Hel!O mY DarLing!

Rabu, 19 Jun 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 22




            “Biar mama dengan papa duduk di belakang.” Puan Sri Azah membongkokan tubuh dan masuk ke dalam kereta Toyota Estima. Kenderaan yang selalu mereka gunakan kalau ingin bercuti bersama keluarga.

            “Papa duduk depanlah. Temankan Hasif.” Hasif cuba menghalang papanya.

            “Eh, mana boleh. Papa suami mama. Kamu carilah isteri sorang biar dia temankan kamu.” Puan Sri Azah tersenyum lebar bila suaminya mula masuk ke tempat duduk belakang.

            Amjad tergelak mendengar kata-kata mama. Semakin berumur semakin mesra perhubungan antara papa dan mama. Dan dia juga mahukan suasana yang sama kalau dia dan Camelia ditakdirkan untuk bersama sehingga hujung usia kerana itulah doa yang dia titipkan selama ini.  Isterinya yang ingin melangkah naik dibantu. Firyal sudah diserahkan kepada mama.

            Setelah menutup pintu. Hasif melangkah ke depan. Pintu sebelah pemandu di buka dan dia meloloskan diri.

            “Kau tak nak duduk sebelah isteri?” Hasif bertanya dalam nada menyindir. Mama dan papa tak sudah-sudah bergelak ketawa.

            “Kalau kau tak kisah memang aku nak. Cumanya, takut nanti kau ingat kami anggap kau pemandu pulak.” Amjad ketawa dengan kata-kata sendiri.

            “Banyaklah kau.”

            “Dah boleh gerak kot. Kita jemput Yuyu dulu.” Camelia berkata lembut.

            “Jemput siapa?” Hasif bertanya bagi mendapatkan kepastian. Berharap yang dia tersalah dengar.

            “Yuyu.”

            “Kenapa ajak dia? Tak payahlah. Buat semak ajer.”Pantas dia membangkang. Tak sangka walaupun sudah dilarang, gadis itu masih berani mengikut mereka pulang ke kampung. Dasar muka tak tahu malu.

            “Eh mana boleh. Dah janji dengan dia. Jomlah pergi. Tertunggu-tunggu pulak nanti.” Camelia membantah kata-kata Hasif. Dia tak mahu menjadi manusia munafik. Sudah berjanji tetapi tidak ditunaikan.

            Hasif hanya mengeluh resah. Tak rela, tetapi dia terpaksa mengikut kehendak majoriti. Gear dimasukkan. Baru bergerak tidak sampai semeter kereta mati secara tiba-tiba.

            “Kenapa pulak kereta ni?” Berkali-kali dia mencuba hidupkan kembali, malangnya masih tiada tanda kereta itu akan hidup semula.

            Why?” Tan Sri Hashim bertanya. Kepalanya terjengul untuk memandang ke hadapan.

            “Kereta tak boleh hidup. Papa cakap hari itu nak mintak Pak Hassan pergi service. Dia bawa tak?” Amjad bertanya kepada papanya. Melihat senyuman beserta garuan dikepala oleh papanya dia sudah memperolehi jawapan.

            “Dah agak dah.” Amjad hanya mampu mengelengkan kepala.

            “Apa abang ni. Dah tu sekarang macam mana? Bising mak nanti dia kena buat kerja sorang-sorang.” Puan Sri Azah bertanya. Tidak berpuas hati dengan sikap suaminya. Siaplah besok mendengar leteran ibu mertuanya.

            “Kita naik kereta sajalah. Nak naik kapal terbang waktu-waktu macam ini mana nak ada dah tiket. Lagi pun kapal terbang semua sudah masuk tidur.” Selamber kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Tan Sri Hashim.

            “Mana muat. Itulah orang dah cakap jangan ajak perempuan tu. Sekarang macam mana?” Hasif mula bengang. Kalau hanya mereka sekeluarga sudah pasti sudah mencukupi dengan hanya menaiki sebuah kenderaan.

            “Buat macam mana lagi. Kena naik dua buah keretalah. Hasif pergi jemput Yuyu. Mama dengan papa naik dengan dengan Amjad.” Puan Sri Azah mula mengeluarkan arahan.

            “Eh, apa pulak?” Hasif tidak puas hati.

            “Dah tu tak kan kamu nak Amjad pergi ambil. Camelia macam mana? Nak harapkan papa dengan mama, entah bila sampainya dekat kampung nanti. Bukan kamu tak tahu yang papa ni rabun malam.” Tidak puas hati Puan Sri Azah berkata. Banyak pula soal anak lelakinya.

            “Iyelah-iyelah.” Malas mahu mendengar leteran, Hasif mengalah. Penat kalau mahu berdebat dengan mama. Ada sahaja jawapannya.
..........................
            Pekat malam langsung tidak menarik minatnya. Sebutir bintang tidak kelihatan menandakan hari bakal hujan. Ingin berbual tiada satu topik pun yang dirasakan sesuai. Lagi pula dia tahu, sebarang kata-kata boleh membawa kepada tercetusnya ‘perperangan.’

