“Ina sayangkan abang. Tapi ina tak
nak abang jadi anak derhaka.” Salina pandang wajah Irham. Ada sendu pada wajah
itu dan tanpa dipinta air matanya mengalir membasahi pipi. Dia sayangkan Irham.
Cuma kerana sayang itu dia harus berkorban.
“Abang
tak kan jadi anak derhaka. Kita jumpa ibu. Abang yakin dia pasti terima Ina.”
Wajah isteri kesayangannya dipegang dengan kedua belah tangan. Pandangan mata penuh
rayuan dihantar. Dia pasti, setelah ibunya mengenali Salina, pasti wanita itu
dapat menerima isterinya sebagai sebahagian ahli keluarga mereka.
“Ina
minta maaf abang…” Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakan kecil.
Bohonglah kalau dia tidak mahu mengikut lelaki itu. Cuma kata-kata ibu Irham
sentiasa bermain di fikirannya. Meracuni hati agar sangup melepaskan
kebahagiaan yang baru beberapa bulan dirasainya.
“Kenapa
Ina nak buat abang macam ni?” Rambutnya diraup kasar. Dia kusut. Salina cinta
hatinya. Fatimah itu nyawanya. Kalau di pinta membuat pilihan, dia rela meminta
agar tuhan ambil sahaja nyawanya. Bagaimana dia mahu hidup kalau hati dan nyawanya
dirampas?
“Abang
balik dulu. Inshaallah, kalau Ina ada keberanian, Ina cari abang nanti.” Tangan
suaminya dicapai dan dibawa melekap ke dada. Dia mahu Irham merasai degup jantungnya.
Merasai bertapa hangatnya cinta dia untuk lelaki itu. Tetapi demi kasih seorang
ibu, dia harus merelakan rasa itu pergi.
“Ina
tak sayangkan abang ke?” Irham padang wajah Salina. Kenapa isterinya tidak mahu
mencuba? Dia kenal siapa ibunya. Wanita itu penuh dengan kelembutan dan kasih
sayang. Cuma salah dia bila merahsiakan ikatan perkahwinan yang terbina dari
pengetahuan wanita itu. Ibu mana yang tidak merajuk hati bila diri dibelakangi?
Dia yakin jika perkara sebenar sampai ke pengetahuan wanita itu, pasti ibunya
akan faham.
“Abang
tahu kan Ina sayangkan abang lebih dari nyawa Ina sendiri?” Tubuh suaminya
dipeluk erat. Kerana lelaki itu dia sangup membelakangi agama yang dianuti
selama ini. Mustahil dia akan melakukan semua itu jika tiada rasa cinta, juga
rasa sayang. Cuma sekarang dia lebih mengerti, sayang dia kepada Irham tak akan
mampu menandingi sayang wanita begelar seorang ibu.
“Kalau
nanti abang tak datang balik ke sini macam mana?” Irham sengaja menguji. Dahi
isterinya dikucup penuh kasih. Mustahil dia akan meninggalkan wanita sebaik
Salina Syuhada. Cuma sekarang dia tahu antara keduanya, salah seorang harus
diketepikan dahulu.
“Ina
akan anggap abang takdir terindah yang pernah wujud dalam hidup Ina.” Detak
hatinya sudah tidak seirama. Dia tahu Irham menguji, cuma lelaki itu tidak
sedar sebahagian hatinya bagaikan ditikam dengan sebilah pedang yang tajam. Menghancur
lumatkan hatinya. Walau apa pun yang terjadi nanti, dia tahu Irham Syahmi akan
mengerti. Dan dia yakin syurga itu masih ada untuknya.
Surat
Cinta Untuk Di sana : Cerpen utuk melengkapkan ‘keinginan’
saya…Endingnya….Rahsia…Baibai…muahhh…haha
Bestny x sbr nk tggu full
BalasPadambest....
BalasPadam