Hel!O mY DarLing!

Isnin, 10 Jun 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 19

      
      “Tak sudah-sudah lagi nak berkepit?” Mama bertanya. Dia hanya mampu tersenyum melihat telatah anak dan menantunya. Si kecil memang tiada harapan nak merasa tidur atas baby court. Dari tadi asyik berada di atas riba. Masing-masing teruja dengan kelahiran ahli keluarga baru.

            “Orang tengah bahagia mama.” Hasif ketawa kecil melihat telatah Amjad. Dia gembira walaupun di dalam hati ada terselit rasa cemburu. Mereka seusia tetapi Amjad terlebih dahulu berpeluang memegang gelaran berharga itu.

            “Tahu tak apa.” Amjad tersenyum senang hati. Tadi semasa menemani isteri kesayangannya di dalam wad bersalin, jantungnya bagai mahu di rentap keluar. Takut, teruja dan berdebar-debar bergabung menjadi satu. Melihat kesakitan isteri kesayangannya untuk melahirkan zuriat mereka ke dunia membuatkan dia menghargai kepayahan si isteri.

            “Dah bincang nak letak nama apa untuk cucu mama ni?” Puan Sri Azah bertanya. Selepas ini dia adalah bahan perbualan dengan rakan-rakannya yang lain. Kalau tidak dia hanya mampu menahan rasa cemburu bila mereka teruja bercerita perihal cucu masing-masing.
           
“Cadangnya nak letak nama Nur Firyal Hannan. Okey tak?” Camelia bertanya. Dia suka nama Firyal. Nama Hannan itu suaminya yang cadangkan.

            “Kalau maksudnya baik, mama setuju je. Ini nak panggil apa ni? Firyal ke Hannan?”

            “Firyal.”
           
            “Hannan.”
           
            “Eh, apa pulak?” Amjad dan Camelia mula bertegang urat.

            “Abang cakap dah nak panggil nama Hannan hari itu.”

            “Tak nak. Nak panggil Firyal.”

            “Jangan gaduhlah. Panggil je apa yang korang suka. Itupun nak kecoh ke?” Hasif cuba meleraikan pertelingkahan yang mula tercetus. Hal remeh macam itupun nak di gaduhkan. Masalah sungguh.

            “Entah kamu ni. Habis tak tahu panggil saja kakak. Untung-untung beradik tak lama lagi.” Puan Sri Azah mengusik. Lagi ramai lagi bagus. Bertambah meriahlah rumahnya nanti.

            “Ke situ pulak perginya mama ni.” Amjad tergelak kecil bila si isteri mengelengkan kepala. Bukan tak nak, tapi letih yang ini belum habis lagi sudah di fikirkan nak menambah ahli.

            “Mama bergurau ajelah.” Puan Sri Azah ketawa melihat wajah cuak menantunya.

            “Lapar lah mama. Jom kita pergi makan.” Amjad merungkaikan rangkulan tangannya dari bahu Camelia. Dari semalam secubit makanan belum sempat masuk ke dalam perutnya.

            “Jomlah. Mama pun tak sempat nak sarapan tadi.”

            “Kejap Hasif nak masuk toilet dulu.” Pantas dia berlalu memasuki tandas yang terletak di dalam bilik yang di duduki oleh kakak iparnya.

            “Kita turun dululah mama. Kejap lagi dia keluar sayang bagitahu suruh turun ke cafe ye?” Ciuman dihadiahkan di dahi isterinya. Sebelum dia bangun dari sisi katil.

            “Wokep.”
....................
            “Tahniah Camelia. Tak sangka aku engkau dah jadi ibu.” Yuyu berkata riang. Wajah baby perempuan yang berada di dalam pelukkan Camelia di jengah. Comel sangat. Pipi tu rasa nak di kunyah-kunyah. Gebunya....

            “Terima kasih. Kau datang sorang saja ke?”

            “Dengan keluarga aku. Kejap lagi diorang datang. Abah terjumpa sepupu dia tadi. Lama sangat borak itu yang aku masuk jumpa engkau dulu.” Yuyu menjawab. Dalam pada masa yang sama, tangannya di bawa mencuit pipi si kecil yang sedang nyenyak tidur.

            “Nak try pegang?” Camelia bertanya.

            “Eh, boleh ke?” Pantas tangan di hulurkan kepada Camelia. Dia memang sukakan budak kecil. Bau tubuh mereka boleh buatkan dia menjadi ketagih. Bau masam tapi sangat menyenangkan.

