Hel!O mY DarLing!

Selasa, 20 Mei 2014

Isteri Milik Aku Bab 5





Kunyahan dibibir semakin perlahan. Kepala di angkat. Direnung wajah anak kesayangannya.

“Bila nak settle kes tu?” Datuk Rahim bertanya tenang.

“Kes apa?” Rhea senyum hambar. Sudah boleh di agak kemana hala tuju pertanyaan ayahnya. Tetapi sengaja dia buat tidak tahu.

“Xander.” Ringkas dia berkata. Tiada hati mahu bercerita mengenai lelaki jahanam tersebut.

“Secepat yang mungkin. Rhea dah bincang dengan Fakrul.” Nasi yang berada di dalam mulut sudah tidak tertelan. Putus selera bila nama Xander diungkit. Dia alergik!

“Bagus lah kalau macam itu.” Datuk Rahim tersengih lebar. Akhirnya..Setelah sekian lama, apa yang dia idamkan, bakal diperolehi.

“Apa yang bagusnya bang?” Datin Mawar yang sejak dari tadi berdiam diri, menghantarkan pertanyaan. Semakin hari, semakin dia tidak kenal siapa suaminya. Tindakan lelaki itu kadang-kala menimbulkan rasa jengkil di hatinya.

“Kamu diam lah Mawar.” Datuk Rahim menjeling. Sakit hati bila si isteri asyik membangkang kata-katanya. Apa salah ke kalau dia perjuangkan haknya sebagai ayah?

“Nak diam macam mana. Benda tak baik itu yang abang sokong.” Dia tak mahu kalah.

“Dia dah aniaya anak kita, awak harap saya buat apa? Gelak ketawa macam orang bodoh? Ke awak nak saya tepuk tangan?”

Rhea capai minuman. Tak kuasa mahu melayan pertelingkahan ayah dan uminya. Kalau boleh apa yang dia nak buat, dia tak mahu ada campur tangan dari orang-orang kesayangannya itu.

“Susah cakap dengan abang nilah. Semuanya nak menang.” Datin Mawar tarik muka.

“Dah awak tu cakap benda tak boleh pakai. Kalau tak tahu, baik awak diam. Saya pun tak sakit hati.”

“Sudah lah tu. Jangan gaduh. Nanti biar Rhea selesai sendiri.” Ini yang malas. Kalau dia tahu, baik dia bertapa terus dekat rumah Farah. Tak adalah dia terseksa jiwa raga tadah telinga dengar pertelingkahan manja ala-ala sadis umi dan ayahnya.

“Nak pergi mana pulak tu?” Datuk Rahim bertanya bila melihat Rhea bangun dari kerusi.

“Rhea dah kenyang ayah.”

“Duduk dulu. Ayah nak cakap pasal kes esok.” Tangannya kembali menunjuk ke arah kerusi. Menghantar isyarat menyuruh Rhea duduk kembali.

“Ada prob ke dengan kes tu?” Rhea sudah berkerut dahi. Rasanya, tak ada apa-apa masalah. Client jugak tak banyak songgeh. Ikut saja apa yang dia kata, asalkan boleh menang.

“Tak ada. Tapi Rhea dah sedia ke?”

“Kenapa? Ayah tak yakin dengan Rhea ke?” Kening dijongket. Tidak senang hatinya bila disoal dengan soalan seperti itu.

“Bukan tak yakin. Cuma..”

“Ayah jangan risaulah.” Pantas dipotong kata Datuk Rahim. Dia bukan apa, risau jika dibiarkan, semakin panjang rasa tidak yakin lelaki itu nanti.

“Hemm.. So..Nak ayah temankan ke esok?”

“Tak usah kot. Rhea pergi sendiri. Lepas kes, Rhea ada benda nak buat.” Nafas dihela panjang. Terfikirkan masalah itu, terus rasa pening menjengah.

“Kalau macam itu tak apalah.”

“Rhea naik atas dulu lah.” Sekali lagi dia bangun. Sempat disambar pinggan dan dibawa ke sinki. Setelah itu, laju dia menerjah ke dalam bilik.

“Abang.” Lihat sahaja kelibat anaknya menghilang, Datin Mawar terus memandang wajah suaminya tajam. Sakit hati dia melihat tingkah lelaki itu yang tenang bagaikan langsung tidak pernah berbuat salah.

“Ada apa lagi Mawar?” Datuk Rahim buat tak endah. Secepat mungkin disumbat makanan yang masih berbaki di dalam pinggan, ke dalam mulut. Risau jika isterinya mahu meneruskan sesi ceramah. Waktu-waktu malam seperti ini, otaknya dah tepu. Tak boleh nak terima ‘peluru.’

“Bila nak cakap dekat Rhea perkara betul?” Suaranya ditegaskan. Bukan mahu biadap, tetapi tingkah suaminya sendiri yang mula buatkan dia hilang hormat.

“Perkara apa?” Dia buat tak tahu. Disedut air limau di dalam gelas. Lega terasa bila sejuk air terasa membasah kerongkong.

“Kes enam tahun dulu tu.” Tengok wajah Rhea terus dia rasa bersalah. Penat hati bila terpaksa bersekongkol dengan suaminya.

“Kes apa? Apa awak merepek ni?”

“Mawar tak kerja, bukan bermaksud Mawar ni bodoh. Ingat Mawar tak tahu apa yang abang dah buat dekat Rhea dengan Xander?” Tak gentar dia memandang wajah Datuk Rahim. Sakit hati bila suaminya sendiri yang bagaikan menempah tiket kehancuran untuk anak kesayangannya.

