. Dalam cerdik ada jugak bodohnya anak Datuk Rahim yang seorang itu. Tadi masa berjalan dengan Farhan bukannya dia tidak nampak kelibat Rhea yang cuba menyembunyikan diri. Sengaja dia buat tidak nampak. Nak tengok apa yang wanita itu mahu lakukan lagi.

            “Ehemm..” Dia berdehem kecil.

            Rhea sudah gelisah. Yakin yang kelibatnya sudah ditangkap oleh pandangan mata lelaki itu. Kali ini, dihimpun nafas sedalam yang mungkin sebelum dia membuka langkah. Oh tuhan…Dia tak berharap ada lagi pertemuan antara mereka selepas ini.

            Sesekali kepala dibawa menoleh kebelakang. Semput nafas dirasakan bila terpandang Xander yang sedang tersenyum sinis memandang tingkahnya. Dalam gelabah, dia tersalah langkah. Mata dipejam rapat. Sudah terbayang bilik ICU yang dipenuhi bermacam jenis mesin menantinya nanti. Sedetik...Dia rasa tubuh masih kukuh berdiri. Ada yang gagah memaut tubuhnya erat. Perlahan-lahan mata dibuka. Ya Allah...Saat itu dia rela kalau dia terus tergolek ke bawah!

“Tak pernah berubah..” Perlahan-lahan dilepaskan tubuh itu. Mujurlah dia cepat, kalau tidak pasti sudah ada yang tergolek ke bawah. Briefcase Rhea yang tercampak ke atas lantai didapatkan sebelum diserahkan semula kepada wanita itu. Bila melihat Rhea hanya memandangnya dengan pandangan kosong, dia sedikit merengus. Terperanjat pun agak-agaklah. Malas mahu berlamaan, dia meletak semula briefcase di atas lantai sebelum berlalu pergi.

Pintu kereta dibuka. Dihenyak tubuhnya pada permukaan seat. Nafas yang terasa berat, cuba di naturalkan kembali bagi menghilangkan rasa gelisah. Terasa kuat denyutan jantung menghentam dada.

“Jangan jadi bodoh Xander." Dia mengomel perlahan. Vest yang tersarung pada tubuh ditanggalkan, dan dicampak pada seat belakang. Tak rela terbau haruman lembut yang melekat kuat pada bajunya.Dia rasa sesak nafas!





Kepala di bawa menoleh ke serata arah. Keluhan kelegaan terhembus bila terpandang kelibat Farah yang berada di salah satu sudut restoran. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke arah wanita itu.
“Farah.” Bahu Farah ditepuk lembut. Tersenyum dia, bila melihat makanan kegemarannya sudah terhidang di atas meja.

“Dah lama kau sampai?” Kerusi yang berada di sebelah Farah di tarik. Dilabuh tubuh rampingnya disitu.

“Tak ada lah lama sangat. Aku dah order siap-siap untuk kau. Ada nak tambah apa-apa lagi tak?” Handset yang berada dalam pegangannya terus di masukkan ke dalam beg tangan. Sementara menunggu Rhea tadi, sempat dia berbloging dahulu. Mengupdate blog yang sudah lama tidak sempat dijengah.

“Aku kalah.” Rhea berkata perlahan. Tengok dari gaya Farah dia yakin, pasti wanita itu mahu meraikan ‘kemenangannya.’ Sebelum hatinya sebal mendengar ucapan tahniah yang dia tak layak terima, lebih baik dia berterus terang dahulu. Kalau diikutkan, untuk kes pertama di tanah air sendiri, dia memang mengharapkan kemenangan. Tapi...

“Tu kan adat Rhea. Kalah menang bukan ukuran. Asalkan kau dah berusaha, itu dah cukup baik.” Ditepuk perlahan bahu Rhea. Niatnya mengajak Rhea keluar, bagi meraikan kejayaan wanita itu. Apatah lagi semalam, Rhea kalut mencanang yang dia tak akan kalah. Mujurlah mulutnya tak becok di awal tadi. Kalau tidak, jenuh dia makan jelingan.

“Aku boleh terima kalau aku kalah. Tapi bukan dengan dia.” Rhea sedikit mengumam. Terbayang gaya Xander di dalam court tadi., Nampak penuh berkarisma dan matang. Sekarang dia harus mengakui kata-kata Farah berminggu dahulu. Xander memang sudah berubah!

"Siapa? Xander?" Farah beliakkan mata. Melihat anggukan Rhea, membuatkan dia tergeleng perlahan. Alangkah kecilnya dunia…

“Dia kata apa dekat kau?”

