Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 9 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 17





Pintu ditolak perlahan. Dengan berhati-hati dia mengintai keadaan di dalam. Melihat kelibat suaminya yang sedang berjalan di atas massage jump rope membuatkan dahinya berkerut. Sudah musnahkah deria rasa lelaki itu?

“Abang.” Suaminya dipanggil perlahan. Lelaki itu bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Mundar-mandir dengan riak wajah penuh keresahan.

“Abang.” Kali ini dia menyentuh bahu lelaki itu yang tidak berbaju. Seketika dia tersentak bila tangannya ditepis kasar. Mencerlung mata itu memandang ke arahnya.

“Kau nak apa?” Zafry bertanya kasar. Bengang kerana dia dikejutkan secara tiba-tiba.

“Abang tak sakit ke?” Jarinya dibawa menunjuk ke arah kaki lelaki itu.

Zafry diam. Keluhan resah terhembus. Rasa perit mula menyapa deria rasanya. Entah berapa puluh kali dia berulang-alik di atas benda alah itu. Fikirannya yang kusut membuatkan dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan.

“Abang marahkan Adra ke?” Dipandang wajah suaminya menanti jawapan. Sejak dari semalam sudah puas dia mengulangi soalan yang sama. Perubahan sikap suaminya sudah menceritakan segalanya. Tapi yang masih menjadi tanda tanya kepada dirinya, apa yang lelaki itu marahkan?

“Kau tak jemu ke ulang soalan yang sama?” Kali ini dia bergerak menujuk ke atas treadmill. Tabiatnya sejak dari dulu lagi. Asal hatinya dilanda kerisauan, hanya dengan menyibukkan diri melakukan senaman sahaja dia dapat melupakan seketika masalah yang berlaku. Cuma sekarang masalah yang satu itu bagaikan tidak mahu melepaskan dirinya. Kuat membelit sehingga dia rasa sukar untuk bernafas.

“Adra cuma nak tahu…” Dia terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun bicara. Risau jika kata-katanya bakal membuatkan Zafry semakin panas hati.

“Kau keluar lah dulu.” Beberapa butang ditekan. Seketika kemudian dia mula berlari anak di atas treadmill. Namun baru beberapa langkah, sesuatu berjaya mencuri tumpuan matanya. Mesin dimatikan. Dicapai benda bulat yang ada disebalik lekukkan treadmill. Entah mengapa hatinya mendadak panas. Wajah Adra yang masih kaku merenung dirinya dipandang tajam.

“Apa ni?” Tubuh Adra didekati. Cincin ditayang betul-betul pada wajah itu.

“Adra..” Terkebil-kebil matanya memandang cincin dan wajah suaminya. Sudah berpuluh-kali dia mencari pada kawasan itu. Kenapa dia tak jumpa?

“Aku paling benci orang cuai Adra. Berapa kali aku nak ingatkan kau jaga cincin ni elok-elok?” Sesak nafas bila dia cuba menahan amarah yang hampir meledak. Tangan digengam erat.

“Adra tak sengaja.” Entah mengapa mendengar tengkingan suaminya membuatkan hatinya menjadi sebak. Tanpa dipinta air hangat mula menodai kolam matanya.

“Tolong jangan bagi jawapan bodoh dekat aku. Kalau kau rasa kau tak nak pakai, kau cakap. Aku boleh ambil balik.” Kalau diikutkan rasa hati, pasti hari ini isterinya makan penampar, cuma dia bukanlah jenis lelaki yang akan menaikkan tangan pada wajah seorang perempuan sewenang-wenangnya.

“Adra minta maaf abang.” Tangan Zafry cuba dicapai. Tidak pernah lagi dia melihat lelaki itu marah seperti sekarang. Memang dia harus akui, itu memang salahnya.

“Minta maaf lepas tu buat balik.” Tak tunggu sesaat terus dia berlalu. Yakin jika dia berdiri lagi dihadapan isterinya, pasti tubuh itu akan menerima habuan.

“Abang..” Adra cuba memanggil. Tersentak tubuhnya bila pintu dihempas kuat.
…………………………
“Kau bodoh Zafry. Lepas ini selamanya kau akan terikat dengan perempuan tu.”

Dipandang pantulan wajahnya pada cermin. Malangnya gambaran yang ada bagaikan mengejek dirinya. Mengetawakan kebodohan yang dia lakukan.

