Dari satu tiang ke satu tiang dia menapak. Sesekali
terlintas di dalam fikiran yang dia sekarang tak ubah seperti detaktif. Masalahnya, dia detaktif yang cuba menyembunyikan diri,
bukannya mencari bukti.
Baru
sahaja dia mahu membuka satu lagi langkah, kelibat Xander dan seorang lelaki
kelihatan. Tergesa-gesa dia mencari tempat berlindung. Sungguh dia tidak rela
mengadap lagi wajah lelaki itu. Dia rasa risau dan tidak selesa. Senyuman yang
Xander hulurkan kepadanya di dalam mahkamah tadi juga jelas senyuman menyindir.
Nampak begitu sinis dan angkuh.
Semakin
jantungnya tidak sekata bila Xander menghentikan langkah betul-betul
bersebelahan dengan tempat dia bersembunyi. Entah kenapa lah dalam
banyak-banyak tempat dalam muka bumi, tempat strategik itu jugak yang Xander
pilih? Di dalam hati berkajang doa dibaca mintak dijauhkan pancaindera lelaki
itu dari menangkap kelibatnya. Tak rela tubuhnya ditilik dengan mata helang
milik lelaki itu.
Dalam
tidak sudi, telinga tetap dipasang. Mahu mendengar apa yang dibualkan.Manalah
tahu ada modal untuk dia guna bagi ‘melepaskan diri’ dari lelaki itu nanti.
“Kau
dah puas hati?” Farhan bertanya sedikit sinis. Sakit hati bila kes yang tak
menguntungkan seperti itu pun lelaki itu hadap. Penat dia bertegang urat dengan
Xander, tetapi lelaki itu hanya tayang wajah kering.
“Yup!” Xander kulum senyum. Hatinya
puas. Sejak bertahun lama, baru kali ini dia rasa nikmat kemenangan.
“Please bro, lepas ni aku harap kau tak buat lagi kerja bodoh
macam ni.”
“Bukannya
selalu. Alah kau relaks la. Sekali-sekala kita buat kerja amal. Tak luak
manalah.” Ditepuk perlahan bahu Farhan. Semakin melebar senyumannya bila
melihat wajah bengang lelaki itu.
“Make sure lepas ni kau tak baik hati
sangat. Aku tak nak nanti orang ingat firma
kita memang suka buat amal jariah.”
“Kau
jangan nak over acting sangat boleh
tak? Sesekali kau kena juga kumpul bekal bawa akhirat.” Kali ini dia berkata
sinis. Farhan makin hari makin tak terduga. Tamaknya boleh tahan melangit!
“Kau
buat kerja ni ikhlas ke?” Farhan tak mahu kalah. Kalau setakat nak sakitkan hati
Rhea, dia rasa langsung tak berbaloi. Pahala apa yang nak dapat kalau niat tu
dah tak betul!
“Kau
jangan banyak soal lah. Ini kau nak balik firma dulu ke apa?” Xander kalih cerita. Kalau mereka berdebat, sampai
esok belum tentu habis. Yakin yang Farhan tidak akan mudah mengaku kalah.
Lagipun, bukannya dia bagi khidmat guaman percuma,
hanya charge sahaja yang dia
kurangkan. Apatah lagi bila tahu yang dia bakal berhadapan dengan ‘wanita’ itu.
Sekali kelibat itu muncul dihadapannya, jangan mimpi dia akan butakan mata.
Kali ini, sampai ke lubang cacing sekalipun dia akan cari gali apa yang Rhea
lakukan!
“Tak kot. Aku balik terus. Ada date petang ni.” Teringatkan figura
cantik si gadis yang mahu menemaninya malam nanti, membuatkan amarahnya kepada
Xander memudar dengan sendiri. Dia sudah terbayang keseronokkan yang bakal
diperolehi. Setelah mencuba berbulan lama, akhirnya apa yang dia kejar sudah
mula menjinak. Sikit hari lagi pasti akan berada erat dalam genggamannya.
“Siapa?”