            “Boleh, tapi kau bayar sejuta dulu kalau nak pegang anak saudara aku.”

            Yuyu tergamam. Terkulat-kulat dia memandang Hasif yang sedang melangkah keluar dari bilik air. Apa mamat itu buat dekat sini? Dasar penyibuk.

            “Jangan nak mulakanlah Hasif.” Camelia menegur.
           
            “Eh, apa pulak?” Hasif tak puas hati. Mana ada dia kata apa-apa.

            “Kata nak pergi sarapan tadi. Pergilah cepat. Bising mama nanti. Diorang tunggu dekat cafe.” Dia cuba untuk mengendurkan suasanan yang bila-bila masa akan bertukar tegang.

            “Yelah-yelah. Kau ingat tu, jangan nak pegang anak saudara aku. Nanti dapat gen tiga suku engkau, siap kau dengan aku.” Sempat dia berpesan sebelum ingin melangkah pergi.

            “Lantak engkaulah. Nak.” Tangan di hulurkan kembali kepada Camelia. Malas dia ingin melayan kelaku Hasif yang kebudak-budakkan. Tak matang langsung.

            “Comellah anak engkau.” Yuyu memuji. Pipi itu di kucup bertalu-talu.

            “Kau pernah tengok tak mak budak kecil tu? Baka baik, hasilnya pun baiklah.” Camelia bangga diri. Bila lagi nak boleh upkan diri sendiri ye idok?

            “Kau jangan nak buat aku muntah hijau dekat sini. Geli tahu tak?” Tak sudah-sudah nak perasan kata diri tu cantik. Walaupun dia harus mengakui ‘ibu dan bapa’ bayi memang ada rupa. Nak cakap depan-depan takut bangga diri pulak.

            “Kedengki.”

            “Bukan kedengki. Aku ni suka kalau kau lebih realistik.” Yuyu ketawa bila Camelia menayang wajah tidak puas hati.

            “Aku nak buat majlis akikah dengan cukur jambul dekat kampung di Kedah nanti. Kau nak ikut tak?” Camelia bertanya. Tok wan dan tok yang beriya-iya benar. Teruja menyambut kelahiran cicit pertama katanya.

            “Jauhnya. Apasal tak buat dekat sini saja?”

            “Dekat sini pun buat jugak. Adik beradik abah banyak tinggal sebelah utara. Jauh diorang nak datang. Itu sebab buat dekat sana.Tok dengan tok wan bukan sihat sangat nak datang jauh-jauh. Kau faham sajalah orang tua.”

            “Owh. Apa-apa hal nanti aku bagi tahu engkau. Tapi...aku mana tahu jalan nak pergi sana.” Dia pernah ke Kedah tapi hanya pergi ke Langkawi. Tempat lain memang dia tak pernah jejak.

            “Pergi dengan akulah.”

            “Suami kau nanti macam mana?”

            “Kau ni. Kang kalau aku cakap kau bendul, kau marah. Naik kereta sekali dengan aku punya family la. Ada faham?” Sabar sajalah dengan Yuyu seorang. Tak berfikir sebelum cakap.

            “Oh iye ke?” Yuyu tersipu malu. Betul jugak tu. Kalau dia pergi dengan Camelia siapa yang nak memandu? Camelia dalam pantang. Dia? Lesen pun tak ada. Break kereta pun dia tak tahu dekat mana letak. Lingkuplahhh....

            “Assalammualaikum.”

            Yuyu dan Camelia menjawab salam. Terpandang sahaja ahli keluarga Yuyu pantas dia memperbetulkan kedudukan tubuh.

            “Sihat Camelia?” Puan Juwita meletakkan buah-buahan dan hamper barangan baby di atas meja sebelum dia menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman.

            “Sihat. Mak cik dengan pak cik apa khabar? Lamanya kita tak jumpa.” Rindu dia terhadap abah dan umi Yuyu bagaikan terhapus bila terpandang wajah kedua-duanya. Dahulu selalu dia bertandang ke rumah Yuyu membuatkan hubungannya dengan orang tua Yuyu menjadi rapat.

            “Sihat. Kamu tu yang hilang. Tak talifon pak cik dengan mak cik langsung.” Pak Kadir berkata tenang. Camelia sudah dianggap seperti anak sendiri. Anak itu begitu menghormati dia dan isterinya membuatkan mereka suka Yuyu bersahabat dengan Camelia.

            “Eh, Camelia pernah cari dekat rumah lama. Tapi jiran cakap pak cik dengan mak cik dah pindah.”