“Aku pasti lepaskan dia nanti.” Dia yakin, suatu hari nanti dia pasti akan dapat melepaskan diri dari ayahnya dan Adra. Masa itu dia sendiri akan tentukan hala-tuju yang dia mahukan selama ini.

“Kau ingat ayah kau akan lepaskan kau macam itu saja kalau kau buat macam-macam dekat perempuan tu?”

“Hidup aku, aku yang akan tentukan.” Semakin kuat dia menengking. Bengang dengan gambaran yang semakin seronok mengejek dirinya.

“Kau yakin kau mampu lepaskan diri dari orang tua itu?”

Kali ini tangan digengam dan dihentam kuat pada permukaan cermin bila gambaran ayahnya sedang bergelak-ketawa menjelma. Sampai bila-bila sekalipun orang tua itu tak boleh bahagia atas kesakitan dia. Kaca yang menikam jemarinya sudah tidak memberikan kesan. Rasa sakit itu tidak akan mampu mengurangkan rasa sakit yang selama ini dia rasai. Ayahnya akan terima balasan atas setiap apa yang lelaki itu telah lakukan kepadanya. Itu sumpahnya.

“Abang…”

Bunyi ketukan bertalu-talu dari luar dia buat tidak peduli. Adra masalah yang paling utama. Suatu hari nanti dia pasti akan ‘musnahkan’ juga masalah yang satu itu. Apa yang penting matlamat asalnya harus ditunaikan dahulu.

Pili air dibuka. Darah dibiarkan mengalir dibawah pancuran air. Setelah itu, dia melangkah keluar. Wajah Adra yang berdiri dihadapannya langsung tidak dipandang. Dia tidak boleh lemah lagi dengan rayuan wanita itu.   

“Ya Allah…Darah.”

Jeritan isterinya tidak diambil peduli. Terus dia bergerak menuju ke arah katil. Tubuh dibaringkan. Sebiji bantal dicapai dan ditekap pada wajah.

“Kalau abang marah Adra, abang lepas saja dekat Adra. Buat apa abang nak sakitkan diri sendiri?” Tangan suaminya ditarik. Pegangannya semakin dikuatkan bila terdapat penolakkan dari lelaki itu. Berdegup kencang hatinya bila melihat serpihan kaca masih melekat pada jari itu. Tak tunggu sesaat terus dia bangun dan berlari mendapatkan emergency kit.

“Abang tahan kejap.” Adra pejam mata. Ditarik sisa kaca dari tangan suaminya. Bila sahaja mata dibuka badannya menggigil secara tiba-tiba bila melihat darah memancut keluar dari kawasan luka. Ketika itu dia sedar sesuatu, pasti cincin itu sangat berharga dalam hidup suaminya sehingga lelaki itu boleh hilang kawalan sebegitu. Rasa menyesalnya bertimpa-timpa. Kalaulah dia lebih berhati-hati….

“Kita pergi klinik ye?” Bantal yang menutupi wajah Zafry cuba ditarik.

“Jangan kacau aku Adra.”

“Tapi…” Adra mengeluh. Tahu apa katanya tidak akan didengari oleh lelaki itu. Setelah mencuci dan membalut luka suaminya dia perlahan-lahan bangun dari katil.
………………..
Satu persatu helaian album dibuka. Niat hatinya mahu meminjam buku lelaki itu di dalam bilik bacaan telah menemukan dia dengan album yang dipenuhi beratus koleksi gambar suaminya dari kecil sampailah besar.

Sesekali senyuman bermain dibibir bila melihat aksi-aksi comel dan nakal lelaki itu. Terdapat juga gambar suaminya dan Sherlene di kawasan-kawasan peranginan.

 Sebuah lagi album dicapai. Kali ini hatinya bagaikan dipukul kuat. Bibir diketap bila terpandang perkataan Me and My Love pada helaian pertama album. Rasa cemburu terasa mengigit tangkal hatinya bila melihat aksi manja seorang gadis berbangsa cina disisi suaminya.

Apa yang lebih membuatkan dia kecewa bila setiap gambar bagaikan menceritakan perasaan suaminya. Lelaki itu kelihatan sangat bahagia disisi gadis comel itu. Sedangkan sekarang?

Sesekali mata dipejam bagi menghilangkan rasa kabur dek kerana air mata yang mahu tumpah. Sedaya upaya hati ditabahkan bagi meneruskan ‘penjelajahannya’ pada album-album lama lelaki itu. Mungkin dengan melihat semua itu dia dapat lebih mengenali lagi siapa Umar Zafry. Kalaupun perlu mencederakan hati sendiri bagi mendekatkan dirinya pada lelaki itu, pasti tanpa ragu-ragu akan dia lakukan.

