“Nak
cuba timbang tak?” Fahmi pandang wajah isterinya. Kembang kempis hidung bila
dia cuba menahan tawa dari terhembur.
“Tak nak.” Mawardah tayang wajah
masam. Itu tak ada lain lah tu. Mesti nak bahankan dia. Mentang-mentanglah badan
dia dah tak berlekuk seperti zaman anak dara dulu.
“Lah
kenapa?” Dia ketawa kecil. Bukan niatnya mahu menyindir, Cuma dia geli hati
melihat wajah itu yang sudah seperti tertelan asam. Mencuka.
“Uitt,
beratur. Naik sorang-sorang.” Suaranya sengaja dibesarkan. Mahu meniru nada
suara suaminya. Malu apabila di ingat semula kenangan beberapa bulan dahulu.
Dia punyalah bersemangat nak timbang berat badan. Suaminya boleh pulak main
sindir-sindir. Terlebih muatan suaminya cakap. Nanti penimbang buat tunjuk
perasaan sebab ramai-ramai naik atas badannya. Memang tak patut!
“Abang tengok macam ada kurang
sikit. Cuba lah naik.” Tanpa mempedulikan penolakkan isterinya beberapa keping
syiling dimasukkan ke dalam mesin penimbang.
Semakin masam Mawardah mendengar
kata-kata suaminya. Dalam pada masa yang sama, kakinya tetap melangkah naik
atas penimbang. Mahu melihat hasil usahannya bersenam dalam masa beberapa
beberapa bulan ini. Ada perubahan ataupun langsung tak ada apa-apa.
“Lapan puluh enam kilogram.” Perlahan
Fahmi membaca nombor yang terpampang pada skrin. Terus bahu isterinya dipaut.
Bukan sahaja tiada penurunan, bahkan berat isterinya sudah naik lagi dua
kilogram.
“Tengok. Abang lah ni punya pasal.” Ikut
hati nak sahaja dia meraung dekat situ. Mimpi ngeri di siang hari!
“Eh, abang buat apa?” Fahmi pura-pura
tidak memahami kata-kata isteri kesayangannya.
“Kalau Mawar tak naik tadi, berat
Mawar kurang dua kilogram tahu.” Dicubit perlahan pinggang suaminya.
Kali ini Fahmi semakin galak ketawa.
Ada ke pulak macam itu. Tangannya naik ke atas tudung Mawardah. Diperbetulkan
tudung bawal yang sedikit senget. Kemudian bahu isterinya dipaut erat.
“Kalau naik sepuluh kilogram lagi
pun abang tak kisah.”
“Iyelah
tu tak kisah.” Ini baru suaminya. Tak termasuk lagi anak gadisnya, Afina. Sekarang
sudah pandai mengatur dia melakukan itu ini. Ada ke patut ditunjukkan dia iklan
sebuah syarikat pelangsingan badan. Sindir yang makan dalam. Tak menahan
pedihnya.
Surat
Cinta Untuk Di sana
: Cabaran saya untuk menyiapkan cerpen bawah 20 ms…hehe… Dah siap dah cerpen
ni… Kot ada rezeki, korang boleh bc dekat blog nanti.. Kalau x ada…soli meh!..
oh..Novel KSB kalau sempat esok atau lusa sy ltak. Line itenet sgt buruk
skarang. (tempat sy hujan hari-hari. Berhenti kejap2 aja) Nak post yang ini
sahaja dah makan masa berejam. Grekkk….
Oh...jgn tk letak..hehe..
BalasPadamsambung....
BalasPadam