Xander sudah berkerut dahi. Cuba mengingati nama-nama kekasih hati Farhan. Syeeda?...Linda?...Fina?...Tak,
dia rasa bukan. Penat otaknya cuba mengingati nama-nama kekasih lelaki itu. Bertukar
perempuan macam tukar baju. Kalau rasa jemu, say good bye dan terus blah!
“Helda.”
“Siapa?”
Xander sudah membeliakkan mata.
“Helda.”
Farhan tayang sengihan bangga.
“Seriously? Ubat apa kau kasi dekat
minah tu?” Xander tergelak kecil. Ditumbuk perlahan bahu Farhan tanda berbangga
dengan pencapaian sahabat baiknya itu. Bukannya dia tak tahu, betapa Farhan
berusaha keras mahu menambat hati model terkenal tanah air itu. ‘Perlaburan’
Farhan juga boleh tahan banyak. Kalau dia, memang tak lah nak perhabiskan duit
untuk perempuan meterialistik macam itu.
“Love...Hug..”
“Okey..Stop! Kau buat aku loya.”
Tergelak
Farhan mendengar kata-kata itu. Well, apa
dia peduli. Yang pasti malam ini dia mahu berseronok sepuas hati.
“Dah,
aku blah dulu. Apa-apa hal roger aku.” Dirempuh sedikit bahu Xander sebelum dia
berlalu.
Xander
yang melihat telatah Farhan hanya mampu menggelengkan kepala. Seketika kemudian
dia kembali teringatkan sesuatu. Tujuannya berhenti di situ!
Dia
tersengih kecil bila terpandang bayang-bayang yang terbentuk pada permukaan
lantai. Dalam cerdik ada jugak bodohnya anak Datuk Rahim yang seorang itu. Tadi
masa berjalan dengan Farhan bukannya dia tidak nampak kelibat Rhea yang cuba
menyembunyikan diri. Sengaja dia buat tidak nampak. Nak tengok apa yang wanita
itu mahu lakukan lagi.
“Ehemm..” Dia berdehem kecil.
Rhea
sudah gelisah. Yakin yang kelibatnya sudah ditangkap oleh pandangan mata lelaki
itu. Kali ini, dihimpun nafas sedalam yang mungkin sebelum dia membuka langkah.
Oh tuhan…Dia tak berharap ada lagi pertemuan antara mereka selepas ini.
Sesekali
kepala dibawa menoleh kebelakang. Semput nafas dirasakan bila terpandang Xander
yang sedang tersenyum sinis memandang tingkahnya. Dalam gelabah, dia tersalah
langkah. Mata dipejam rapat. Sudah terbayang bilik ICU yang dipenuhi
bermacam jenis mesin menantinya nanti. Sedetik...Dia rasa tubuh masih kukuh
berdiri. Ada yang gagah memaut tubuhnya erat. Perlahan-lahan mata dibuka. Ya
Allah...Saat itu dia rela kalau dia terus tergolek ke bawah!
“Tak pernah
berubah..” Perlahan-lahan dilepaskan tubuh itu. Mujurlah dia cepat, kalau tidak
pasti sudah ada yang tergolek ke bawah. Briefcase
Rhea yang tercampak ke atas lantai didapatkan sebelum diserahkan semula kepada
wanita itu. Bila melihat Rhea hanya memandangnya dengan pandangan kosong, dia
sedikit merengus. Terperanjat pun agak-agaklah. Malas mahu berlamaan, dia meletak
semula briefcase di atas lantai
sebelum berlalu pergi.
Pintu kereta
dibuka. Dihenyak tubuhnya pada permukaan seat.
Nafas yang terasa berat, cuba di naturalkan kembali bagi menghilangkan rasa
gelisah. Terasa kuat denyutan jantung menghentam dada.
“Jangan jadi
bodoh Xander." Dia mengomel perlahan.
Vest yang tersarung pada tubuh ditanggalkan, dan dicampak pada seat
belakang. Tak rela terbau haruman lembut yang melekat kuat pada bajunya.Dia
rasa sesak nafas!
