Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 6 Julai 2013

Bila Hasif Jatuh Cinta!




           
          “Kau pilih cepat sikit. Lambat..aku tinggal.” Hasif sudah tidak tahu mahu berkata apa. Sejak dari dalam kereta tadi, tak sudah-sudah dia mengomel. Ada saja perkara yang dilakukan Yuyu untuk menyusahkan hidup dia.

            “Janganlah marah. Saya langsung tak ingat nak bawa baju kurung. Dah itu nak buat macam mana?” Sambil itu tangannya cekap menarik satu persatu pakaian yang nampak menarik di matanya. Sehelai baju kurung bewarna hitam putih yang dipenuhi perincian manik di leher menarik perhatian.

            “Cantik tak?” Baju diletakkan dibadan. Wajah Hasif dipandang. Sabar menanti jawapan dari bibir itu.

            “Kau ingat ada majlis berkabung ke?” Dia dari dahulu memang tidak menyukai warna hitam. Baginya warna itu nampak suram dan tidak ceria. Apa yang penting, tak kena dengan jiwanya.

            “Eh, cantik apa. Ada pulak majlis berkabung. Memang tak betul gamaknya. Apa, nak pakai baju warna hitam kena tunggu orang mati dululah baru boleh pakai ye?” Yuyu bertanya tidak puas hati.

            “Susah cakap dengan orang pandai terlebih ni. Kau carilah baju warna lembut sikit. Tak lah anak saudara aku menangis macam nampak hantu tengok engkau nanti.”

            “Cantiknya mulut.” Mahu sahaja dia menjolok penyangkut baju ke dalam mulut itu. Geram betul! Ada pula disamakan dia dengan hantu. Memang tak patut.

            “Terima kasih. Kau tak cakap pun aku tahu. Mulut aku memang cantik.” Malas mahu melayan Yuyu, Hasif bergerak ke arah sofa yang disediakan di dalam butik. Matanya meliar memandang sekeliling. Rasa kagum mula bertandang. Ingatkan di KL sahaja dia dapat melihat pakaian yang up to date, rupanya di Kedah ini juga banyak pakaian yang menarik. Bahkan ada yang tak pernah dia lihat di KL.

            “Yuckk..Perasan!” Geli telingannya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Hasif. Tak sudah-sudah mahu masuk bakul angkat sendiri. Gila menyampah.

            Yuyu berjalan sekeliling butik. Baju kurung tadi diletakkan kembali ke tempat asal. Entah mengapa, walaupun dia tidak bersetuju mendengar kata-kata Hasif, pendapat lelaki itu tetap dituruti.

            “Encik Boss yang ini?” Sehelai baju bewarna merah ditunjukkan.” Simple dengan sedikit perincian manik di pinggang.

            “Merah sangatlah. Sakit mata aku. Kau tu dahla tak berapa nak cerah.”
            Panas pula hati Yuyu mendengar kata-kata Hasif. Menyesal tanya. Mentang-mentanglah kulit dia tak segebu lelaki itu. Tak apa, tak apa, balik nanti dia makan glutathione banyak-banyak. Biar gebu. Nanti bolehlah dia ‘eksen’ depan lelaki itu.

            “Kami ada pakaian baru sampai. Tak sempat lagi nak gantung. Cik nak tengok?” Seorang jurujual menegur Yuyu. Kasihan apabila sehelai demi sehelai pakaian yang ditunjukkan gadis itu ditolak oleh pasangannya. Malang dirasakan nasib gadis itu kerana mendapat kekasih hati yang terlebih cerewet. Cakap pun kasar saja. Harap muka sahaja handsome.  Tapi perangai....Tak boleh blah!

            “Eh, iye ke? Boleh jugak kalau macam itu.” Bersinar matanya memandang si jurujual. Apasallah tak cakap dari tadi. Kalau tahu, dah disuruh keluarkan dari awal.

            “Cik tunggu sekejap.”

            Yuyu menganguk. Tersenyum senang hati sambil matanya mengikuti langkah gadis itu yang menuju ke tingkat atas.

            “Sana sikit. Saya nak duduk.”

            Hasif berganjak ke tepi. Majalah yang sedang dibaca diletakkan kembali di atas meja. Ditoleh kesisi.

            “Boleh tak lepas ni kau jangan pakai cekak reben besar macam ni? Kau tu bukannya budak-budak. Sudah macam orang terencat saja aku tengok engkau ni lah.” Tanpa riak Hasif berkata. Tidak difikirkan langsung perasaan Yuyu.

            “Encik Boss ini, nak cari gaduh dengan saya ke apa?” Terbeliak mata Yuyu mendengar kata-kata Hasif. Biadapnya...Hai, karang ada jugak yang makan kasut. Panas...panas...

            “Aku cakap benda yang betul. Kau jangan bajet comel sangatlah.”

