“Biar mama dengan papa duduk di
belakang.” Puan Sri Azah membongkokan tubuh dan masuk ke dalam kereta Toyota
Estima. Kenderaan yang selalu mereka gunakan kalau ingin bercuti bersama keluarga.
“Papa duduk depanlah. Temankan
Hasif.” Hasif cuba menghalang papanya.
“Eh, mana boleh. Papa suami mama.
Kamu carilah isteri sorang biar dia temankan kamu.” Puan Sri Azah tersenyum
lebar bila suaminya mula masuk ke tempat duduk belakang.
Amjad tergelak mendengar kata-kata
mama. Semakin berumur semakin mesra perhubungan antara papa dan mama. Dan dia
juga mahukan suasana yang sama kalau dia dan Camelia ditakdirkan untuk bersama
sehingga hujung usia kerana itulah doa yang dia titipkan selama ini. Isterinya yang ingin melangkah naik dibantu.
Firyal sudah diserahkan kepada mama.
Setelah menutup pintu. Hasif melangkah
ke depan. Pintu sebelah pemandu di buka dan dia meloloskan diri.
“Kau tak nak duduk sebelah isteri?”
Hasif bertanya dalam nada menyindir. Mama dan papa tak sudah-sudah bergelak
ketawa.
“Kalau kau tak kisah memang aku nak.
Cumanya, takut nanti kau ingat kami anggap kau pemandu pulak.” Amjad ketawa
dengan kata-kata sendiri.
“Banyaklah kau.”
“Dah boleh gerak kot. Kita jemput
Yuyu dulu.” Camelia berkata lembut.
“Jemput siapa?” Hasif bertanya bagi
mendapatkan kepastian. Berharap yang dia tersalah dengar.
“Yuyu.”
“Kenapa ajak dia? Tak payahlah. Buat
semak ajer.”Pantas dia membangkang.
Tak sangka walaupun sudah dilarang, gadis itu masih berani mengikut mereka pulang
ke kampung. Dasar muka tak tahu malu.
“Eh mana boleh. Dah janji dengan
dia. Jomlah pergi. Tertunggu-tunggu pulak nanti.” Camelia membantah kata-kata
Hasif. Dia tak mahu menjadi manusia munafik. Sudah berjanji tetapi tidak ditunaikan.
Hasif hanya mengeluh resah. Tak
rela, tetapi dia terpaksa mengikut kehendak majoriti. Gear dimasukkan. Baru bergerak tidak sampai semeter kereta mati
secara tiba-tiba.
“Kenapa pulak kereta ni?”
Berkali-kali dia mencuba hidupkan kembali, malangnya masih tiada tanda kereta
itu akan hidup semula.
“Why?”
Tan Sri Hashim bertanya. Kepalanya terjengul untuk memandang ke hadapan.
“Kereta tak boleh hidup. Papa cakap
hari itu nak mintak Pak Hassan pergi service.
Dia bawa tak?” Amjad bertanya kepada papanya. Melihat senyuman beserta garuan
dikepala oleh papanya dia sudah memperolehi jawapan.
“Dah agak dah.” Amjad hanya mampu
mengelengkan kepala.
“Apa abang ni. Dah tu sekarang macam
mana? Bising mak nanti dia kena buat kerja sorang-sorang.” Puan Sri Azah
bertanya. Tidak berpuas hati dengan sikap suaminya. Siaplah besok mendengar
leteran ibu mertuanya.
“Kita naik kereta sajalah. Nak naik
kapal terbang waktu-waktu macam ini mana nak ada dah tiket. Lagi pun kapal
terbang semua sudah masuk tidur.” Selamber
kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Tan Sri Hashim.
“Mana muat. Itulah orang dah cakap
jangan ajak perempuan tu. Sekarang macam mana?” Hasif mula bengang. Kalau hanya
mereka sekeluarga sudah pasti sudah mencukupi dengan hanya menaiki sebuah
kenderaan.
“Buat macam mana lagi. Kena naik dua
buah keretalah. Hasif pergi jemput Yuyu. Mama dengan papa naik dengan dengan
Amjad.” Puan Sri Azah mula mengeluarkan arahan.
“Eh, apa pulak?” Hasif tidak puas
hati.
“Dah tu tak kan kamu nak Amjad pergi
ambil. Camelia macam mana? Nak harapkan papa dengan mama, entah bila sampainya
dekat kampung nanti. Bukan kamu tak tahu yang papa ni rabun malam.” Tidak puas
hati Puan Sri Azah berkata. Banyak pula soal anak lelakinya.
“Iyelah-iyelah.” Malas mahu
mendengar leteran, Hasif mengalah. Penat kalau mahu berdebat dengan mama. Ada sahaja
jawapannya.
..........................
Pekat malam langsung tidak menarik
minatnya. Sebutir bintang tidak kelihatan menandakan hari bakal hujan. Ingin
berbual tiada satu topik pun yang dirasakan sesuai. Lagi pula dia tahu,
sebarang kata-kata boleh membawa kepada tercetusnya ‘perperangan.’
