Hel!O mY DarLing!

Selasa, 2 April 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 8






           “Walamak. Phewwitt..” Camarul berbunyi jahat. Dalam hati mengeletek ketawa. Rasa kelakar pulak di rasakan bila Yuyu memakai skirt labuh bewarna putih dengan Kemeja pink lembut. Matanya di bawa menjelajah ke kaki dahulu. Takut Yuyu ‘tersilap’ kasut lagi. Bagus, kasut siap bertumit. Jangan terpeleot sudahlah.

Yuyu menutup perlahan pintu kereta. Tersipu-sipu dia duduk. Senyuman menawan di hadiahkan kepada Camarul. Terkedip-kedip matanya.

“Jangan cakap apa. Yuyu tengah praktis nak jadi setiausaha terayu abad melanium.” Dagunya di naikkan sedikit. Rasanya cun tak macam ni?

Mendengar jawapan Yuyu, Camarul ketawa kuat. Patutlah dah macam robot dalam proses pembinaan sahaja lagaknya. Keras sana sini. Nampak macam orang tak cukup akal pun ada jugak.

“Dah tak payah nak ayu sangatlah. Be yourself ok. Confident level tu yang penting. Kalau ayu saja tapi kerja satu habuk pun tak tahu buat, tak guna jugak.”

Mendengar kata-kata Camarul, pantas Yuyu tersengih. Memang Camarul abang yang paling memahami. Jangan risau ha abang. Nanti Yuyu kerja Yuyu usya mana-mana perempuan yang sesuai untuk abang. Dan paling penting sesuai untuk menjadi kakak iparnya.

“Ic hilang tu dah jumpa belum?” Soalan maut dari Camarul terus mematikan senyuman Yuyu. Time mood tengah up nilah Camarul nak ingatkan dia tentang ‘lelaki’ itu.

“Belum. Nanti-nantilah Yuyu Cari.” Itulah dia gatal mulut sangat nak bercerita. Nasib baik intro cerita di mulakan dengan ic nya hilang. Itupun leteran Camarul sudah penuh berkotak. Kalau Camarul tahu dia bergaduh dengan orang, mahu lebam telinga mendengar segala macam nasihat.

“Nanti-nanti? Cik oii, ic tu penting. Kalau kena tahan nanti abang tak nak pergi jamin.”

“Baik boss. Balik karang Yuyu cari.” Yuyu memberikan jaminan. Mana dia nak cari Mamat tu? Menyusahkan betullah.

“Nak sarapan dulu tak?” Camarul bertanya.

“Tak kot. Dah lewat.” Putus selera bila terfikir tentang lelaki tu.

“Lewat apanya. Awal lagilah, Baru pukul lapan setengah. Makan dululah, nanti masuk angin perut tu.”

“Hemm.” Nak di bangkang lebih-lebih kang syak pulak abang dia.

Aipp..hemm saja? Selalunya kalau bab makan siap mintak macam-macam. Demand melebih.” Sedikit kehairanan di situ. Camarul melihat sekilas wajah Yuyu. Tidak beriak.

“Orang excited kerjalah. Tak lalu nak makan.”

“Merepek. Apa punya jawapan tu.”

“Betullah. Gaduh dengan abang terus buat Yuyu lapar. Cepatlah. Nak makan kat mana ni?” Yuyu pura-pura teruja. Aduh, jangan tanya banyak sangatlah Camarul Yuzairy. Otak tengah tepu ni nak mereka alasan.

“Mulut” Jawapan Camarul membuatkan dia mendapat habuan dari Yuyu. Terasa berdenyut bahu di tumbuk.



“Orang kalau tak berselera makan memang ambil nasi lemak banyak ni saja ke?” Camarul bertanya sinis. Mulut kata tak mahu tapi di bantainya nasik sepinggan penuh. Sambal ikan bilis tak usah cakap, selaut.

“Cirit nanti tak tahulah. Banyak sangat sambal tu.” Camarul berbisik perlahan bila Yuyu masih menambah sambal ke dalam pinggan.