            “Lambat lagi ke kita nak sampai?” Malas Yuyu bertanya. Rasa seperti sudah terlalu lama mereka berada diatas jalan. Naik kematu pungung dirasakan.

            “Tak sampai sejam kita bertolak tahu? Ingat naik roket ke nak sampai cepat?” Soalan langsung tak bernas. Apa dia ingat Kedah jauhnya satu kilometer ke? Hasif mengomel geram.

            “Orang tanya ajer. Itupun nak marah.” Orang tanya elok-elok, cara biadap juga nak dijawabnya. Geram Yuyu dengan tingkah Hasif. Dari tadi tidak sudah-sudah cuba menyakitkan hatinya. Itu ini tidak kena. Menyesal pula dia bersuara. Bukannya dia tak tahu perangai lelaki itu.

            Tadi, naik biru mata bila hanya lelaki itu yang datang menjemputnya. Saat itu dia sedar masalah bakal bermula. Dan sekarang, ternyata jangkaannya langsung tidak menyimpang walaupun seinci.

            “Sebab kau tanya soalan tak cerdik. Maunya aku tak marah.” Wajah gadis itu ditoleh sekilas sebelum dia kembali mengadap hadapan. Rasa mengantuk yang sesekali terasa, cuba dihapuskan sedaya upaya.

            Malas mahu melayan, jari jemarinya dibawa menyentuh beberapa butang. Bosan kalau dibiarkan suasana berterusan sunyi sepi. Mahu berbual mesra bersama lelaki itu? Baik lupakan saja. Dia lebih rela berbual seorang diri dari mendengar patah-patah kata lelaki itu yang bakal menyakitkan hatinya.

            “Ha...Kau nak buat apa tu?” Tangan Yuyu ditepis. Tidak suka barangnya disentuh tanpa keizinan.

            “Orang nak buka radiolah. Bosan tahu tak?”Sedikit kuat suara Yuyu. Tidak menyangka tindakan Hasif sebentar tadi. Suka hati sahaja mahu menepis tangannya.

            “Jangan mengada. Kalau bosan kau menyanyi sendiri.”

            “Kalau saya mula menyanyi, Encik Boss jangan menyesal tahu.” Nafas dihembus dan disedut berkali-kali.Mencari feel untuk memulakan nyanyian. Suaranya yang merdu bakal memecahkah kesunyian malam.

            “Tujhe dekha to yeh jaana sanam, pyaar hota hai diivaana.....” Penuh perasaan bait-bait kata itu dinyanyikan.

            “Okey, kau boleh buka radio sekarang.” Pantas Hasif memotong. Uhh.. tidak sangup membiarkan telinganya menangung seksaan dan azab mendengar nyanyian yang ‘disumbangkan’ oleh Yuyu.

            “Kalau macam ni dari tadi kan bagus.” Yuyu tersengih gembira. Tanda meraikan kemenangannya. Laju jari jemarinya dibawa menyentuh beberapa butang. Beberapa ketika kemudian, celoteh dj sebuah radio mula kedengaran.

            “Kau datang juga kampung aku kenapa? Kan aku dah larang.” Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Hasif bersuara. Sakit hatinya bila Yuyu langsung tidak mempedulikan amarannya.

            “Eh, suka hati sayalah. Encik Amjad dengan Camelia yang jemput saya pergi majlis dia orang. Yang Encik Boss nak emo sangat ni kenapa?” Hek eleh, ingat dia hairan sangat ke? Nak marah? Marah la. Peduli apa.

            “Mahunya tak. Yang kau nak pergi sekarang ini, kampung aku jugak tau. Kalau jadi apa-apa hal nanti masa dikampung kau jangan nak salahkan aku. Kau sendiri yang cari fasal.” Bebarapa idea jahat sudah terbayang dihadapan matanya. Lagi pula tengok gaya si puyu, memang ada harapanlah nak kena fire dengan tok nanti.

            “Ingat saya takut ke? Tak hairan sikit pun.” Panas hati Yuyu mendengar kata-kata Hasif. Tak sudah-sudah memberi ugutan. Sudah seperti ceti haram pulak lagaknya.

            “Tak apa. Kita tengok nanti kau hairan ke tidak.” Hasif tersenyum sinis.
...........................

            “Saya lapar. Kita berhenti makan dulu boleh tak?” Perutnya yang berkeroncong semakin ramah berbunyi. Tadi hanya sebiji epal yang sempat masuk ke dalam perut. Lagi pula, dia bukanlah jenis orang yang ‘berpuasa’ pada waktu malam. Boleh mengigil badan kalau tak makan.

            “Tadi engkau tak makan kenapa?” Keluhan berat terluah dari bibir Hasif.

            “Terlupa.”