“Lambat lagi ke kita nak sampai?”
Malas Yuyu bertanya. Rasa seperti sudah terlalu lama mereka berada diatas
jalan. Naik kematu pungung dirasakan.
“Tak sampai sejam kita bertolak
tahu? Ingat naik roket ke nak sampai cepat?” Soalan langsung tak bernas. Apa
dia ingat Kedah jauhnya satu kilometer ke? Hasif mengomel geram.
“Orang tanya ajer. Itupun nak marah.” Orang tanya elok-elok, cara biadap juga
nak dijawabnya. Geram Yuyu dengan tingkah Hasif. Dari tadi tidak sudah-sudah
cuba menyakitkan hatinya. Itu ini tidak kena. Menyesal pula dia bersuara.
Bukannya dia tak tahu perangai lelaki itu.
Tadi, naik biru mata bila hanya
lelaki itu yang datang menjemputnya. Saat itu dia sedar masalah bakal bermula.
Dan sekarang, ternyata jangkaannya langsung tidak menyimpang walaupun seinci.
“Sebab kau tanya soalan tak cerdik.
Maunya aku tak marah.” Wajah gadis itu ditoleh sekilas sebelum dia kembali
mengadap hadapan. Rasa mengantuk yang sesekali terasa, cuba dihapuskan sedaya
upaya.
Malas mahu melayan, jari jemarinya
dibawa menyentuh beberapa butang. Bosan kalau dibiarkan suasana berterusan
sunyi sepi. Mahu berbual mesra bersama lelaki itu? Baik lupakan saja. Dia lebih
rela berbual seorang diri dari mendengar patah-patah kata lelaki itu yang bakal
menyakitkan hatinya.
“Ha...Kau nak buat apa tu?” Tangan
Yuyu ditepis. Tidak suka barangnya disentuh tanpa keizinan.
“Orang nak buka radiolah. Bosan tahu
tak?”Sedikit kuat suara Yuyu. Tidak menyangka tindakan Hasif sebentar tadi.
Suka hati sahaja mahu menepis tangannya.
“Jangan mengada. Kalau bosan kau
menyanyi sendiri.”
“Kalau saya mula menyanyi, Encik
Boss jangan menyesal tahu.” Nafas dihembus dan disedut berkali-kali.Mencari
feel untuk memulakan nyanyian. Suaranya yang merdu bakal memecahkah kesunyian
malam.
“Tujhe dekha to yeh jaana sanam,
pyaar hota hai diivaana.....” Penuh perasaan bait-bait kata itu dinyanyikan.
“Okey, kau boleh buka radio
sekarang.” Pantas Hasif memotong. Uhh.. tidak sangup membiarkan telinganya
menangung seksaan dan azab mendengar nyanyian yang ‘disumbangkan’ oleh Yuyu.
“Kalau macam ni dari tadi kan
bagus.” Yuyu tersengih gembira. Tanda meraikan kemenangannya. Laju jari
jemarinya dibawa menyentuh beberapa butang. Beberapa ketika kemudian, celoteh
dj sebuah radio mula kedengaran.
“Kau datang juga kampung aku kenapa?
Kan aku dah larang.” Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Hasif bersuara.
Sakit hatinya bila Yuyu langsung tidak mempedulikan amarannya.
“Eh, suka hati sayalah. Encik Amjad
dengan Camelia yang jemput saya pergi majlis dia orang. Yang Encik Boss nak emo
sangat ni kenapa?” Hek eleh, ingat
dia hairan sangat ke? Nak marah? Marah la. Peduli apa.
“Mahunya tak. Yang kau nak pergi
sekarang ini, kampung aku jugak tau. Kalau jadi apa-apa hal nanti masa
dikampung kau jangan nak salahkan aku. Kau sendiri yang cari fasal.” Bebarapa
idea jahat sudah terbayang dihadapan matanya. Lagi pula tengok gaya si puyu,
memang ada harapanlah nak kena fire
dengan tok nanti.
“Ingat saya takut ke? Tak hairan
sikit pun.” Panas hati Yuyu mendengar kata-kata Hasif. Tak sudah-sudah memberi
ugutan. Sudah seperti ceti haram pulak lagaknya.
“Tak apa. Kita tengok nanti kau
hairan ke tidak.” Hasif tersenyum sinis.
...........................
“Saya lapar. Kita berhenti makan
dulu boleh tak?” Perutnya yang berkeroncong semakin ramah berbunyi. Tadi hanya
sebiji epal yang sempat masuk ke dalam perut. Lagi pula, dia bukanlah jenis
orang yang ‘berpuasa’ pada waktu malam. Boleh mengigil badan kalau tak makan.
“Tadi engkau tak makan kenapa?” Keluhan
berat terluah dari bibir Hasif.
“Terlupa.”
“Makan pun engkau boleh lupa?”
memang tak boleh hidup gamaknya perempuan ini kalau tak menyusahkan dia.
