Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 15 Mac 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 3






“Abang Yuyu rasa Yuyu ni nak demam. Rasa panas jer badan. Kepala ni dari semalam asyik berdenyut.” Tangannya memicit-micit dahi sendiri. Sesekali terdengar suaranya mengerang kesakitan.

“Dah, tak usah jadi pemenang anugerah Oscar. Tadi elok je baham roti canai dua keping. Tak der tanda orang nazak pun.” Ini Camarul tahu, tak mudah termakan dengan tektik kering Yuyu. Tiap kali nak bawa datang temuduga mulalah sakit segala macam datang. Jangan harap kali ni dia nak tertipu. Sakit sikit, mengadanya lebih.

“Orang tak tipulah. Sakit betul ni. Karang kalau Yuyu pitam tak tahulah abang. Mesti abah marah.” Sebelah matanya dibuka. Ingin mengintai reaksi Camarul. Relaks jer pun. Apasal tak jalan pulak tektik dia kali ni? Ahhh..Yuyu teruskan dengan lakonan kau. Mana tahu kejap lagi abang kau terpukau dek lakonan kau yang malatop kebabom ni. Bisikan nakal kedengaran. Yakin boleh pasti berjaya.

“Sakit betul ke? Abang ingat nak ajak pergi shopping dulu, baru pergi temuduga. Kalau macam tu kita balik jelah ye?” Camarul pura-pura mengambil berat. Tungulah kejap lagi. Yuyu dengan shopping dah macam adik beradik kembar. Mesti kebah punya dari demam ‘acting’ tu.

“Rasa macam dah ok sikit. Tak per kot kalau pergi kejap shopping, boleh tahan lagi ni.” Pantas Yuyu membuka mata. Keterujaan jelas tergambar di wajahnya. Terbayang baju berjenama Timberland yang dia nampak di sebuah kedai di Mid Valley beberapa hari lepas. Nak pujuk Camarul kejap lagi, mintak tolong beli.

“Ha kan dah kata. Belakon je lebih.” Camarul ketawa. Sebut shopping terus hilang sakit.

“Aduhh..duh,” Yuyu kembali melakokan watak kurang upaya. Alamak, macam mana boleh kantoi ni? Engkau memang derhaka kat aku Encik Shopping. Aku ceraikan kau sekarang jugak.

“Dah tak payah sakit sangatlah. Ke Camelia nak abang bagi cadangan dekat abah mintak ambil Camelia kerja dengan dia?” Camarul menjengah kepala ke kiri dan kanan. Mana pulak Twin Holding ni?

“Tu ugutan ke, pertolongan?” Wajah selamba todak Camarul sedikit membarakan hati Yuyu. Macam tak tahu pulak. Dia ni kalau boleh tak nak kerja dengan abah. Garangnya, ya ampun. Mesti peluang dia nak bergembira menghiburkan hati tertutup punyalah. Lagipun apa barang kerja kedai runcit. Ingat muka dia yang comel tak henggat ni stok jaga mesin duit yang bunyi kting-kting tu ke?

“Pertolonganlah. Ok apa kerja dengan abah.” Tahu sangat perangai Yuyu. Tak der maknanyalah dia nak tayang muka kat kedai abah tu. Geram jugak dia kadang-kadang. Belagak mengalahkan anak menteri. Perangai macam jantan, tapi bajet cun macam ratu dunia. Pitam. Kedai abah tu bukan sebarangan kedai. Siap ada berpuluh cawangan lagi. Ala-ala Speed Mart tu.

“Tak naklah. Abah tu tak rock.’ Yuyu pantas bangkang. Sungguh dia bukan belagak. Tapi ada satu rahsia yang menyebabkan dia tak boleh kerja di kedai abah. Rahsia yang memalukan. Memanglah banyak cawangan tapi dia yakin abah mesti hantar dia bekerja dekat Seksyen 27 punyalah. Tempat tu dah jadi tempat alergic kepada dia.

“Woit, apa rock-rock, bukannya nak jadi penyanyi. Ingat abah tu Ramli Sarip ke?” Camarul tersengih lebar bila matanya cekap menangkap Bangunan Twin Holding yang gagah perkasa berdiri nun di seberang sana. Tersengih bukannya apa, menutup kebengangan terhadap diri sendiri. Macam mana dia tak sedar yang bangunan Twin Holding selang satu blog sahaja dari salah satu bengkel kereta miliknya? Selama ni langsung tak pernah terajin dek matanya nak membaca nama bangunan tu.

Yuyu turut menyedari perkara yang sama mula merangka idea untuk mempermainkan abang tersayang. Selepas subuh tadi terus Camarul mengajaknya keluar. Gayanya nak mencari Twin Holding macam teruk sangat. Buat malu saja.

“Cantikkan bangunan tu? Tapi ada lagi satu bangunan, laaaggiii cantik. Tu kat hujung tu. Dulu tu port lepak Yuyu. Abang pernah pergi tak lepak situ?” Mukadimah untuk mencari pasal di mulakan. Perkataan ‘lagi’ di tekankan. Kalau tak terasa tak tahulah.

“Tu ayat nak suruh abang humban Camelia keluar dari kereta ni. Nak ke?” Camarul memberhentikan kereta di hadapan pintu utama Syarikat.