“Nak kata apa Farah kalau dekat dalam court? Tak kan kami nak berbalas pantun pulak?” Rhea sedikit merengus. Sudah pasti lah mereka kena bentangkan bukti dan fakta untuk menangkan anak guaman sendiri. Itupun lagi mau tanya!

“Betul jugak kan?” Farah tergelak kecil. Kelakar mendengar kata-kata Rhea.

“Farah.”

“Apa?” Kening dijongket sedikit. Menanti kata seterusnya dari bibir Rhea.

“Tak ada apalah. Jom kita makan. Sejuk nanti tak sedap pulak.” Ditarik bekas berisi nasi pattaya mendekat.Melihat gaya Farah, terus mati niatnya mahu bercerita mengenai apa yang berlaku tadi. Pasti dia akan dibahankan kalau cerita itu sampai ke pendengaran Farah.

Masih terasa erat pelukan lelaki itu pada tubuhnya. Dan dia langsung tidak silap meneka, aroma lelaki itu memang masih sama seperti bertahun dahulu. Bagaikan terngiang lagi dengusan kasar Xander menyapa pendengarannya. Nafasnya juga terasa hampir putus bila matanya bersambung pandang dengan anak mata hitam pekat milik lelaki itu.

“Rhea sayang…Aku kenal kau bukan baru sehari dua tau. Dah bertahun. So, apa lagi yang jadi tadi?” Farah sudah menongkat wajah pada tangan. Sabar menanti bicara seterusnya dari bibir Rhea.

“Tak ada apalah. Cuma betul kata kau. Dia dah lain.” Wajah Farah dilihat sekilas sebelum dia berpura-pura menumpukan perhatian pada hidangan yang terhidang di hadapan mata.

“Lain yang macam mana tu?” Farah belum puas menyoal. Niatnya mahu mengusik Rhea yang jelas kelihatan tidak selesa bila Xander menjadi topik perbincangan antara mereka berdua.

“Entah.” Sengaja diberikan jawapan selamat. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengelaskan Xander melalui kata-kata. Tersilap cakap, dia pula yang akan menjadi mangsa sindiran Farah nanti.

“Kacak bertambah? Macho? Arrogant?”

“Shut up Farah! Kau jangan nak merepek sangat boleh tak? Makan diam-diam.” Rhea sudah menjeling tajam. Sakit hati bila Farah seakan mahu menaikkan amarahnya.

“Okey. Kita tutup pasal Xander. So, jadi tak kau nak aku temankan kejap lagi?”

“Temankan aku pergi mana?” Rhea sudah berkerut dahi. Cuba berfikir kalau dia ada berjanji sesuatu dengan Farah.

“Pejabat agama.” Tak berkedip matanya memandang wajah Rhea. Cuba mengesan jika ada sebarang perubahan pada raut wajah itu.

Rhea yang mendengar kata-kata Farah terus terkelu. Dicapai gelas berisi jus tembikai dan disisip perlahan. Sengaja dia berlengah bagi mencari jawapan terbaik untuk pendengaran Farah.   

“Aku rasa tak jadi kot. Aku ada hal…emm…”

“Rhea… Kau boleh karang macam-macam alasan kalau kau nak. Tapi, tak rugi kalau kau jujur pada hati sendiri. Kalau kau rasa tak bersedia, jangan paksa diri. Fikir dulu masak-masak.” Sengaja dicantas kata-kata rekaan yang bakal muntah dari bibir Rhea. Bahu Rhea kemudiannya diusap lembut. Sedikit senyuman dihadiahkan buat tatapan wanita itu.

“Aku pun tak tahu Farah. Kadang-kadang aku nak selesaikan semua ni secepat mungkin. Tapi hati aku ni…Susah sangat nak buat keputusan.” Rhea tersenyum hambar. Alang-alang serkap jarang Farah mengena, lebih baik dia mengaku sahaja. Untung-untung, beban yang terasa memberat di atas bahunya, dapat diangkat pergi.

Kalau dibumi asing dulu, dia tidak sabar mahu meleraikan segera ikatannya dengan Xander, tetapi keadaannya lain pulak di bumi sendiri. Dia sendiri tidak faham kenapa dia mudah berubah keputusan. Padahal kalau dahulu dialah manusia yang paling tetap dengan pendirian. Apa yang dikata, itulah yang dia kota.

“Hati kita memang macam-macam ragam. Kalau ikut, memang kau tak terlayan. Apa-apa pun kau tenangkan dulu fikiran.”

“Kau rasa aku patut ke berpisah dengan dia?”

Tergelak Farah mendengar pertanyaan itu. Direnung wajah Rhea yang jelas kelihatan semakin kelat setelah mendengar tawanya.