“Berhentilah kejap.” Kali ini dia mengesa bila terpandang papan
tanda menunjukkan beberapa ratus meter lagi akan ada RNR. Kata-kata Hasif tidak
dipedulikan. Yang penting perutnya harus diberi ‘habuan’ dahulu.
“Menyusahkan.” Dalam marah Hasif
membelok juga kereta menuju RNR. Dia sendiri sebenarnya mahu ke tandas bagi
mencuci muka. Rasa mengantuk mula melanda diri dan dia tidak mahu mengambil
sebarang risiko.
“Bukan selalu.”
“Kalau kau tak menjawab tak boleh
ke?”
“Okey. Diam.” Mulut dimuncungkan.
Jari telunjuk dibawa menyentuh bibirnya. Terkebil-kebil matanya memandang ke
arah Hasif.
“Yang kau tengok aku kenapa?”
“Tengok pun tak boleh ke?” Masalah
negara betullah mamat sekor ini.
Entah siapalah yang malang bakal begelar isteri dia. Baran tak kena tempat. Ramah
Yuyu mengumpat di dalam hati.
“Lima belas minit saja aku bagi.
Lewat, aku tinggal.” Pantas dia melangkah keluar. Takut berlamaan didalam
kereta. Mahunya ada ‘spotcheck’ dari jabatan agama Islam, buta saja dia menikah
free. Tak rela dan tak hinggin.
..............
Panas hatinya memandang gelagat Yuyu.
Kalau diikutkan rasa hati, nak sahaja dia humban gadis itu keluar dari kereta. Terasa
bingit telinganya apabila sejak dari tadi dia didendangkan dengan dengkuran
halus dari gadis itu berselang-seli dengan bunyi gigi yang bergeseran antara
satu sama lain.
“Ingatkan ada peneman bolehlah
dibawa berbual. Ini tak, menyakitkan hati lagi bolehlah.” Wajah meloya mula
terukir bila jelas dimatanya ada air liur yang sedikit mengalir ditepi bibir
Yuyu. Memang dasar tidak tahu malu. Kalau gadis lain rasanya sudah sedaya upaya
menahan rasa kantuk bagi menjaga ‘prestij’ diri. Ini, hem... tak tahu nak kata
apa.
“Hoi, bangulah.” Kuat suaranya memanggil.
Sudah tidak sangup memandang aksi lepas laku Yuyu. Semakin lama semakin
terseksa dia memandang. Mengelegak hatinya bila Yuyu langsung tiada tanda mahu
bangun. Bahkan dengkuran itu semakin kuat memecah kesunyian pagi.
“Kau ni, jaga pun bising, tidur pun
bising.” Kepala Yuyu yang terkulai ke sisi, ditolak dengan hujung jari. Tiada
reaksi. Matanya memandang sejenak kehadapan. Setelah dipastikan tiada kenderaan
wajahnya didekatkan ke telinga Yuyu. Nafas ditarik.
“Bangunnnnn.” Kuat dia menjerit.
“Kenapa?..Kenapa?...” Terpinga-pinga
Yuyu bangun. Kalut dia memandang sekeliling.
“Lap air liur kau tu.” Mual
menjengah bila bunyi ‘slaupp’ jelas kedengaran. Ya Allah, tak agak-agak.
Terpingga-pingga Yuyu memandang
Hasif. Apa yang jadi? Rasa mengantuk yang belum hilang membuatkan dia menguap.
Terkedu apabila tanpa amaran tangan lelaki itu menutup mulutnya.
“Tak reti nak tutup mulut ke?”
Perlahan Hasif bertanya. Rasa mahu sahaja ditampar tangannya. Reaksi spontan.
Dia sendiri tidak sedar entah mengapa tangannya ‘gatal’ sangat ingin beraksi
seperti itu.
Yuyu terdiam. Tidak tahu apa yang
perlu dikatakan. Entah mengapa debaran dihatinya terasa kuat menghentak. Pantas
wajah dibawa menoleh kesisi. Biar dia memandang pekat malam dari membiarkan
hati terseksa memandang lelaki itu. Tangan dibawa kedada. Cuba menenangkan
kembali hati yang tidak keruan.
Surat
Cinta Untuk Disana : Ini mungkin bab terakhir diblog. Sy nak tmpu utk siapkan
full mss. Lpas ni sy akan letak JAJAN’S sahaja... So sbgai ganti Novel Kalau
Sudah Berkenan akan mengambil tempat. Mybe sekali skala sy akan letak full n3
utk anda... Cuba memanjangkan JAJAN’S2 yang ada... So..apa kata anda?
Yes setuju sangat.
BalasPadamTq baby mio.. :)
PadamOk...janji siap...
BalasPadamhrap2 mcm itulah... wsh me k.. :)
Padamnak beli novel ni....dh dijual ke belum?
BalasPadamDoakan sy agr bleh kearah itu... :)
PadamAmin...moga menjadi penulis yg hbt 1 hr nnt ;)
Padambestttttttttttttttttttttttt
BalasPadamTq Ano... :)
Padambest ... harap2 dpt disiapkan secepat mungkin, tak sabar nak baca ...=))
BalasPadam