“Ha tunggu apa lagi, turunlah. Abang tunggu kat bengkel. Dah sudah temuduga terus pergi bengkel. Jangan nak merayap pulak.” Sedikit pesanan khidmat masyarakat Camarul perdengarkan. Yuyu ni bukan boleh pakai sangat. Merayap mengalahkan jantan.

“Yuyu datang ni nak temuduga jawatan apa?” Selamber Yuyu bertanya. Betullah dia tak tahu jawatan apa yang kosong. Dah orang suruh datang, datang jelah. Kang tak nak kecil hati pulak.

“Ya Allah budak ni. Setiausahalah. Ni mesti tak prepare apa-apa pun kan? Dah seminggu abang bagitau. Itulah, otak tu fikir main jer kerjanya.” Camarul mula bengang. Kecil-besar sahaja di rasakan Yuyu waktu ini.

Yuyu pantas membuka pintu kereta. Yakuza Brother dah mula marah. Baik dia cabut. Yihaaa...Encik boss aku datang. Pantas dia berlari.

Camarul tergeleng kepala melihat aksi lepas laku Yuyu. Macam-macam pe’el adik kesayangan dia tu. Pagi tadi semasa menjemput Yuyu riuh rendah jadinya. Mahunya tak, pakai seluar jeans dengan baju t-shirt katun Spongebob nak datang temuduga. Puas berbalah barulah Yuyu mengalah. Pakai baju kurung berkedut seribu. Karang nak di marah lebih-lebih, datang penyakit ‘Say No For Work’ parah pulak. Kalau acting sebab nak kerja tak pe. Ini belakon sakit sebab tak nak kerja.

Camarul yang mula mahu mengerakkan kereta terperanjat bila cermin keretanya di ketuk secara tiba-tiba. Wajah tersengih Yuyu menjelma di hadapan mata. Apa lagi ni? Cermin kereta di turunkan.

“Apasal pulak ni?” Wajah Yuyu yang sedang tersengih menghairankannya. Ajaib takkan tak sampai seminit temuduga dah selesai?

“Orang lupa ambik fail la. Ambik kejap kat belakang tu” Memuncung mulutnya menunjuk fail yang elok ‘beristirehat’ di seat belakang.

“Muda-muda dah nyanyuk. Nah.” Camarul menyerahkan fail berisi resume dan sijil. Banyak juga sijil adiknya. Fail bertukar tangan.

“Thank you, my super duper lovely brother.” Yuyu kembali mengatur langkah. Dalam pada itu telinganya cekap menangkap kata-kata Camarul.

“All the best my darling sister.” Camarul tersengih bila Yuyu memberikan tabik hormat. Ada-ada saja karenah adiknya seorang tu. Tetapi tak lama senyuman tu bertahan di wajahnya. Di tempik kuat nama Yuyu. Malangnya tubuh itu sudah menghilang di dalam bangunan. Gila, Tak pernah di buat orang pakai baju kurung dengan kasut sport. Dah lah baju merah menyala, kasut kuning meqengau.(bahasa utara mengambarkan sesuatu yang pekat atau terang) Di hantuk-hantuk kepalanya ke stereng kereta. Nampaknya jadi pengangur lagilah adiknya. Attitude Fail. 


Surat cinta Untuk Disana: Ini ajer sempat bg..tetiba pening...edit2 pn x sempat...kalau ada yg tersalah harap di maafi...Ada tanya pasai cover...Hahah... tahu bab mengedit cover sy sgatlah x kretif.... Jadi    hanya cover adik2 darjah satu ni jelah mampu dibuat...(malu)...Kalau sapa rasa buruk sangat ya amat...sudikanlah diri bantu sy buat satu...kahkah (memang aku x tau malu)....layan jelah bab tiga ni...pendek jer pun.. 

6 ulasan:

  1. Hahaha...yuyu...yuyu. Ada je alasan dye tamo pi kerja. Tp eira curious lah kak asal dia berkeras tamo kerja dgn ayah dye? Mesti ada something wrong somewhere rite ? Ecehh. Btw,bila akak nak sambung cerpen psl Sara tu? Sy minat giloss cite tu ^^. Ops! Sori klu akak rasa sy merapu kat sini. Peace ^^v

    -eira-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg x mau keja tu,,nnti kita story mory...hahah... Sara ek??nnti2 yer...sbb tngah rombak balik dkat hujung2.. X pa merapu pun..sbb kt sini mmg nk relaks2 jer...merapu banyak hidup ceria...kahkah,,,

      Padam
  2. best2.. smbng lgi?
    lawak la dua bradik nih..

    BalasPadam
  3. ooo. ni kiranya sblom si yuyu ni kja dgn apa nama... hasif eek? ala yg suka kat camelia tu .. ke amjad tah.. lupa la plk namo adk bradik kmbar tu... ni msti p tmdga kat opis tu kann... heheheh .....




    # hahaha.. in my mind bebe**

    BalasPadam
  4. haha...sumpah best!!!saya duk gelak je dlm blik ni smpai abg label gile...tahniah!!!

    BalasPadam
  5. kyahahaha lucu sangat...akak ni pintar karang novel nie.aku suka suka #fans from indonesia.
    ps:akak nie dah rilis novel ke?boleh bagi tau saya judul novel nya?nanti boleh aku pesan kat ol shop. trimakasih ^^

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)