            “Iyalah kamu tu. Lepas ni datang lah rumah. Bawa suami sekali. Nak juga kami kenal.”

            “Ha yang kamu ni, betuah punya anak. Ada ke patut tinggal hamper dekat abah. Dah patah ke tangan tu?” Puan Juwita menempelak Yuyu. Sedar-sedar dah hilang macam tu saja. Yang suaminya itupun satu, manjakan sangat anak.

            “Alah. Umi tu lama sangat bersembang. Penat orang tunggu tahu.” Betullah. Uminya kalau jumpa orang yang di kenali memang ramah. Bukan ramah biasa, tetapi terlebih ramah.

            “Biarlah dia. Bukan berat sangat benda alah tu.” Pak Kadir mempertahankan Yuyu. Isterinya hal kecil pun nak di perbesarkan.

            Puan Juwita menarik muka. Dah agak dah. Mesti nak pertahankan anak manja dia punyalah. Berbulu mata bila Yuyu mula bergayut di lengan suaminya.

            “Ha, abah tak kata apa pun.” Bertuah jadi anak kesayangan. Yuyu tersengih.

            Camelia tersenyum. Senang melihat kebahagian keluarga itu. Gaduh-gaduh manja membuatkan mereka sekeluarga begitu akrab sehingga pernah menerbitkan rasa cemburu di hati. Yuyu ada kakak yang penyayang, abang yang bersedia mempertahankan dia pada bila-bila masa dan ibu bapa yang baik. Sedangkan dia? Hanya ada diri sendiri. Ibu sudah lama meninggal. Abahnya pula seminggu selepas dia begelar isteri turut mengikut jejak langkah ibu kerana serangan jantung. Mujurlah dia di kurniakan keluarga mertua yang baik dan menerima dia seadanya.

            “Dah jom balik.”

            “Lah, awal lagilah mak cik. Duduklah dulu. Boleh kenal-kenal dengan family Camelia. Diorang pergi makan dekat cafe.” Camelia cuba menghalang. Nak dia kenalkan keluarga itu kepada ‘bakal besan.’ Mana tahu menjadi nanti.

            “Tak boleh lah sayang. Nanti kalau ada kesempatan mak cik datang melawat Camelia dekat rumah. Masa tu bolehlah kenal dengan keluarga Camelia.” Bukan dia tak sudi, tetapi dia benar-benar sudah terlewat. Kalau dia tak bertemu dengan saudara mereka tadi mungkin dia boleh berlamaan.

            “Aku balik dululah Camelia.” Mereka bersalaman sebelum mula melangkah pergi.

            “Mak cik, Pak cik, nanti ada majlis cukur jambul, jangan lupa datang tau.” Sempat Camelia memberitahu bila mereka hampirmelangkah keluar.

            “Inshaallah. Kalau tak ada aral kami sampai. Mak cik balik dulu. Jaga diri kamu elok-elok. Pantang jangan lupa.” Sempat Puan Juwita berpesan sebelum dia menutup pintu bilik.
......................
            “Eh, ada orang datang ke tadi?” Puan Sri Azah bertanya. Terdapat hamper beserta bakul berisi buah buahan yang terletak elok di atas meja.

            “Itulah mama lambat sangat. Kalau tidak boleh kenal dengan bakal menantu. Family dia pun datang.” Camelia mula mengusik Hasif yang sudah mula menayangkan wajah masam.

            “Siapa?” Kalut Puan Sri Azah bertanya.
           
            “Alah Yuyu yang Camelia bagi tahu hari itu. Tak kan mama dah lupa?” Memori ibu mertuanya cuba di bantu.


            “Kau jangan nak merepeklah.” Kenapa mereka tak sudah-sudah mengaitkan dia dengan si puyu jadian itu? Apa, dekat wajah dia ini, ada tanda ke yang mengatakan perempuan itu yang bakal menjadi isteri dia?

            “Alah, rugilah mama.” Puan Sri Azah turut mengusik sama. Merah wajah anaknya membuatkan dia ketawa kecil kemudiannya. Macam-macam hal.

Surat Cinta Untuk Disana : Alo...moh layan bab 19...Wokep bg yg tngu cerpen ADANYA DIA UNTUK AKU mybe mlm ni kalau x ada aral sy akan letak di blog...Kalau x sempat pg besok.. Maaf sangat2...Ada hal sikit dua tiga hari ni..Tak sempat nak mengadap lptop... Sperti biasa dah baca cecuba komen...Muahhh


4 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)