Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 29 Jun 2013

'Bungakan Hatimu' bersama Yuyu dan Hasif


“Saya tak sempurna.” Ya allah, kenapa lelaki itu mahu meharu-birukan perasaannya?  Rasa sebak mula melanda dek kerana perasaan terharu yang menyapa. Anak patung beruang yang dihadiahkan tadi dipeluk erat. Cuba meredakan kembali perasaannya.

            “Tiada orang yang sempurna, dan saya tak perlukan kesempurnaan. Cukup ada awak disisi saya.” Dia ingin mengesat air mata yang mula menuruni lekuk pipi itu. Tetapi dia tidak layak. Mereka masih belum terikat. Dan jika sampai saatnya nanti, dia akan pastikan tiada kesedihan lagi yang akan melanda hati itu.

            “Saya tak cantik. Nanti anak awak turun gen saya mcam mana?” Yuyu masih menduga. Cuba mencari keikhlasan dimata itu.

            “Saya tak kisah sebab saya dah cukup kacak. Anak kita akan ikut wajah saya nanti.”Kali ini Hasif ketawa kecil. Sabar sajalah. Saat mahu beromantika, pasti Yuyu akan keluarkan kata-kata lucu. Hisy..memang tak romantik langsung.

            “Saya sakit.”

            “Awak cuma demam panas saja. Bukannya ada sakit merbahaya. Kalaupun betul awak sakit, saya akan jaga awak sampai akhir nyawa saya.” Erghh,,, Hasif benar-benar tidak tahan. Rasa nak sahaja dia ketawa kuat-kuat. Entah apalah alasan yang direpekkan oleh Yuyu. Sukar sangatkah mahu terus menerima?

            “Saya tak pandai masak.” Sangupkah lelaki itu menahan perut menikmati hidangan yang akan dia ‘persembahkan’ nanti?

            “Kan boleh belajar. Nanti saya carikan kelas masakkan untuk awak.” Hasif tertunggu lagi alasan dan soalan tidak munasabah dari Yuyu.

            “Athirah...” Terhenti bicaranya. Takut mengundang rasa tidak senang dihati lelaki itu. Tetapi dia benar-benar mahukan kepastian.  

            “Sejuta tahun sekalipun, saya tak akan pilih dia. Dia tak istimewa macam awak. Dan saya tak nak ada Emran dalam perhubungan kita.” Menyebut nama sepupunya sudah menimbulkan riak kurang senang dihati Hasif. Lelaki itu benar-benar menguji kesabarannya. Dulu beria-ia tidak mahu. Sekarang mengendeng sudah seperti magnet. Mujurlah tidak dilayan oleh ‘pojaan hatinya..’ Kalau tidak.....

            “Emran pun tak istimewa macam awak.”

            “Saya tahu.” Hasif ketawa kuat bila Yuyu mencebik.

            “Syuhhh...Nanti nurse marah.” Yuyu menegur. Lelaki itu suka benar ketawa sekarang. Kalau tidak...Asyik menayang wajah tidak berperasaan sahaja. Tetapi dia benar-benar suka melihat tawa itu kerana Hasif akan kelihatan lebih kacak berbanding biasa.

            “So, macam mana?”

            “Biar saya fikir dulu.” Mata dinaikkan ke atas. Jari telunjuk diketuk di bahagian dagu. Pura-pura berfikir.

            “Ke nak saya buat yang lagi romantik?” Hasif bertanya. Senyuman tersadai dibibir bila Yuyu tercengang mendengar pertanyaannya. Terus dia bangun. Kali ini dia melutut di tepi katil.

            “Awak nak buat apa tu?” Yuyu gelabah. Dia tahu niat lelaki itu. Tetapi dirasakan masa tidak sesuai bila mana di muka pintu sudah ada ahli keluarga mereka yang mula melangkah masuk.

            “Miss Puyu, will you marry me?” Kotak cincin yang sejak tadi digengam dihalakan ke arah Yuyu. Dia perasan kedatangan ahli keluarga mereka. Cuma dia saja buat tidak tahu. Mahu mereka menjadi saksi yang di bersunguh-sunguh kali ini.  