“Aku mana ada jawapan tu. Kau sendiri kena fikir. Tapi…”

“Tapi?” Rhea tak sabar. Geram pula bila Farah bagaikan sengaja mahu bermain tarik tali.

“Kalau kau tak nak tambah dosa, kau boleh pilih antara dua. Balik semula pada Xander, atau kau tuntut cerai.”

“Apa kena mengena dengan dosa pulak?”

“Kau tahu apa hukum isteri tinggalkan suami tanpa kebenaran? Isteri yang tak peduli nafkan batin suami? Isteri yang abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu?” Farah masih tenang walaupun bertalu-talu pertanyaan terluah dari bibirnya.

“Aku buat tu bukan suka-suka.” Rhea mula panas hati. Bengang apabila Farah jelas bagaikan mahu mengkritik dirinya.

“Suka atau tak itu bukan isu dia Rhea. Sekarang ni kita cakap pasal dosa pahala. Tangungjawab kau masih bawah Xander. Selagi dia tak lafaskan cerai, syurga kau ada lagi dengan dia.”

“Syurga apa kalau perangai pun tak elok.”

“Sebab tu aku kata kau ada pilihan. Islam ni tak susah. Kita sendiri yang suka menyusahkan benda senang. Berpisah dibenarkan dalam Islam kalau betul korang ada perselisihan yang tak ada jalan penyelesaian. Tapi aku nak tanya…Enam tahun ni apa kau buat? Ada kau jumpa dia minta dia lepaskan kau?”

Terdiam terus Rhea mendengar pertanyaan Farah. Apa yang dia buat?... Dia hanya larikan diri dari Xander. Sekali pun dia tak pernah bagi peluang untuk lelaki itu pertahankan diri. Bukan tidak pernah Xander merayu, tetapi dia yang buat pekak. Dia yang mentulikan telinga dari mendengar sebarang omongan lelaki itu.

‘Kau boleh pilih antara dua.’ Kata-kata Farah tadi terasa bergema di dalam fikirannya. Antara dua pilihan itu, apa yang dia mahu? Sungguh dia tak ada jawapan untuk persoalan itu….

Surat Cinta Untuk Disana : sy x edit…sy malas….saya x rajin…ekekek….kot trsalah ayat pejamkan mata….nanti rajin sy ‘cincang balik’ yg mana salah… hehe…Apa pun…ce korang tinggalkan komen nun dibawah sana…. jgn risau…utk komen cas perkhidmatan tidak akan dikenakan… ;)


18 ulasan:

  1. Cite ni best,tp lambat sgt update,letih sy tunggu..hehe

    BalasPadam
  2. Best cerita ni...tak sabar tunggu apa kesudahan hubungan Xander dgn Rhea

    BalasPadam
  3. Best cerita ni...tak sabar tunggu apa kesudahan hubungan Xander dgn Rhea

    BalasPadam
  4. Finally dpt gak full N3..lama dok tnggu kisah si mama bibik...<3

    BalasPadam
  5. terbaik CR ... Xander dah semakin matang, Rhea pulak mcm org dah gila talak (tak ler, tapi kita suka) hehehehe. Patut pun Xander pegi adukan kepada Pejabat Agama, laporankan Rhea isteri nusyuz & minta untuk di arahkan kembali taat kepada suami, yeay, padan muka! (kita yg terlebih emosi) ... rindu pulak kat OP & Jelly dah lama dorang tak interframe.

    BalasPadam
  6. Nak lagi...nak lagi....♡♡♡♡♡

    BalasPadam
  7. tak payah laa berpisah kalau hati tu dah 2 3 mama bibik ooiiii...mulut cakap lain...hati rasa lain pulak...bersatu jer...berdamai...nnti2 blh tmbah adik bradik baby byk2 ;)

    BalasPadam
  8. Sgt bagus!!!! Jgn bg diorg berpisah ye CR!! Hehehe...

    BalasPadam
  9. Best Cr sbung cpat2 ya.

    BalasPadam
  10. Ye.. jgn la berpisah.. hati xander n rhea sebenarnya ada mereka berdua.. cuma dendam dah mengaburinya... kesian baby doll.

    BalasPadam
  11. cepat2 la N3 seterusnya. x sabar nk tahu kisah selanjutnya. tapi kalu buat buku pon bagus jgk cerita nie best tapi alahai sedihh la plk .. :)

    BalasPadam
  12. best nak lagi......

    BalasPadam
  13. aiyak .. rhea ni degil ego tggi melangit la , bkn slh kalo dgr pnjelasan xander tu .. hishhh geram btol la

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)