Kepala di bawa
menoleh ke serata arah. Keluhan kelegaan terhembus bila terpandang kelibat
Farah yang berada di salah satu sudut restoran. Perlahan-lahan dia mengatur
langkah menuju ke arah wanita itu.
“Farah.” Bahu
Farah ditepuk lembut. Tersenyum dia, bila melihat makanan kegemarannya sudah
terhidang di atas meja.
“Dah lama kau
sampai?” Kerusi yang berada di sebelah Farah di tarik. Dilabuh tubuh rampingnya
disitu.
“Tak ada lah
lama sangat. Aku dah order siap-siap untuk kau. Ada nak tambah apa-apa lagi
tak?” Handset yang berada dalam pegangannya
terus di masukkan ke dalam beg tangan. Sementara menunggu Rhea tadi, sempat dia
berbloging dahulu. Mengupdate blog
yang sudah lama tidak sempat dijengah.
“Aku kalah.”
Rhea berkata perlahan. Tengok dari gaya Farah dia yakin, pasti wanita itu mahu
meraikan ‘kemenangannya.’ Sebelum hatinya sebal mendengar ucapan tahniah yang
dia tak layak terima, lebih baik dia berterus terang dahulu. Kalau diikutkan, untuk
kes pertama di tanah air sendiri, dia memang mengharapkan kemenangan. Tapi...
“Tu kan adat
Rhea. Kalah menang bukan ukuran. Asalkan kau dah berusaha, itu dah cukup baik.”
Ditepuk perlahan bahu Rhea. Niatnya mengajak Rhea keluar, bagi meraikan
kejayaan wanita itu. Apatah lagi semalam, Rhea kalut mencanang yang dia tak
akan kalah. Mujurlah mulutnya tak becok di awal tadi. Kalau tidak, jenuh dia
makan jelingan.
“Aku boleh
terima kalau aku kalah. Tapi bukan dengan dia.” Rhea sedikit mengumam.
Terbayang gaya Xander di dalam court
tadi., Nampak penuh berkarisma dan matang. Sekarang dia harus mengakui
kata-kata Farah berminggu dahulu. Xander memang sudah berubah!
"Siapa?
Xander?" Farah beliakkan mata. Melihat anggukan Rhea, membuatkan dia
tergeleng perlahan. Alangkah kecilnya dunia…
“Dia kata apa
dekat kau?”
“Nak kata apa
Farah kalau dekat dalam court? Tak
kan kami nak berbalas pantun pulak?” Rhea sedikit merengus. Sudah pasti lah
mereka kena bentangkan bukti dan fakta untuk menangkan anak guaman sendiri.
Itupun lagi mau tanya!
“Betul jugak
kan?” Farah tergelak kecil. Kelakar mendengar kata-kata Rhea.
“Farah.”
“Apa?” Kening
dijongket sedikit. Menanti kata seterusnya dari bibir Rhea.
“Tak ada
apalah. Jom kita makan. Sejuk nanti tak sedap pulak.” Ditarik bekas berisi nasi
pattaya mendekat.Melihat gaya Farah, terus mati niatnya mahu bercerita mengenai
apa yang berlaku tadi. Pasti dia akan dibahankan kalau cerita itu sampai ke
pendengaran Farah.
Masih terasa
erat pelukan lelaki itu pada tubuhnya. Dan dia langsung tidak silap meneka, aroma
lelaki itu memang masih sama seperti bertahun dahulu. Bagaikan terngiang lagi
dengusan kasar Xander menyapa pendengarannya. Nafasnya juga terasa hampir putus
bila matanya bersambung pandang dengan anak mata hitam pekat milik lelaki itu.
“Rhea
sayang…Aku kenal kau bukan baru sehari dua tau. Dah bertahun. So, apa lagi yang jadi tadi?” Farah
sudah menongkat wajah pada tangan. Sabar menanti bicara seterusnya dari bibir
Rhea.
