Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 15 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 18





“Kau dengan dia macam mana sekarang?”

“Okey.”

“Aik..Okey saja? Nafiz tidak puas hati. Dipandang tajam wajah Zafry.

“Dah tu kau nak aku cakap apa? Setakat perempuan bodoh macam tu aku tak hadap sangatlah.” Zafry ketawa kecil bagi menutup rasa cangung yang tiba-tiba menjengah hatinya. Entah mengapa dia dilanda rasa bersalah kerana menuturkan kata-kata seperti itu.  

“Habis tu kau ingat kau pandai sangat lah?” Nafiz ukir senyuman sinis. Meluat melihat telatah Zafry. Kalau dulu pasti dia akan bergelak tawa bersama dengan lelaki itu, tetapi sekarang yang ada dalam hatinya hanyalah perasaan marah dan bengang.

“Kau apasal?” Wajah Nafiz di pandang dengan riak tidak puas hati. Tiba-tiba nak sindir dia kenapa?

“Kau memang tak suka ke dekat Adra?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Dia tidak berpuas hati selagi jawapan yang pasti dia tidak ketemu. Kalau ‘tidak’ jawapan lelaki itu, dia dengan senang hati akan mula mengatur langkah.

“Kau rasa?” Keluhan berat terhembus. Sudah hampir sebulan hubungannya dengan Adra dingin. Bukan tiada usaha wanita itu ingin menarik perhatiannya, cuma dia sendiri yang menguatkan hati agar tidak tergoda lagi dengan pujuk rayu isterinya. Dia tidak mahu sampai satu saat nanti, dia tidak sangup mengungkapkan kata perpisahan.

“Jadi kau memang tak nak lah dekat dia kan?” Nafiz tersenyum senang hati.

“Emm…Yup…” Teragak-agak dia menjawab. Hatinya terasa perit dengan jawapan sendiri. Pantas sebuah document penting yang memerlukan perhatian segera, terus dicapai. Tidak mahu rasa bersalah itu terus menghantui dirinya.

“Kalau kau tak nak, tak bermaksud orang lain pun tak nak.” Tanpa dapat ditahan kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Terbayang raut wajah Adra yang sedang mengukir senyuman. Ahh..Hatinya bergetar lagi.

“Pardon me?” Berkerut dahi Zafry. Document yang dipegang terus ditutup. Dia bagaikan terdengar Nafiz mengatakan sesuatu.                         

“Nothing..” Semakin lebar senyuman menguntum di bibirnya.

Bingkai gambar yang menjadi hiasan mejanya dipandang. Rindu terasa mengamit hatinya bila mana terpandang raut wajah yang selama ini sentiasa ada di sisinya saat susah dan senang.

Mata dipejam rapat. Dia perlukan seseorang bagi meredakan rasa hatinya yang berbolak-balik selama ini. Seketika kemudian mata dibuka perlahan. Wajah Nafiz dipandang. Bibir diketap seketika bagi mengumpul semangat untuk meluahkan kata. Dia yakin pasti lelaki itu akan terperanjat mendengar kata-katanya nanti.  

“She’s pregnant.” Dipandang wajah Nafiz dengan riak kosong.

“Who?” Dup! jantungnya bagaikan direntap. Terpinga-pinga dia memandang wajah Zafry. Senyuman yang bermain dibibir hilang dengan sendiri.

“Adra.” Tangan dipekup pada wajah. Terus rasa pening menjengah. Dia sakit kepala bila memikirkan tentang kandungan Adra yang sikit masa sahaja lagi akan menampakkan bentuk. Masa itu pasti ayahnya akan sedar. Dan masalah yang perlu dia atasi akan bertambah rumit.

“Kau cakap kau tak nak anak.” Nafiz panas hati. Semakin erat tangan digengam. Dia tahu prinsip Zafry yang tidak mahu hidup berkeluarga. Bahkan berkali-kali lelaki itu memberitahu yang dia tidak mahukan anak. Sekarang satu-persatu prinsip itu dilanggar. Zafry memang tak guna!

