Hel!O mY DarLing!

Khamis, 25 Julai 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 6



            Zafry rimas. Pakaian yang membaluti tubuh umpama diselaputi pepijat. Matanya meliar memandang sekeliling. Setelah diyakini tiada orang yang akan menyedari tindakannya, dengan  perlahan-lahan dia mengatur langkah menaiki anak tangga satu persatu.

            “Abang.”

            Terus terhenti langkahnya. Zafry ketap bibir sebelum dia memusingkan sedikit tubuh ke belakang. Menyilau matanya memandang ke arah Adra yang entah bila mengikut langkahnya. Tangannya yang sedang dipegang erat oleh Adra direntap kasar. Malangnya, pautan itu semakin kuat, melekat.

            “Kau ni kenapa? Dah tak ada kerja sangat dah?” Panas hati dia bertanya. Wajah gadis yang sudah bergelar isterinya dipandang sekali imbas. Cantik. Malangnya tidak cukup sempurna untuk bergandingan dengannya.

            “Saja. Abang nak masuk bilik ke?” Adra tersenyum. Keningnya terangkat-angkat. Seronok rasanya dapat mempermainkan Zafry.

            “Aku nak masuk neraka? Kenapa? Kau nak ikut ke?” Sinis dia berkata sebelum kembali meneruskan langkah.

            “Tak apa. Abang masuklah sorang-sorang. Adra hari-hari berdoa pada Allah minta ditempatkan di syurga. Kena buat pahala banyak-banyak. Abang lainlah. Memang suka tempat panas. Adra kena matahari sikit pun dah tak tahan. Huih…Panas api neraka macam mana ye rasanya? Abang mampu tahan ke?” Hailah encik suami. Cakap main lepas sahaja. Kalau Allah humban sunguh diri tu dalam neraka, barulah tahu azabnya.

            “Kau kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah kan?” Panas pula hatinya mendengar kata-kata Adra. Tapi tak apa. Sekejap lagi tahulah dia bagaimana mahu mengajar bibir itu erti berbudi bahasa.

            Bagi memuaskan rasa sakit di hati, dia dengan sengaja membuka langkah besar. Dua anak tangga sekali harung. Dengan kain ketat seperti itu, mustahil Adra dapat mengikut rentaknya.
           
“Perlahanlah sedikit. Karang jatuh kita macam mana? Cedera nanti tak ke susah.” Adra menegur tidak berpuas hati. Sengajalah tu.

            “Biar kau jatuh. Mati terus lagi bagus.”

            “Hai, baru dua jam kahwin dah nak sandang title duda ke?” Mahu tidak mahu Adra terpaksa melepaskan pautannya pada tangan Zafry. Boleh tergolek rasanya dia dengan kain meleret serata alam seperti itu. Sudahlah sedikit ketat dirasakan.

            Geram dia dengan pereka upahan Zafry. Lain diukur lain dibuatnya. Kalau tidak terdesak tak adanya dia nak pakai benda berambu-ramba seperti itu. Dirasakan dirinya tak ubah seperti rumpai laut.

            Adra mengelengkan kepala bila Zafry pantas berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat. Macamlah dia ada virus merbahaya.

            Dari atas tangga dia memandang ke bawah. Tetamu sudah beransur pulang. Tadi selepas selesai majlis akad nikah yang diadakan di masjid, terus mereka pulang ke rumah bapa mertuanya kerana diadakan sedikit majlis doa selamat. Minggu hadapan barulah majlis perkahwinan mereka diadakan.


            Zafry bengang. Butang baju melayu yang kuat menjerut lehernya ditarik rakus. malangnya langsung tiada tanda akan tertanggal. Segala sumpah seranah sudah bermain dibibirnya. Pintu bilik yang secara tiba-tiba terkuak tidak dipedulikan. Tidak perlu melihat kerana dia sudah tahu siapakah gerangannya.
           
            “Hai, tak cukup orang, baju pun nak disumpah sama?” Adra menegur. Malangnya tiada reaksi dari pihak lelaki itu.

            Seperti Zafry dia juga sudah rimas. Terus dia menghala ke cermin. Segala benda alah yang melekat dikepalanya ditanggalkan. Mujurlah tidak sesukar mana. Kalau tidak jenuh dia mahu mencari pembantu. Nak harapkan Zafry, berjangut pun belum tentu lelaki itu mahu menolong.

            Rambutnya yang disangul dibiarkan. Selepas itu dia mengatur langkah ke arah suaminya yang masih terkial-kial cuba membuka butang baju.

            “Nak Adra tolong?” Adra berdiri di hadapan Zafry. Tangan dihulurkan untuk membantu. Malangnya yang diperolehi hanyalah tepisan kasar dari lelaki itu.