“Tak ada
apalah. Cuma betul kata kau. Dia dah lain.” Wajah Farah dilihat sekilas sebelum
dia berpura-pura menumpukan perhatian pada hidangan yang terhidang di hadapan
mata.
“Lain yang
macam mana tu?” Farah belum puas menyoal. Niatnya mahu mengusik Rhea yang jelas
kelihatan tidak selesa bila Xander menjadi topik perbincangan antara mereka
berdua.
“Entah.”
Sengaja diberikan jawapan selamat. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengelaskan
Xander melalui kata-kata. Tersilap cakap, dia pula yang akan menjadi mangsa
sindiran Farah nanti.
“Kacak
bertambah? Macho? Arrogant?”
“Shut up Farah! Kau jangan nak merepek
sangat boleh tak? Makan diam-diam.” Rhea sudah menjeling tajam. Sakit hati bila
Farah seakan mahu menaikkan amarahnya.
“Okey. Kita
tutup pasal Xander. So, jadi tak kau
nak aku temankan kejap lagi?”
“Temankan aku pergi
mana?” Rhea sudah berkerut dahi. Cuba berfikir kalau dia ada berjanji sesuatu
dengan Farah.
“Pejabat agama.”
Tak berkedip matanya memandang wajah Rhea. Cuba mengesan jika ada sebarang
perubahan pada raut wajah itu.
Rhea yang
mendengar kata-kata Farah terus terkelu. Dicapai gelas berisi jus tembikai dan
disisip perlahan. Sengaja dia berlengah bagi mencari jawapan terbaik untuk
pendengaran Farah.
“Aku rasa tak
jadi kot. Aku ada hal…emm…”
“Rhea… Kau
boleh karang macam-macam alasan kalau kau nak. Tapi, tak rugi kalau kau jujur
pada hati sendiri. Kalau kau rasa tak bersedia, jangan paksa diri. Fikir dulu
masak-masak.” Sengaja dicantas kata-kata rekaan yang bakal muntah dari bibir
Rhea. Bahu Rhea kemudiannya diusap lembut. Sedikit senyuman dihadiahkan buat
tatapan wanita itu.
“Aku pun tak
tahu Farah. Kadang-kadang aku nak selesaikan semua ni secepat mungkin. Tapi hati
aku ni…Susah sangat nak buat keputusan.” Rhea tersenyum hambar. Alang-alang serkap
jarang Farah mengena, lebih baik dia mengaku sahaja. Untung-untung, beban yang terasa
memberat di atas bahunya, dapat diangkat pergi.
Kalau dibumi
asing dulu, dia tidak sabar mahu meleraikan segera ikatannya dengan Xander, tetapi
keadaannya lain pulak di bumi sendiri. Dia sendiri tidak faham kenapa dia mudah
berubah keputusan. Padahal kalau dahulu dialah manusia yang paling tetap dengan
pendirian. Apa yang dikata, itulah yang dia kota.
“Hati kita
memang macam-macam ragam. Kalau ikut, memang kau tak terlayan. Apa-apa pun kau
tenangkan dulu fikiran.”
“Kau rasa aku
patut ke berpisah dengan dia?”
Tergelak Farah
mendengar pertanyaan itu. Direnung wajah Rhea yang jelas kelihatan semakin
kelat setelah mendengar tawanya.
“Aku mana ada
jawapan tu. Kau sendiri kena fikir. Tapi…”
“Tapi?” Rhea
tak sabar. Geram pula bila Farah bagaikan sengaja mahu bermain tarik tali.
“Kalau kau tak
nak tambah dosa, kau boleh pilih antara dua. Balik semula pada Xander, atau kau
tuntut cerai.”
“Apa kena
mengena dengan dosa pulak?”
“Kau tahu apa
hukum isteri tinggalkan suami tanpa kebenaran? Isteri yang tak peduli nafkan
batin suami? Isteri yang abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu?” Farah
masih tenang walaupun bertalu-talu pertanyaan terluah dari bibirnya.
