“Dah berapa lama kau tak service
kereta?” Camarul bertanya. Sambil itu tanganya cekap menarik beberapa wayar.
“Banyak bulan dah. Tak sempat.” Hasif
ukir senyuman terpaksa. Wajahnya terasa kaku. Apa yang dibuat serba tak kena.
Camarul benar-benar mempunyai aura seorang ‘pembunuh’ sehingakan dia menjadi
tengelam punca. Kalaulah dia tahu pusat service kereta ini milik Camarul, mati
hidup balik pun dia tak akan datang.
“Hari ini rasanya tak sempat siap. Kau
boleh ambil esok tak?” Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Menunggu
jawapan Hasif. Dia hampir melambakkan tawa bila melihat wajah keruh lelaki itu.
Nampak tidak selesa dan mengelisah. ‘Jahat’ sangat ke wajah dia?
“Emm..Boleh.” Kalau tak boleh sekalipun
apa yang dia boleh buat. Mampu anguk sajalah. Cadangan ingin keluar makan
bersama Amjad dan Emran tergendala bila keretanya buat perangai di tengah
jalan.
“Kau dah makan ke belum?”
“Dah...Eh..belum.” Hasif gigit lidah
sendiri.
“Jom lah join aku makan. Kau tunggu sini
kejap. Aku nak panggil tuan puteri.” Tanpa menunggu balasan Hasif, Camarul
terus berlalu.
Mendengar nama ‘tuan puteri’ Hasif terus
tersenyum. Hilang gundah di hati. Tadi bengang melanda bila melihat Yuyu
berbual bersama Emran. Sengaja dia buat tak tahu ketika melintas meja gadis itu
tadi. Tidak mahu dek kerana keramahannya, Emran mengambil kesempatan mahu
mengajak gadis itu keluar. Kalau boleh dia mahu jauhkan Yuyu dari Emran sejauh
yang mungkin.
Samentara menunggu, Hasif sempat melihat
keadaan sekeliling. Susun atur barangan sangat kemas. Disetiap sudut terdapat
bermacam jenis aksesori
kereta. Benar-benar membuatkan dia teruja. Walaupun sibuk, sesekali dia tetap
meluangkan masa melihat majalah kereta. Lumrah lelaki yang memang tidak dapat
dielakkan dari menyukai benda seperti itu.
“Cuba bagi senonoh sikit.” Camarul
berleter. Geram melihat Yuyu yang nampak berserabut. Baru sekejap ditinggalkan
sudah tidur siap berdengkur. Haisy.
“Mengantuklah.” Yuyu menjawab geram.
Tidak suka tidurnya diganggu. Kepala dibaru-garu.
“Camelia.” Camarul menegur. Kalau dia
jadi Hasif, mustahil dia akan memilih Yuyu sebagai pasangan hidup. Entah apa
punya perangailah adiknya ada. Memalukan keturunan betul!
“Apa...?” Tak puas hati dia bertanya.
Tak habis-habis cemburu lihat dia senang.
“Tuu...” Muncung bibirnya menunjuk ke
arah Hasif yang sudah tersengih memandang gelagat adiknya. Ikut hati nak sahaja
dia ketuk kepala Yuyu sekuat hati.
Yuyu tutup mulut menahan nguapan. Sambil
itu matanya memandang ke arah yang diarahkan oleh Camarul.
“Hai Yuyu.” Hasif angkat tangan.
“Buat apa dekat sini?” Kalut Yuyu cuba
membetulkan rambutnya yang kusut. Cadang nak belagak ayu. Sengaja dia biarkan
rambut mengurai bebas. Tetapi lain pulak jadinya. Pasti wajah dia sekarang tak
ubah macam mak lampir. Ayak!
“Hantar kereta service. Jom makan.”
Hasif sengih lebar. Yuyu....Yuyu...Ada-ada sajalah aksi tak senonohnya.
“Kita dua je ke?” Yuyu bertanya. Dia
memandang sekeliling. Mencari kelibat Amjad dan Emran. Tiada.
“Emm...Emm...uhuk!”
Camarul tutup mulut berpura-pura batuk. Ingat di tungul ke apa?
“Abang bukan sibuk ke? Tadi kalau tak
salah ada dengar Farhan pangil.”
“Farhan baru saja keluar rehat kejap
tadi.” Camarul sengih lebar. Jangan mimpi dia nak biarkan Yuyu dan Hasif
berdua. Nak menipu pun tak kena gaya.
“Iye ke?” Leh....Kantoi la pulak!
Hasif galak ketawa. Tak tahan melihat
reaksi wajah adik-beradik tersebut. Aduh! satu keluarga haru-biru.
Surat Cinta Untuk Disana : Pengubat
rindu syg2 ku semua...haha.... Dah siap sbenarnnya...Tapi sy rombak balik sbb
ada yg ‘pelik’.. Eh korang..Nak tanya. Saya cadang nak tukar tajuk novel ni...
Ok tak? Korang rasa tajuk apa yang sesuai?
Rindunya kt hasif n yuyu...:-)
BalasPadamJgn tuka tajuk tu...biar je...tajuk tu sgt unik..lain dr yg lain...
RINDU....YUYU,HASIF,CAMARUL.
BalasPadamYang Unik Yang Unggul
BalasPadamjust guna tajuk yg asal..
BalasPadamXpyh rukar tajuk...gune jew tajuk asal..best..
BalasPadamXpyh rukar tajuk...gune jew tajuk asal..best..
BalasPadamKekalkan tajuk...xpyh tukar...tajuk dah. Best..
BalasPadamkekalkan tajuk jer dik ... kang tukar tajuk, susah nak ingat plak ... huhuhu
BalasPadam