“Tak apa. Yuyu perut kebal. Bukan macam perut abang. Second hand.” Yuyu berkata bangga. Camarul, nampak sahaja brutal tapi makanan pedas tak usah bagi, menitis-nitis air mata keluar kalau termakan makanan yang kalau ikut selera Yuyu sipi sahaja pedasnya.

“Cakap besar.” Menyampah pulak Camarul mendengar kata-kata Yuyu. Pantas dia berlalu menuju ke arah meja kosong.

“Tak tunggu Yuyu pun.” Muncung Yuyu panjang keluar.

“Nak tunggu apanya. Bukan abang nak larikan diri pun. Makan cepat. Nanti lewat pulak.” Dengan lafaz Bismillah Camarul memulakan sarapan. Dalam pada itu dia sempat memandang Yuyu yang terus menyumbat nasi ke dalam mulut.

“Tak baca Bismillah. Kongsi makanan dengan syaitan tahu?” Camarul menegur.

“Dah baca dalam hati.” Alamak gelojoh sangat terlupa lah pulak.

“Bismillahirahmanirahim”

“Eh, kata dah baca dalam hati?” Nampak sangat menipu. Camarul mengelengkan kepala. Tak senonoh betul.

Yuyu tersengih. Diangkat jari menunjukkan isyarat peace. Nak buat apa lagikan? Itu jelah mampu. Dah memang salah sendiri.

“Abang nak tanya sikit, Macam mana Camelia boleh dapat kerja ni? Pakai ‘kabel’ ke?” Camarul lega. Akhirnya terluah juga ayat yang bermain-main di fikirannya sejak dua hari lepas, selepas Yuyu memberitahu yang dia di terima bekerja. Entah mengapa dirasakan pelik pulak bila syarikat besar itu ingin mengambil adiknya.

“Eh tolong sikit. Yuyu ni kan cerdik.” Suapan yang tergendala di teruskan. Banyaklah kau punya cerdik Yuyu oi. Kalau tak di sebabkan Camelia, tak adanya dia nak dapat jawatan setiausaha tu. Dalam hati Yuyu sempat mengutuk diri sendiri.

“Jangan puji diri sendiri sangatlah. Geli tahu dengar.” Terus Camarul mencapai minumannya. Ingin menolak nasi yang dirasakan melekat di kerongkong dek mendengar ayat masuk bakul angkat sendiri Yuyu.

“Jeleslah tu.”

“Tak ada maknanya nak jeles.”


Hasif menjengah segenap ruang kedai makan. Ternampak sahaja meja kosong terus laju kakinya melangkah. Tersengih gembira bila sekian lama menunggu akhirnya ada juga meja kosong.

Selepas berdoa Hasif memulakan suapan. Sambil itu matanya menjelajah sekeliling kedai makan. Satu objek yang sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang membelakanginya mencuri tumpuan. Matanya di kecilkan. Sah! Budak cedera otak. Dalam pada masa yang sama minah itu turut memandangnya. Jelas kelihatan wajah itu berubah riak. Terjegil-jegil mata perempuan itu merenungnya.

“Eleh, ingat aku takut?” Hasif berkata perlahan. Kejap lagi dia nak jadi spy nak intip mana tempat kerja budak tu. Misi untuk memberi kesedaran sivik harus di mulakan dengan segera. Dalam hati dia ketawa jahat.

Yuyu panas hati. Banyak-banyak tempat makan dekat sini juga kau nak bertengek. Apa dah pupus ke kadai makan lain? Kalau di ikutkan hati nak saja dia pergi ke meja lelaki itu dan menuntut balik segala sijil dan kad pengenalannya. Tetapi mengenangkan Camarul yang tidak tahu hujung pangkal, disabarkan hati.

“Apasal?” Camarul bertanya. Hairan melihat sikap Yuyu yang berubah laku. Nampak mengelisah dengan mata terjegil-jegil. Terkebil-kebil dia memandang bila Yuyu menyuap sesudu sambal ke dalam mulut. Tidak sempat untuk menghalang.