            “Makan pun engkau boleh lupa?” memang tak boleh hidup gamaknya perempuan ini kalau tak menyusahkan dia.

            “Berhentilah kejap.”  Kali ini dia mengesa bila terpandang papan tanda menunjukkan beberapa ratus meter lagi akan ada RNR. Kata-kata Hasif tidak dipedulikan. Yang penting perutnya harus diberi ‘habuan’ dahulu.

            “Menyusahkan.” Dalam marah Hasif membelok juga kereta menuju RNR. Dia sendiri sebenarnya mahu ke tandas bagi mencuci muka. Rasa mengantuk mula melanda diri dan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

            “Bukan selalu.”

            “Kalau kau tak menjawab tak boleh ke?”

            “Okey. Diam.” Mulut dimuncungkan. Jari telunjuk dibawa menyentuh bibirnya. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah Hasif.

            “Yang kau tengok aku kenapa?”

            “Tengok pun tak boleh ke?” Masalah negara betullah mamat sekor ini. Entah siapalah yang malang bakal begelar isteri dia. Baran tak kena tempat. Ramah Yuyu mengumpat di dalam hati.

            “Lima belas minit saja aku bagi. Lewat, aku tinggal.” Pantas dia melangkah keluar. Takut berlamaan didalam kereta. Mahunya ada ‘spotcheck’ dari jabatan agama Islam, buta saja dia menikah free. Tak rela dan tak hinggin.
..............
            Panas hatinya memandang gelagat Yuyu. Kalau diikutkan rasa hati, nak sahaja dia humban gadis itu keluar dari kereta. Terasa bingit telinganya apabila sejak dari tadi dia didendangkan dengan dengkuran halus dari gadis itu berselang-seli dengan bunyi gigi yang bergeseran antara satu sama lain.

            “Ingatkan ada peneman bolehlah dibawa berbual. Ini tak, menyakitkan hati lagi bolehlah.” Wajah meloya mula terukir bila jelas dimatanya ada air liur yang sedikit mengalir ditepi bibir Yuyu. Memang dasar tidak tahu malu. Kalau gadis lain rasanya sudah sedaya upaya menahan rasa kantuk bagi menjaga ‘prestij’ diri. Ini, hem... tak tahu nak kata apa.

            “Hoi, bangulah.” Kuat suaranya memanggil. Sudah tidak sangup memandang aksi lepas laku Yuyu. Semakin lama semakin terseksa dia memandang. Mengelegak hatinya bila Yuyu langsung tiada tanda mahu bangun. Bahkan dengkuran itu semakin kuat memecah kesunyian pagi.

            “Kau ni, jaga pun bising, tidur pun bising.” Kepala Yuyu yang terkulai ke sisi, ditolak dengan hujung jari. Tiada reaksi. Matanya memandang sejenak kehadapan. Setelah dipastikan tiada kenderaan wajahnya didekatkan ke telinga Yuyu. Nafas ditarik.

            “Bangunnnnn.” Kuat dia menjerit.

            “Kenapa?..Kenapa?...” Terpinga-pinga Yuyu bangun. Kalut dia memandang sekeliling.

            “Lap air liur kau tu.” Mual menjengah bila bunyi ‘slaupp’ jelas kedengaran. Ya Allah, tak agak-agak.

            Terpingga-pingga Yuyu memandang Hasif. Apa yang jadi? Rasa mengantuk yang belum hilang membuatkan dia menguap. Terkedu apabila tanpa amaran tangan lelaki itu menutup mulutnya.

            “Tak reti nak tutup mulut ke?” Perlahan Hasif bertanya. Rasa mahu sahaja ditampar tangannya. Reaksi spontan. Dia sendiri tidak sedar entah mengapa tangannya ‘gatal’ sangat ingin beraksi seperti itu.

            Yuyu terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Entah mengapa debaran dihatinya terasa kuat menghentak. Pantas wajah dibawa menoleh kesisi. Biar dia memandang pekat malam dari membiarkan hati terseksa memandang lelaki itu. Tangan dibawa kedada. Cuba menenangkan kembali hati yang tidak keruan.


Surat Cinta Untuk Disana : Ini mungkin bab terakhir diblog. Sy nak tmpu utk siapkan full mss. Lpas ni sy akan letak JAJAN’S sahaja... So sbgai ganti Novel Kalau Sudah Berkenan akan mengambil tempat. Mybe sekali skala sy akan letak full n3 utk anda... Cuba memanjangkan JAJAN’S2 yang ada... So..apa kata anda?

10 ulasan:

  1. nak beli novel ni....dh dijual ke belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan sy agr bleh kearah itu... :)

      Padam
    2. Amin...moga menjadi penulis yg hbt 1 hr nnt ;)

      Padam
  2. bestttttttttttttttttttttttt

    BalasPadam
  3. best ... harap2 dpt disiapkan secepat mungkin, tak sabar nak baca ...=))

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)