Hel!O mY DarLing!

Khamis, 24 Oktober 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 3




 “Kiri kanan…kiri kanan…” Setiap langkah Pidot aku turuti. Jelas riak wajahnya masam mencuka. Peluh jantan sudah merinik di atas dahinya yang aku kira lebih licin dari dahi aku. Entah krim apa dia pakai. Tak apa, kejap lagi aku bongkar rahsia dia.

            “Mimi, mak dah penat.”

“Kau jangan nak mengada. Tak sampai sepuluh minit tahu. Sejam nanti baru kau berhenti.” Aku jeling tajam. Mengada-ngada punya obor-obor. Baru kawat sikit dah macam-macam ragam yang keluar.

Pidot kesat dahi dengan tisu yang sentiasa berada dalam gengamannya. Aku yang perermpuan ni pun tak kalut nak bertisu bagai. Dia pula yang melebih. Isyhh..

“Mimi…Skru kaki mak dah nak bersepai dari badan dah ni.”

“Pidot, kau boleh tak kalau buat kerja jangan banyak cakap? Mahunya tak letih kalau mulut tu tak berhenti berkicau dari tadi. Cuba kau buat kerja diam-diam.” Dalam banyak-banyak sahabat aku, si Pidot nilah yang paling banyak masalah. Setiap masalah dia, pasti nak babitkan aku. Memang bawa bencana betul!
           
“Nyah..Kau tengok kulit mak ni. Dah gelap.” Tangannya dibengkokkan. Muncungnya keluar.

            “Sekali lagi kau bermak-mak dengan aku, aku sumbat mulut engkau dengan botol susu.” Ya Allah sakitnya hati aku. Kenapalah aku boleh terjebak bersahabat dengan makhluk jenis spesis terancam macam ini? Rasa macam nak sahaja aku hantuk kepala ke dinding!

            “Mimi…Kau kenapa tak nak terima aku?”

Huh, boleh pun cakap elok-elok. Ini bahasa tak berjenis itu juga yang dia pilih. Soalannya aku buat tak dengar. Nak mati pilih dia! Karang aku rasa orang pun dah tak kenal mana satu isteri mana satu suami. Dah lah dia sepuluh kali lebih ayu berbanding aku. Haih..Tak sangup lah aku.

“Mimi, aku ni tak cukup cantik ke?” Rambutnya yang diikat ekor kuda terbuai apabila dia menghentak-hentak kaki.

“Sebab kau cantik sangatlah aku tak nak.” Kali ini aku gelak jahat. Gila tanya aku dia cantik ke tidak? Apa lah!

“whoop…whoop…” Aku tahan langkah kaki Pidot. Dah tak sangup aku tengok dia beraksi macam robot patah sendi. Lain aku ajar lain yang dia buat.

“Kau tegak kan badan. Aku nak ajar kau cara jalan yang betul. Tapi sebelum itu aku nak kau jalan biasa dulu.” Kerusi batu yang berada di tepi ‘padang’ kecil rumah, aku hampiri. Mahu melegakkan sebentar kaki yang sedikit lenguh. Botol air yang aku letakkan di atas kerusi tadi aku capai.

“Jalan biasa?”

“Jalan yang macam kau guna hari-hari lah.” Isyh..Itu pun tak tahu.

“Okey.”

Kali ini dengan penuh keyakinan Pidot melangkah. Mata aku hampir tersembul keluar dari songket. Air yang baru masuk ke dalam mulut sudah tersembur keluar. Mak aii…Ini kalau JLo tengok, mahu meraung tak cukup tanah. Sepuluh kali lebih lentik der!

“Phewwit.”

Cis! Siapakah gerangan yang berani mengangu saat-saat indah antara aku dan Pidot? Pantas aku menoleh. Angah, kakak kedua aku sudah mengilai ketawa. Mesti dia nampak ‘catwalk’ Pidot tadi. Tanpa dapat ditahan, senyuman menguntum dibibir aku sebelum bertukar menjadi hilai tawa. Kuat bergabung dengan angah. Pidot aku tengok sudah terkebil-kebil. Nasib kau lah Pidot.

“Hai Lala.” Setelah tawa aku dan angah berhenti, Pidot riang menegur Angah. Dia bagaikan tidak terkesan dengan tawa kami tadi.

“Hai Pidot sayang. Macam mana? Ada kemajuan tak?”

“Kemajuan apanya. Bukan Angah tak tengok tadi.” Aku tolong menjawab bagi pihak Pidot. Saat ini aku dah mula terasa ragu-ragu dengan rancangan yang aku atur. Boleh ke Pidot Hakimi berubah?

“Aku rasa kan Lala, rancangan adik kau ni tak boleh pakai.”

            “Rancangan aku ni tip top. Tapi kau tu jelah masalahnya.” Ewah..Rancangan aku yang macam ini punya awesome dia kata tak boleh pakai? Kalau diikutkan rasa hati nak sahaja aku cari akar tongkat ali, rendam si Pidot dalam air rebusan tu. Manalah tahu lepas itu terus jadi gagah perkasa. Wah! Macam bernas sahaja idea aku…

            “Mana ada aku bawa masalah. Tak baik tau kau fitnah aku.”

Badannya bergerak-gerak seperti ular.  Rambut yang panjang dipintal dengan jari-jemarinya yang runcing. Bluwekk.. Dia ni memang nak buat aku muntah hijau!

6 ulasan:

  1. hui..yo. Sekali tiga, dia keluar. Nice story, lain dari yang lain. Teruskan usaha anda....(ayat skema)

    BalasPadam
  2. hehehe best sgt2.. cam ada jodoh je dua orang ni.. hehehe x sabar nak tau yang lebih lanjut

    BalasPadam
  3. cite ni best tapi saya masih menunggu sambungan kalau sudah berkenan.. x sabar menunggu.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)