            Terus terdiam Yuyu. Hatinya benar-benar terharu. Cuma...gerammmnya. Apasal Hasif nak spoilkan mood dia yang tengah up sekarang? Puyu? Heloo...

            Walaupun sedikit bengang, kotak baldu bewarna merah di tangan Hasif tetap dicapai. Mata dipejam sejenak. Setelah reda perasaan gemuruh dijiwa, perlahan-lahan dia membuka kotak cincin. Saat itu dia kaku.Tidak tahu apa yang harus dikatakan.

            “Cantik sangat ke cincin tu?” Puan Sri Azah berbisik kepada Camelia. Menantunya itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia sendiri teruja mahu menantikan apa yang bakal berlaku. Entah mengapa kenangan semasa dia melamar suaminya beberapa tahun dahulu mula bermain difikiran. Menerbitkan senyuman di bibirnya.

            Yuyu merobek isi bekas. Diketuk-ketuk bekas ditapak tangannya. Berharap barang yang diidamkan ada di dalam bekas itu. Malangnya tiada apa-apa pun. Terus bekas kosong itu ditala di hadapan Hasif. Menanti jawapan. Bengang rasa hati kerana dipermainkan.


Surat Cinta Untuk Disana : Yihaa....part yg sy suka...hpe korang pn suka...Tp separuh ajelah..apa yg jadi lepas itu?...biarlah rahsia....muahhh..papai....

Khamis, 27 Jun 2013

Jajan's Bab 5 Kalau Sudah Berkenan




            “Awak rasa tepat ke keputusan kita jodohkan Adra dengan anak Abang Hamzah?” Razali keresahan. Wajah isterinya dipandang meminta jawapan.

            “Saya pun tak tahu bang. Yang peliknya, nak pula si budak Adra tu.” Rahimah meneruskan kembali aktiviti melipat kain yang tergendala kerana mendengar pertanyaan sumaninya tadi.

            “Abang takut dia terima sebab abang je Mah.” Rokok daun ditangan dihisap dan dihembus berkali-kali. Dia sayangkan Adra. Tidak mahu kerana memenuhi permintaannya dan Tan Sri Hamzah, anak gadisnya itu sangup mengorbankan diri. Jauh disudut hati dia berat melepaskan Adra memasuki gerbang perkahwinan diusia yang muda. Mungkin rasa itu berkurangan jika calon suami anaknya, menepati piawaian seorang menantu. Masalahnya, pemuda bernama Umar Zafry itu langsung tidak termasuk dalam calon menantu pilihannya.  

            Dengan ayah sendiri sudah biadap cara pertuturan, apatah lagi dengan mereka yang tiada pertalian. Entah alam rumahtangga yang seperti manakah bakal dibina nanti. Kalau diikutkan rasa hati, dia mahu menolak permintaan Tan Sri Hamzah sebab itulah dia tidak memberikan jawapan pasti. Padanya Adra berhak menentukan hala hidup sendiri. Tetapi sunguh, dia langsung tidak menyangka Adra memberikan persetujuan. Sangup berkahwin dengan pemuda itu.

            “Dah itu pilihan dia. Kita dah cuba halang, dia tetap nak terima. Apa lagi kita boleh buat?” Rahimah mengeluh berat. Dia langsung tidak berkenan kepada Zafry. Baginya, Adra layak mendapat suami yang lebih baik. Anaknya itu masih muda. Masih panjang jalan hidup yang perlu dilalui.

            “Kusut fikiran abang Mah. Adham pun tak setuju. Dia sendiri dah bercakap dengan Adra. Tapi tak didengarnya. Entah apa kena dengan budak Adra tu.” Habis sebatang rokok daun, Razali mencapai pula kotak rokok Dunhill. Dikeluarkan sebatang. Pemetik api yang berada didalam poket baju dikeluarkan. Dia kalau runsing memang begitu. Menjadi akrab dengan rokok secara tiba-tiba.

