Hel!O mY DarLing!

Rabu, 2 Oktober 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 13



            “Adra…”

            “Apa..” Adra menyahut malas. Entah apa lagi yang lelaki itu mahukan. Hari ini dia tak ubah seperti orang gaji suaminya. Itu ini disuruhnya lakukan.

Siap mengemas segala habuk di dalam rumah, disuruh pula mop lantai. Sudah mop lantai diminta pula memasak. Kalau mintak yang senang tak apa. Ini mintaknya gateaux coklat plus ban Chelsea. Selera tak menahan melampau.

Yang paling tak boleh blah, disuruhnya dia basuhkan rumah anak-anak ‘tikus’ kesayangan suaminya itu. Ufthh! 

Selimut ditarik menutupi sebahagian badan. Kalau suaminya macam-macam dia nak meraung sepuas hati. Biar baru padan muka lelaki itu.

“Kau nak ke tak nak hadiah aku?” Dijegilkan sedikit matanya bila Adra menarik selimut menutupi tubuh. Dasar otak kotor. Ingat dia desperate sangat ke?

“Nak… Hadiah apa?” Dalam keadaan terpaksa, dia memaksa diri bangun. Entah mengapa, melihat sahaja senyuman di wajah Zafry dia menjadi tidak senang hati. Pasti ada sesuatu yang lelaki itu sedang racangkan.

“Bak tangan kau.” ‘Hadiah’ yang disembunyikan di belakang badannya sudah tidak sabar mahu diserahkan kepada Adra. Hadiah yang dia pasti tak akan Adra lupakan sampai bila-bila.

“Apa tu?” Adra bertanya curiga.

“Shu.”

“Tisu?  Nak buat apa?” Berkerut dahinya. Apa mimpi lelaki itu nak bagi dia tisu? Dahi disentuh. Setitis peluh pun tiada.    
           
“Buat lap peluh.” Tisu? Hailah Adra. Lain yang dia sebut, lain pula yang perempuan itu dengar.  
           
Adra semakin pelik. Dia langsung tidak memahami hujung pangkal perbualan mereka. Dalam pada masa yang sama tangannya ditadahkan di hadapan suaminya yang sudah naik ke atas katil.

            “Pejam mata.”

            Dalam terpaksa Adra mengikut juga kata-kata suaminya. Tidak mahu tercetus pertengkaran antara meraka.

            “Kau orang pertama aku bagi hadiah istimewa macam ni.”

            Detak jantungnya sudah tidak sekata. Tak kan sebab bersihkan rumah suaminya nak hadiahkan dia intan berlian? Wah! Kalau macam itu, hari-hari pun dia tak kisah.

            Adra kerutkan dahi. Sesuatu yang lembut terasa menyentuh tapak tangannya. Apa yang tak best, ‘hadiah’ itu bagaikan bergerak-gerak kecil.

            “Buka mata…” Matilah kau Adra Afeefa!

            “Makkk…Tikusss….” Anak tikus yang berada di dalam pegangannya terus dilambung. Terlompat-lompat dia cuba menyelamatkan diri.

             Zafry sudah ketawa besar. Dalam pada masa yang sama cekap dia menyambut anak Smith dan Dora yang baru beberapa hari dilahirkan. Risau jika sesuatu terjadi kepada ‘anak angkat’ kesayangannya.

            “Buang…buang…” Bagaikan terkena hysteria Adra melompat turun dari katil. Buku hard cover yang berada di atas meja sebelah katil dicapai. Tanpa dapat ditahan dia memukul tubuh suaminya. Niat hati mahu ‘membunuh’ makhluk parasit yang sedang dipegang oleh lelaki itu.

            “Weh apa ni?” Serangan dari Adra cuba dielak. Langsung tak percaya Adra akan bertindak seperti itu. Pada angan-angannya Adra akan meraung. Paling tidak menangis. Ini…Arghh..Sakitnya…
…………………
            “Sakit ke?” Adra serba salah. Dalam masa yang sama dia berpuas hati. Baru padan dengan muka suaminya. Buat lagi perangai tak semengah seperti itu.

            “Kau rasa?” Zafry panas hati. Kepalanya yang terasa berdenyut dituam dengan kain yang dicelup ke dalam air panas.  

            “Baru padan muka.” Perlahan kata-kata itu meluncur tanpa dapat ditahan. Silap dia capai buku tadi. Kalau dia capai saja meja kan bagus. Biar lelaki itu berkampung halaman terus dekat hospital.

            “Kau kata apa?”

            “Adra kata, habislah muka. Sini..Dah bengkak.” Ditekan kuat dahi suaminya yang sedikit membiru.

            “Aduh!..Kau nak bunuh aku ke apa?” Tangan isterinya ditepis kasar.

            “Tak adanya nak mati kalau setakat kena ketuk dengan buku tu.” Tanpa mempedulikan suaminya dia cuba mencapai beberapa biji kacang goreng. Tetapi baru sahaja ingin menyentuh, dia menarik semula tangannya dan perlahan-lahan dibawa ke arah hidung.