            “Malaslah nak layan.” Yuyu tarik muka. Comel apa pakai cekak reben. Lelaki itu sahaja yang buta fashion.

            “Nak layan aku buat apanya? Kau bukannya isteri aku.”

            Yuyu bengang. Gigi diketap geram. Terus dia bangun. Rak buku sebelah Hasif dihampiri. Sebuah buka berkulit keras dicapai dan dengan sepenuh tenaga dia menghayun kuat ke arah lengan lelaki itu. Bunyi ‘pap’ kuat kedengaran.

            “Sakitlah!” Hasif menjerit kuat. Langsung dia tidak menjangka reaksi Yuyu. Ingatkan bangun nak keluar terus dari kedai. Bajet dia akan memujuk, tapi...Arghh...sakitnya lengan. Ini mahu lebam kalau tak letak minyak angin. Memang puaka punya perempuan.

            “Mulut jaga sikit.” Terjegil-jegil matanya menghantar amaran. Seketika kemudian senyuman lebar tersadai dibibirnya. Rasa marah yang melanda cuba dibuang. Berlakon kena tip top. Terus dia bergerak menghampiri gadis jurujual yang sedang melangkah turun. Tetapi senyumannya mula terasa kelat, bila gadis itu hanya berlengang-kangkung. Mana baju?

            “Cik, boleh ikut saya naik atas tak?” Si gadis tersenyum. Dia sendiri tidak tahu mahu menunjukkan rekaan yang mana satu kepada Yuyu. Lebih mudah rasanya dia membawa gadis itu sendiri untuk memilih.

            “Oh, Okey.” Yuyu lega. Nasib baik dia tidak ‘menyerang.’ Kalau tidak, boleh malu satu keturunan.

            “Tunggu dekat bawah ni.” Kali ini sebuah arahan dikeluarkan. Tiada mood mahu beramah mesra dengan Hasif. Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu, dia pantas berlalu. Tidak sabar mahu melihat baju yang akan ditunjukkan.
................................
            “Cantiknya.” Yuyu kagum. Sekeliling dia dipenuhi dengan pakaian pengantin yang cantik-cantik belaka. Seketika, dia bagaikan terlupa dengan niat asal. Satu persatu pakaian pengantin yang menarik hatinya dipandang. Pandai pemilik kedai mengatur ruang. Di bawah dijadikan butik pakaian harian, sementara tingkat atas dipenuhi dengan pakaian pengantin.

            Sedetik kemudian, tumpuannya dicuri oleh sehelai persalinan yang dipakaikan pada sebuah anak patung. Nampak sangat menawan. Entah mengapa, jantungnya kuat menghentak saat menghampiri pakaian tersebut.

            Baju pengantin bewarna biru firus dan dihiasi taburan manik bewarna pink lembut benar-benar membuatkan dia terpukau. Tidak berkelib matanya memandang. Kalaulah dia berkahwin, dia mahukan baju itu.

            “Baju itu kami baru saja letak tadi. Baru sampai.” Gadis itu memberitahu Yuyu bila dia melihat Yuyu seakan terpesona melihat baju tersebut.

            “Cantiknya. Siap yang buat?” Kali ini tangannya dibawa menyentuh kain. Kelembutan fabrik membuatkan dia makin tertarik.

            “Bos saya. Puan Delsie.”

            “Delsie? Macam pernah dengar saja.” Nama itu terasa familiar di telinganya. Berkerut dahi bila dia cuba mengingati gerangan si pemilik nama.

            “Pereka fashion terkenal tu.” Bangga gadis itu memberitahu. Turut tumpang gembira dengan kejayaan yang ditempa oleh bosnya.

            “Owh. Patutlah cantik.” Terus terbayang seraut wajah comel pereka fashion itu. Mula menempa nama di luar negara. Dan sekarang memiliki rangkaian butik sendiri. Muda-muda sudah berjaya. Dia? Huhh...Yuyu mengeluh berat.

            “Cik nak cuba ke?”

            “Hah?” Mendengar pertanyaan itu membuatkan Yuyu tercengang. Boleh ke?

            “Nak tak?” Tanpa menunggu jawapan Yuyu, jurujual itu mula menarik turun anak patung. Dengan berhati-hati ditanggalkan dari tubuh keras kaku itu.

            “Tapi saya bukannya nak kahwin.” Yuyu cuba menolak. Walaupun hatinya menjerit mahu. Didalam fikirannya sudah bermacam angan-angan indah dikarang. Warghh...Sukanya!

            “Tak apa. Kami tak kenakan duit kalau setakat nak mencuba.” Sedikit bergurau kata-kata itu.

            “Nah.” Baju pengantin diberikan kepada Yuyu.