            “Please....” Wajahnya berkerut. Tangan menunjukkan isyarat berhenti. Tidak suka Adra mendekatinya.

            “Okey. Jual mahal. Mati tercekik jangan nak salahkan orang.” Adra terus melabuhkan tubuhnya disisi katil. Masih asyik melihat gelagat Zafry. Huh..Dasar mamat celup! Benda senang macam itu pun tak tahu nak tanggal.

            “Diam boleh tak?” Entah bagaimanalah nanti dia akan menghabiskan masanya bersama gadis itu. Baru dua jam bernikah rasanya sudah seperti berpuluh tahun. Mulut itu asyik berkicau dari tadi.

            “Okey.” Isyarat zip mulu dibuat. Dia mahu lihat selama mana lelaki itu dapat bertahan. Sombongnya tak boleh diajar. Adra hampir ketawa bila Zafry merentap-rentap baju melayu yang melekat ditubuhnya. Tak tahu nak tanggal tapi masih mahu berlagak.

            “Nak Adra tolong tak?” Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama.

            Zafry menjatuhkan kedua-dua tangannya. Kali ini dia sendiri bergerak mendapatkan Adra. Surrender… Entah apa jenis pakaianlah. Benar-benar menyusahkan.

            Dengan tangan sedikit bergetar Adra mula menyentuh butang baju melayu yang melekat kemas pada tubuh sasa Zafry. Sedikit berjingkit dia bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Malang kalau dapat suami yang terlebih gen kepanjangan. Pasti dia akan sakit leher kalau selalu macam ini.  

            Adra mengeluh lega bila Zafry merendahkan sedikit tubuh. Mungkin memahami kesukarannya. Butang yang ada ditarik satu persatu. Semput dirasakan bila nafas Zafry hangat menampar wajahnya.

            “You know what…”Zafry cuba menarik getah yang mengikat rambut Adra.

            “What?”

            “You look so yummy…”

             “Huh?” Melolot jatuh tangan Adra mendengar kata-kata lelaki itu. Dia salah dengar ke apa? Liur ditelan. Mahu marah, lelaki itu sudah begelar suami. Nanti dikatakan dia biadap pula.

            “Nothing.” Zafry sengih nakal. Malam ini tahulah nasib Adra. Dia bukannya kucing yang akan melepaskan ikan dengan mudah. Bodohlah dia kalau hanya memandang tanpa menyentuh. Hanya lelaki dayus sahaja akan membiarkan hidangan terhidang dibiarkan basi. Apatah lagi hidangan yang ada dibeli secara halal.

            Adra telan liur bila Zafry selamba menanggalkan baju di hadapannya. Jelas otot berketul timbul pada tubuh itu. Langsung tiada riak segan yang tergambar pada wajah lelaki itu bagaikan tiada apa-apa yang harus dimalukan. Sedangkan dia sendiri sudah rasa mahu menanggalkan kepala dari tubuh dan disembunyikan pada tempat yang tidak dapat dikesan. Malunya sudah tidak tergambar.

            Lutut Adra terasa begetar. Tubuhnya terasa lemah dan bila-bila masa sahaja dia akan tumbang. Takut melihat riaksi Zafry. Tubuh lelaki itu yang mendekat cuba dielak. Terundur dia kebelakang.

            Zafry ketawa kecil. Jelas riak ketakutan pada wajah isterinya. Dulu bukan main berapi. Sekarang? Kena main sikit pun dah pucat lesi wajah. Kedua tangannya dibawa melilit kedua pingang Adra. Kecil sahaja ukuran pinggang itu.

            “Ab…abb..ang…nak buat apa ni?” Adra tergagap.

            “Nak join?” Tuala yang tergantung pada bidai dibelakang Adra disambar. Dilepaskan tubuh genit itu. Mata dikenyit nakal. Orang nak ambil tuala sajalah. Itupun dah cuak!

            Adra memandang susuk tubuh Zafry yang berlalu masuk ke dalam bilik air. Hilang sahaja lelaki itu dari pandangan, pantas diketuk kepala sendiri sekuat hati. Apa yang kau fikir Adra? Lepas ini dia kena cuci otak dengan Clorox. Otaknya yang suci lagi murni selama ini sudah tercemar. Arghhh…Ini semua si Umar Zafry punya pasal.


Surat Cinta Untuk Disana : Aloha darling…antara part yg sy x  suka. Takut terbabas sehingga diangap dot...dot..kot ada yg korang x berkenan or sy terlepas pandang…sperti biasa jgn malu jgn segan…komenlah semahu hati nun di bawah sana… 

3 ulasan:

  1. best2.. no hal lah dot dot pon, lagi best... hahahahahahahahahahahaha... smbng lagiiiii BEST BEST

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)