“Wargh, pedas, pedas.” Terus terhenti isyarat berlawan cakap melalui pandangan mata dengan lelaki biadap tersebut.Yuyu mengipas-ngipas lidah mengunakan tangan. Air teh tarik di capai. Terus disedut rakus. Belum sempat menjengah kerongkong dia menyemburkan kembali. Putus lidah kalau macam ni.

“Panas, panas.”

Melihat aksi Yuyu yang sudah seperti kerasukkan Camarul turut membantu yuyu mengipas lidah mengunakan tangan. Merah padam wajah adiknya. Air mata mula berlinangan di kolam mata itu.

“Itulah. Lain kali jangan gelojoh. Entah apa di kejarkan sangat.” Sedikit bengang Camarul dengan sikap lepas laku Yuyu.

Hasif mengekek ketawa. Ambik kau. Terasa kelakar di rasakan wajah itu. Bagus-bagus, lepas ni tak adalah bicara menusuk kalbu di ucapkan. Kalau bisu terus lagi ‘cantekk’.

“Kenapa abang tu ketawa sorang-sorang ibu?” Dalam pada itu telinganya cekap menangkap bicara seorang kanak-kanak lelaki yang melintas sebelah meja yang didudukinya. Tangan comel itu menunjuk-nunjuk ke arahnya.

“Abang tu ‘sakit’.” Tiga patah perkataan yang di ucapkan oleh ibu muda itu sebagai jawapan kepada persoalan anaknya membuatkan wajah Hasif terasa membahang dek kerana malu. Mati terus tawa yang bersisa. Agak-agaklah nak bagi jawapan. Dalam pada masa itu dia memandang sekeliling. Beberapa pasang mata merenungnya dengan pandangan pelik. Ingin sahaja di beritahu yang dia tak gila. Ini minah tu punya pasal. Dalam hati dia sempat menyalahkan Yuyu.

Hasif tidak tunggu lama. Pantas dia berlalu menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Terus terlupa dengan niatnya untuk menjadi spy.

Sementara itu Camarul menyerahkan air kosong yang di mintak dari Mak Jah pemilik kedai makan itu kepada Yuyu.

Tersandar Yuyu di kerusi makan. Pijar di lidah terasa sedikit berkurangan. Tangannya masih belum berhenti mengipas wajah bagi menghilangkan bahang kepanasan yang terasa meruap di wajahnya. Di dalam hati dia mengomel geram. Asal jumpa mamat kurang ajar pasti ada sahaja perkara yang tidak best terjadi dalam hidupnya.

Surat Cinta Untuk Disana : Salam! Elowww!!! Namaste!    Vanekem!.Sawadikap!..(merepek)...Saja mengilakan diri di petang hari...Sila baca bab 8 kalau sudi....macam biasa kalau rajin conteng2 la kat bawah ni sikit...hahaha...babai...

9 ulasan:

  1. hahaha....kelakor giler kot....
    opps...lupa lak nk bg slm
    Sawadikap,kap kum kap....hehe
    nice story....smmbg lekaih...

    BalasPadam
  2. Best :-)

    -Dilah-

    BalasPadam
  3. beb...mmg best la..aku nk bc ja..maleh nk komen dah..sb lau aku komen pon..'bestnyer...daebak...doozy....wow...tahniah..' aku dah xdak ayat lain dah...so aku nk bc ja..lau ada yg x kena bwu aku komen k..tp aku rasa xyah komen dah ni..hahahha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ak nak mung komen jugak...ak x kira....!!!! ini arahan mandatori... kahkah..(dasar hitler)

      Padam
    2. hahaha...xpayah nk hitler sngt ngn aku...cepat skit....xsabaq nk bc dah ni....

      Padam
  4. hahha..memang klakar lah..ase macam nak teguling-guling baca part nie..adoi...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)