            “Bilik salin ada dekat sana.” Jari-jemarinya dibawa menunjuk ke satu arah. Untung-untung bila dicuba, gadis itu berkenan dan beli, dapatlah dia komisen. Wah...

            “Tak apa ke ni?” Yuyu bertanya risau.

            “Tak apa.” Senyuman terukir dibibir.
.................................
            Hasif bengang. Sudah setengah jam Yuyu naik ke atas, tetapi langsung tiada tanda akan melangkah turun. Bosan menunggu di bawah, laju kakinya menapak menaiki satu persatu anak tangga.

            Dijengah dahulu keadaan di tingkat atas. Risau jika kawasan itu adalah kawasan larangan. Hasif mengeluh bila dia yakin atas juga adalah sebuah butik.

            Dia berjalan mengelilingi ruang atas. Yang ada hanyalah dua orang jurujual. Seorang sedang menunggu di muka pintu fitting room dan seorang lagi sedang duduk di kaunter.

            “Erkk...Ada dekat dalam.” Gadis yang melayan Yuyu tadi memberitahu kepada Hasif. Dia tidak tahu bagaimana harus mengelaskan hubungan antara keduanya. Mahu dikatakan suami isteri, mustahi pula. Takkan lah gadis itu masih mahu mencuba baju pengantin. Kekasih? Mungkin betullah kot, walaupun dia melihat seperti ada persengketaan antara keduannya. Ahh...pedulikan. asalkan hari ini ada pelanggan.          

            Hasif menganguk. Senyuman ikhlas dihadiahkan kepada gadis itu. Malas mahu turun kembali ke bawah, Hasif sengaja menunggu di muka pintu. Biar Yuyu terperanjat melihat dia nanti. Hasif hanya menganguk, bila si gadis meminta kebenaran untuk melangkah pergi. Mungkin kurang senang dengan kehadirannya.  

            “Adik, Cantik tak?” Yuyu teruja. Pintu dibuka. Tidak sabar mahu ‘menayang’ di hadapan gadis itu. Baju itu bagaikan memang  dibuat khas untuknya. Muat-muat ditubuh dan rasa sangat selesa . Ditarik-tarik sedikit baju agar lebih kemas. Kepala diangkat. Tidak sabar menanti jawapan dari bibir si jurujual.

            Hasif kaku. Tidak berkedip matanya merenung Yuyu yang kelihatan sangat....entah. Dia sendiri tidak tahu mahu menjelaskan bagaimana rupanya seorang Camelia Yusnita dalam persalinan yang sangat indah seperti itu. Tetapi yang pasti dia benar-benar terpukau. Imej keanak-anakkan yang selama ini dibawa oleh gadis itu bagaikan hilang dengan sendirinya. Dan seperti hari-hari sebelumnya, sekali lagi jantungnya bergetar hebat.

            Yuyu tercengang merenung Hasif. Langsung dia tidak menyangka kemunculan lelaki itu. Mereka saling berbalas pandang. Seketika kemudian Yuyu bagaikan tersedar. Dia pantas berlari masuk kembali ke dalam fitting room. Pipinya yang kemerahan dek kerana malu ditampar lembut. Ya Allah, malunya....Macam manalah dia nak mengadap muka lelaki itu nanti? Wajahnya yang terbias di cermin dipandang. Muncungnya keluar. Itulah bajet pengantin lagi. Kan dah malu. Dikutuk-kutuk diri sendiri.

            Tiara yang terletak elok di atas kepala ditanggalkan. Getah yang digunakan untuk menyangul rambut bagi menaikkan ‘mood’ pengantin ditarik. Juntaian rambut yang sengaja digulungdi tepi wajah tadi diraup dengan tangan dan diikat kembali. Walaupun berat hati, baju pengantin yang sangat disukainya itu ditanggalkan dari tubuh. Huh...baru nak berangan. Musnah, punah-ranah anggan-anggan yang baru dibina. Ini semua mamat biadap tu punya pasal. Memang tak boleh tengok dia senang langsung!

            Hasif meletakkan tangan ke dahi. Peluh terasa merinik di wajahnya. Pernafasannya yang terganggu cuba dinatrulkan kembali. Sah! dia memang ada penyakit.

Surat Cinta Untuk Disana: Aloo...sorry lmbt updte..line tenet hari ni mcm siput sedut. Lembab ya amat. Sekian lama mencuba, ini baru lepas. Ha..korang2 sekalian tlong doakan sy dpt siapkan mss MPWUMM? dlm bulan ni or awal bulan dpan... Tngah mnguatkan azam bg mengejar berkajang-kajang muka surat yang masih diperlukan lagi... Hope bila siap x  kelaut dan sungailah cerita ni... Kalau tak...menagis x berlagulah ai....haha...So sperti biasa..kot ada yg x berkenan ce rajinkan tangan komen nun di bawah sana....

12 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)