Kali ini dengan berat hati album terakhir dicapai. Entah apa lagi kejutan yang bakal diberikan. Helaian pertama album menemukan dia dengan rakan-rakan lelaki itu. Semuanya terdiri dari lelaki berbangsa Inggris. Hanya seorang dua yang dia yakin berbangsa cina.

Tiada apa yang menarik dirasakan melainkan ada beberapa gambar yang turut dihiasi botol-botol arak dari pelbagai jenama. Bahkan ada gambar yang menunjukkan suminya begitu berbangga mengangkat air kencing syaitan tersebut. Peliknya dia langsung tidak terperanjat. Betullah apa yang ayah mertuanya katakan. Suaminya sudah jauh tersasar.

 Album ditutup. Seketika kemudian dia bagaikan tersedar sesuatu. Dengan tangan yang mengeletar dia membuka kembali album pada helaian terakhir. Mengucap panjang dia melihat gambar yang satu itu. Kali ini air matanya lebat mengalir. Tidak putus dia beristifar.

“Church choir..’ Hanya itu yang dia faham kerana yang lainnya ditulis dalam bahasa cina. Tapi dia yakin, remaja yang berpakaian jubah putih dengan lambing salib besar bewarna hijau itu suaminya. Senyuman dengan lesung pipit pada kedua belah pipi itu masih sama. Langsung tidak berubah…. Siapa sebenarnya suami yang dia nikahi sekarang? Apa lagi yang dia tidak tahu tentang lelaki itu?
………………………..
Mata dibuka. Terkebil-kebil dia dalam kegelapan. Entah berapa lama dia tertidur. Sesekali dia mengaduh kecil bila tangan kanannya terasa sengal. Dibuka tutup tangannya yang berbalut bagi mengurangkan kesakitan. Malangnya semakin menusuk pula dia rasakan.

“Abang dah bangun?” Adra yang baru keluar dari dalam bilik air menegur perlahan. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan perbualan dengan lelaki itu. Risau jika dia tersalah mengatur kata, semakin marah lelaki itu kepadanya.

Tanpa mempedulikan Adra, dia bangun dan masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup rapat. Dipandang ke arah lantai. Serpihan kaca yang berselerakkan tadi sudah tiada. Pasti sudah dibersihkan oleh isterinya.

Wajahnya dibasahkan. Mujurlah dia seorang left handed. Kalau tidak jenuh mahu menguruskan diri mengunakan tangan pasif. Terbit sedikit rasa menyesal dihatinya kerana terlalu mengikut perasaan. Tetapi memikirkan kepuasan yang dia dapat, apalah sangat dengan kesakitan itu. Setelah selesai segalanya, dia melangkah keluar.

Sehelai t-shirt dikeluarkan dari dalam almari dan disarungkan pada tubuhnya. Jeans hitam dikenakan. Setelah itu, meja disebelah katil dihampiri. Dompet disumbat pada poket belakang. Kunci kereta dan beberapa barang penting turut dicapai..

“Abang nak pergi mana?”


Pertanyaan Adra tidak dibalas. Walaupun ada rasa bersalah bersarang di hati, sedaya upaya rasa itu ditahan. Dia tidak boleh lemah lagi dengan godaan isterinya. 

Adra pandang langkah suaminya. Nampaknya lelaki itu betul-betul marah. Cuma dia yakin marah lelaki itu bukan sahaja mengenai cincin, tetapi juga mengenai kandungannya.  Wajah ayah mertuanya terbayang di mata. Perlu ke dia dapatkan pertolongan lelaki itu?  

Surat Cinta Untuk Disana : Ada beberapa bab lagi sy ltak dkat blog…Lpas ni nk kena pulun siapkan KSB.. Nxt novel sbagai pganti dkat blog… Suami Untuk Aku. :) (kerana Cintaku Untuk-Nya…Inshaallah akan bercatwalk balik dekat blog)

4 ulasan:

  1. Sedih la akak... Knapa uat adra mcm 2
    Kesian dia...

    BalasPadam
  2. Zafry dah pernah terpesong aqidah ke...klu gitu sah ke perkahwinan mereka jika zafry belum bertaubat....kesian anak dlm kandungan adra tu

    BalasPadam
  3. Sian adra, spi ati zafry. Hope dia x tsasar jauh....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)