Hel!O mY DarLing!

Ahad, 3 November 2013

MPWUMM?



“Semua benda dah siap ke?” Carina menepuk perlahan bahu adiknya. Tubuh dilabuhkan di sebelah Yuyu. Barang hantaran yang elok berhias indah dipandang. Langsung dia tidak menyangka antara mereka bertiga, Yuyu terlebih dahulu mendirikan rumah tangga.

            “Sudah. Cuma tinggal yang tak penting sajalah.”

            “Esok sambung. Nanti Kak Ina tolong apa yang tak siap.”

            “Jom kita keluar minum nak? Ajak abang sekali.” Yuyu mengeliat kecil bagi menghilangkan rasa lenguh dibadan kerana terlalu lama berada di dalam keadaan duduk.  

            “Dah pukul berapa sekarang?”

            “Entah.”

            “Handset dekat tangan tu tengoklah sayang oii.” Carina menegur.

            “Sebelas lebih.”

            “Lewat sangat dah. Abang dah masuk tidur rasanya.” Carina tahan kantuk yang mula menjengah.

            “Abah?” Terasa bagaikan sudah begitu lama dia tidak berbual dengan lelaki itu. Rindu pula dia mahu melepak di kedai kopi dengan abahnya seperti yang selalu dia lakukan dulu.

            “Ada dekat dapur dengan umi tadi. Tak tahulah dia orang dah masuk tidur ke tidak.”

            “Yuyu nak pergi dapurlah.” Terus dia melangkah menuju ke arah dapur yang terletak dihujung sudut rumah. Rasa jemunya kerana menghadap benda yang sama dari tadi harus diubati. Namun handset yang bergetar di dalam poket seluar mematikan langkahnya. Melihat nama yang terpapar pada skrin membuatkan senyuman membuah di bibir.

“Assalamualaikum.” Salam diberikan. Tidak sabar mahu mendengar suara Hasif. Malangnya kata-kata lelaki itu yang baru menjengah ke telinganya membuatkan dia terkedu.

            “Habis tu awak ada dekat mana sekarang?”

“Saya dekat pejabat agama.”

            “Pejabat agama? Awak tunggu situ. Kejap lagi saya ajak abang pergi.” Kakinya terasa bergetar. Sungguh dia langsung tidak menyangka Athirah seberani itu. Entah hati apa yang menjadi milik wanita itu. Kejam dan langsung tidak bertimbang rasa.

            Surat Cinta Untuk Disana : Salam....aloha syg2 ku... :) Ini last kot jajan’s sy letak kat blog...  Lpas ni sy bg ‘lintas langsung’ saja sikit dkat group.. komen yg korang bagi dkat post2 yg sy tulis..... inshaallah nanti sy balas... sekarang mampu tengok saja...Line teruk sgt...Nak post satu benda dah makan masa sampai berejam... :)

4 ulasan:

  1. hero kena tangkap basah lagi.... :(.

    BalasPadam
  2. Alaaaaaaa nape athirah ni, backhand kang

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. cempaka rembulan4 November 2013 3:27 PG

      kak ni group sy... https://www.facebook.com/groups/621308791235302/

      Padam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)