            “Kau jangan nak mengada. Kalau dah habis sebotol body wash kau belasah guna, tak adanya nak lekat bau.” Macamlah najis sangat hamster kesayangannya tu. Adra memang suka over acting.
  
            Adra tergelak kecil. Bukan setakat bersabun, dia siap spray lagi minyak wangi atas tangan. Geli!

            “Nak Adra tolong?”

            Zafry mengeluh kecil. Kalau Adra buat tawaran itu dari tadi kan bagus. Terus dia menyuakan kain kepada isterinya.

            “Huwarghh.. Adra dah mengantuk. Besok lah Adra tolong.” Tangan dibawa menutup mulut. Tanpa rasa bersalah terus dia berlengang pergi. Sambil itu dia menyanyi kecil. Biar suaminya berbulu biji mata. Kira adil lah kan?

            Zafry panas hati. Kain yang berada di tangannya dibaling ke arah Adra. Malangnya kain itu hanya melayang dan jatuh ke atas lantai. Dia betul-betul terkena! Tak apa…Tak apa.. Ada ubi ada batas…

            Adra mengintai setiap ruang bilik. Gebar dan cadar di tarik bagi memastikan tiada lagi ‘hadiah’ Zafry tertinggal di situ. Setelah yakin dia mula menghumban tubuh kecilnya atas katil. Lampu meja dipadam.

            “Selamat malam abang…” Perlahan dia berkata, walaupun dia sedar lelaki itu tidak mendengar kata-katanya.
…………..
            “Abang bila masuk kerja?” Sambil itu dia melaraskan suhu oven. Baru beberapa minggu berkahwin dia sudah boleh berbangga memasak beberapa jenis pastry. Pelik betul dia dengan makhluk bernama Umar Zafry. Boleh pulak seharian perut itu bertahan dengan hanya memakan makanan seperti itu.

            Zafry buat tak peduli. Sebotol fresh orange dikeluarkan dari dalam peti sejuk dan dituang ke dalam gelas.

            “Hailah custard, kenapa kau tak jawab soalan aku?” Adra pura-pura merenung inti custard. Sambil itu dia mencuri pandang ke arah suaminya. Cuba mengintai reaksi wajah itu. Sudah seharian Zafry melancarkan mogok bisu kepadanya. Pelik dirasakan. Bukan sepatutnya dia ke yang kena marah?

            Zafry tahan senyum. Gila betul! Ada sahaja aksi ‘mengong’ Adra untuk membuatkan dia ketawa.

            “Segak aku tengok kau senyum custard.” Di tepuk sedikit tepi mangkuk.

            Kali ini tawa Zafry meletus. Tak tahan melihat wajah beria Adra ‘bersembang’ dengan kawannya itu.

            “Kau sindir aku ke?” Kerusi di tarik. Wajah Adra yang sedikit memerah di pandang.

            “Mana ada..” Adra ketawa kecil. Bersuara juga engkau wahai suami.

            “Kau buat apa tu?”

            “Pastri choux.” Dia baru mengoogle makanan itu semalam. Ringkas dan nampak menyelerakan.

            “Letak koktail.” Laju meluncur ayat itu dari bibirnya.

            “Boleh ke?” Adra pandang wajah suaminya. Dalam resepi tak ada pun.

            “Buat aje lah.” Gelas dicapai. Diteguk perlahan air di dalam gelas. Sambil itu matanya tak lepas dari memandang Adra. Dia hanya mampu mengeluh bila Adra terlompat cuba mencapai setin koktail yang memang dia letak pada tempat yang agak tinggi.

            “Kau tak nak buat operation ke?”

            Adra tersentak. Terdiam dia bila tubuh Zafry menghimpit tubuhnya rapat. Mudah sahaja lelaki itu mencapai tin koktail dan disuakan kepadanya. Teragak-agak dia menyambut. Rasa mahu putus nafasnya bila terbau haruman yang terbit dari tubuh itu.

            “Aku tanya kau..Tak nak buat operation ke?” Sengaja dia buat tidak sedar reaksi Adra. Itu pun nak malu.

            “Operation apa?” Tin koktail di letakkan di atas meja. Wajah suaminya dipandang.

            “Panjangkan sikit kaki kau.”

            Cis! Adra bengang. Menyesal dia tanya. Mentang-mentanglah kakinya tak panjang mana suka hati sahaja lelaki itu mengutuknya. Apa ingat kaki Zirafah dia tu cantik sangat ke?

            “Abang nak Adra letak cili sekali tak dekat dalam pastry ni?” Lembut sahaja dia bertanya. Cili mulut tu baru tahu!

            Bibir dicebikkan. Sengaja buat tidak peduli. Bekas berisi inti custard di tarik mendekat. Plastic wrap dikoyak sedikit. Cekap dia mencalit dengan jari dan dimasukkan ke dalam mulut. Tidak puas dengan apa yang dirasa, sekali lagi dia ambil.

            “Sedap tak?” Banyak kali rasa tu, mesti sedap. Kembang kempis hidung Adra menahan rasa banga.