“Aku buat tu
bukan suka-suka.” Rhea mula panas hati. Bengang apabila Farah jelas bagaikan
mahu mengkritik dirinya.
“Suka atau tak
itu bukan isu dia Rhea. Sekarang ni kita cakap pasal dosa pahala. Tangungjawab
kau masih bawah Xander. Selagi dia tak lafaskan cerai, syurga kau ada lagi
dengan dia.”
“Syurga apa
kalau perangai pun tak elok.”
“Sebab tu aku
kata kau ada pilihan. Islam ni tak susah. Kita sendiri yang suka menyusahkan
benda senang. Berpisah dibenarkan dalam Islam kalau betul korang ada
perselisihan yang tak ada jalan penyelesaian. Tapi aku nak tanya…Enam tahun ni
apa kau buat? Ada kau jumpa dia minta dia lepaskan kau?”
Terdiam terus
Rhea mendengar pertanyaan Farah. Apa yang dia buat?... Dia hanya larikan diri
dari Xander. Sekali pun dia tak pernah bagi peluang untuk lelaki itu
pertahankan diri. Bukan tidak pernah Xander merayu, tetapi dia yang buat pekak.
Dia yang mentulikan telinga dari mendengar sebarang omongan lelaki itu.
‘Kau boleh
pilih antara dua.’ Kata-kata Farah tadi terasa bergema di dalam fikirannya.
Antara dua pilihan itu, apa yang dia mahu? Sungguh dia tak ada jawapan untuk
persoalan itu….
Surat Cinta Untuk Disana : sy x edit…sy malas….saya x rajin…ekekek….kot
trsalah ayat pejamkan mata….nanti rajin sy ‘cincang balik’ yg mana salah… hehe…Apa
pun…ce korang tinggalkan komen nun dibawah sana…. jgn risau…utk komen cas
perkhidmatan tidak akan dikenakan… ;)
Cite ni best,tp lambat sgt update,letih sy tunggu..hehe
BalasPadambest.
BalasPadamBest cerita ni...tak sabar tunggu apa kesudahan hubungan Xander dgn Rhea
BalasPadamSadisss.......
BalasPadamBest cerita ni...tak sabar tunggu apa kesudahan hubungan Xander dgn Rhea
BalasPadamFinally dpt gak full N3..lama dok tnggu kisah si mama bibik...<3
BalasPadamterbaik CR ... Xander dah semakin matang, Rhea pulak mcm org dah gila talak (tak ler, tapi kita suka) hehehehe. Patut pun Xander pegi adukan kepada Pejabat Agama, laporankan Rhea isteri nusyuz & minta untuk di arahkan kembali taat kepada suami, yeay, padan muka! (kita yg terlebih emosi) ... rindu pulak kat OP & Jelly dah lama dorang tak interframe.
BalasPadamNak lagi...nak lagi....♡♡♡♡♡
BalasPadamtak payah laa berpisah kalau hati tu dah 2 3 mama bibik ooiiii...mulut cakap lain...hati rasa lain pulak...bersatu jer...berdamai...nnti2 blh tmbah adik bradik baby byk2 ;)
BalasPadamBest. X puas baca
BalasPadamSgt bagus!!!! Jgn bg diorg berpisah ye CR!! Hehehe...
BalasPadamBest Cr sbung cpat2 ya.
BalasPadamYe.. jgn la berpisah.. hati xander n rhea sebenarnya ada mereka berdua.. cuma dendam dah mengaburinya... kesian baby doll.
BalasPadamRhea buatla kputsn yg tbaik
BalasPadamcepat2 la N3 seterusnya. x sabar nk tahu kisah selanjutnya. tapi kalu buat buku pon bagus jgk cerita nie best tapi alahai sedihh la plk .. :)
BalasPadambest3...cpt lh smbg dik...
BalasPadambest nak lagi......
BalasPadamaiyak .. rhea ni degil ego tggi melangit la , bkn slh kalo dgr pnjelasan xander tu .. hishhh geram btol la
BalasPadam