“Saya tak ada buat salah pun. Awak tak tahu cerita betul, awak jangan pandai-pandai nak bawa mulut.” Datuk Rahim mula panas hati. Tanpa menunggu balasan dari bibir isterinya, terus dia bangun dan berlalu. Hatinya sudah mengomel geram. Ada isteri pun tak menyenangkan hati!



 Hair dryer dicucuk pada extension plug. Sebelum itu sempat dia mengesat dahulu titisan air yang masih ramah membasahi tubuhnya yang siap bersarung baju tidur. Kemudian dia mula melarikan hair dryer diseluruh rambut. Sesekali tangannya ramah menyelak majalah Maskulin yang disambar dari atas meja Hilman, pembantu ayahnya. Kalau ikutkan rasa hati, dia memang tak ingin nak mengadap majalah sebegitu. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Gambar bakal duda elok terpampang pada muka depan majalah. Membuatkan perasaan hatinya membuak-buak mahu tahu apa yang dicoretkan oleh si wartawan. Puas dihalang tadi tangannya dari menggatal. Tapi kalau dah hati teringin, tangan mana boleh derhaka. Sudahnya disambar juga majalah itu. Pedih juga telinganya memakan sindiran Hilman. Tapi sengaja dia buat pekak.

Dibaca bait-bait yang dicoret. Kisah kejayaan lelaki itu dalam kerjaya, juga kehebatan membesarkan anak tanpa bantuan sesiapa. Baca part itu dia rasa bagaikan tersindir. Tetapi sekejap sahaja rasa itu menjengah bila mata tertacap pada satu ayat, entah mengapa hatinya jadi kembang setaman. ‘Isteri menuntut di luar negara.’

Puas dihalang rasa bahagia yang mula menjengah. Tapi hatinya masih galak mahu bersorak riang. Xander masih ingatkan dia! Entah berapa puluh kali diulang baca ayat itu.

Suara Shontelle yang galak memekak di balik poket baju mematikan angannya. Diketuk kuat kepala bagi membuang mimpi indah yang sekejap tadi menjengah. Dicekalkan kembali hati agar tidak mudah tergoda dengan benda-benda remeh seperti itu. Mungkin niat lelaki itu lain. Siapa tahu…

 Handset dikeluarkan. Terlihat nama yang terpampang pada permukaan skrin, terus bibirnya menguntum senyuman. Salam disambut. Kemudian dia bangun dan menapak ke arah meja solek. Sesekali kata Farah diiyakan.

 “Hal kecil Farah. Kau jangan risau. Aku yakin yang aku boleh menang.” Dikepit handset pada bahunya. Botol berisi losyen dari jenama Musk Bloosom ditarik mendekat. Ditekan losyen pada tapak tangan. Setelah itu diusap lembut pada lengannya.
           
“Baguslah kalau macam itu. Nanti aku belanja kau makan.”

            “Okey.” Malas dia menjawab. Letih dirasa, bila tiba-tiba fikiran dia dipenuhi bayangan Xander dan...si Barbie doll! Lebih teruk, kenangan zaman purbakala turut terimbas sama.

            “Kau apasal? Ada masalah ke?” Suara Farah kedengaran tenang. Ceria sahaja suara itu tadi. Tak sampai seminit, nada Rhea sudah berubah rentak. Nak kata dia tersilap cakap, rasanya tak ada.

            “Esok kau teman aku pergi pejabat agama boleh?” Terhenti sapuan losyen pada tangannya. Bau yang lembut terasa memualkan hidung. Dia jadi loya secara tiba-tiba. Tapi apa yang pasti, dia kena bulatkan tekat. Tidak boleh tidak, dia kena jauhkan diri dari Xander!

            “Kau dah fikir habis ke Rhea? Tak menyesal nanti?”

            “Tak kot.” Mata sudah terkebil-kebil. Diintai majalah yang berada tidak jauh darinya. Pantas kepala digeleng laju. Cuba menghalau anasir-anasir jahat yang mahu menganggu.

            “Kot? Okey. Esok aku teman kau.” Farah tergelak kecil. Tak ada maknanya dia nak teman. Dengar suara Rhea pun dia sudah tahu… Pasti akan bertangguh lagi. Tak kisah konon!

            “Erkk. Esok apa-apa aku bagitahu kau.” Pantas dia menamatkan perbualan dengan Farah. Entah mengapa dia harapkan Farah menjawab ‘tidak boleh. Aku sibuk.’ Tangan diletak ke dahi. Dia rasa nak demam!

            Handset digenggam kemas. Suis lampu ditutup. Kemudian dia melangkah ke arah katil. Tubuh dibaringkan dia atas tilam empuk yang mampu membuatkan tubuhnya tenggelam. Malangnya kegebuan tilam tak mampu menghalau rasa asing yang menjengah. Tangan dibawa menyentuh dada. Debaran yang terasa lain macam. Dia sendiri sudah runsing. Tidak tahu apa yang tidak kena. Padahal tadi, dia elok-elok saja.

            “Sabar lah hati.” Dia mengomel perlahan. Segala doa yang dia tahu dibaca. Cuba untuk memujuk hati supaya kembali bertenang. Esok...Hari penentu segalanya.

Surat Cinta Untuk Disana : Abaikan salah silap ejaan. x sempat mengedit. Papaiii...Muahhh


6 ulasan:

  1. Pendek sungguh...hehehe...

    BalasPadam
  2. nana mohd yasin29 Mei 2014 5:39 PTG

    Sgt besttttt

    BalasPadam
  3. Baru start follow ceter ni..best sgt2 la..nak jadikan novel ke or only for blog je ek??xsabar nk tau bab seterusnya :D

    -JulpaLasa-

    BalasPadam
  4. ok..oww..tidak..hati dah terpikat

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)