            “Sudah-sudahlah jadi kereta api bang… Duit kita simpan untuk sekolahkan anak lagi baik.” Rahimah menegur bila sejak tadi dia melihat suaminya tidak berhenti menghisap rokok. Sebatang demi sebatang. Tidak senang dia melihat keadaan itu.

            “Mah, kalau abang yang jumpa Abang Hamzah tolak cadangan itu macam mana?” Hatinya berbelah bagi. Tapi dia lebih rela hilang pekerjaan dari melihat kehidupan anak gadisnya musnah tanpa dia dapat lakukan apa-apa.

            “Janganlah Abah. Kan Adra dah setuju. Abah jangan risau. Inshaallah, semuanya akan baik.” Adra melangkah keluar dari bilik. Sejak tadi dia mendengar perbualan antara ibu bapanya. Dia tahu mereka bimbangkan dirinya. Umar Zafry, lelaki itu bagaikan bacteria yang menakutkan semua orang sekeliling. Kerana janjinya untuk merubah seorang ‘anak’ dia terikat, dan dia juga tidak mahu digelar manusia munafik. Berjanji tetapi tidak ditunaikan.

            “Macam mana Abah tak risau Adra? Kamu sorang sajalah anak perempuan yang abah ada. Kalau boleh Abah nak tengok kamu belajar balik. Nanti sudah berjaya kawinlah dengan sesiapa pun. Abah takkan halang.” Wajah anak kesayangannya dipandang. Berharap benar dia yang Adra akan bersetuju dengan cadangannya.

            Adra tersenyum mendengar kata-kata Abah kesayangannya. Langkah kakinya semakin mendekat kepada lelaki itu. Tubuh dilabuhkan, lengan lelaki itu dikaut dan dipeluk erat. Cuba meredakan keresahan dihati seorang abah.

            “Abah tak percayakan Adra ke?” Wajah Razali ditatap. Senyuman dibibirnya semakin melebar. Rokok ditangan lelaki itu dicapai dan dimasukkan ke dalam bekas abu. Tidak suka lelaki itu membahayakan kesihatan diri hanya kerana risaukan masa depannya.

            “Sebab percayalah Abah tak nak kamu korbankan diri. Banyak lagi cara yang Tan Sri boleh guna nak sedarkan anak dia tu.” Kepala Adra diusap lembut. Bagaikan semalam sahaja dia melihat anak itu belajar berjalan. Terbayang-bayang dimatanya saat Adra boleh menyebut perkataan pertama. Abah, saat itu dirasakan hatinya berbunga indah. Dan sekarang? Dia tidak mahu senyuman yang selama ini menghiasi bibir itu, tidak dapat dia tatap lagi. Umar Zafry!!! Pemuda itu boleh mencari gadis lain sebagai isteri, apa yang pasti bukan Adra Afeefa, anak kesayangannya.

Surat Cinta Untuk Disana : So apa kata korang?...muahhh..papai..

Ahad, 23 Jun 2013

Jajan's Bab 3 Kalau Sudah Berkenan

Apa engkau mengarut ni Nafiz? : Umar Zafry


            Nafiz menarik nafas panjang. Kemudian di hembus perlahan-lahan. Terasa lega peparu setelah tadi nafasnya hampir semput akibat berlari. Rasanya sudah hampir sebulan dia tidak berlari sejauh hari ini. Setelah berasa lega, dia menapak perlahan mendekati susuk tubuh yang keras kaku disebuah bangku yang disediakan.

            “Kau ni asal? Muka masam dari tadi lagi. Macam orang mati bini dah aku tengok.” Nafiz hampir tergelak bila wajah itu bertambah teruk masamnya. Memang besar punya masalah ini. Mahu bertanya berlebihan, takut dia pula yang disembur nanti.

            “Aku tengah geram ni. Kau jangan nak buat lawak bodoh dekat sini pulak.” Suaranya sedikit meninggi. Sensetif telinganya menangkap ayat ‘bini’ segala. Semak dikepala terasa semakin menimbun. Wajah budak kampung itu terbayang dimatanya. Benci betul.

            “Uihh tanya sikit pun nak marah. Datang bulan ke apa?” Nafiz berkata perlahan bagaikan berbisik pada diri sendiri. Sedikit marah bila Zafry naik angin. Ingat dia punya angin saja ada.

