Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 31 Mei 2014

SE Kalau Sudah Berkenan (Kalau Sudah Cinta) part 1 & 2



Part 1

Puan Mazlin sudah gelisah. Ditarik tangan Nafiz supaya duduk kembali di atas sofa. Sudah dia agak, anak lelakinya itu mana pernah tahu bertenang. Semuanya nak diikut kepala sendiri. Katanya langsung tak boleh dibangkang.

"Apa yang papa tak puas hati sebenarnya ni?"

"Kau tu muda lagi."

"Oh god! Rasional lah sikit papa. Bukannya Nafiz nak buat dosa besar."

"Enjoy dulu puas-puas. Umur kau 30 kau kahwinlah. Bukannya aku nak halang." Disedut rokok di tangan. Sesekali dia memandang wajah kusut anak lelakinya. Gila! Umur baru setahun jagung sudah berangan nak berkahwin. Itu dia memang tak boleh terima. Atau anaknya sudah nak berangan menjadi ustaz? Terus dibaling putung rokok ke dalam bekas. Itu lagilah dia tak boleh terima!

Sesak nafas melayan tazkirah Natrah pun dia sudah tidak boleh hadam, apatah lagi kalau anak lelaki kebanggaannya itu mengikut jejak langkah anak perempuannya.

"Nafiz tak kira. Papa suka atau tak, Nafiz tetap nak kahwin." Malas mahu memanjangkan perbalahan, dia terus bangun. Dirungkai tangan Puan Mazlin dari berterusan memegang lengannya.

“Kau berani?” Tuan Nazim sudah tegang. Sakit hati bila katanya mahu dibangkang.

“Papa rasa?” Nafiz tarik senyuman sinis. Dia tahu yang papanya akan mengalah jugak nanti. Bukannya lelaki itu tak tahu, dia tak jalan dengan ugutan. Mahu buang dia dari syarikat? Dia yakin lelaki itu tak akan seberani itu. Kalau dulu dia pernah tinggalkan syarikat, kali ini pun dia berani buat perkara yang sama. 

.......................................
part 2

Air di dalam gelas dikacau kasar. Sakit hati bila dia terfikirkan pertengkarannya dengan Tuan Nazim semalam. Ingatkan perbincangan mereka sudah tamat bila dia angkat kaki, rupanya sampai ke dalam bilik lelaki itu mecarinya. Di keluarkan satu persatu teori kahwin muda yang langsung tak boleh diguna pakai.

"Papa kau cakap apa lagi?"

Cakap apa. Tak bagi kahwin lah." Dia sedikit merengus. Sudah berpuluh kali diulang cerita kepada Zafry, tetapi lelaki itu masih mahu bertanya. Itulah, bila orang bercakap dengar. Ini tak, fikiran entah ke mana merayap.

"Baguslah." Zafry kulum senyum. Lega mendengar kata-kata Nafiz. Dia bukannya apa, Love masih muda, alang-alang tidak, lagi empat lima tahun kahwinlah. Masa itu dia rasa Nafiz pun dah bersedia.

"Kau kata apa?" Mencerlung tajam matanya memandang wajah Zafry. Sakit hati bila kawan baik sendiri langsung tidak mahu memberikan sokongan.

"Kau dengan Love muda lagi. Nanti korang kahwinlah."

"Kau pun dah jadi macam papa aku?" Menyesal dia setuju keluar melepak dengan Zafry. Kalau dia tahu dia bertapa saja dalam rumah. Lagi baik. Hati pun tak sakit.

"Tak lah. Sekurang-kurangnya korang boleh kenal hati budi dulu. Tengok serasi ke tidak. Korang pun muda lagi." Ditayang sengihan lebar. Cuba meredakan amarah Nafiz. Tahu yang lelaki itu kalau hitam katanya, hitam lah jugak dia pilih. Tak akan ada bertukar warna.

"Kau pun kahwin muda jugak. So...Apa masalahnya?"

Terdiam terus Zafry mendengar kata-kata itu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Cuba mencari idea bagi mematahkan hasrat Nafiz.

"Ke kau tak suka aku kahwin dengan Love?" Tajam matanya memandang wajah Zafry.

"Kau jangan merepek lah." Sudah! Aduhai, dia memang lah risau nak lepaskan adiknya kepada lelaki itu, tetapi tak adalah sampai dia nak halang kalau dah memang itu jodoh mereka berdua.

"Aku masuk meminang nanti kau kena terima, Kalau tidak aku bawak lari adik kau." Disambar barang-barangnya di atas meja sebelum berlalu pergi. Ada kawan pun langsung tak menyenangkan hati!

Zafry hanya mengeluh perlahan. Tahu lelaki itu tak adalah senekad itu. Dia kenal Nafiz bukan sehari dua, malahan sudah bertahun lama. Sepatutnya dia ikut sahaja rentak Nafiz tadi. Bukan membangkang sesuka hati.

Handset yang berbunyi nyaring mematikan lamunanya. Nampak sahaja nama si pemanggil, terus senyuman melebar pada wajahnya.

"Baobei.."


3 ulasan:

  1. wahhh ... part yg sgt mensaspenkan , awat bpak nafiz tu x bg kwen lak ..kedekut la

    BalasPadam
  2. Cube panjang kn sikit.. bosan arr.. cer update cpat2.. x der org lain menunggu..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)