            “Susu kurang. Tepung terlebih.” Zafry peluk tubuh. Jelas Adra kecewa mendengar kata-katanya. Satu lagi kekurangan isterinya. Langsung tak reti menyembunyikan perasaan. Mudah sahaja mengesan sama ada isterinya suka sesuatu benda ataupun tidak melalui reaksi wajah yang dipamerkan.

            “Betul ke?” Macam mana boleh kurang? Rasanya dia dah ikut resepi satu persatu. Ke suaminya sahaja mahu sakitkan hatinya?

            Zafry angguk kepala. Mungkin Adra tak tahu, dia cekap dalam mengesan sesuatu kekurangan dalam apa jua makanan yang dia makan. Kecuali makanan kampung yang tak kena dengan seleranya!

            Tak puas hati, dia pula cuba merasa sendiri. Memang betul. Bagaikan ada yang kurang.

            “Campur dengan koktail, ok lah rasa dia nanti.” Mendengar bunyi dentingan dari oven, terus dia bangun. Sarung tangan dicapai. Kemudian cekap dia mengeluarkan ‘hasil kerja’ isterinya.

            “Bentuk apa kau buat ni?” Berkerut dahi Zafry bila terpandang bermacam bentuk di atas dulang.

            “Ada lah.” Adra hanya tersenyum. Dia ada surprise untuk suaminya nanti.


          
          Zafry pandang wajah Adra. Kemudian jatuh semula pada hidangan yang ‘dipersembahkan’ kepadanya. Dia ketawa kecil. Aduhai Adra, kenapalah comel sangat?

            “Ini kau ke aku?” Dia tunjuk pada seekor ‘angsa.’ Naik kejung wajahnya dek kerana asyik tersengih.

            “Abang..Adra yang ini.” Adra tunjuk ‘angsa’ yang mewakili dirinya. Di tengah antara ‘angsa’ itu diletakkan pastry berbentuk love.

            Semakin galak Zafry ketawa. Kebudak-budakkan. Tetapi entah mengapa dia suka apa yang Adra lakukan untuknya.

            “Kau nak aku makan kau dulu ke apa?” Zafry bertanya nakal.

            “Makan ini dulu.” ‘love’ diangkat dan didekatkan pada bibir suaminya.

            “Apasal kau tak pilih angsa?” Dengan mulut dipenuhi makanan, dia bertanya. Bukan ke selalunya ‘love’ yang last orang makan? Kononya lambang cinta sejati.

            Zafry pandang pergerakkan tangan Adra. Jemari itu menolak seekor ‘angsa’ yang sebelum ini terpisah diantara ‘love’ sehingga mendekat antara satu sama lain. Semakin melebar senyumannya. Adra…Adra…

            “Nah..” Tanpa dapat di tahan, dia mencapai baki ‘love’ yang ada dalam pegangan Adra dan disuakan pula pada bibir isterinya.

            “Esok Adra buat lagi.” Adra ketawa. Kalau dia tahu, dari hari pertama lagi dia buat pastry choux. Boleh lah hari-hari dia makan bersuap.

            “Jangan mengada.” Ditolak perlahan kepala isterinya. Boleh muntah dia kalau hari-hari terpaksa makan benda yang sama.

            “Mengada dengan suami sendiri apa salahnya kan?” Adra tayang wajah nakal. Matanya dikenyitkan.

            Zafry terdiam. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Terus tangan dibawa menyentuh dada. Sudah…Umar Zafry…Kau jangan nak buat fasal!

            “Aku dah kenyang.” Ditolak perlahan tangan Adra. Tidak mahu mencetuskan lagi aksi ‘luar kawalan’ antara mereka.

            “Nah.” Segelas air Adra suakan kepada suaminya. Rakus lelaki itu menyambar.

            “Hen rek…” Zafry tarik baju. Berusaha ‘menarik’ angin menyejukkan tubuhnya yang tiba-tiba terasa panas.

            “Huh?” Apasal suaminya suka cakap bahasa yang dia tak faham? Carutkan dia ke apa?

            “Abang cakap apa?”

            “Aku panas…” Terus dia bangun dan berlalu.

            Adra kerutkan dahi. Apa kena dengan suaminya? Tak cukup sejuk lagi ke aircon yang terpasang? Pastri di tarik mendekat. Rasanya dia tak letak pun cili. Blur!

Surat Cinta Untuk Disana : Aloha sayang…sorry lmbat updte... Sy letak resepi pastry choux kot korang nk try buat… Haha…


10 ulasan:

  1. gosh! baru nak google, tetiba je ade sekali resepi. terbaek! hahaha. oh btw, kite buat kek coklat ikut resepi awak hari tu. tapi versi kukus la. sedap dan syiok abis. kakaka. thanks! nyenyenye :-p

    **komen yang takde kaitan dgn laki bini yang dok gaduh manja kat atas. duhhh.. (._.'')

    BalasPadam
  2. bestla..lg..lg..

    BalasPadam
  3. awak mmg full dengan idea

    BalasPadam
  4. excited bce ..
    lagi lagi

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)