            “Mahunya aku tak marah. Kau tu sebut isteri segala. Ingat best ke?” Suaranya merendah sedikit. Bukannya Nafiz tidak tahu ‘ceritera cinta’ yang bakal terjadi beberapa hari lagi. Ayahnya dalam mencari jodoh memang patut diberi tepukkan gemuruh. Gila buruk citarasa. Nak suruh kahwin pun carilah gadis cun-melecun sikit. Seleralah jugak mahu diseret ke katil. Sedikit sengihan nakal tersunging dibibirnya. Tapi sekejap sahaja bila wajah si hodoh itu kembali terlayar pada ruangan matanya. Dengan fesyen rambut ntah apa-apa memang out nak jadi isteri pilihan.

            “Ok apa. Cun jugak aku tengok bakal bini kau tu. Badan pun umphh jer. Lagipun bagus jugak kau kawin awal, terselamat kau dari dosa. Lepas ni tak payahlah kau nak angkut perempuan sana-sini. Kau pakai jelah isteri kau tu. Dosa hilang pahala pun dapat.”

            “Kepala hotak kau. Sejak bila kau fikir dosa pahala ni? Kau pun dua kali lima macam aku jer.” Tawanya hampir meletus. Rasa kelakar pulak bila Nafiz bercakap tentang dosa pahala. Kawannya itu pun rosak macam dia jugak. Ada hati nak nasihat konon. Boleh blah la.

            “Aku cakap jelah. Kau ingat aku tak nak bertaubat ke? Seru je belum panggil aku.” Sedikit sengihan dihadiahkan kepada Zafry. Sunguh, bila difikirkan tentang dosa, pahala, syurga, dan neraka, dia memang takut. Malangnya azam tidak cukup kuat untuk meninggalkan segala keseronokkan itu.

            Hendak harapkan mama dan papanya bagi nasihat? Kirim salam sajalah. Bapak borek anak rintik. Diorang pun sama sahaja seperti dia. Mana pernah kira hukum hakam. Main belasah semua benda.

            Kawan nak bagi tazkirah? Selamat segala. Bagi tazkirah untuk ‘menerukkan’ lagi dia bolehlah. Ada kawan pun semuanya sama spesis. Nak harapkan Zafry? Dia rasa dia lagi baik sekali ganda daripada lelaki itu.

            “Cakap macam kau dah nak bertaubat. Gila geli. Bertambah sakit hati aku.

            “Alah kau kenal-kenallah dengan dia dulu. Mana tahu nanti kau tersangkut.”

            “Tak payah nak harap lah. Nak tengok pun aku tak ada selera.”

Surat cinta untuk disana : Silalah rajinkan jari jemari anda mengomen kot ada yg tdk dipuas hatikan…Muahhhh





Sabtu, 22 Jun 2013

Jajan's Miss Puyu Will You Marry Me?

Ali Emran        



            Jam dinding dijengah. Sudah pukul empat lebih. Azan Asar sudah kedengaran. Kegelisahannya bertandang lagi. Kalau nak ambil air sembahyang dia perlu keluar. Kalau keluar...masalah. Kepalanya diketuk-ketuk berharap idea menjengah. Malangnya otak dia sudah benar-benar tepu. Satu idea pun tidak mahu masuk.

            “Yuyu,,,Yuyu,,,Chek tidoq ka?”

            Tersentak Yuyu mendengar ketukan dipintu beserta suara Tok Mah yang kuat memangil namanya.

            “Tak. Kenapa tok?” Perlahan-lahan Yuyu melangkah menghampiri pintu bilik. Terbuka sahaja pintu, wajah Tok Mah yang sedang tersenyum memandangnya dipandang. Nampak berseri dengan kain terlekung kemas tersarung ditubuh.

            “Lekas. Semua orang tunggu dah dekat bilik sembahyang. Cepat sikit no.”

            “Kejap-kejap. Yuyu ambil air sembahyang dulu.” Keluhan resah meletus apabila kelibat itu menghilang. Dia tahu, ‘masalah’ itu perlu dihadapi.