“Habis tu kau ingat aku nak sangat ke? Kalau aku boleh suruh dia buat abortion dah lama aku suruh lah.” Melengking kuat suaranya bergema memenuhi ruang bilik.  

“Yang kau tak guna protection tu kenapa?” Nafiz tak peduli. Suaranya juga kuat bertingkah dengan Zafry. Sedetik kemudian dia bagaikan tersedar. Tangan diletakkan di dada bagi meredakan rasa panas di hati.

“Dah lah. Aku ingat ada kawan boleh nak kurangkan beban. Buat tambah lagi masalah adalah.” Bengang dia dengan tingkah Nafiz. Yang nak angin sangat kenapa?

“Okey. My mistake… Sekarang apa kau nak buat?” Nafiz angkat kedua tangan tanda mengalah. Dia tak boleh terbawa dengan perasaan. Segala apa yang dia angankan bakal musnah kalau lelaki itu tahu tentang perasaan terhadap Adra.

“Sebab itulah aku bagitahu engkau. Kalau aku tahu apa nak buat tak adanya aku nak kecoh.”

Nafiz tersandar pada kerusi. Dia boleh menerima Adra kalau lelaki dihadapannya sekarang lepaskan wanita itu. Tetapi anak? Mata dipejam. Cuba membaca kemahuan sendiri.

“Kau nak suruh dia gugurkan ke?” Teragak-agak Nafiz bertanya. Kalau orang lain dia tidak tahu, tetapi dia yakin Zafry mampu lakukan jika lelaki itu mahukan begitu.

“Aku tak tahu.” Dia memang mahu Adra gugurkan kandungan, tetapi untuk mengungkapkan kata-kata itu, dia tak mampu. Hatinya kuat bertingkah bila berhadapan dengan Adra. Mulutnya akan kaku bila melihat renungan mata itu yang bagaikan merayu memandang ke arahnya.

“Kita tutup cerita pasal Adra…Kau keluar tak petang ni?” Dia sudah tidak boleh hanya mengharapkan keajaiban. Semakin lambat dia mengatur langkah semakin kecil peluangnya bagi mendapatkan Adra. Tidak boleh tidak. Hari ini dia kena memulakan misinya.

“Aku kena pergi Seremban kejap lagi. Kenapa?”

“Tak ada apalah. aku ingat nak ajak kau keluar. Dah lama dah kita tak keluar melepak sekali.”

“Nanti-nanti lah kita keluar.” Dia menjawab malas. Keinginannya untuk bersuka-ria bagaikan sudah terhapus semenjak mendapat berita mengenai kehamilan Adra.  

“Kalau macam itu, tak apa lah. Aku keluar dulu.”

Berkerut dahi Zafry memandang tingkah Nafiz yang berubah. Kelibat sahabatnya yang sedang berlalu dengan nyanyian bermain dibibir membuatkan dia tertanya-tanya sendiri.

Talifon dipandang. Saat ini dia benar-benar perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Nafiz bukanlah pendengar yang baik seperti yang dia harapkan. Teragak-agak talifon diangkat. Jarinya dibawa menekan satu persatu nombor yang terakam kemas dalam ingatan.

“Love…”
…………………………
“Kau buat apa dekat rumah aku?” Wajah Nafiz dipandang tajam. Buka sahaja pintu dia terperanjat melihat lelaki itu sedang bersantai di atas sofa. Pandangan mata dibawa mencari kelibat Adra. Entah mengapa hatinya panas secara tiba-tiba.

“Sajalah aku datang. Kenapa tak boleh ke?” Air coke diteguk. Matanya tak lepas dari memandang wajah Zafry. Hatinya galak bergelak ketawa. Kejutannya bakal bermula hari ini.

“Siapa bagi kau masuk?” Kasutnya ditanggal kasar. Terus dia bergerak mendapatkan Nafiz.

“Kau lupa ke, aku kan ada ini?” Access card ditayang dihadapan Zafry. Dulu saban hari dia bertandang ke condo lelaki itu.  Bagi memudahkan dia keluar masuk, Zafry memberikan dia access card dan kunci pendua. Selepas pernikahan lelaki itu sahaja dia sudah tidak datang bertandang.

“Adra…Adra…”

“Kau nak buat apa panggil dia?” Nafiz bertanya dengan senyuman bermain dibibir.  Seronok dapat mempermainkan Zafry. Jelas terpeta riak kerisauan pada wajah itu. Tetapi kerisauan sahaja belum cukup untuk mematikan hasrat hatinya. Best Man Win. Itu tekatnya!

“Abang..”

Zafry kalih pandang. Sakit hatinya melihat Adra yang sedang tersenyum melangkah keluar dari dapur. Tiada langsung riak bersalah pada wajah itu kerana membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah.

“Abang Nafiz tunggu kejap. Adra ada buat sizzling. Nanti kita makan sama-sama.”

Abang Nafiz? Wajah Nafiz dan Adra dipandang. Dia tergelak sinis.

“Lama pun tak apa. Abang boleh tunggu. Kan Zafry?”

“Kau nak tinggal terus dekat sini pun aku tak kisah.” Tanpa mempedulikan keduanya dia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuhnya yang melekit kerana seharian melakukan tugas luar perlu segera disegarkan.

“Kenapa dengan dia?” Adra pandang wajah Nafiz. Pelik melihat tingkah suaminya.

“Biasalah dia tu.” Senyuman dihadiahkan buat Adra. Dia sudah pasti mengenai sesuatu. Dia mahukan Adra. Dan dia yakin dia pasti akan dapat menerima anak yang dikandung oleh wanita itu dengan tangan terbuka kalau dia diberi peluang.

“Adra. Aku rasa dah masak.”

Adra pantas menoleh ke belakang. Senyuman menguntum dibibir bila terpandang wajah Natrah dimuka pintu dapur. Tadi hampir luruh jantungnya bila gadis itu tiba-tiba sahaja terpancul di muka pintu rumahnya.

Tambah memberikan kejutan bila terpandang wajah lelaki yang menjadi pengapit suaminya semasa majlis perkahwinan mereka. Sungguh dia terlupa mengenai Nafiz, lelaki yang pernah mengejarnya suatu ketika dahulu. Bahkan ingatannya mengenai lelaki itu juga langsung tidak menjengah fikiran.

“Sekejap. Suami aku dah balik. Nanti kita makan sekali.” Adra tunjuk isyarat tunggu kepada Natrah dan Nafiz sebelum dia melangkah menuju ke dalam bilik.
……………
“Abang tak mandi lagi ke?” Teragak-agak Adra bertanya. Dipandang tubuh suaminya yang sudah terlentang di atas katil dengan baju kerja yang masih tersarung pada tubuh. Lama menunggu. Masih tiada jawapan yang terluah dari bibir itu.

“Abang..” Keluhan kecil terhembus. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Konsep tunggu dan lihat yang beberapa minggu ini dia praktikkan langsung tidak berguna. Semakin hari semakin jauh lelaki itu darinya. Risau jika dibiarkan terlalu lama, semakin besar tembok yang tercipta antara mereka.  Kali ini sekuat mana pun penolakkan lelaki itu dia tidak akan ambil peduli. Katil dipanjat. Tubuh dibaringkan di sebelah suaminya.

“Abang tak nak kenal dengan kawan Adra ke?”

Pertanyaan Adra tidak dijawab. Nafas yang terasa semput sedaya upaya ditahan. Apa kena dengan isterinya? Naik kejung dia bila jemari itu nakal bermain di dadanya. Butang baju kemejanya juga sudah mula ditanggalkan satu persatu oleh jemari itu.  