            “Ali Emran, apasalah aku kena jumpa engkau lagi?” Rasa mahu sahaja dia menghantukkan kepala ke dinding.
...................
            Salam diberi. Bersyukur dia diberi lagi kesempatan untuk mengadap sang pencipta. Doa dibaca perlahan. Setelah selesai berdoa, dia memusingkan badan kebelakang. Ingin bersalaman dengan ahli keluarganya.

            Melihat tubuh itu yang memusing menghadap kebelakang, pantas Yuyu menundukkan wajah. Berharap wajahnya tidak menyapa pandangan lelaki itu. Kalau dulu kegelisahannya hanya berpusat kepada Hasif, sekarang bertambah seorang lagi. Dia benar-benar sudah tersepit. Kalaulah dia tak menunjukkan sikap keras kepala semata-mata mahu menyakitkan hati Hasif, pasti dia tidak perlu berhadapan dengan situasi merimaskan seperti sekarang.

            Bila semua orang sudah bangun, pantas dia berdiri sama. Tidak sabar mahu keluar dari ruangan itu. Kepala dipangung. Saat itu matanya bersambung pandang dengan satu wajah yang jelas tergamam memandang kearahnya.

            “Camelia Yusnita.”

            Saat mendengar namanya diseru Yuyu berharap dia akan pitam pada waktu itu juga. Malangnya dia masih kaku berdiri. Memandang lelaki itu dengan pandangan yang bercampur baur.

            “Yuyu buat apa dekat sini?” Emran bertanya. Wajah gadis itu dipandang bagi meminta kepastian. Takkanlah dirinya masih diekori?

            “Ikut Camelia. Encik Emran cucu Tok Mah ke?” Walaupun jawapan sudah diketahui sengaja Yuyu bertanya. Dia benar-benar tiada soalan mahu ditanya kepada lelaki itu.
           
            “Yup. Ingatkan awak ikut saya lagi.” Emran pantas berlalu. Tidak dipedulikan riak wajah gadis itu yang berubah. Senyuman sinis tersadai dibibirnya.

            “Kau kenal Emran ke?” Lambat Hasif bertanya. Dari tadi dia menjadi penonton setia kepada pertemuan kedua insan tersebut. Seorang dengan wajah yang sinis dan seorang lagi kelat seperti tertelan kopi pahit.

            “Encik boss...............” Bergetar suara Yuyu memangil lelaki itu. Bibirnya sudah tercebik mahu menangis.

            “Eh, kau kenapa? Jangan nak menangis dekat sini. Karang orang ingat aku cuba buat tak senonoh dekat engkau pulak.” Gelabah Hasif melihat reaksi Yuyu. Apa yang tidak kena? Ingin berlalu pergi takut pula kalau sesuatu terjadi. Sudahlah dia berjanji segala bagai dengan ibu dan kakak gadis itu.

            “Tolong saya...” Kali ini rasa malu harus dibuang. Yang pasti dia benar-benar perlukan pertolongan lelaki itu.

            “Kau kenapa?” Semakin tidak keruan Hasif bertanya.
           
            “Kalau Encik Boss tolong saya, balik KL nanti saya sangup buat apa sahaja.” Kali ini dia rela. Kalau terpaksa menjadi orang gaji yang tidak dibayar gaji pun dia sangup asalkan lelaki itu mahu membantunya.

            “Apa saja?”Hasif tersenyum senang hati mendengar kata-kata itu. Beberapa perkara yang menyeronokkan sudah mula terbayang dimatanya.

            “Apa-saja, kecuali benda yang dilarang agama.”

            “Kau ingat aku jahat sangat ke?” Sedikit berang Hasif bertanya. Buat macamlah dia buta agama sangat. Rasa nak sahaja dia mendebik Yuyu yang sudah mula tersenyum.

Surat Cinta Untuk Disana : Sahaja ingin mengenalkan anda kepada watak Ali Emran...Macam mana Yuyu boleh kenal mamat ni? Itu sy  x pasti nk cerita ke tidak..kahakahkah,,,(gelak jahat) Papai...muahhhh