Adra tersengih bila wajah suaminya sudah sedikit kemerahan. Sungguh dia malu mahu melakukan aksi ‘luar biasa’ seperti itu. Tetapi dia tidak peduli. Biar dia didendangkan dengan bicara berbisa lelaki itu pun tidak mengapa asalkan bibir itu tidak berterusan membisu. Bibir dimuncungkan. Leher suaminya ditiup perlahan.   

“Kau nak buat apa ni?” Terus matanya dibuka. Tidak tahan dengan aksi Adra.

“Jomlah keluar makan.” Dagunya diletakkan pada dada Zafry. Matanya pula tidak berkedip memandang wajah itu. Kali ini tangan dibawa memeluk tubuh itu erat. Risau jika suaminya mahu buat aksi WWE. Boleh tertongeng dia jatuh atas lantai nanti.

“Adra..Please..” Rangkulan tangan isterinya yang kuat membelit pingang cuba dirungkaikan. Risau jika dia lemah hanya kerana tergoda dengan rayuan isterinya.

“Kalau abang tak nak keluar, kita duduk saja macam ini sampai bila-bila.” Kaki disilangkan pada betis itu. Cuba mematikan pergerakkan suaminya.

“Abang tak kesian dekat Abang Nafiz dengan Natrah ke kena tunggu lama-lama dekat luar? Nanti apa pula dia orang fikir kalau kita tak keluar dari bilik.”

“Natrah?” Berkerut dahinya. Bukan Nafiz sahaja ke yang datang?

“Adik abang Nafiz lah.Dia tu kawan Adra. Abang tak kenal ke?”

“Nafiz datang dengan Natrah ke?” Terbayang seraut wajah cantik milik Natrah. Hanya beberapa kali sahaja dia pernah berbual dengan gadis itu.

“Iyalah. Natrah tolong Adra dekat dapur tadi” Adra pelik. Apa kena dengan suaminya. Mustahil dia akan membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah tanpa ada lelaki itu. Gila ke apa? Dia masih tahu lagi halal haram. Biarpun Zafry tidak ambil peduli, tetapi maruah lelaki itu pasti akan dia jaga. Cuma hari ini kedatangan Nafiz bersama dengan Natrah. Biadap pula kalau dia membiarkan lelaki itu menunggu di luar.

“Cepat mandi. Adra nak keluar dulu.” Tubuhnya direngangkan dari Zafry. Dimatanya terbayang sesuatu. Hadiah Zuhana sempena hari perkahwinannya pasti berguna. Kalau melalui masakan Zafry tidak tergoda, dia yakin senjata terakhirnya itu pasti akan berjaya.

“Malam ni Adra ada hadiah untuk abang.” Dia berbisik perlahan pada telinga suaminya sebelum melangkah pergi dengan wajah yang membahang. Adra Afeefa… Gambatte!

Surat Cinta Untuk Di Sana : Soli meh lambat… Next bab kita brkenalan dengan ‘My Love’ Zafry dan Mak Edah. Bab2 awal akan sy rombak sebab nak sesuaikan dengan cerita. Korang nak cerita ni ‘bergula’ sentiasa atau campur dengan ‘cili’ sedikit? Kot rajin tinggalkan lah komen dibawah ni sbagai tonik untukku…hehe.. Papai…Muahhh… (Nanti saya upkan jajan’s ‘Baby Jelly’ di blog… :)

7 ulasan:

  1. Akak nak campur cili sikit2...hik hik hik

    BalasPadam
  2. bagi cili sikit baru pedas

    BalasPadam
  3. nak gula byk n tmbh cili sikit je..cili bnyk sgt nanti tlbih pdas plak....hehe

    BalasPadam
  4. manis2 tu perlu ada ,lebih sket pun xpe ;)

    lepas tu bleh la tambah cili sket..tp jgn buat pedas sgt..xbaik utk perut..hahaha..

    BalasPadam
  5. Adat hidup di dunia...mustahil akan manis aje...ye tk? Ada pahit, masam, masin..pedas...so...kalu sume ada pasti akan lebih menarik...hehehe

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)